#thisiswhywetravel

Monday 16 December 2019

Perth 2018 : Day 6

16 Ogos 2018
King's Park, Blue Boat House dan Perth City Center


Hari ni berjalan-jalan dalam Perth City Center ja. Konsep kali ni ialah jalan santai-santai dan tak rushing sana sini :p. Kali ni, tempat wajib dan popular iaitu King's Park menjadi destinasi pertama dikunjungi. Memang cantik dan sedap mata memandang tempat ni. Free pulak lagi. Kami ambil masa sampai tengahari di sini. 

Tengaharinya, kami lunch di Charcoal Chicken yang famous antara pelancong Malaysia. Memang tak menghampakan taste makanannya. Bila dah kenyang, sambung lagi berjalan ke Blue Boat House yang menjadi landmark popular di Perth. Disebabkan susah nak parking, husband and kids tunggu dalam kereta dan saya dan Mala yang turun untuk bergambar. Tapi punya la ramai orang yang beratur nak ambil gambar. Ada dua orang photographer yang conquer lama2 area tu macam diorang saja yang punya. Malas nak tunggu lama-lama, saya selfie dari jauh ja la. Lepas tu,kami sambung berjalan kat area yang ada arca bujur tu. Elizabeth Quay kalau tak silap. 



















Bergambar kejapp je kat sini. Budak-budak dah meragam


Turun dari King's Park lalu sini..tunggu ye Blue Boat House nanti kami datang lagi 

Charcoal Chicken milik orang muslim 

Beraturrrr







Malamnya, kami shopping di K-Mart. Best ooo tempat ni. Barang-barang toys dia kira murah la. Barang mainan jenama Vtech ialah antara yang memang murah kalau dibandingkan dengan Malaysia, sampai lebih separuh bezanya walaupun bila dah tukar ke RM. Sebab tu ada antara pelancong Malaysia yang jadi tukang ambik order or personal shopper juga di sini haha. Saya tak buat la, takde masa dan malas nak angkut barang banyak-banyak kih kih kih. 






Kat sini kena layan diri bayar kat kaunter, Takda cashier


OK itu saja untuk Day 6. Till then :D


Sunday 15 December 2019

Perth 2018 : Day 5



15 Ogos 2018
Mandurah and Rockingham 


Sepatutnya pelan asal hari ni ialah pergi sejauh ke Busselton Jetty, tapi disebabkan husband ada kerja urgent nak kena siapkan, maka pagi tu kami lepak2 dulu kat rumah dan lewat paginya kami jalan-jalan sekitar Mandurah dan Rockingham City ja. Mandurah terletak lebih kurang 70km dari Perth dan Rockingham City antara Mandurah dan Perth. Tak banyak tempat yang kami lawat di sana, dan takde apa sangat pun tempat ni bagi kami, kecuali Cape Peron di Rockingham yang cantik juga. Ada pakej ke Penguin Island dan dolphin watching tapi dah puas rasanya naik feri ke Rottnest Island hari tu kahkahkah. 


Trip hari ni lebih kepada menghiburkan twinnies, especially si Ariq yang asyik nak meragam ja. Main dari satu taman ke taman lain. Agak pelik juga ramai parents bawa anak-anak main masa ni padahal tengahari weekday. Maybe diorang semua kerja sendiri flexi hours kot.






Tersipu-sipu Ariq ya awek-awek tumpang bot sama-sama haha

Mandurah


Cape Peron..gigih nak meredah batu


Budak pakai sweater tu sibuk nak main ombak...ombak tu bukan ombak lemah lembut nak oiii..masa ni berangin dan nak hujan. Kalau tak, mesti lebih cantik warna laut



Last pic sebelum terpaksa bergerak balik..Ariq dah meraung-raung nak main ombak


Singgah taman ni kejap..nampak lawa pulak






Tuan rumah bagi ni pulak...nyum2...terima kasih banyak2