#thisiswhywetravel

Wednesday, 27 September 2017

Cuti-cuti Malaysia : Kudat, Sabah

Salam dan hello semua

Dah berbulan dah tak jenguk blog ni. Uhuuuu macam semakin banyak benda dan tugas2 lain yang kena ditengok. Tapi takpe, akan diusahakan juga update blog ni..sikit demi sikit pun jadi la kan..haha. Kali ni saya nak berkongsi tentang Kudat yang terletak di utara Sabah. Kudat antara destinasi favourite saya n family di Sabah. Kecik je pekannya dan tak banyak perubahan sejak parents saya kerja di Sabah pada tahun 2001 hingga la zaman saya pula bekerja di negeri yang sangat cantik ni sekarang. Dulu ada flight KK ke Kudat dan vice versa, tapi sekarang servis tu dah dihentikan sejak ada kemalangan kapal terbang di airport Kudat few years ago. Tapi tak kisah sangat la..perjalanan darat KK-Kudat makan masa cuma lebih kurang 3 jam. Tu pun sebab takda highway macam di Semenanjung. Kalau jalan lagi cantik maybe dua jam pun bulih ba.

Last visit kami ke Kudat ialah pada hujung Oktober 2016. Kali ni keluarga sebelah mama saya pun berkunjung sekali. Diorang singgah di Kudat selepas bermalam di Kundasang. Dari Kundasang ikut laluan Kota Belud dan terus ke Kudat tanpa perlu ke KK dahulu. Trip diorang ni adik saya Syafiq yang uruskan. Husband saya ada join running event di Kudat maka kami bejumpa family mama saya di Kudat je la. Ok la, mari la kita tengok tempat2 yg kami stay dan apa attractions yang ada di Kudat.


Accommodation

Saya, suami, maid dan our twinnies stay di Kudat Marina Golf & Resort. Dekat je dengan town Kudat. Satu malam RM450 untuk junior suite plus katil tambahan dan crib baby. Breakfast included. Bilik dia ok, ada 2 bilik air berasingan dan bilik tido pun properly separated from living room, which was very convenient for us yang bawa maid. Cuma furnishing dia a bit tired. Breakfast choice pun limited. Kemudahan macam swimming pool is good.

Nah gambar-gambar.





















Attractions/ Tempat-tempat menarik


Tanjung Simpang Mengayau

Kata orang, ini la tempat paling utara di Pulau Borneo ni. Oleh sebab tu, nama jolokan bagi tempat ni ialah "The Tip of Borneo". Kalau ke Kudat, memang wajib singgah sini. Ada dua jalan masuk utama ke Tanjung Simpang Mengayau dari jalan utama Kota Marudu - Kudat. Dari jalan utama ni, kena travel lebih kurang 20km lagi untuk sampai. Jalan masuknya pun banyak melalui kawasan hutan dan ada yang belum bertar..rasa macam salah jalan je..hua hua..tapi bila sampai ke tempatnya, rasa berbaloi sangat sebab pantai, kampung dan pemandangan sekitarnya sangat ohsem. Ada beberapa penginapan yang terdapat di tempat ni kalau rasa nak bermalam. Biasanya orang stay sini sampai sunset. Anda boleh pilih beberapa spot yang sesuai untuk enjoy sunset. 




Cantik kan..pic ni tak edit tau
















Esplanade Sidek

Esplanade ni tempat makan-makan. Selalunya orang cari makan seafood kat sini. Meriah waktu malam biasanya. Siang pun ada juga kedai makan yang buka, tapi kualiti makan dia so-so je la. Servis pun lambatttt. Plus point dia, tempat ni tepi laut dan view boleh tahan cantik juga la.


View dari kedai makan yang tak best tu




Kg. Sumangkap (Gong making factory)

Yang ini saya tak sempat singgah, tapi mama n family dari Gombak sempat. Basically kampung ni menjadikan pembuatan gong sebagai sumber pendapatan dan tarikan pelancongan. Kampung ni terletak lebih kurang 38km daripada Kudat. Kalau on the way ke Kudat dari Kota Kinabalu atau vice versa, boleh la singgah kampung ni. 









Kg. Bavanggazo (rumah panjang tradisonal kaum Rungus)

Selain Kg. Sumangkap, Kg. Bavanggazo pun boleh disinggahi untuk melawat rumah panjang di sana. Ada sikit bayaran dikenakan. 








