#thisiswhywetravel

Sunday 28 October 2018

Lombok 2017: Day 4 dan Day 5


23 Mei 2017
Shopping Souvenir dan Santai-Santai



Hari keempat di Lombok, tak banyak sangat yang kami buat atau lawat.Santai-santai je menikmati percutian dengan tenang,hahaha. Paginya kami berendam di kolam renang hotel. Best sangat kolam renangnya sebab very kids friendly. Setakat ni, kolam renang untuk kanak-kanak di hotel ni is the best kids swimming pool we have ever been to. Walaupun berendam sampai nak dekat 2 jam, Airis masih tak puas dan meraung-raung bila kami paksa naik 😂.


Syok owh naik bantal yang macam pelampung tu. Banyak bantal macam tu yang hotel sediakan. Saya tak jumpa lagi hotel lain yang sediakan bantal camni. Maybe banyak je tapi saya yang tak tau..haha








Lepas berendam, kami pergi ke area pekan Mataram untuk shopping souvenir. Kat Lombok ni tak banyak tempat yang jual souvenir hatta gerai-gerai tepi jalan sekalipun. Memang sana sini orang berniaga barang-barang termasuk kraftangan tapi bukan dalam bentuk souvenir yang kita biasa beli macam t-shirt, keychain, fridge magnet etc tu. Yang banyak dijual macam barang kemas mutiara, makanan jajan, kain pasang n kraftangan buatan tangan yang lain. So Komang bawa kami ke kedai souvenir atau kedai khas oleh-oleh yang bernama Sasaku. Memang besar kedainya, dua tingkat. Dapatla beli beberapa helai baju, key chain, fridge magnet n lain-lain kat situ. tapi rasa nak cari kedai lain lagi hahaha. Sebelum ke kedai lain, kami singgah lunch kat kedai yang jual sate rembiga.





Sedap owh sate dia. I loikeee this kind of satay better than Malaysian version punya hahah

Comel je ruang makan dia. haha



Malamnya, kami sambung cari souvenir di kedai nama Gandrung. Lepas tu dinner di kedai bakso Haji Anang. Sedap sungguh baksonya, semangkuk kecik tak puas makan. Husband n maid saya ntah berapa kali tambah dah. Mala tu sampai ke hari ni dok kata kedai bakso Haji Anang ni la dia merasa bakso yang paling sedap skali. 




Tak berapa jelas gambar kedai Gandrung ni. Tapi ni je gambar yang sempat diambil. Lupa nak ambil banyak2 sebelum tu. haha

25 Mei 2017
End of holiday for us..and beginning of break for Mala

The day has came. Kami husband and wife berdua je yang akan urus budak-budak selama dua bulan bermula hari ni. Mala akhirnya akan pulang ke kampung halamannya di Adonara, Nusa Tenggara Timur Indonesia untuk bercuti selepas hampir 8 tahun bekerja di Sabah dan tak pernah balik kampungnya (dia kerja dengan kami baru setahun lebih). Takpa la, walaupun berdebar memikirkan macamana nak struggle di bulan puasa bangun pagi2 hantar budak2 ke pengasuh, kemas rumah semua sendiri, menghadap final semester exam (kami husband n wife sambung study part time) etc, Mala berhak balik kampung dia dan spending time dengan keluarga yang dah lama ditinggalkan. Kami pun dah set mind yang kemungkinan Mala tak datang bekerja dengan kami dah. Kalau jumpa jodoh dan nak kahwin, kahwin la. Hak asasi manusia kita tak boleh nafikan walaupun setengah mati la kami takde maid hahah. 

Flight Mala ke Bali ialah pada jam 6.30 pagi, jadi pagi2 buta Komang kena hantar dia ke airport. Dari Lombok ke Bali ambil masa dalam setengah jam je. Selepas tu, flight dia ke Kupang pula yang akan ambil masa sejam. Dari Kupang, fly lagi ke Larantuka, dalam 45 minit. Dari Larantuka naik bot pulak dalam 10 minit sebelum akhirnya sampai Adonara. Ahah. 

Bye-bye Mala..selamat menyambut puasa n raya bersama keluarga tercinta. Huaaaaa sedihnya

Flight kami ke KL pula pada jam 12 tghari lebih kurang. Komang tak dapat hantar kami, jadi Mas Aji bosnya sendiri yang akan hantar. Bila Mas Aji sampai, terkejut kami. Muda je orangnya tak serupa macam dalam gambar kat kedai makan hari tu. Sah la Komang mengencing kami hahaha. Nakal Komang ni 😆. Sepanjang perjalanan ke airport, Ariq banyak termenung, macam tau je pengasuhnya balik kampung. Huhu.

Overall, Lombok memang sangat cantik. Banyak tempat-tempat yang kami tak dapat pergi sebab kekangan masa dan ada budak2 kecik. Takpa la ada rezeki lain kali kita datang lagi. 


