#thisiswhywetravel

Tuesday 26 December 2017

Brunei 2016

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua

Petang tadi belek-belek blogs yang saya follow, hampir semua bloggers dah ada entry baru setelah sekian lama menyepi macam saya jugak..hahaha..so saya pun jadik bersemangat nak update blog ni. Petang tadi dah siap entry Kudat, malam ni start entry pasal Brunei pulak. Aiyaaa almost setahun dah..lepas Brunei, Lombok pula menunggu..huh takpa sikit-sikit lama-lama jadi siap kan..kih kih.

Mesti semua tertanya-tanya kenapa Brunei? Mmmm..sebabnya, Brunei ni sebelah negeri Sabah je tempat kitorang mencari rezeki ni. Bila di sebelah, secara langsungnya kos travel pun lebih jimat kah3..tapi matawang diorang pun bole tahan..RM3 sama dengan 1 dollar Brunei..uhuh. Tapi ya la selain jimat (kononnya), masa untuk travel pun lagi pendek dan tak memenatkan. Naik flight 20 minit je kata kauuuu...kalau drive dari Sabah memang penat la, 8 jam dan kena go through 8 checkpoint imigresen. Heh. Sebab lain? Saja nak tau Brunei tu macamana rupanya. Haha. Lagi? Kita pakai konsep "asal dah penah jejak kaki kat situ". Nanti orang tanya, dah penah pegi Brunei ke? Kita pun bole senang hati jawab, "penah dahhh". Kah kah kah. Hey kenapa pulak nak kena cari banyak alasan kalau Brunei...cantik dan tenang juga Brunei ni tau..haha.

Okla, enough merapu. Actually trip ni lebih kepada nak menyambut birthday twinnies yang pertama dan anniversary kawin kami yang keenam, dan juga birthday Mala Alfonso Martopo Lewinsky maid kami yang bertuah ittew..hahaha.

Persediaan

Memandangkan ni trip yang agak simple, saya pun tak spend terlalu banyak masa survey dan buat persediaan. Tiket kapal terbang dibeli oleh encik suami. MAS takda flight KK-Bandar Seri Begawan, yang ada cuma Royal Brunei. Maka merasa la nak naik Royal Brunei Airlines. Untuk penginapan pula, saya book Junior Suite di Parkview Hotel yang terletak di Jerudong, dalam 15km daripada central Bandar Seri Begawan. Book untuk 3 malam dengan total harga BND372.60 atau RM1,100.00 gitu. Tambah katil untuk maid, dalam BND20 per night.

Untuk transportation pula, kena sewa keta memandangkan kami bawak budak2 dan pengangkutan awam kat sana tak berapa nak ada. Saya jumpa HAZ Brunei Car Rental kat FB. Rate dia sangat memuaskan. Sewa Kia Sportage 2.0 selama 4 hari dengan harga BND80 per day or RM240 per day.

Dan visa. Kali ni saya survey betul2 pasal visa maid saya yang rakyat Indonesia ni. Sembilu terpaksa tinggalkan maid saya di Malaysia bila bercuti ke NZ hari tu gara2 ter overlook pasal visa dia, masih berbisa. Rugi banyakkk. Alhamdulillah rakyat Indonesia pun tak perlu mohon visa untuk melancong ke Brunei.


Day 1, 16 Disember 2016:

KK-BWN
Pantai Jerudong
Gadong Centrepoint

Flight kami ke Bandar Seri Begawan (BI822) berlepas pada jam 8.50 pagi. Sementara tunggu flight berlepas, kami lepak kat lounge yang disediakan. Royal Brunei menggunakan Plaza Premium Lounge as their lounge. Plaza Premium Lounge ni ok2 je la..pilihan makanan limited tapi tempat lepaknya cantik dan cosy. Tepat jam 8.50 plane take off. Tapi baru je dalam 20 minit kat udara, dah ada announcement suruh prepare nak landing..hahaha macam flight KK-Labuan je. Belum sempat panas bontot dah nak turun. Dalam jam 9.30 pagi kami selamat mendarat di BWN. Alhamdulillah.

Proses imigresen agak lancar dan cepat. En. Haz dari HAZ Brunei Car Rental dah menunggu siap2 di luar airport dengan kereta sewa kami. Senang gila, dia just bagi kunci, sign sehelai borang, berbasa basi sikit dan off we went. Takda sign borang berjela-jela n kad kredit bagai.

