#thisiswhywetravel

Tuesday 14 April 2015

Perth 2011




Assalamualaikum wbt dan morningggg...tak berapa nak morning dah pun hihihi. Kali ni punya cerita adalah tentang travel saya dan hubby yang pertama ke oversea sejak kami kawin..hehe. Bila terkenang balik memang lucu n sweet. Percutian ni tak dirancang awal-awal juga dan nak kata honeymoon pun tak jugak. Keh keh. Kami pergi berempat dengan rakan ofis, Hanif dan Kak Fidah. Asalnya berenam tapi yang lagi dua orang tu banyak ikut plan sendiri..akhirnya yang stay together kami berempat je. 

Semuanya bermula dengan offer tiket Air Asia. Suami saya bagitau Air Asia offer pakej tiket return plus penginapan hotel 3 bintang 5 hari 4 malam dengan harga RM1700/pax. Saya masa tu belum pernah pergi bercuti oversea dan tak pernah planning or teringin pun. And I've got no idea murah ke tak pakej tu...tapi since kawan-kawan opis ni pun kata murah, so beli je la. Time tu sekitar bulan April 2011..tarikh ke Perth dalam Mei 2011..so ada  sebulan lebih je nak prepare. Tapi apa je yang kami prepare?? Tak penah melancong ke oversea saya ni..hahaah..dulu pun mana kenal Tripadvisor smua tu. Ada la google sikit-sikit apa tempat yang best kat Perth dan tanya sikit-sikit camne cuaca n musim kat sana. Diorang kata nak masuk winter, so sejuk skit la dengan suhu antara 10-20 celcius. Okey, so saya pun beli sweater biasa,stokin tebal n bawak la jugak cardigan yang biasa-biasa tu without any exact idea how cold 10-20 Celcius would be..kih kih. Bawak jugak sikit-sikit makanan dalam tin.

Flight kami berlepas ke Perth pada jam 12.40 malam macam tu. Perjalanan mengambil masa 5 jam dan suami saya yang berketinggian ala-ala orang Europe tu (katanyaaaa) tak selesa sebab legroom tak cukup luas untuk dia. Cian. Bila akhirnya plane mendarat di airport Perth dan pintu plane dibuka, baru terasa sejuk mencucuk-cucuk..katanya masa tu suhu 16 Celcius..waaaa macam ni ke sejuknya. Rasa takmo turun dari plane..hahahah. 

Pemeriksaan imigresen agak lancar, cuma part kastam tu leceh sikit. Macam-macam ditanya dan beg Kak Fidah n Hanif kena geledah. Tapi nasib baik takde apa-apa dan akhirnya kami ke kawasan utama airport. Percaya tak, kami semua memang tak book or plan apa-apa transport pun masa tu dan memang expect nak cari teksi or apa-apa transport yang sesuai untuk ke hotel kami, Criterion Hotel. Tapi semua macam blur-blur je nak cari..sorang ke hulu sorang ke hilir...adoiiii lawak betul bila ingat balik...hahaha. Tengah mencari tu tiba-tiba ada sorang ni approach kami dan tanya ke mana nak pegi. Obviously dia ni orang Malaysia sebab cakap Melayu slang kita. Rupanya dia ni penduduk tetap di Perth dan mengusahakan travel tours..dia offer kami ikut satu group family 3 orang ni, transport n bawak pusing-pusing Perth selama 4 hari tu dengan harga AUD900 untuk satu van tu. Kira okla tu kot..bahagi 7 sorang dalam AUD100++. 

So kami pun setuju dan bertolak la kami ke hotel. Sebelum tu singgah masjid untuk Qada Subuh..dalam plane bole solat hormat waktu je kan. Bila sampai di hotel, kami drop dulu luggage sebab masih agak awal pagi. Lepas tu kami pun start jalan-jalan di Perth. 

