#thisiswhywetravel

Sunday, 6 March 2016

Flying dengan Baby Kembar

Salam dan hi!

Ni entry kedua saya tentang pengalaman terbang dengan baby kembar saya. Saya ada buat first entry (draf) pasal ni sebelum ni tapi tak tau la apa jadi,that entry hilang..rasanya dah save setiap kali sy update sikit2 tapi dunno what happened..wawawa kena start balik merangkak sikit2..bukan senang sebab sangat sibuk jaga si kembar yg baru nak masuk umur 3 bulan..huuuuu.

Bulan Januari lepas,buat pertama kali saya dan husband terbang dengan baby kembar kami. Nak balik kampung untuk aqiqah diorang selain kenalkan dengan sedara mara di Semenanjung. Masa tu umur diorg 6 minggu. Perasaan berdebar tu mmg selalu je bersarang sebelum terbang lagi. Maklumla,sejak pregnant saya tak pernah naik flight,takut jadi apa2 kat kandungan. Beraya pun kat Sabah je huhuhu. Lagi pula kali ni bawak baby,bukan sorang tapi dua! Ahaha. Dulu tengok je baby orang cranky dalam flight,sekarang amik ko...ko pulak yg cuak..kih kih kih.

 Beberapa hari sebelum fly,saya buat checklist barang2 diorang dan terus kumpulkan/pack bila sempat. Bukan senang jaga baby kembar sorang2 okehhh huhuu..bila saja ada kesempatan harus digunakan (tu la baru tau menghargai masa hahaha). Nak jadi cerita,salah sorang si kembar demam malam sebelum fly esoknya. Panik,kami bawak ke klinik dan berusaha turunkn suhu badan dia mlm tu jugak ikut nasihat doktor n mama n adik. Alhamdulillah suhu badan dia turun lepas tu dan esoknya tak demam sangat dah..just around 37 celcius je.

Syukur juga,sepanjang flight dari KK ke KL,si kembar takde banyak masalah,banyak tido je..seronok naik bisnes klas kot..kehkeh. Tapi,lain sikit ceritanya dengan flight return KL-KK kira2 tiga minggu kemudian..masa ni twins dah berumur 2 bulan,masa ni diorang dah makin peka n mata pun dapat lihat dengan lebih jelas,so ada la meragam sikit2.

Sempat posing 

Ready for KUL-BKI..flight jam 9 pagi..so pukul 6 lebih dah kena kluar dari rumah..mintak maap mommy n dedi tak dapat mandikan uols dulu haha

My baby girl dalam bassinet. Tahan setengah jam je tido pastu bangun 

Tido balik di bahu dedi
Alhamdulillah sempat jugak makan 

Amekawww barang byk..kena mintak tolong kawan husband antarkan pegi airport..haha



 Tapi,paling meletihkan bila bawak diorang balik ke Semenanjung baru2 ni..a.k.a flight ketiga diorang. Dua2 kena selsema beberapa hari sebelum fly. Jenuhla saya berusaha mengubat selsema diorang dengan mencuba petua daripada FB..garlic oil,garlic socks dan mandi air lemon. Ngeri if diorang sakit telinga sebab selsema bila take off or landing nanti. Saya pernah kena dulu n sakitnya x dapat nk habaq,rasa nak pecah telinga n hampir2 menjerit. Alhamdulillah,walaupun tak hilang sepenuhnya,hidung diorang takde la tersumbat teruk or berair sepanjang masa. Hari fly,paginya ada appointment untuk vaksin diorang. Diorang pulak cranky dari rumah sebab jadual tido terganggu. Kat hospital pun sambung cranky. Kat lounge pun..sob sob..napa la korang tak boleh lena lama sikit nak oiii kalau kat lain tempat. Dulu oke jer,ni umur 3 bulan lain dah perangai. Berpeluh mommy n dedi handle korang..

Dalam flight pun sambung cranky..uhwaaa..sian penumpang2 bisnes klas kena dengar baby nangis kih3..tapi diorang takla nangis sepanjang masa..baby boy kami melalak bila start descending. Tapi bila dah lama sikit breastfeed,dia diam. Syukur juga diorang tak kena sakit telinga..mungkin asbab ubat nasal drop yg doktor prescribe masa appointment paginya.

So far,ni la info dan tips yang dapat saya share berkenaan flying with baby kembar. Baby single pun bole haha. Airline yang berkaitan ialah MAS. Airline lain tak sure la sama n applicable or tak:

1.  Sorang baby or kanak2 mesti ada sorang dewasa untuk supervise. If kembar dua,at least dua orang dewasa kena ada. Ni MAS punya rule.