Sama mcm trip ke NZ, kami tak bawa stroller double tu..bawak keta cinonet ni je. Pinjam stroller Pockit ofismate jugak. Haha

Royal Brunei check in counter

Plaza Premium Lounge KKIA

Minum dulu sblm take off

Brunei International Airport

Hepi Mala..haha

Welcome to Brunei
                     



  Besar juga airport Brunei ni
           


Ok..ready to go!


Kami tak merancang ke mana-mana dulu, just straight to the tempat penginapan kami di Jerudong which is about 20km from airport. Masa tu kami belum ada internet akses, lupa da sebab takda jual simkad kat airport or kami yang terlupa nak beli. Tu la bahana lambat sangat update blog, penyakit hilang ingatan dah mula melanda. Kami ikut sigboard hala ke Jerudong saja. Setelah beberapa kali sesat, akhirnya sampai juga di hotel penginapan kami. 

Bilik Junior suite yang kami book ni ada satu bilik dan satu ruang tamu kecil. Bila buat booking, saya request satu katil tambahan untuk maid saya. Tak request crib untuk twinnies sebab diorang bukan reti pun tido dalam crib..nak berkepit jugak dengan omak eh. Tapi katil tambahan yang direquest tu diorang letak sekali dalam bilik tidur. So saya mintak pihak hotel alihkan katil tu ke ruang tamu. Permintaan saya dipenuhi. Tapi pekerja pempuan semua yang angkat katil tu. "Takda pekerja lelaki ke?" tanya saya. "Semua pegi solat Jumaat". Eh ya kan masa tu time solat Jumaat. Termalu pulak. Hehe. Brunei kan negara yang sangat taat mengamalkan ajaran Islam. 

So kami berehat kejap di bilik. Order room service (tak mahal sangat pun rate dia) untuk lunch. Petangnya baru berjalan-jalan. Untuk trip Brunei ni memang saya tak susun itinerary gila-gila macam sebelumnya, because konsep kali ni just santai-santai je. Kami pergi di Pantai Jerudong yang berdekatan. Mmmm takde la lawa sangat pantainya, tak berapa sesuai untuk mandi, just lepak2 ambil angin tu ok la. Ada pasar macam pasar tani di tepi pantai, kami pun beli la sikit-sikit. Lepas tu bergerak ke area Bandar Seri Begawan dan singgah di Gadong Centrepoint untuk cari dinner. Sederhana besar dan agak berumur juga shopping mall ni. Patutla orang Brunei suka menyopping di KK dan KL je. Kami tapau makan di food court. Yang bestnya harga makanan di Brunei memang tak mahal (jangan convert ke RM please..haha). Sambil tapau dinner, suami saya cuba cari simkad telco Brunei tapi malangnya foreigners kena present passport untuk beli dan kami tertinggal pasport kat bilik. Hmmmmm. Abis tapau dinner, kami pun balik ke hotel.

Mengangkut barang-barang ke hotel

Our bedroom

Pemandangan dari bilik..biasa-biasa je

Room Service..kuetiau goreng

Room service jugak

Lobi hotel


Pantai Jerudong

Buah dabai. Kena rebus dulu sekejap baru boleh makan. Beria je beli hari tu. Sampai ke sudah tak rebus.
Mala gembira dapat jumpa bakso yang sedap..katanya dah 8 tahun tak merasa bakso yang sebenar..haha


Untuk hari pertama ni, perkara-perkara yang kami belajar tentang Brunei ialah:
-  Tulisan jawi digunakan secara meluas untuk signage-signage bagi bahasa Melayu. 
-  Walaupun nama rasmi matawang Brunei ialah Dollar or BND, diorang sebut ringgit.
- Brunei menggunakan 'awda' untuk kata ganti diri 'anda'..awda maksudnya 'awang dan dayang'. 
- Rumah orang2 Brunei besar2 blake weh..majoriti banglo. Payah nak cari rumah buruk2. Begitu juga kereta. 
- Jollybee ialah restoran makanan segera yang popular dan ada di merata-rata tempat, macam KFC kat Malaysia. 