Oh ye, tour guide cum driver cum owner tour company ni nama dia Rizal. Dia dah menetap di Aussie ni dah berbelas tahun katanya. Wife dia Melayu tapi dah jadi warganegara Aussie. Family wife dia dah lama berhijrah ke sini. Anak-anak diorang ada 7 orang. Walaupun dah lama duduk negeri omputih, pegangan agama Islam diorang tetap kukuh dan semua anak dia bersekolah kat sekolah swasta Islam. Selepas trip kami dengan dia hari tu, dia ada juga handle trip untuk Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah masa tu (la ni YDP Agong kita). Kalau berminat ke Perth dan nak ambik khidmat tour guide/ transport, boleh la contact dia di FB beliau,M Rizal Abdul Rahman

Group family 3 orang yang satu tour dengan kami pun orang Malaysia jugak, sepasang suami isteri yang dah agak berumur dan sorang anak perempuan diorang, namanya Fitreel. Fitreel juga merupakan sorang tour agent dan sekali sekala bawak parents dia bercuti kat oversea (anak baik ni hehehe). Diorang memang sporting dan bestttt..rasa macam satu family masa kat Perth. 

Oleh kerana percutian ni dah 4 tahun berlalu, saya pun dah kabur-kabur ingatan tentang turutan tempat-tempat yang kami pegi dan hari apa. So, saya ceritakan ikut nama tempat yang saya ingat je la ek kih kih kih. 
Masa ni baru sampai di Perth

Caversham Wildlife Park

Kat sini antara tempat popular nak tengok kangaroo, koala dan pertunjukan biri-biri. Ada jugak binatang lain kat situ. Kebetulan masa ni Chef Wan (now dah bergelar Datuk) dan rombongan dia pun ada kat sini untuk shooting dokumentari traveling. Lupa dah nama program tu. Nak cerita banyak pun saya dah lupa details keh keh keh.*nyesal tak buat blog dari dulu hahaha*. Ni la antara gambar-gambar yang ada di tempat ni:

Di pintu masuk Caversham Wildlife Park..suhu tak berapa sejuk sangat dah time ni
Anak kamben yang comellll...gerammmm

Kambing camni kat Malaysia buat tak heran je..kat sini baru jakun nak pegang hahaha

Apa tah nama binatang ni..lupa dah

Haa yang ni baru kambing yg takde kat Mesia..hehe
Try skil perah susu lembu..hik hik
Jinak-jinak kangaroo kat sini
Koala ni dalam sehari mau berbelas jam dia tido...

Macam nak pukul Chef Wan je hahaha..dia tengah nak ngajar tu sebenarnya


Margaret River Chocolate Company

Lawatan ke tempat ni pun sangat best. Besar dan macam-macam produk coklat ada. Kat sana kita berpeluang tasting coklat (yang dikhaskan untuk tasting la..jangan pegi bantai semua yang ada kat situ) seberapa banyak yang kita boleh..kami masa tu rasanya lagi banyak tasting daripada membeli..keh keh..kat depan kedai company ni ada ladang anggur yang besar. Margaret River memang terkenal dengan wine and chocolate production (masa pegi sana baru tau :p).





Sesi mengetest coklat

Bergambar ala-ala dalam filem kat ladang anggur depan Margaret River Choccolate Factory
Tambah kapsyen

Our group tour yang sangat happening
Fremantle



Tempat ni terletak kira-kira 23km daripada central Perth. Fremantle ialah bandar pelabuhan untuk Perth. Kira bandar bersejarah la ni. Masa kat sini kami lawat The Round House Precinct, iaitu bekas penjara. Sempat juga makan fish and chips. 


                                       
                                                           The Roundhouse. Picture credit to Gnangarra, Wikipedia






Hillary's Boat Harbour

Kat sini kami tengok-tengok yachts and lepak sambil makan fish n chips jugak..hehe...portion besar n boleh share ramai-ramai. Marina situ cantik dan banyak sangat yachts parking kat situ, tapi honestly cantik lagi Sutera Harbour Kota Kinabalu punya marina. 
Kat sebelah harbour ni ada Aquarium of Western Australia (AQWA) tapi kami tak pegi. 








