#thisiswhywetravel

Saturday 31 October 2015

Bercuti di London & Paris: Day 1


Hello..entry ni akan cerita tentang hari pertama travel kami ke London & Paris.


8 Disember 2012, saya dan husband bertolak daripada Kota Kinabalu, tempat kami tinggal ke rumah parents saya di Bangi. Esok pagi-paginya adik saya menghantar kami ke KLIA. Tq saadah..hehe. Disebabkan rezeki kami dapat naik business class, dapatla kami breakfast dan lepak2 dulu di Satelite Golden Lounge.


                                                      Jom London & Parisssss!!!


                      Breakfast di Satelite Golden Lounge..alhamdulillah



                     Long queue di imigresen...time cuti skolah memang la camni  


Flight kami berlepas kira-kira jam 11 pagi. Teruja sungguh naik A380...really a jumbo jet. Sebelum take off lagi kami dah buat selayaknya orang jakun buat..bergambar sana sini hahaha..pramugari pun sporting je melayan..dia ingatkan kami honeymoon..boleh kira gitu jugak la..honeymoon kali ke 20..hahaha. Dalam flight juga kami ambil kesempatan untuk pusing2 dlm plane tu. Nice brand new plane it was. Sekarang saya dengar yang A380 ni mungkin tak digunakan lagi untuk route London. What a pity.



                                              Drinks before take off



                                                      Taking off


 Merayau dalam plane. Business class dan premium economy class (kalau x salah namanya la) kat tingkat atas..manakala first class dan economy kat tingkat bawah



Economy class


Magazine rack




                       Toilet pun nak ambik gambar..orang jakun camni la..hihi



Appetizer...untuk flight ni MAS ada offer Chef-on-call service..kita boleh order main course online sebelum fly



                                                 Ruang solat


Alhamdulillah kami selamat mendarat di Heathrow airport jam 6 petang waktu London setelah 13 jam lebih makan,tido dan layan movies dan games. Queue di imigresen agak panjang..pegawai imigresen dia tak terlalu strict n tak jugak ramah. Takde la lawa mana pun Heathrow ni..KLIA jauh lagi cantik. Setelah selesai semua, kami beli Oyster Card dan naik tube ke Kings Cross Station. Perjalanan ambil masa lebih kurang sejam. 


Bila dah sampai stesen, kami pun berjalan meredah sejuk untuk ke hotel kami stay berpandukan itinerary yang saya dah siap2 buat sebelum ni..ada direction ikut jalan mana n how far..tapi ada juga sikit keliru cari hotel kami sebab bangunan di Cartwright Garden tu ada beberapa hotel. Tapi alhamdulillah jumpa juga. Lega. Tapi tak berpanjangan bila kami diberi bilik kat tingkat 3..uhwaaa sebab takde lif. Nampaknya request saya nak bilik kat tingkat 1masa booking hari tu tak dapat dipenuhi.


                    Safely arrived at Kings Cross St Pancras International Station



Nevermind la. Lepas mandi,solat n jenguk sana sini..kami pun tido. Antara sebab kami pilih flight yang sampai lewat petang ialah supaya kami boleh terus check in hotel dan rehat dulu. Esok baru start jalan-jalan. 

End of entry 1...hehe.

#london #winter #holiday #vacation #A380  #malaysiaairlines #kingscross #stpancras






Sunday 25 October 2015

Persediaan Bercuti ke London & Paris Winter Trip 2012

Salam dan hepi weekend..saya teruskan lagi dengan kenangan travel kami yang lepas-lepas..ye la nak tunggu travel akan datang macam lambat je lagi..ehehe..kali ni pasal travel ke London dan Paris pulak. Dah lama dah...tahun 2012 hari tu. Semuanya bermula bila syiok bercuti kat Perth tahun sebelumnya dan teringin pegi obersea lagi. Tapi duit pun macam suam-suam kuku je.