Day 2, 17 Disember 2016

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
Royal Regalia Building
Depan Istana Nurul Iman

Pagi hari kedua dimulakan dengan mencari kedai makan untuk breakfast. Tapi pagi2 Mala masak bubur pakai travel rice cooker yang dibawa dari Malaysia untuk si kembar. Disebabkan masih blum berjaya bli simkad, akses intenet pun takda dan kami pun gunakan kaedah tradisional je iaitu cari try n error untuk ke kedai makan..haha..akhirnya kami pilih Restoran Pondok Sari Julia. Dapatla merasa nasi katok yg popular. Simple je rupanya, nasi putih, sambal dgn ayam goreng seketul..haha. 




Park kereta pun depan2 kedai..tak ramai orang..tenang je Brunei ni..haha

Macam kat Malaysia kan sistem penggredan kedai makan dia. Nama jabatan kerajaan pun lebih kurang macam Malaysia punya

Ni la nasi katok

Lepas dah isi perut, misi pencarian simkad diteruskan. Dapat bli simkad di kedai telco yang x jauh dari kedai makan tadi. Disebabkan hilang ingatan berlaku lagi di sini, saya pun x dapat crita berapa rate simkad tu..hua hua.


 Next destination, masjid paling popular di Brunei iaitu Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Memang gah seperti digembar gemburkan, kubahnya solid emas tulen. Hiasan dalamnya pun mewah. Siap ada eskalator di bahagian depan. Ikut kata penjaga masjid ni, eskalator tu disediakan untuk Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin yang sakit kaki masa tu. Kami sempat juga  solat jamak zuhur dan asar di situ. Cuma yang tak berapa bestnya, tempat wuduk perempuan agak open. 

Sign buku pelawat








Untuk lunch, kami ke Restoran Aminah Arif yang direcommend oleh kawan husband saya yang kerja di sana. First time mencuba hidangan ambuyat atau sagu yang dah cair tu walaupun kat Sabah pun ada juga..hahaha. Sedap juga la. Tapi husband yang terchenta tu tak suka. Kahkahkah.


Ambuyat



Seterusnya, kami ke Royal Regalia Museum atau Muzium Alat Kebesaran Diraja Brunei. Seperti namanya, tempat ni menyimpan segala jenis alat kebesaran diraja Brunei. Masuk percuma. Tapi kena bukak kasut. Segmen paling menarik bagi kami ialah hadiah-hadiah atau cenderahati yang pernah diterima oleh Sultan Brunei. Memang grand-grand uols..ternganga tengok. Segmen lain yang menarik juga ialah replika bahagian depan Istana Nurul Iman, gambar-gambar dan salasilah keturunan diraja Brunei. Sayangnya tak dibenarkan ambil gambar. Hanya lobi depan saja boleh ambil gambar. 

Depan Royal Regalia Museum

Lobi Royal Regalia Museum






Petangnya. kami sekali lagi ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, cuma kali ni tak masuk dalam, just bergambar di bahagian depan masjid yang selalu jadi icon tourism Brunei tu. Dan last stop sebelum balik ke hotel ialah Istana Nurul Iman, istana terbesar di dunia. Tak dapek nak jenguk dari luar pun macamana rupa istana terbesar tu, jauh ke dalam dari pagar. So bergambar kat pagarnya saje la macam tourist2 lain jugak. Katanya kalau nak masuk ke dalam, 2 kali setahun je istana dibuka dan dapat jumpa Sultan Brunei. Satu masa hari raya, satu lagi lupa da hari apa. sila gugel sendiri kalau rajin dan set tarikh. Untung2 uols boleh jugak jumpa Prince Abdul Mateen yang uols tergila-gila tu. Hahah.


Istana Nurul Iman
Depan Istana terbesar di dunia

Sekian saja untuk Day 2.


Day 3, 18 Disember 2016


Funzania
Empire Hotel and Golf Club
Pantai Berakas

Macam sebelumnya, hari ni pun tak banyak tempat kami pegi. Sebab main agenda hari ni ialah sambut anniversary marriage kami yang keenam, dan celebrate kali kedua besday twinnies yang pertama (kali pertama dah buat kat KK..haha). Paginya kami bawak twinnies mandi kat swimming pool hotel. Takde orang lain langsung masa kami mandi. Bila dah nak setel baru ada guests lain join. Nak dekat tengahari, kami pegi Jerudong Park Playground, taman tema gitu tapi disebabkan cuaca panas sangat, tak masuk ke dalam. Instead, kami ke Funzania (lupa dah exact location kat mana) bagi budak2 main lagi. Kecik je tempatnya tapi tey enjoyed the place very much. 

