#thisiswhywetravel

Tuesday 3 January 2017

Bercuti ke New Zealand: Day 6 16 Sept 2016

Hi..yeay Day 6 dah..apakah akan berjaya siapkan entry ni malam ni jugak ataupun bulan depan baru siap? 😂 Ok tak payah la celoteh banyak2..boring pulak semua orang nanti haha.


So..hari keenam di bumi Kiwi ni, kami jalan2 sekitar Queenstown je. Paginya kami ke Arrowtown,sebuah pekan kecil yang terletak 20km daripada central Queenstown. Bandar Arrowtown ni dulu terkenal dengan perlombongan emas dan kini pekan Arrowtown masih kekalkan deretan kedai dan bangunan old fashion zaman dulu. Tapi target utama saya di Arrowtown ialah mencari sederet pokok sakura yang dikatakan cantik untuk bergambar.

Ok..cuaca pagi ni redup n mendung..harap2 tak hujan lebat nanti


Queenstown memang cantik di mana2😍

Yeay cuaca dah mula cerah


Semasa on the way, saya ternampak dua deret pokok sakura pink yang memang cantik di tepi jalan kecil daripada jalan besar yang kami lalu. Dan situ juga jalan masuk ke Arrowtown. Tapi kami terlepas jalan masuk tu dan decide untuk ikut jalan masuk yang lagi satu.

Tak jauh lepas masuk ke Arrowtown, terjumpa lagi pokok sakura cantik tepi jalan. Maka singgah bergambar la kami dengan jakunnya 😂






Gigih mencari angle posing yang paling gojes..hahaha












Bila sampai di pekan kecik Arrowtown, kami lepak makan aiskrim dan singgah beli souvenir di sana. The Gold Nugget nama kedainya. Nampak menarik juga harga souvenir di sana, especially key chain plastik yang dijual dengan harga NZD10 untuk 10 key chain. Tapi sebab banyak blog yang saya baca sebelum ni kata Queen Street di Auckland ialah tempat paling murah kalau nak beli souvenir,so saya beli sikit je la kat Arrowtown.

Ehhehe..photographer pun ada dalam gambar yang dia snap!

Old fashioned drugstore

Lake District Museum ni antara tempat yang popular dalam tourism articles pasal Arrowtown, tapi kami tak berminat pulak nak masuk

Comel je pejabat pos ni

Ahahaha..sporting or spoiling yang belakang tu??






Dalam perjalanan balik ke Queenstown, kami singgah di deretan pokok sakura yang saya spotted mula2 tadi. Kelihatan macam entrance ke private property, namun tak ada signboard yang melarang masuk. Lagipun kawasan jalan masuk je..so berposing2 la kami sebelum hujan turun..huhu..tercapai gak misi memburu sakura or cherry blossom..haha!

Makan eskrem di tengah sunshine tapi sejuk sedap gitu



500 NZD je reward?? Tak berbaloi..keh keh

Okey moh kita cari lagi deret pokok sakura 

Tak penat ke wahai biri-biri..asyik makannnn je keje korang


Weehooo dah dapat sampai kat deret pokok sakura nih...



I wish Hasna and Saadah, my other sisters pun ada kat sini jugak..baru la lengkap ladies in my family



Kasi la can kami laki bini nak beromantik jugak..sejak ada babies ni jarang dapat romantik cenggini dah..hahah

Ok cukup la tu..hujan dah start turun..jom balik

Cromwell? Very intriguing..but we have to turn right..huhu

Petangnya pula kami ke Queenstown Hill dengan menaiki Queenstown Gondola, tempat wajib kalau berkunjung ke Queenstown. Agak susah juga nak cari parking di area ni. Pemandangan di atas memang cantik sangat. Tapi viewing area tu sesak dengan orang. Kalau naik atas sikit lagi di kawasan kafe, view sana pun cantik juga. Nak lagi ohsem,main luge macam hubby n adik2 saya.

Pintu masuk ke bangunan Queenstown Skyline

Nak beli tiket return je ke or nak main luge? or nak tengok show? 

View from the common viewing deck

Have fun Sayang, Syafiq and Nani! Kami setia menunggu di sini..kih kih

Dah separuh minum baru teringat nak ambik gambar..aiyark

Wanmama yang sentiasa stay connected walau di puncak bukit sekalipun..hahaha

Awesome view


Kedai souvenir

Good luck sayang!

Melayan view cantik sementara tunggu luge diorang lalu kat trek ni..tapi rupa-rupanya diorang lalu trek lain..cet..penat tunggu sambil dukung Ariq..dah la sejuk gilos kat sini

KL takde ke? hahaha


Honestly, view kat atas ni lagi cantik daripada view kat viewing deck tu


Kalau main luge, anda akan naik chairlift dan ni viewnya








Jom panjat atas lagi


Bila dah nak gelap,baru la kami turun balik. Mama, Syafiq dan Nani kami dropkan di Ice Rink dalam Queenstown Garden sebab Nani suka main skate. Hari dah gelap, maka tak dapatla nak tengok2 Queenstown Garden. So saya,husband dan twinnies terus balik apartment kami.





View of Tasik Wakatipu tapi Queenstown Garden..tak sempat singgah


Ice skating rink dalam Queenstown Garden

Esoknya dah nak fly ke Auckland balik. Alahai, rasa tak puas lagi di sini 😕.