Hari ketujuh...dah makin ke penghujung cuti kami kali ni di NZ. Hari ni kami akan meninggalkan Queenstown dan terbang semula ke Auckland. So pagi2 kami semua buat final packing barang. Terkilan sikit tak sempat nak jenguk tasik depan apartmen ni walaupun 3 hari stay..huuu. Kami pegi airport yang jaraknya lebih kurang 10km by 2 trips sebab tak muat semua sekali..luggage banyak haha..dan oh ye keta sewa yang Syafiq bawak sebelum ni dah dipulangkan 2 hari sebelumnya..lupa pulak nak mention dalam entry sebelum ni haha.
Final posings di beranda apartment
Ni la tempat kami check in n check out..3km daripada apartmen kami stay, tapi not a big deal. Ok je
Mantra Marina. Sini pun jenis luxurious apartment
Isi minyak dulu sebelum pulangkan keta. Full to full policy. Sila abaikan debu2 kat tingkap tu hehe
Sila kagum dengan kemampuan kami self check in dengan 2 baby n berkoyan2 luggage..hahaha
Muka-muka tabah menunggu naik flight..haha!
Berat kaki melangkah naik ke ketobang..Queenstown u were so ohsem!
Flight to Auckland was smooth and departed on schedule. Dalam flight saya ternampak tasik biru turquoise dari kejauhan..mungkin Tasik Tekapo atau Tasik Pukaki yang femes itu. Huhu..dapat tengok dari udara pun jadi la. Sebelah seat kami ialah a lady from Auckland..sempat bersembang2 sikit pasal NZ.
Meninggalkan bumi Queenstown yang super cantik ni..sob sob
Siapakah gerangan nama tasik warna turquoise tu..Pukaki kah atau Tekapo kah..atau tasik lain?
A good idea of Air New Zealand to keep their passengers entertained while on board..tapi payah tul teka teki dia nih..jawapan dia..raven!
Airis teman wanmama n cuni
Takdo kojo dalam flight...trying to photoshoot gula2 dengan background flight punya magazine😂
Cikedis dlm flight
Bila landed di Auckland Airport, nak dekat sejam lebih tunggu shuttle car rental sampai*never never again use Atlaschoice or Lucky Rentals pasnih*. Tapi nasib baik kali ni manage pulak susun luggage (dengan bantuan Sebastian,staff Lucky Rentals yang ohsem) so muat semua skali dalam Estima. Maka kami pun jalan la 1 trip je ke Central Auckland dan check in di Waldorf Tetra Apartmen. Untuk stay kali ni saya book 2 unit apartmen,satu one bedroom n satu lagi 2 bedroom. Quite ok je la apartmen ni..small size,parking NZD35 per day dan di bangunan sebelah pulak tu dan Wifi limited 1GB per stay.
Ruang dapur apartmen kami stay..masuk2 je terus nampak ni. Kecik tapi equipped enough
Ruang tamu yang kecik dan compact..cukup la untuk Airis merangkak..haha
Toilet
Bilik kedua..kecik n ngam2 je. Bilik first pun saiz macam ni jugak. Anyhow, bersih dan kemas
Malamnya kami jalan kaki ke Queen Street yang terletak dalam 700m dpd apartmen kami. Bukan takmau guna kereta tapi kata orang,payah sikit nak cari parking kat tengah2 Auckland. Parking rate pun mahal. Pegi Queen Street nak beli souvenir yang dikatakan sebagai tempat paling murah nak beli souvenir. Tapi beberapa kedai dah tutup walaupun baru jam 7.30 camtu. Dan harganya pun takde la murah sangat bagi kami sebab kedai kat Arrowtown lagi murah..uhuuuu..lepas borong souvenir kami pun carik makan malam pulak. Jumpa International Food Court kat Queen Street tu jugak dan dan makan halal nasik briyani bagai. Lepas kami makan pun kedai2 situ bersiap2 nak tutup. Awal jugak orang2 kat Auckland ni settle down ye.
Memulakan perjalanan
Posing ma jgn x posing
Ni la jarak yang paling dekat kami boleh sampai dengan Sky Tower..haha
Dedi dukung si kembar sementara mommy makan..haha tq dedi..u are the best
Gigih meredah kota Auckland..haha
Eh eh..atuk saya ada kodai omeh kat sini rupanya😂
Esok paginya kami pun checkout dan pulang ke tanahair terchenta. Flight saya,hubby n twinnies jam 1.10 tengahari manakala my mama,Syafiq n Nani jam 6.40 petang. Since diorang ada masa extra, sempat la mama shopping lagi dan pegi One Tree Hill. Malang sikit saya n husband tak sempat langsung nak pegi tempat2 attraction kat Auckland..huhu.
Huhu..belum habis kemas lagi ni
Pemandangan dari bilik
Pemandangan dari bilik
Aummmm...sedapnya bubur dedi suapkan ni
Bye-bye Auckland
Soping jangan tak soping
View from One Tree Hill
Monumen peringatan kat orang Europe yg membuka kota Auckland
Nice view of Auckland from One Tree Hill
Biri2 tak bertuan di One Tree Hill..haiii sombongnye awaks tak mau kawan dengan mama saya 😅
Bergambar kenangan dengan Sebastian dan sorang lagi worker Lucky Rentals
Flight balik ke KL ambil masa lebih kurang 11 jam. Sampai KLIA, kami bermalam satu malam di Sama-Sama Hotel sebelum teruskan flight ke KK. Syafiq satu flight dengan kami ke KK. Sempat jugak la dia berehat di bilik kami lepas landed pukul 4.40 pagi.
Overall, NZ is the best n most beautiful country that i have ever been. Kalau ada peluang memang nakkk lagi pegi..huhu. Ok, sekian lah saja titipan memory NZ trip ni. Ada 2 lagi trip yang nak kena diabadikan juga di blog ni..adeh..bila la tu ya😂.
Happy traveling peeps!
gigih saya baca semua posting lin tentang new zealand...kebanyakkan yang share backpackers style..agak tak sesuai dengan kita yang anak kecik2 ni...Tq so much ya lin for all the shared info...May Allah bless u! :)
ReplyDeleteTq Hamidah sudi baca..tak sia2 saya karang panjang2 hahahah. Actually trip kami ni kira ala2 backpackers jugak sebab tak pakai ejen or pakej haha. Cumanya lebih relax dan tak guna campervan or motorhome compare dengan kebanyakan travelers lain. Enjoy NZ yea!
Delete