Tiba-tiba encik husband teringat Enrich miles MAS yang dia dah kumpul bertahun-tahun lamanya. Bila check dekat website MAS, owhhhh ada promotion redeem Enrich miles. Less 50% drpd rate biasa. Check balance miles pulak, wowwww enough miles untuk redeem tiket return to London. London??? Whewwww tak pernah terlintas nak pegi sampai jauh ke situ...ehehehe. Eh..alang-alang pegi London, nak jugak pergi negara Europe yang lain sekali. Macam orang selalu buat tu. Round sampai 6 negara sekali. Tapi kalau nak buat macam tu,kena ambik cuti panjang. Koman-koman 2 minggu. So kami decide untuk pergi London dan Paris je. Cukuplah tu. Akhirnya kami pilih untuk landing di London Heathrow dan balik ke Malaysia dari Paris CDG musim winter nanti. Konon nak rasa salji. Maka selesai la hal tiket.


A380 ialah plane yang digunakan untuk route London. Tak sabar nak naik masa tu hehe

Oleh kerana kali ni nak pergi berdua je dan tak pakai travel agent untuk jimat kos, saya pun bersungguh-sungguh planning trip kali ni. Tamau jadi macam di Perth dulu,macam rusa masuk kampung hahahaa.


                           Itinerary yang saya buat

Accomodation

Mula-mula saya cuba dapatkan info daripada kawan yang tengah study di UK tentang penginapan mana yang ok di sana, tapi katanya ada banyak sangat untuk dipilih dan dia suggest saya guna website Tripadvisor. 


                     Website Tripadvisor yang ohsem

Maka bermulalah perkenalan saya dengan encik Tripadvisor...keh keh. Survey punya survey,saya pun terberkenan dengan Studios2Let. Hotel style mini studio ni terletak dekat je dengan stesen St Pancras dan King's Cross yang merupakan antara stesen utama di London..kira-kira 300 meter. Harga 80 pound per night utk bilik double standard, ada attached bathroom dan mini kitchenette. Time tu convert ke RM dalam RM400. mid-range la..tak murah sangat..mahal pun tak kalau ikut standard harga accommodation kat London. Nak lagi murah kena la book bilik shared bathroom n kitchen ye. Kami stay 5 malam.


Bilik air yang kecik tapi selesa dan bersih sangat


Bilik standard yang muat-muat untuk 2 orang


Stesen St Pancras International, St Pancras Hotel dan Kings Cross Station..beautiful building

Kabinet dapur mini depan katil. Peralatan lengkap untuk main masak-masak.



Euston Station salah satu tube station yang terdekat dengan Studios2Let. Dalam 300m.



Pemandangan hotel dari luar. Bukan Studios2Let je yang di sini, terdapat juga beberapa hotel lain di sini. Peminat Harry Potter mesti perasan yang view sini macam view rumah Sirius Black kan..hahaha


Untuk accommodation di Paris pulak..tak kluar sesen pun sebab tido umah kawan...hahaha. Tq so much Dny n Chai,also to their cute little son Hariz. Rumah diorang terletak di suburban Paris. Kami stay 3 malam.


Transportation

London:

Seperti kebanyakan negara-negara maju,tren merupakan transport utama. Kat London ni kami bergantung hampir sepenuhnya kat tube underground dia. Selain tube underground, ada juga overground train, National Rail dan dua tiga jenis lagi tren. Teksi dan bas kami tak guna langsung haha.

Kami guna Oyster Card. Oyster Card ni macam kad touch n go dan boleh digunakan kat tube, overground, bas dan tren-tren lain. Selain Oyster Card ni, ada tiket2 pakej yang dipanggil Day Travelcard. Travelcard ni boleh digunakan seberapa banyak yang kita mau dalam tempoh sehari. Harga pula ikut zone. Makin banyak zone yang dicover, makin mahal le harganya. Jadi anda kena tentukan tempat2 yang anda nak pergi dalam tempoh sehari tu baru boleh determine jenis Travelcard yang anda perlu beli. Ada juga jenis-jenis tiket yang lain, sila la rujuk link ni ye. Saya beli Day Travelcard ni kat kaunter National Rail (ada kat Stesen King Cross/ St Pancras). Sebab apa? Haaa..sebab ada promotion 2For1 London.  Nanti saya cerita lebih lanjut kat tajuk Tempahan Tiket Attractions.