2.  Untuk kelas ekonomi,bookla awal2 seat row 5 sebab tu row paling depan. Ruang luas sikit so selesa nak pegang baby. Kalau nasib baik,ada bassinet untuk letak baby. Request dgn pramugari. Seat no 12 n 14 tak boleh book walaupun ruang dia luas sikit juga sbb tu emergency exits,baby tak boleh duduk situ. Untuk kelas bisnes,book seat row no 1.

3. Packing barang2 baby yg perlu macam baju spare,pampers,botol susu,tin susu formula/susu EBM,baby wipes,saputangan/lampin untuk lap muntah dan toys kegemaran baby dalam beg yg bawak masuk cabin. Rasanya tips ni applicable jugak utk smua jenis outing hahaha

4. Breastfeed/bagi susu botol/ puting kat baby just before take off n landing untuk reduce telinga berdengung/ tak selesa. Kalo baby tido lagi bagus.

5. Boleh mintak pramugari tolong panaskan susu sebelum bagi kat baby.

6. Guna stroller yang boleh lipat umbrella or lipat sampai kecik skit.

7. Berdoa n bertawakal semoga perjalanan dipermudahkan.


Itu je yg dapat saya share. Doakan flight keempat kami nanti berjalan lancar dan babies tak meragam ye..huhuhu.






Monday, 16 November 2015

Bercuti ke London & Paris Winter Trip 2012: Day 8 & 9

16 Disember 2012

Arc De Triomphe - Disneyland - Eiffel Tower

Hari ni nak jadi kanak-kanak riang...going to Disneyland! Haha. D'ny n Chai kata diorang pun belum pernah pegi Disneyland lagi :p. D'ny was so kind to provide us with her homecooked nasik goreng. Takyah la susah-susah nak cari kedai makan halal nanti..heee. 

Disneyland terletak di Marne-La-Valle, kawasan sub-urban Paris dan agak jauh juga dari Paris, dalam sejam rasanya naik RER. Jadi kami kena beli tiket Paris Visite zon 1-6. Sebelum ke Disneyland, kami singgah di satu lagi landmark Paris, Arc De Triomphe. Ikut plan asal, lepas pergi Arc De Triomphe tu nak jalan-jalan menyusur Champ-De-Elysees yang terletak just kat belakang Arc De Triomphe tu, tapi masa dah agak suntuk masa tu jadi kami berpuas hati lawat Arc De Triomphe saja. 


Disebabkan Arc De Triomphe terletak di tengah-tengah bulatan yang besar dan sibuk, pelawat yang nak menghampirinya perlu guna laluan bawah tanah..sibuk tu bulatan ada 6 cabang jalan


Berlatarbelakangkan Champ-De-Elysees. Tak sempat nak berjalan ke sana, ambik gambar je la haha

Cuba teka ini side Arc De Triomphe yang mana?

Bye-bye Arc De Triomphe. Next, jom naik RER ke Disneyland. Untuk info, saya beli tiket secara online sebelum trip ke Europe ni untuk 2 parks, Disneyland Park dan Walt Disney Studios Park. Oleh kerana tahun tu adalah ulangtahun ke 20 Disneyland Paris, ada 20% diskaun harga tiket. Hari tu adalah hari Ahad so crowd memang lah ramai. Kena beratur lebih setengah jam untuk main satu game/ attraction. Kami spent masa seharian kat sana sampai masuk ke malam. 

Jangan expect ada surau kat sini, jadi kami solat kat tempat tersorok yang sesuai. Ambik wuduk pakai air botol mineral yang dibawa dan bentang sejadah kecik. Makanan halal juga takde masa ni, kecuali seafood based yang diyakini takde campur bahan haram dan juga makanan macam popcorn or minuman macam hot chocolate. 


Pemandangan sub urban Paris semasa dalam perjalanan ke Marne-La-Vallee, tempat di mana lokasi Disneyland berada
Area tempat masuk ke Disneyland

Macam real je salji tu kan..hahah..sodihh takde salji sepanjang trip kami ni..uhuk uhuk


Melawat satu lagi Disneyland Park, Walt Disney Studios yang terletak just bertentangan dengan Disneyland Park



Dekat sini la kami solat..tersorok sikit daripada orang ramai



Bergambar dulu sebelum main..eheheheh


Tak tau apa benda ni..main ambik gambar je haha




Excited nak tunggu perarakan/ parade bermula





Dah-dah..jom balik..cukup la tu haha

Dah puas berseronok dan membeli merchandise items di Disneyland, kami tersangat la letihnya..tapi ada hati lagi nak singgah ke Eiffel Tower lagi, just tengok dari jauh je hahaha. 


