15 Disember 2012
Eiffel Tower - Great Mosque of Paris - Musee de Lourve - Notre Dame Cathedral - Galeries Lafayette - Anvers
Heee...hari ni nak tengok landmark simbol cinta yang paling famous...Eiffel Tower! Dengan semangatnya awal pagi dah bersiap..hehe. Setelah dua kali tukar line metro, kami sampai ke Trochadero Station, stesen terdekat dengan Eiffel Tower. Nampak je bayang menara tu, dengan teruja kami terus ambil gambar..haha. Akhirnya nampak juga depan mata..menara yang tersohor kat planet bumi ni.
|
Dalam metro..kata paksu saya, seat dia macam dalam bas di Bahau zaman dulu..haha |
|
The first sight of Eiffel Tower...yiehaa |
Jarak dari stesen kami turun ke Eiffel Tower tu agak jauh juga la dalam 700m rasanya. Sambil berjalan kaki mendekati Eiffel Tower, kami disapa oleh mat-mat kulit hitam yang menjual keychain Eiffel Tower dan beberapa jenis souvenir lain. Saya teringat blog2 yang menceritakan tentang mat-mat kulit hitam ni semasa saya cari info-info sebagai persediaan bercuti kali ni. Mat-mat kulit hitam ni sebahagiannya illegal immigrants dan menjual souvenirs ni secara haram juga. Tapi pelancong boleh tawar menawar harganya,daripada 1 euro untuk sebiji keychain boleh dapat sehingga 1 euro untuk 6 biji. Tapi kena hati-hati juga, kalau tak beli mungkin diorang akan mendesak dan marah. Saya cuba menawar dan dapatla 6 biji untuk 1 euro..ehehe.
|
Menghampiri Eiffel Tower |
|
Belek lagi itinerary untuk hari tu |
|
Bienvenue! |
Apabila kami sampai di Eiffel Tower, kaunter tiket tak ramai orang,jadi kami pun ambil keputusan untuk beli tiket naik sampai ke tingkat paling atas yang pelancong boleh pergi. Tapi bila nak beratur naik lif, lama juga la kena tunggu sebab ramai pulak pelancong. Bila kami dapat naik lif, kami dibawa ke tingkat 2 dulu. Kemudian ke tingkat atas. Lupa dah tingkat berapa haha. Pemandangan di atas sangat menarik. Kami spent masa lebih kurang 20 minit di atas..menikmati pemandangan kota metropolitan Paris.
|
Tak ramai sangat lagi masa ni |
|
Wuuu tinggi lagi nak naik tu |
|
Beromantis di tingkat 2..hehe |
|
Ohsem view from tingkat 2 |
|
View tingkat 2 lagi..kat tengah-tengah antara 2 bangunan yang macam melengkung tu la letaknya stesen metro Trochadero, tempat kami turun nak pegi Eiffel Tower ni |
|
Tingkat atas..281m yawww..sejuk sangat dan berangin |
|
Cubaan buat simbol love yang tak berapa jadi haha |
|
Hutan batu kota Paris |
|
Dah turun daripada menara..mestila posing romantis lagi di icon cinta ni..sila jangan muntah hahaha |
|
Pejam mata pulak dia..time ni cuaca dah mula cerah sikit |
|
Lepas turun je, punya ramai yang beratur nak beli tiket..nasib baik kami awal sikit |
|
Sg Seine yang indah berhampiran dengan Eiffel Tower |
Selesai spent masa di Eiffel Tower, kami bergerak ke destinasi seterusnya, Great Mosque of Paris untuk solat jamak. Kami tersesat sikit tapi dengan bantuan penduduk local kat sana, dapat juga jumpa. Penduduk Paris ni ramai juga yang helpful dan cuba bercakap dalam bahasa Inggeris untuk bantu kami bila bertanya. Ada juga yang agak sombong sikit..macam di Gare Du Nord semalamnya, kami cuba bertanya pintu exit kat sorang mamat kulit hitam ni tapi dia just jawab 'no english' dan terus berlalu. Dikatakan rakyat Perancis sangat bangga dengan bahasa diorang dan tak berapa suka orang lain terlalu ramai gunakan bahasa Inggeris. So ada yang kata lebih baik kita guna bahasa Melayu (kalau tau speaking French lagi bagus hahaha) bila minta tolong dan diorang akan lebih nampak berminat untuk tolong.
Great Mosque yang kami singgah ni besar juga dan banyak aktiviti dijalankan di situ pada masa tu. Selesai jamak, kami sambung lagi perjalanan ke Musee De Lourve pulak. Masa kami sampai, ramai sangat orang tengah beratur nak masuk so kami tak jadi nak masuk..just bergambar dan lepak-lepak kat luar museum je..janji dah sampai kan..hehe.
|
Place Monge..stesen metro yang kami turun untuk ke GreatMosque...belum jumpa lagi masjid tu masa ni |
|
Lobi masjid |
|
Tempat2 yang kami pergi hari ni kebanyakkannya terletak dalam line metro ni..tak payah tukar2 line. Stesen metro boleh tahan kotor n baunya huhu. Kena hati2 juga di dalam metro takut ada penyeluk saku |
Next destination, Notre-Dame Cathedral. Perjalanan ke sana melalui Sg. Seine yang cantik dan kami pun ambik kesempatan berposing kat jambatan dia yang famous tu.
|
Macam kanak-kanak riang dapat jalan-jalan..haha |
|
Mula-mula ingatkan ni patung..rupanya orang betul..haha..ni cara pakcik ni cari rezeki dengan dress n make up macam ni so orang bergambar dan bagi duit kat dia |
|
Sg Seine yang cantik |
Lepas tu pergi Galeries Lafayette lagi sekali...ngeee..kali ni saya dan hubby pusing satu shopping complex tu konon-konon nak cari handbag or souvenir yang sesuai untuk saya n mak serta mak mertua. Tapi last-last pergi jugak ke kedai Longchamp..haha. saya pun beli 3 bijik handbag kat situ. Kami beli juga sikit buah tangan untuk our fathers. Rasa lapar dah masa tu tapi kafe yang ada kat Lafayette tu tak meyakinkan halal. Lapar pun lepak sampai malam haha.
|
Suasana krismas dalam Lafayette |
|
View daripada rooftop Lafayette..nampak Eiffel Tower |
Lepas puas habiskan masa kat Lafayette, kami pergi ke Anvers pulak. Kat sini D'ny kata tempat menjual souvenirs dengan harga yang murah compare dengan tempat lain. Selain borong souvenirs, kami makan malam juga di kedai makan yang halal kat situ. Lupa dah nama kedai tu. Selesai semua tu, kami pun balik ke apartmen D'ny dan Chai. Kecapekan yang amat tapi seronok.