#thisiswhywetravel

Monday 26 December 2016

Bercuti ke New Zealand: Day 5 14 Sept 2016

Hari ke lima percutian kami di bumi kiwi ni tak bermula dengan baik. Since pukul 3-4 pagi, Ariq muntah dengan banyak. Abis cadar katil kami kena muntah. Airis pun muntah juga tapi Ariq lagi teruk..sampai lembik dia. Dalam pukul 7 lebih tu dengan tak mandi dulu, kami terus bawak diorang pegi klinik dengan berpandukan address yang dibagi kat guide book apartmen kami. Malangnya klinik/hospital tu cuma untuk yang dah buat prior appointment jer.

Senarai address medical center yg ada dlm guide book apartmen kitorang



So next,kami try pegi Queenstown Medical Centre yang betul2 terletak di tengah bandar Queenstown. Kecik je Medical Centrenya tapi nasib baik ada Accident n Emergency Dept kat situ. Tapi awal2 lagi dia dah bagitau,bayaran dia ialah NZD160 for each baby. Erkkkkkk..tapi nak buat macamana, their health n well-being are the utmost priority. Lama juga la menunggu nak jumpa doc. Sempat jugak la si kembar muntah lagi few times. Huhuhu. Benda macam ni la antara perkara yang paling tak diingini berlaku bila bercuti. Dalam sejam lepas menunggu baru doc ada. Nasib baik dia kata just macam our twinnies has 'caught some bug along' dan dia kata kitorang boleh continue berjalan2 macam kitorang plan. Tapi kesian pulak tengok twinnies lembik. So pagi sampai tengahari tu kami semua lepak kat apartmen ja. Planning pegi Glenorchy pagi tu ditangguhkan. Cleaner yang kemaskan bilik kitorang pun kata how pity..weather today is perfect to see Glenorchy. Btw, dia merupakan warga UK yang bekerja di Queenstown secara 'working holiday'. Syoknya kerja macam tu kan..bercuti sambil kerja untuk earn money supaya terus bleh bercuti *mod berangan nak buat macam tu jugak😂*



Sian Ariq lembik dah dia..lama jugak tunggu turn..macam biasa stokin mesti tanggal sebelah 😂

Dah kena panggil tapi kat dlm treatment room emergency dept pun still tunggu doc..hangpa yang suka kutuk hosp gomen Msia lambat tu,cuba mai sini tengok sini..NZ yang kira maju ni pun melangut tunggu doc 
Lps jumpa doc..tunggu turn ambik prescription pulak..sian wanmama sampai tetido dia

Uhuuuu cuaca cerah masa ni



Anyway, bila dah dekat petang macam tu,kami decide untuk on balik plan ke Glenorchy bila keadaan twinnies dah makin ok dan dah ada selera makan. Perjalanan ke Glenorchy banyak melalui tepi Tasik Wakatipu..view dia ohsem memang wa tak tipu😂 kata orang, antara view masa driving yang paling cantik atau the most scenic  dalam planet bumi ni. Ntah betul ke tak,tak tau la tapi yang pasti memang gorjesss. Berapa kali nak berenti ambik gambar tapi asyik termiss je di tempat2 yang sesuai. Setelah lebih kurang 46km driving,sampai la kami ke Glenorchy.

Tempat wajib untuk disinggahi di Glenorchy ni sudah semestinya Glenorchy boathouse warna merah tu dan jetinya. Pekan Glenorchy pun sangat kecik dan comel. Kami minum petang di salah sebuah kafe di sana macam tokey Epsom Motel advice hari tu. Dan sempat pulak Ariq tercirit kat sana..huhuhu..kena seluar long john dia skali.













Kalau musim summer,tasik ni kaler turquoise..ataupun if sampai sini tengahari tadi pun maybe kaler dia turquoise jugak?? Takpe la..rezeki dpt tengok tasik kaler biru biasa macam ni pun cantik juga..alhamdulillah








Dah tutup pun kodai souvenir ni masa ni..huhu



Berposing dengan background pokok sakura..mama n yang lain tak minat masa ni,so saya je la yang berposing sakan






Bila hari dah lewat petang,kami bertolak balik ke Queenstown. Alhamdulillah,ada juga rezki nak tengok Glenorchy. Syukur jugak twinnies dah getting better walaupun cirit birit pulak. Takpe la,kata doc asalkan diorang x demam, ada selera makan n menyusu, n x teruk sgt muntah n cirit,kira ok la tu.




Kalau hari tengah panas mesti lagi cantik..huu

Ariq termuntah pulak masa ni..kemain Cuni dia gelak..cet





Dah menghampiri Queenstown..The Remarkables dah kelihatan

Dah maghrib di Queenstown

Okla,hari kelima di NZ berakhir di sini. Ada 3 hari or 3 entry lagi untuk completekan catatan NZ nih..chaiyokkk..oh n ada satu lagi entry khas nanti..sebab ada something unpleasant yang baru je terjadi tentang booking kereta sewa di NZ ni..memang tobatttt taknak guna Atlaschoice lagi...haiyaaaa!