RER dua tingkat..jom jenguk Eiffel Tower lagi haha
Mampu menikmati keindahan Eiffel Tower dari sini ja..letih yang amat + hujan..hahaha

Bling-bling Eiffel Tower masa ni

17 Disember 2015

Paris Charles De Gaulle Airport - KLIA

Finally..our sweet vacation is coming to an end. We could never thank D'ny and Chai enough for their superb hospitality. Jugak si kecik Hariz yang comel dan tembam tu. Sebab ada duit balance sikit, kami naik teksi Mercedes ke Charles De Gaulle Airport...hahaha. 


Dalam lif comel nak turun ke bawah 
Thank you so much D'ny, Chai and little cutie Otoman Hariz


Pemeriksaan imigresen dan kastam kali ni ketat pula sampai saya kena tanggalkan kasut. Flight balik kami bertolak mengikut jadual iaitu 12pm. Plane kali ni ialah Boeing 777, business class dia tak secantik di A380..haha..takpe la janji tetap selesa dan makan banyak :p


Kat CDG Airport ni banyak escalator yang 'bertiub'
Leka lepak kat lounge sampai nak terlajak masa..hurry hurry
Sebelum take off ternampak Concorde ni..satu masa dulu kebanggaan France, now jadi pameran saja. Still, aircraft ni masih nampak 'angkuh' dan bangga..haha 

Kami selamat tiba di KLIA jam 6.30 pagi esoknya. Jetlag jangan cakapla. Dalam penat-penat jetlag tu, suami saya revealed yang dia dah tempah kek untuk flight CDG-KLIA ni sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 2 pada 18 Disember. Tapi requestnya tak dipenuhi. Bising dia kat MAS office..haha..tapi saya tak kisah sangat, it is the thought that counts kan ;-). 

Habis da cerita vacation kami di London & Paris kali ni. Doa-doakan kami ada rezeki lagi nak pergi tempat2 lain yang menarik lepas ni..hehehe. 

Saturday, 14 November 2015

Bercuti ke London & Paris Winter Trip 2012: Day 7

15 Disember 2012

Eiffel Tower - Great Mosque of Paris - Musee de Lourve - Notre Dame Cathedral - Galeries Lafayette - Anvers

Heee...hari ni nak tengok landmark simbol cinta yang paling famous...Eiffel Tower! Dengan semangatnya awal pagi dah bersiap..hehe. Setelah dua kali tukar line metro, kami sampai ke Trochadero Station, stesen terdekat dengan Eiffel Tower. Nampak je bayang menara tu, dengan teruja kami terus ambil gambar..haha. Akhirnya nampak juga depan mata..menara yang tersohor kat planet bumi ni.

Dalam metro..kata paksu saya, seat dia macam dalam bas di Bahau zaman dulu..haha
The first sight of Eiffel Tower...yiehaa

Jarak dari stesen kami turun ke Eiffel Tower tu agak jauh juga la dalam 700m rasanya. Sambil berjalan kaki mendekati Eiffel Tower, kami disapa oleh mat-mat kulit hitam yang menjual keychain Eiffel Tower dan beberapa jenis souvenir lain. Saya teringat blog2 yang menceritakan tentang mat-mat kulit hitam ni semasa saya cari info-info sebagai persediaan bercuti kali ni. Mat-mat kulit hitam ni sebahagiannya illegal immigrants dan menjual souvenirs ni secara haram juga. Tapi pelancong boleh tawar menawar harganya,daripada 1 euro untuk sebiji keychain boleh dapat sehingga 1 euro untuk 6 biji. Tapi kena hati-hati juga, kalau tak beli mungkin diorang akan mendesak dan marah. Saya cuba menawar dan dapatla 6 biji untuk 1 euro..ehehe.

Menghampiri Eiffel Tower
Belek lagi itinerary untuk hari tu
Bienvenue!

Apabila kami sampai di Eiffel Tower, kaunter tiket tak ramai orang,jadi kami pun ambil keputusan untuk beli tiket naik sampai ke tingkat paling atas yang pelancong boleh pergi. Tapi bila nak beratur naik lif, lama juga la kena tunggu sebab ramai pulak pelancong. Bila kami dapat naik lif, kami dibawa ke tingkat 2 dulu. Kemudian ke tingkat atas. Lupa dah tingkat berapa haha. Pemandangan di atas sangat menarik. Kami spent masa lebih kurang 20 minit di atas..menikmati pemandangan kota metropolitan Paris.