King's Park 

Ni ialah taman yang terbesar kat Perth. Kami pegi kat sini sekali pada waktu siang n skali lagi pada waktu malam. Sebahagian ganbar-gambar kami kat Perth dah hilang...aiseyyy..nak kena korek balik kat mana-mana nih..saya tepek gambar-gambar daripada google je la eh..huhuh. Dari park ni boleh nampak overwiew Perth yang cantik dan mendamaikan.
        View from King's Park. Picture credit to King's Park Facebook

Belmont Sunday Market

Seperti namanya, market ni hanya dibuka pada setiap Ahad. Sebenarnya ada banyak lagi market macam ni kat Perth. Dibuka daripada awal pagi sampai tengahari. Stail peniaga dia macam car boot sale. Kat Malaysia baru nak berkembang stail ni. Barang-barang dia hampir semua secondhand dan tersangat la murah. Saya beli kot kecik hijau gelap corak kotak-kotak tu dengan harga hanya AUD1 jer. Haha. *mana pegi kot tu eh sekarang*




                                        Antara barangan yang dijual

Other marina area and scenic spots

Sori saya dah cuba untuk recall nama-nama tempat lain yang kami pergi tapi dah tak ingat..tu la sapa suruh ikut je ke mana tour guide bawak dan sronok tengok view je semata-mata..haha..takpe la, gambar-gambar kat bawah ni pun boleh tell a thousand words kan :p








              Atiyah..anak En Rizal yang selalu temankan ayah dia buat keja :-D
          






So ini la dia trip pertama kami ke oversea. Excited baq hang...syok tengok negara orang sampai teringin nak menetap kat sana..haha. Lepas tu bermula la hobi baru kami..traveling tapi sebab duit tak berapa nak hado macam orang kaya-kaya, sekali sekala je la dapat buat hobi ni..takpe la sekurang-kurangnya dapat juga merasa tengok negara orang. Till then, bye!









Saturday 11 April 2015

D1B Homestay..Penginapan bajet di Kota Kinabalu


Hallooo..kali ni bukan pasal travel saya tapi nak bagi laluan untuk memperkenalkan homestay yang adik saya kendalikan. Lebih kurang macam iklan free jugak la kih kih..ada kaitan juga dengan travel..kan..kan...k. Tapi honestly mungkin berguna untuk sesiapa yang tengah cari penginapan bajet untuk di Kota Kinabalu, terutamanya dalam travel group yang agak besar.

#D1B Homestay ini terletak di Tower A1Borneo Condominium, kat sebelah shopping complex 1Borneo Hypermall je. Betul-betul sebelah. 1B adalah antara shopping complex terbesar kat KK dan dulu ialah shooping complex terbesar kat Borneo. Sekarang tak pasti la, ada beberapa shopping complex baru kat KK ni hehe. Selain itu, 1B sangat berhampiran dengan Universiti Malaysia Sabah, dalam beberapa ratus meter saja. 

1B juga dekat dengan:

  • UiTM, Politeknik, Pengkalan TLDM
  • Hospital Likas
  • Mini Putrajaya (Bangunan Kerajaan Persekutuan Sabah)
  • Pelbagai Lagi Institusi Pendidikan

Beroperasi sejak tahun lepas. Mula-mula ada 1 unit apartment 2 bilik dengan 2 bilik air. Lepas tu ada 1 unit lagi yang bertentangan dengan unit ni, juga dengan ciri yang sama dengan unit pertama. Dan terkini, baruuu saja dilancarkan unit ketiga yang agak besar sikit berbanding 2 unit tadi. Unit ketiga ini ada 3 bilik dan 2 bilik air. 

