#thisiswhywetravel

Saturday 28 February 2015

Bercuti ke Jepun Winter Trip 2015: Part 1


Hari ni dah almost sebulan kami kembali ke Malaysia selepas 8 hari bercuti bersama parents my beloved hubby ke Jepun. Walaupun malas tapi disebabkan tak mau segala penat lelah merancang percutian ni dan memori keseronokan bercuti tu hilang maka digagahkan juga jari ni untuk menaip..haha..selain itu, saya juga ingin berkongsi pengalaman ni di blog semata-mata untuk rujukan sesiapa yang tengah merancang percutian ke Jepun. Sebelum kami ke Jepun pun kami banyak baca blog yang share tentang pengalaman masing-masing. Percutian kami sebelum ni pun tak pernah diabadikan dalam mana-mana blog, so this is my first try..hua hua.

Trip ke Jepun ni juga adalah trip pertama yang kami bawa parents suami saya sekali. Musim sejuk dipilih sebabnya ia low season n sebab yang lagi utama, saya n suami nak rasa main salji hahahah. Orang lain sibuk tanya kenapa nak pergi musim sejuk, tak sejuk ke, musim bunga la lagi best sebab ada sakura. macam-macam lagi la. Well, sukahati kita la nak pegi masa bila yang kita nak kan :p