Saturday 10 December 2016

Bercuti ke New Zealand Day 4: 13 Sept 2016

Hari keempat di bumi kiwi, macam biasa pagi2 kami breakfast dengan makanan air tangan mama..nasik goreng dengan lauk sardin,telur dadar,roti..besttt..don't expect ada kedai mamak kat sini pulak😂 Airis dan Ariq pun saya bagi try makan baby food dalam tin yang mama beli kat supermarket malam tadi. Brand Wattie's. tak pernah dengar sebelum ni tapi memandangkan label ingredients dia kata smuanya bahan asli dan takde pengawet,perisa or apa2 bahan tiruan,saya bagi je la.

Nak dekat jam 11 pagi,kami pun check out. Destinasi seterusnya ialah Treble Cone,salah satu kawasan untuk ski di NZ. Plan asal saya ialah bersiar2 sekitar Wanaka dan pergi Puzzling World untuk pagi hari keempat ni. Untuk main ski,plan asal ialah di The Remarkables/Coronet Peak masa hari keenam. Tapi since Syafiq dapat Ski4Free,iaitu lift pass percuma di Treble Cone sebab sewa keta Jucy Rentals, kami pun ubah plan..pegi sana pagi tu since Treble Cone tak jauh sangat dari Wanaka. Kalau nak pegi Treble Cone waktu hari keenam,jauh sangat pulak jaraknya sebab kami di Queenstown masa tu. Lepas dari Treble Cone kami plan singgah Puzzling World sebelum terus gerak semula ke Queenstown.

So selepas check dengan rental company dan diorang kata ok untuk drive up Treble Cone dan cuaca pun diorang kata baik, kami pun dress up tebal sikit dan proceed check out. Sempat juga tanya kat sorang pekerja yang tengah buat kerja2 repair di motel tu tentang Treble Cone. Katanya salji still ada tapi tak fresh dah la. "So you are going up there today. That explains your bundled up dressing"sambil dia chuckled. Ceh,mentang2 dia pakai t-shirt je..hahaha. Keta sewa Syafiq kami tinggalkan di motel dan kami smua pergi naik Estima je.

Dengan berpandukan GPS,kami pun start perjalanan ke Treble Cone. Perjalanan melalui Mount Aspiring road dan Tasik Wanaka. Mula2 sesat sikit tapi nasib baik Wanaka ni kecik je.



Tersesat ke kawasan perumahan pulak



Lawanya la haiii kawasan rumah macam ni..bungkus satu ikat tepi bawak balik Malaysia bole?

 Kalau tak mengenangkan masa yang tak banyak, memang nak je berhenti sana sini ambik gambar. NZ ni memang dikurniakan bentuk muka bumi yang cantik di mana2. Di hujung Mount Aspiring road, bermula la pendakian ke Treble Cone. Walaupun jarak mendaki dalam 7km je tapi seram dan curam.


Ambik gambar dari dalam keta je la..kalau everytime nampak scene menarik nak turun keta, petang baru sampai Treble Cone kot😂


Glendhu Bay, Tasik Wanaka





Penghujung jalan Mount Aspiring Road..ada pintu gerbang..tapi tak jelas tulisan dia

Zoom skittt..ok konpom ni jalan ke Treble Cone..kekeke















Sampai je di kawasan parking, mama, Syafiq n Nani jalan dulu ke kawasan ski. Saya dan husband stay dalam keta dulu sebab si kembar masih tetido. Bila diorang dah terjaga, kami pun masuk dalam bangunan utama yang ada di kawasan ski tu. Husband saya taknak main ski sebaliknya nak lepak jugak sama2 utk jaga twinnies. Kami lepak2 di corner cafe dalam bangunan tu. Mama pun tak main ski, dia tengok Nani n Syafiq main je. Sayangnya kawasan2 ski di NZ sekarang ni takde yang offer pakej sled or tubing dah. Teringat kat Gala Yuzawa Jepun dulu best betul main sled..haha. Takpe la, dapat pegang salji je pun jadik la😂. Lepak dalam kafe kat situ sambil layan fish n chips dan layan kerenah twinnies pun layannnn..hehe.

Kat tempat bersalji pun jual eskrem..tapi eskrem dia sedap..hehe






Si kembar sibuk main locker

Cafe


Alololo anje dedi dah tido
Twinnies tengah tido..tapi mak pak diorang tetap gigih berposing😂



Bila tengahari, kami gilir2 solat jamak. Ambik wuduk kat toilet dan bentang sejadah dekat tempat kami lepak tu, terus solat. Lepas tu kami sambung makan bekal lunch yg mama dah prepare masa kat motel. Then kami main2 salji sikit kat area beginner ski, sambil tunggu Syafiq n Nani main ski. Terer jugak diorang ni main walaupun first time n tak ambik beginner lesson pun..clap3.