Melayan "bayi-bayi" saya dalam bilik ni hahah
                             
                                                              Bye-bye Lombok


Safely landed in KLIA and now we are in KLIA untuk fly ke KK pulak. Syok betul budak2 ni naik travelator.


End of Lombok travel. Surabaya nextttttt.

Saturday 27 October 2018

Lombok 2017 : Day 3


Salam dan hi semua

Goshhhh lamanya tak update blog ni. Stop lepas Day 2 Lombok untuk bagi perhatian pada study. Now dah submit disertasi, baru la rasa selamat nak usik balik blog ni haha. Terima kasih pada yang masih baca. Blog biasa je untuk abadikan memori sendiri. :-)

Ok, here is Day 3 Lombok. Harap2 masih ingat lagi hahahah.

23 Mei 2017
Kuta Lombok : Pantai Mawun, Pantai Selong Belanak, Tanjung Aan, Bukit Merese, Bukit Teletubbies


Hari ni sesi melawat pantai-pantai di Kuta Lombok iaitu bahagian selatan Pulau Lombok.Kalau diikutkan citarasa dan citahati, nak tengok pantai yang unik macam Pink Beach, tapi dengarnya laluan ke sana agak sukar, jadi cukup la tengok pantai2 yang senang 'dicapai', maklumla ada anak2 kecik.

Jarak dari Senggigi ke Kuta Lombok ni dalam 65km. Sebelum bertolak, macam biasa kami breakfast dulu di hotel. Sempat la juga bergambar di persekitaran hotel.









Pantai Mawun, Selong Belanak dan Tanjung Aan memang cantik sangat. Nak masuk ke tempat-tempat ni penduduk tempatan kenakan bayaran masuk Rp10,000 per entry setiap kereta. Bukit Merese pula terletak di sebelah pantai Tanjung Aan. Jenuh juga la nak panjat bukit tu. Husband saya tak dapat join naik Bukit Merese sebab Airis tido, so dia mengorbankan dirinya tunggu Airis tido dalam kereta. Love u dedi..huhu. Komang dukung Ariq sepanjang mendaki bukit, tu pun dia lagi pantas mendaki dari saya dan Mala hahah. View di puncak Merese memang sangat rewarding. 


Lalu pasar sebelum sampai ke Kuta 

Pantai Mawun..rasanya pantai yang paling cantik yang saya jumpa kat Lombok

Pantai Mawun lagi

Mawun Mawun

Nak duduk bawah payung tu kena bayar. Eh, anak kaki sapo tu? hehe


Macam asam pedas


Makan tengahari


View awesome dari Bukit Merese

Bukit Merese

Bukit Merese

Bukit Merese overlooking Pantai Tanjung Aan di sebelah kiri


Kami berkunjung juga ke Mandalika, tempat di mana terdapat kisah dongeng Putri Mandalika. Mengikut Komang, Putri Mandalika ialah puteri raja yang sangat jelita dan menjadi igauan ramai jejaka. Disebabkan tak tau nak pilih jejaka mana satu, akhirnya dia menghilangkan diri ke dalam laut dan menjelma menjadi ribuan ekor cacing. Jadi cacing-cacing supaya semua orang dapat merasa keenakannya. Ahaha. Harap2 tak double meaning. Tak reti nak cerita macamana lagi kihkihkih. Kata Komang, memang terjadi di pantai Mandalika ni cacing-cacing special akan muncul dari dalam laut setahun sekali dan masa tu semua penduduk berpesta mengutip dan memakan cacing-cacing tu. Sedap katanya. Errrr.. hahahah. 


Bukit yang digelar Bukit Teletubbies berhampiran Mandalika. Kata Komang, sekarang musim kering so tak berapa hijau rumputnya. 

Mandalika



Masa ni, Ariq pulak yang tido. Saya pulak yang kena stay dalam kereta dengan dia..haha

Husband berangan nak jadi salah sorang jejaka yang mendambakan Puteri Mandalika...hahaha



Antara semua pantai yang dikunjungi, hanya di Tanjung Aan yang kami mandi. Sebab tempat last yang disinggahi sebelum balik ke Senggigi. Sumpah cantik bersih tempatnya. Di tempat-tempat macam ni juga, ramai peniaga menjual macam-macam. Komang tak menggalakkan kami beli barang daripada peniaga-peniaga tu. Barang tak berkualiti katanya. Tentang kemudahan public toilet pulak, memang pihak berkuasa sana tak ada sediakan, cuma di Tanjung Aan ada penduduk yang sediakan dengan sikit bayaran. 


Syok betul mandi laut bersih..gambar2 ni semua tak edit tau kecuali muka2 tertentu je hahaha


So, end of Day 3. Yiehaaa.