Dah puas main, kami ke tempat sambutan anniversary dan birthday kami iaitu di buffet lunch restoran di Empire Hotel dan Golf Club. Terletak di Jerudong, area hotel kami juga. Literally hotel Empire ni cantiknya jaw-dropping. Lobi bertingkat dengan tiang-tiang gah pun cover 3,4 tingkat. Rasanya ni la hotel paling mewah kami penah masuk. Bagi kami la. Bagi uols tak tau la..hahahah. Buffet lunch dia pun banyak choice dan sedap, tapi lebih kurang setara dengan Le Meridien di KK. Lupa da rate dia berapa..ampunnnn haha. Yang pasti tak mahal kebaboom, lebih kurang sama juga dengan discounted rate buffet lunch Le Meridien. Swimming pool dia siap boleh berkayak lagi. Terlintas juga niat di hati nak kasi twinnies mandi manda di swimming pool kanak-kanak, tapi bila dapat tau rate untuk non-guest ialah BND25, niat tu dibatalkan. Cukup la swimming kat Parkview Hotel tu je nak..haha. Kami juga dimaklumkan pekerja hotel Empire ni, hotel ni milik Sultan Brunei. Patutla decoration dia pun banyak kaler emas-emas gitu. Bila kami bagitau dia ni hotel paling grand kami penah tengok, dia kata Marina Bay Sands pun setaraf juga grand macam Empire. Dia tau ni sebab dia penah bercuti kat sana. Peh, pekerja hotel Brunei pun mampu holiday mewah. Kalau dia tipu saya, saya pun tipu uols..hahahah.

Antara sebab entry Brunei ni lambat sangat release: mencari gambar2 hotel Empire yang dah terdelete dari fon. Tapi tak jumpa jugak walaupun dah guna 2 jenis apps yg retrieve deleted photos. Ni je la yang ada. huhu



Selepas puas menumpang kemewahan Empire, kami bersiar di Pantai Berakas yang tak jauh juga dari situ. Banyak gerai makanan dan ada juga yang sewakan kenderaan yang tayar besar tu. Nama dia motor ATV. Ramai betul orang kat pantai masa tu. Jadi tak dapat nak enjoy sangat. Tak lama lepas tu kami pun balik. 








Day 4, 19 Disember 2016

BWN-KK

Kemas-kemas barang, check out dan pulang ke KK. Selamat mendarat di KK dalam jam 4.30 petang.Takde apa sangat pun nak cerita di sini. Haha. 


Secara keseluruhannya, trip ke Brunei ni ok-ok je la. Honestly takde apa yg exciting sangat. Tapi Brunei memang tempat yang tenang dan aman. Kami pun tak dapat singgah banyak tempat sebab bawa budak kecik. Hajat di hati nak juga pergi Kampung Ayer yang dikatakan sistematik tu, tapi cuaca panas sangat. 

Harap dapat memberi gambaran kepada sesiapa yang ingin melawat Brunei. Worth a visit. But for me, sekali cukup la. hahah.






Wednesday 27 September 2017

Cuti-cuti Malaysia : Kudat, Sabah

Salam dan hello semua

Dah berbulan dah tak jenguk blog ni. Uhuuuu macam semakin banyak benda dan tugas2 lain yang kena ditengok. Tapi takpe, akan diusahakan juga update blog ni..sikit demi sikit pun jadi la kan..haha. Kali ni saya nak berkongsi tentang Kudat yang terletak di utara Sabah. Kudat antara destinasi favourite saya n family di Sabah. Kecik je pekannya dan tak banyak perubahan sejak parents saya kerja di Sabah pada tahun 2001 hingga la zaman saya pula bekerja di negeri yang sangat cantik ni sekarang. Dulu ada flight KK ke Kudat dan vice versa, tapi sekarang servis tu dah dihentikan sejak ada kemalangan kapal terbang di airport Kudat few years ago. Tapi tak kisah sangat la..perjalanan darat KK-Kudat makan masa cuma lebih kurang 3 jam. Tu pun sebab takda highway macam di Semenanjung. Kalau jalan lagi cantik maybe dua jam pun bulih ba.