Tube sememangnya pengangkutan utama di London. Time pegi dan balik keja, sila jangkakan stesen2 tube ni akan sangat sesak, oleh tu molek la kalau anda elakkan guna tube time2 macam ni. Kalau anda nak merancang route dan timing ke tempat-tempat yang anda berhajat nak pergi, website ni sangat membantu: https://tfl.gov.uk/plan-a-journey/. Selain tu, saya banyak juga guna Google Maps. Buat itinerary secara detail dengan memasukkan maklumat2 stesen mana nak naik tube,timing naik,duration,platform mana nak pergi,etc.


Website Journey Planner..sangat useful,alternatif kepada Google Maps


Oh ye selain tu jangan lupa download or print sekali map line tube ye. Ada lebih kurang 16 jenis line tube, kalau anda tiba2 berhajat nk pegi tempat lain yang tak termasuk dalam itinerary asal, boleh rujuk map untuk panduan pegi sana.


Option lain yang popular ialah Hop On Hop Off bus. Bas ni akan melalui hampir semua attractions di tengah London dan penumpang boleh turun kat mana2 stop yg dia suka. Lepas tu boleh naik next bus. Ada 3 route utama kalau tak silap. Untuk maklumat lanjut..sila jangan malas tanya pakcik google hahaha.

London ke Paris:

Untuk transportation dari London ke Paris, kami guna Eurostar or bullet train. Nak naik bas or feri rasa macam lama sangat pulak, sampai 8 jam. Tiket Eurostar saya book menggunakan application Eurostar Trains (Android, Google Play). Lagi awal book, lagi murah harganya macam tiket Air Asia jugak..heheh. Kalau tak silap saya, harga seorang one way ialah kira-kira 59 pound dan beli 4 bulan sebelum. Lepas beli, dia akan bagi barcode dan kena tukarkan ke real ticket kat office Eurostar sebelum naik tren. Kalau perlu nak tau info lanjut, sila la ke website ni.


Android application,Eurostar Trains yang saya guna untuk book tiket London - Paris


Tiket yang dibeli pakai app tadi tu akan diberi barcode. Kena pergi kaunter eurostar di stesen yang kita nak bertolak tu untuk convert ke tiket macam ni


Paris:

Kat Paris pun kami banyak guna tren, kat sana tren utama dia ialah Metro. Selain tu, kami guna juga RER untuk ke Disneyland. RER biasanya untuk perjalanan yang melibatkan kawasan luar metropolitan Paris.  Kat sini ada Paris Visite, iaitu tiket unlimited ride untuk metro, RER, bas n tram lain ikut zon macam konsep Day Travelcard kat London juga. Paris Visite ada untuk sehari,2, 3 n 5 hari. Hemmm, time kami dulu takde unlimited, rate dia sama je macam single fare cuma boleh guna kat transportation-transportation macam yang disebut tadi. Huntong laa siapa yang pegi sekarang hahaha. 

Untuk info juga, satu keping tiket dengan kadar tambang biasa untuk metro biasanya ialah 1.70 euro (rate tahun 2012). Tiket boleh dibeli sekeping atau 1 set yang mengandungi 10 keping. Nama tiket 10 keping ni Carnet, Kalau ikutkan, 10 keping harganya 17 euro kan tapi dengan 1 carnet, dapat harga 12.70 euro. Tapi ni rate tahun 2012 tau. 

Untuk ke airport Charles de Gaulle baru la kami guna teksi..sonang n ada sikit balance duit so bleh la naik teksi hahaha.