Ni location homestay ni kalau ikut Google Maps:



OK, berikut ialah description lanjut unit-unit di D1B Homestay:

Unit pertama dan kedua:

  • Keluasan 880sf. 
  • Tingkat 17
  • 2 bilik dan 2 bilik air
  • Kemudahan WiFi percuma
  • Terletak di Tingkat 17 (High Floor)
  • Pemandangan gunung yang sangat cantik di unit pertama
  • Pemandangan swimming pool di unit kedua
  • Bilangan tetamu yang sesuai ialah 4 - 8 orang namun tetamu tambahan pun boleh saja tanpa extra charge.

Unit 1

Unit 1

Kemudahan basuh baju 

Bilik air 




View from unit 1

Kelengkapan memasak untuk Unit 1

Bedroom Unit 2

View Unit 2


Ruang Tamu Unit 2
Bilik air unit 2
Unit Ketiga:
  • Keluasan 1000sf
  • Tingkat 5
  • Ada balcony facing swimming pool (partly)
  • Bilangan tetamu yang sesuai ialah 6 - 12 orang tapi nak tido ramai-ramai or berdua jer satu rumah pun boleh..hehehe





Bilik kedua
Semua unit ni ada:

  • Akses sangat mudah ke 1Borneo Hypermall (Turun lif terus sampai)
  • Setiap bilik dilengkapi dengan :

       - Set Katil Saiz Queen/ single/ double decker + Tilam
         Berkualiti Tinggi
       - Set Meja Solek

       - 2 Unit Almari Pakaian

       - Aircond Dan Kipas Siling
  • Water heater di bilik air
  • TV Plasma 32 Inci
  • Pelbagai Movie Yang Menarik (Boleh Request Movie. Hindustan, Cartoon etc)
  • Dekoder + Astro NJOI (Boleh Juga Bawa Kad Astro Anda Sendiri)
  • Set Sony Playstation 2 (FIFA, Pro Evolution Soccer dan Pelbagai Lagi)
  • High Speed Internet Access + WiFi
  • 1 Unit Mesin Basuh 7.5kg Auto
  • 1 Unit Peti Sejuk
  • 1 Unit Seterika + Iron Board
  • Kabinet dapur gas dan kelengkapan memasak
  • 1 Unit Rice Cooker
  • 1 Unit Microwave
  • 1 Unit Toaster
  • Pinggan Mangkuk etc
  • Percuma EMPAT (4) set tilam extra (upon request)

Haaa...hampir takde homestay lain yang offer playstation kan?? hehehe..sangat sesuai kalau family dengan anak-anak kecik...mak boleh masak sementara anak-anak main game. Ataupun berendam kat swimming pool..besar tu swimming pool untuk anak-anak. Kalau malas masak, turun je pegi 1B shopping complex. 
Extra tilam upon request
Hair dryer

Kemudahan di dapur

Sejadah dan Al-Quran
Kemudahan di 1B Condo:
  • Percuma 1 Parking Kereta Berbumbung
  • Security 24 Jam
  • Percuma EMPAT (4) Set Tilam Extra (Upon Request)
  • Kemudahan Gymnasium Lengkap
  • Akses ke Swimming Pool, Sauna, Playground
  • Free Shuttle Bas ke bandar KK setiap 15 Minit
Gym


Depan Lobi Tower A



Playground
Persekitaran yang cantik
Swimming pool at night
Lif ke homestay

Lobi Tower A




Antara testimoni yang diterima:





Sejak dibuka, Homestay ni selalu fully booked terutamanya bila cuti skolah. So book awal ye untuk avoid dissappointment. Kawan-kawan, kenalan or family kami sendiri pun kena book awal..first come first served :-). Tempahan boleh dibuat melalui 

Atau cara paling senang, SMS/WhatsApp/Telegram/WeChat 
016-3377154.

Eh, lupa plak nak bagitau rate dia..kih kih.

Rate: RM250 per night untuk condo 2 bilik
         (booking fee RM50 per night)
      
         RM300 per night untuk condo 3 bilik
         (booking fee RM50 per night)

         Harga boleh runding lagi kalau nak stay lama :-D


#D1BHomestay  
#1Borneo
#PenginapanbajetKotaKinabalu