Last visit kami ke Kudat ialah pada hujung Oktober 2016. Kali ni keluarga sebelah mama saya pun berkunjung sekali. Diorang singgah di Kudat selepas bermalam di Kundasang. Dari Kundasang ikut laluan Kota Belud dan terus ke Kudat tanpa perlu ke KK dahulu. Trip diorang ni adik saya Syafiq yang uruskan. Husband saya ada join running event di Kudat maka kami bejumpa family mama saya di Kudat je la. Ok la, mari la kita tengok tempat2 yg kami stay dan apa attractions yang ada di Kudat.


Accommodation

Saya, suami, maid dan our twinnies stay di Kudat Marina Golf & Resort. Dekat je dengan town Kudat. Satu malam RM450 untuk junior suite plus katil tambahan dan crib baby. Breakfast included. Bilik dia ok, ada 2 bilik air berasingan dan bilik tido pun properly separated from living room, which was very convenient for us yang bawa maid. Cuma furnishing dia a bit tired. Breakfast choice pun limited. Kemudahan macam swimming pool is good.

Nah gambar-gambar.





















Attractions/ Tempat-tempat menarik


Tanjung Simpang Mengayau

Kata orang, ini la tempat paling utara di Pulau Borneo ni. Oleh sebab tu, nama jolokan bagi tempat ni ialah "The Tip of Borneo". Kalau ke Kudat, memang wajib singgah sini. Ada dua jalan masuk utama ke Tanjung Simpang Mengayau dari jalan utama Kota Marudu - Kudat. Dari jalan utama ni, kena travel lebih kurang 20km lagi untuk sampai. Jalan masuknya pun banyak melalui kawasan hutan dan ada yang belum bertar..rasa macam salah jalan je..hua hua..tapi bila sampai ke tempatnya, rasa berbaloi sangat sebab pantai, kampung dan pemandangan sekitarnya sangat ohsem. Ada beberapa penginapan yang terdapat di tempat ni kalau rasa nak bermalam. Biasanya orang stay sini sampai sunset. Anda boleh pilih beberapa spot yang sesuai untuk enjoy sunset. 




Cantik kan..pic ni tak edit tau
















Esplanade Sidek

Esplanade ni tempat makan-makan. Selalunya orang cari makan seafood kat sini. Meriah waktu malam biasanya. Siang pun ada juga kedai makan yang buka, tapi kualiti makan dia so-so je la. Servis pun lambatttt. Plus point dia, tempat ni tepi laut dan view boleh tahan cantik juga la.


View dari kedai makan yang tak best tu




Kg. Sumangkap (Gong making factory)

Yang ini saya tak sempat singgah, tapi mama n family dari Gombak sempat. Basically kampung ni menjadikan pembuatan gong sebagai sumber pendapatan dan tarikan pelancongan. Kampung ni terletak lebih kurang 38km daripada Kudat. Kalau on the way ke Kudat dari Kota Kinabalu atau vice versa, boleh la singgah kampung ni. 









Kg. Bavanggazo (rumah panjang tradisonal kaum Rungus)

Selain Kg. Sumangkap, Kg. Bavanggazo pun boleh disinggahi untuk melawat rumah panjang di sana. Ada sikit bayaran dikenakan. 








Sepanjang perjalanan dari KK ke Kudat or vice versa, ada juga gerai-gerai kecil menjual hasil kebun macam pisang, jagung, or kraftangan tempatan. Kalau ada bajet dan berkesempatan, singgah la gerai-gerai ni..sama juga macam Kg, Sumangkap dan Kg. Bavanggazo. Boleh beli ole-ole untuk bantu penduduk sana survive. Kebanyakannya bukan orang senang. Masa beli pisang di sana, penjual tu kata "boleh la buat belanja sekolah anak-anak". Alahai kesian pula dengar.


OK la, semoga posting ni membantu uols yang tengah merancang percutian ke Sabah. Sabah baguss bahhhh

#kudat #sabah #malaysia #malaysiatrulyasia