Kedai sewa peralatan ski

Muat tak tu?

Macam pro padahal baru first time..kih

Tak main ski..tumpang posing pun jadik la kan ma :p

Alalalala tomeinya main tarik2 sled..macam main tarik upih pinang lak haha

Macam model ski. Triple cone? Yes please!



Wah hepinye




Posing in a different angle


Posing istimewa wanmama







Dalam jam 4 petang gitu kami pun bergerak turun dari Treble Cone menuju Wanaka. Sempat singgah kejap di tepi Tasik Wanaka. Lepas tu singgah Alpine Motel ambik keta sewa Syafiq. Ada notis ditampal di keta tu yang bagitau henpon Nani tertinggal dalam bilik motel. Huhu, jujur betul owner motel.


Menuruni jalan yang curam


Dedi n Airis special moment

Kami meneruskan perjalanan ke Puzzling World. Masa tu dah dekat jam 5 petang. Ngam2 je sebab masa tu masa terakhir admission. Waktu operasi pun sampai jam 6 je. Kira okey la tu. kami beli tiket untuk 2 parts, Illusion Rooms dan Maze. Selain 2 parts ni ada juga sudut puzzles yang free untuk dicuba. Memandangkan masa terhad, kami terus ke Illusion Rooms je. Banyak jugak la illusions yang ada. Paling best (n quite annoying juga😂) ialah bilik yang condong lantai dia tu...lupa dah nama dia. Dan jugak bilik yang bagi effect sorang nampak besar dan sorang nampak kecik tu. Lepas puas 'main' kat sana, main maze pulak di bahagian luar. Untuk abiskan game maze ni, kena cari jalan untuk sampai ke 4 towers dia. Tapi tak abiskan pun, baru 1 tower dah quit sebab lotih main sambil dukung budak..haha. Lagipun dah dekat pukul 6.

Toilet orang Rome dulu kala..sambil buat bisnes boleh bersembang😂

Toilet bowl dia pun ada unsur art..haha







Chaiyok2..sikit je lagi nak sampai puncak gunung😂


Besarnyeee pakngah










Lepas tu kami pun gerak ke Queenstown. Kali ni kami guna route yang lain daripada semalamnya. Route semalam memang yang paling dekat..dalam 60km tapi kena lalu kawasan curam dan selekoh2 tajam bila nak sampai Queenstown nanti. Gelap n takda lampu jalan so macam bahaya je. Jadi kami pilih route satu lagi yang lalu Luggate dan simpang ke Cromwell yang jaraknya 110km..almost double jarak ikut Cardrona Valley tapi nak lagi selamat punya pasal, sanggup ambik route satu lagi tu..huhu. Dan sayangnya lebih separuh journey kami x dapat enjoy view sebab dah malam. Kalau siang, mesti cantik gila sebab ada melalui tepi sungai  Kawarau River yang warnanya turquoise dan juga Roaring Meg, area sungai yang mengalir deras. Airis dan Ariq pulak masing2 meragam tak mau duduk carseat, tepaksa la pegang diorang.

View of Roaring Meg yang kami miss! Picture credit to David Wall

Kira2 pukul 7.45 malam, kami sampai Queenstown. Kami singgah di Mantra Marina untuk ambil kunci apartment yang kami akan stay untuk the next three nights in Queenstown. Apartment kami tu, Luxury Lakes Suites jarak dia lebih kurang 3km daripada Mantra Marina. Nama je Luxury tapi rate dia bukan yang paling mahal kat Queenstown ye😅. Banyak je apartment lain yang rate sama or lagi mahal daripada Luxury Lake Suites. Apartment ni juga terletak dalam bangunan yang sama (design n deco pun sama) dengan Oaks Shores apartments. Cumanya rate Oaks Shores lagi mahal. Anyway, syok tengok semua family members especially mama happy dengan stay kali ni. sekali sekala rasa mewah skit apa salahnya kan😂





Encik hubby yang rajin terus basuh kain2







Peti ais pun dalam kabinet..sangat sleek dan kemas

Washing powder pun disediakan

Sronok twinnies dapat merangkak puas2 dalam rumah besar ni

Pakai remote control je dedi..hehe

Terkial-kial nak guna dishwasher ni..orang jakun katakan :p

Tong sampah pun dalam drawer..sooo kemas


Bilik master yang luas..ada own tean coffee making facilities and own balcony..ada own toilet juga..each room ada own toilet


Bilik Syafiq





Ok, ini saje la cerita untuk Day 4 di NZ. Esoknya, something yang tak diingini dah terjadi. Tunggu next entry okey.

Tq for keeping up!