Shopping Souvenir dan Santai-Santai
Hari keempat di Lombok, tak banyak sangat yang kami buat atau lawat.Santai-santai je menikmati percutian dengan tenang,hahaha. Paginya kami berendam di kolam renang hotel. Best sangat kolam renangnya sebab very kids friendly. Setakat ni, kolam renang untuk kanak-kanak di hotel ni is the best kids swimming pool we have ever been to. Walaupun berendam sampai nak dekat 2 jam, Airis masih tak puas dan meraung-raung bila kami paksa naik 😂.
![]() |
Syok owh naik bantal yang macam pelampung tu. Banyak bantal macam tu yang hotel sediakan. Saya tak jumpa lagi hotel lain yang sediakan bantal camni. Maybe banyak je tapi saya yang tak tau..haha |
Lepas berendam, kami pergi ke area pekan Mataram untuk shopping souvenir. Kat Lombok ni tak banyak tempat yang jual souvenir hatta gerai-gerai tepi jalan sekalipun. Memang sana sini orang berniaga barang-barang termasuk kraftangan tapi bukan dalam bentuk souvenir yang kita biasa beli macam t-shirt, keychain, fridge magnet etc tu. Yang banyak dijual macam barang kemas mutiara, makanan jajan, kain pasang n kraftangan buatan tangan yang lain. So Komang bawa kami ke kedai souvenir atau kedai khas oleh-oleh yang bernama Sasaku. Memang besar kedainya, dua tingkat. Dapatla beli beberapa helai baju, key chain, fridge magnet n lain-lain kat situ. tapi rasa nak cari kedai lain lagi hahaha. Sebelum ke kedai lain, kami singgah lunch kat kedai yang jual sate rembiga.
![]() |
Sedap owh sate dia. I loikeee this kind of satay better than Malaysian version punya hahah |
![]() |
Comel je ruang makan dia. haha |
Malamnya, kami sambung cari souvenir di kedai nama Gandrung. Lepas tu dinner di kedai bakso Haji Anang. Sedap sungguh baksonya, semangkuk kecik tak puas makan. Husband n maid saya ntah berapa kali tambah dah. Mala tu sampai ke hari ni dok kata kedai bakso Haji Anang ni la dia merasa bakso yang paling sedap skali.
Flight kami ke KL pula pada jam 12 tghari lebih kurang. Komang tak dapat hantar kami, jadi Mas Aji bosnya sendiri yang akan hantar. Bila Mas Aji sampai, terkejut kami. Muda je orangnya tak serupa macam dalam gambar kat kedai makan hari tu. Sah la Komang mengencing kami hahaha. Nakal Komang ni 😆. Sepanjang perjalanan ke airport, Ariq banyak termenung, macam tau je pengasuhnya balik kampung. Huhu.
Overall, Lombok memang sangat cantik. Banyak tempat-tempat yang kami tak dapat pergi sebab kekangan masa dan ada budak2 kecik. Takpa la ada rezeki lain kali kita datang lagi.
![]() |
Melayan "bayi-bayi" saya dalam bilik ni hahah |

No comments:
Post a Comment