Sepanjang perjalanan dari KK ke Kudat or vice versa, ada juga gerai-gerai kecil menjual hasil kebun macam pisang, jagung, or kraftangan tempatan. Kalau ada bajet dan berkesempatan, singgah la gerai-gerai ni..sama juga macam Kg, Sumangkap dan Kg. Bavanggazo. Boleh beli ole-ole untuk bantu penduduk sana survive. Kebanyakannya bukan orang senang. Masa beli pisang di sana, penjual tu kata "boleh la buat belanja sekolah anak-anak". Alahai kesian pula dengar.


OK la, semoga posting ni membantu uols yang tengah merancang percutian ke Sabah. Sabah baguss bahhhh

#kudat #sabah #malaysia #malaysiatrulyasia

Sunday, 19 February 2017

Damas Suites and Residences Sri Hartamas : Pilihan terbaik untuk penginapan peserta kursus di INTAN Bukit Kiara

Sept 2016, Selang 2 minggu selepas bercuti di New Zealand, saya dan husband dipanggil berkursus di Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Walaupun INTAN ada asrama tapi untuk kursus ni, kami tak dapat asrama walaupun kami dari Sabah. Maybe sebab peserta kursus ni ramai gila kot..huhu. Which was not a problem to me sebab saya nak bawa sekali my twins and my maid. My twins masih menyusu badan n tak pernah lagi tido asing dari saya.

So,aktiviti menjelajah booking.com, agoda dan yang sewaktu dengannya pun dibuat..macam nak pegi bercuti lagi pulak kanπŸ˜‚. Survey punya survey, terjumpa Damas Suites n Residences di area Sri Hartamas. Tempat ni tak asing pun bagi saya sebab dekat dengan ofis lama saya..cuma saya yang dah terlupa haha. Tak sangka rate dia nampak best, untuk 3 malam total cuma RM650 (one bedroom suite). Kira very cheap untuk area affluent macam tu. Risau jugak bila actual stay nanti, indah khabar dalam website dari site sebenar. πŸ˜‚

Tapi bila sampai dan stay di sana, alhamdulillah sangat puas hati. Selain design n keadaan actual bilik yang cantik gojes serupa macam description di booking.com, sebab2 lain:

  • Jarak lebih kurang 5km ke INTAN Bukit Kiara
  • Jalan x jem sangat pergi  or balik dari INTAN
  • Berdepan je dengan Hartamas Shopping Mall, ada bridge yang sambungkan Plaza Damas 3 (Damas Suites n Residences ni dalam Plaza Damas 3) terus dengan shopping mall tu. 
  • One bedroom suite ni lengkap..besar dan ada washing machine..mini kitchenette yang well-equipped. Ruang yang luas. 
  • Breakfast buffet rate RM19.90 jer tapi choice agak banyak dan sedappp
  • Ada kedai mamak yang sedap just di level bawah Plaza Damas 3. 
  • Istana Negara kat sebelah je. So merasa jadi jiran YDP Agong kejap..haha..

The only small drawbacks were the one bedroom suite tu bilik tidur dia not properly separated from dining n living space..just ada partition kaca n wardrobe. Selain tu, reception counter dia di bangunan sebelah dan agak tricky untuk find it for the first time. Parking free for guest tapi tiap2 kali nak kluar, kena validate di reception dulu so a bit of bother la sebab reception dia jauh skit. Oh ye, public transport macam LRT or tren tu takde di sini. Teksi je hado. 

Ok..sekian lah saja review percuma dari saya..hee. Harapnya dapat jadi panduan pada peserta kursus INTAN Kiara yang tengah cari penginapan, or sesapa saja yang tengah survey accommodation di KL. 

Nah belanja gambar-gambar.






See...bedroom and living room are not properly separated






Design and furnishing memang modern dan stylish


Ala tak ambik properly pulak gambar kitchen ni



Sorry kualiti gambar tak berapa elok







Balcony dia luas youuu




Toiletries provided



Room service dia..simple tapi sedap juga..harga mahal skit..jus Rm6, nasik goreng RM14.




Reception counter


Cafe dia..sebelah reception counter


Cafe lagi


Cafe jugak


Cafe jugak


Depan apartment...wuuuuu berapa rate agaknya ya kalau sewa limo nih



                                                       Nak jalan-jalan poie shopping

   
View from bridge that connects Plaza Damas n Hartamas Shopping Mall..Istana Negara dokek yo..tapi tak dijomput masuk sana..haha



Happy planning!