Tak ramai sangat lagi masa ni



Wuuu tinggi lagi nak naik tu
Beromantis di tingkat 2..hehe

Ohsem view from tingkat 2
View tingkat 2 lagi..kat tengah-tengah antara 2 bangunan yang macam melengkung tu la letaknya stesen metro Trochadero, tempat kami turun nak pegi Eiffel Tower ni
Tingkat atas..281m yawww..sejuk sangat dan berangin
Cubaan buat simbol love yang tak berapa jadi haha
Hutan batu kota Paris


Dah turun daripada menara..mestila posing romantis lagi di icon cinta ni..sila jangan muntah hahaha
Pejam mata pulak dia..time ni cuaca dah mula cerah sikit
Lepas turun je, punya ramai yang beratur nak beli tiket..nasib baik kami awal sikit
Sg Seine yang indah berhampiran dengan Eiffel Tower

Selesai spent masa di Eiffel Tower, kami bergerak ke destinasi seterusnya, Great Mosque of Paris untuk solat jamak. Kami tersesat sikit tapi dengan bantuan penduduk local kat sana, dapat juga jumpa. Penduduk Paris ni ramai juga yang helpful dan cuba bercakap dalam bahasa Inggeris untuk bantu kami bila bertanya. Ada juga yang agak sombong sikit..macam di Gare Du Nord semalamnya, kami cuba bertanya pintu exit kat sorang mamat kulit hitam ni tapi dia just jawab 'no english' dan terus berlalu. Dikatakan rakyat Perancis sangat bangga dengan bahasa diorang dan tak berapa suka orang lain terlalu ramai gunakan bahasa Inggeris. So ada yang kata lebih baik kita guna bahasa Melayu (kalau tau speaking French lagi bagus hahaha) bila minta tolong dan diorang akan lebih nampak berminat untuk tolong.

Great Mosque yang kami singgah ni besar juga dan banyak aktiviti dijalankan di situ pada masa tu. Selesai jamak, kami sambung lagi perjalanan ke Musee De Lourve pulak. Masa kami sampai, ramai sangat orang tengah beratur nak masuk so kami tak jadi nak masuk..just bergambar dan lepak-lepak kat luar museum je..janji dah sampai kan..hehe.

Place Monge..stesen metro yang kami turun untuk ke GreatMosque...belum jumpa lagi masjid tu masa ni
Lobi masjid
Tempat2 yang kami pergi hari ni kebanyakkannya terletak dalam line metro ni..tak payah tukar2 line. Stesen metro boleh tahan kotor n baunya huhu. Kena hati2 juga di dalam metro takut ada penyeluk saku







Next destination, Notre-Dame Cathedral. Perjalanan ke sana melalui Sg. Seine yang cantik dan kami pun ambik kesempatan berposing kat jambatan dia yang famous tu.












Macam kanak-kanak riang dapat jalan-jalan..haha
Mula-mula ingatkan ni patung..rupanya orang betul..haha..ni cara pakcik ni cari rezeki dengan dress n make up macam ni so orang bergambar dan bagi duit kat dia
Sg Seine yang cantik
Lepas tu pergi Galeries Lafayette lagi sekali...ngeee..kali ni saya dan hubby pusing satu shopping complex tu konon-konon nak cari handbag or souvenir yang sesuai untuk saya n mak serta mak mertua. Tapi last-last pergi jugak ke kedai Longchamp..haha. saya pun beli 3 bijik handbag kat situ. Kami beli juga sikit buah tangan untuk our fathers. Rasa lapar dah masa tu tapi kafe yang ada kat Lafayette tu tak meyakinkan halal. Lapar pun lepak sampai malam haha.

Suasana krismas dalam Lafayette
View daripada rooftop Lafayette..nampak Eiffel Tower       
Lepas puas habiskan masa kat Lafayette, kami pergi ke Anvers pulak. Kat sini D'ny kata tempat menjual souvenirs dengan harga yang murah compare dengan tempat lain. Selain borong souvenirs, kami makan malam juga di kedai makan yang halal kat situ. Lupa dah nama kedai tu. Selesai semua tu, kami pun balik ke apartmen D'ny dan Chai. Kecapekan yang amat tapi seronok.