                                         Paris Visite


Tempahan Tiket Attractions

Untuk tempat-tempat attractions di London yang perlukan tiket masuk macam Madame Tussauds, London Eye, Hampton Court Palace, City Cruises..kitorang gunakan offer 2For1 London. Offer ni macam buy 1 free 1 la..kita dapat dua tiket dengan harga untuk 1. Ini promosi yang dibuat oleh National Rail. Syaratnya kena beli tiket National Rail dengan salah satu caranya macam saya sebut kat part transporation tadi. Pegi website ni untuk details senarai attractions dan info-info lanjut lain. Saya pilih tempat-tempat yang saya nak pergi then download offer 2For1 untuk tempat tu, dan print. Sila buat sebelum bertolak ye, jangan dah sampai London baru terkial-kial cari tempat print..haha. Semua benda yang diprint, tiket, itinerary yang dirancang saya letak dalam satu folder dan sumbatkan dalam beg galas yang dibawak ke mana-mana.


            Tiket unlimited day cruise yang dibeli menggunakan 2for1 promotion



Oleh sebab kami melawat London masa musim winter, kat Hyde Park ada berlangsung Winter Wonderland masa tu. Macam funfair la. Ada juga Magical Ice Kingdom dalam tu, saya beli online tiket masuk ke Magical Ice Kingdom tu untuk tengok ukiran2 ais kat dalam tu.

Untuk attractions di Paris, saya cuma book tiket Disneyland je. Eiffel Tower saya beli tiket masa sampai kat sana je..tak berani nak booking online sebab ada slot timing dia..takut tak sampai sana on time seperti yang dah dibooking nanti. 

Tiket Disneyland boleh bli online kat sini. Based on website Disneyland tu, sekarang punya konsep kalau beli lagi awal, lagi murah rate dia. Time saya dulu takde konsep macam tu tapi masa tu ulangtahun Disneyland Paris yang ke 20, jadi ada 20% diskaun. Terdapat macam-macam option dan pakej. Ada yang untuk 1 park, ada 2 parks, ada yang dengan pakej hotel dan transportation daripada Paris. Saya beli untuk 2 parks je sebab takde masa nak spend berhari-hari kat Disneyland dan timing transportation pun macam tak sesuai. 

Lepas beli, saya print tiket siap-siap dan masuk dlm folder macam saya ceritakan awal tadi. Memang sangat recommended beli online..kecuali kalau anda jenis suka beratur panjang2 kat kaunter hahaa.


Baju & lain-lain


Erm, sebab kami pergi time winter, harusla bawak baju2 yang sesuai untuk winter..haha..kena semak dulu berapa jangkaan suhu masa kita pergi sana (semak kat internet,guna je pakcik google jgn malas haha). Jenis baju winter yang sesuai bergantung pada julat suhu masa tu. Macam kami, suhu antara 1 -9 degree Celcius so kena la ada thermal wear yang sesuai untuk suhu tu (bleh tanya bila pegi kedai yang jual winter apparel macam Uniqlo,Universal Traveler).


Visa? Kalau stakat melancong dalam jangka masa pendek takyah visa.


Tempat solat: kami google tempat2 yang boleh solat siap2 dan masukkan dalam itinerary. Banyak juga tempat yang boleh solat. Kalau anda tak jumpa tmpt solat,solat je kat mana2 tempat yang sesuai dan bersih. Bawak sejadah kecik dan botol air mineral/ botol spray siap2. Takde alasan utk tak solat. Kih kih.



 East London Mosque, Whitechapel..antara masjid yang kami singgah untuk solat

Makanan: macam travelers yang lain, barang2 makanan macam megi,beras,perencah instant, makanan dalam tin tu dibawa dari Malaysia. Bahan mentah macam telur, bawang smua tu boleh bli kat kedai grocery kat London.





                               Our food stock..heheh


Tukaran matawang: lebih kurang sama macam tips di entry saya persediaan ke jepun. Saya tukarkan duit euro dan pound sterling kat kajang.




Rasanya dah cukup pasal persediaan..hahaha dah 3 tahun punya cerita. Harap2 sempat update lagi entry tentang London n Paris sebelum saya bersalin nanti..hehe



#london #paris #europe #studios2let #londonholidaytips #bercutidilondon  #MAS  #enrich  #bercutidiparis