#thisiswhywetravel

Monday 25 March 2019

Perth 2018 : Day 4



14 Ogos 2018 (Selasa)
The Pinnacles Desert, Lancelin Sand Dunes


Hari ni kami keluar dari apartmen awal sikit sebab tempat yang nak dilawat hari ni jauh dalam 200km, iaitu The Pinnacles Desert n Lancelin Sand Dunes (about halfway antara the Pinnacles dan Perth). Pagi-pagi lagi Mala dah masak nasi goreng kicap telur untuk budak-budak sebagai bekal makan tengahari. Untuk orang dewasa, kami takde bekal sebab planning nak makan kat the Lobster Shack yang dikatakan popular antara pelancong Malaysia. 

Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam dan dalam jam 11.00am, sampai la kami di the Pinnacles Desert. The Pinnacles Desert  terletak dalam Nambung National Park, Cervantes,Western Australia. Perjalanan yang menggunakan Indian Ocean Drive banyak view yang cantik. Sekali sekala especially bila masuk daerah Nambung, nampak Lautan Hindi yang biru. Sand dunes dan kincir angin (yang moden punya bukan yang kayu macam kat Belanda haha) pun ada nampak juga sekali sekala. Tapi saya tak sempat nak snap gambar.


Antara gambar view yang diambil sepanjang perjalanan ke The Pinnacles Desert. Cuaca agak mendung masa ni

Tiba di the Pinnacles. Tengok Visitor Centre dulu

Kangaroo tipu pun jadi la ye. Haha. Belakang tu pelancong dari Malaysia, ramah diorang ni especially the wife

Fitri, pelancong dari Malaysia yang kami terjumpa tu bagitau yang diorang baru selesai tengok pinnacles dan advice kami supaya cepat-cepat pegi tengok sebab hari macam dah nak hujan. Tapi staf di Visitor Centre tu pulak bagitau kami, don't worry, from my experience, the weather will be better. True enough, the weather did get better after that. Yang tak berapa nice weather ialah wallet kami πŸ˜‚. Dalam visitor center tu ada kedai souvenir, sambil cari air untuk kasi basah tekak, kami beli juga souvenir dalam tu. My hubby beli snowball. Sekali bila nak bayar kat kaunter, harga dia 30AUD. nak kata tak jadi nak beli segan pulak. Haa tu la main pilih je tak tengok harga dulu hua hua. Harga dia mahal sikit sebab dalam snowball tu ada kepingan emas or gold flakes. Takpe la, mari la kita pi tengok batu-batu yang femes itu pulak. Otw ke tempat batu-batu or the pinnacles tu, sempat bergambar dengan Fitri n family. Dan jadi jakun bila ternampak kangaroo liar celah2 semak. Nak bergambar, tak dapek sebab malu2 kangaroo tu dan menghilang di sebalik semak.

Mala pun mala la jadi model. Budak-budak n hubby duduk dalam keta je diorang malas nak turun. Mommy je yang siok tengok batuπŸ˜‚

Batu-batu kecik bersusun tu ialah sempadan kereta boleh lalu


Batu ni besar actually, almost 4 meter

One of my best try 


Gambar ni diambil dari viewpoint yang disediakan

Pemandangan dari sebelah satu lagi. Nampak Lautan Hindi di kawasan .

Okay, cukup la tengok batu-batu kapur di gurun. Next stop ialah Lobster Shack untuk makan tengahari. Saya mencari location the Lobster Shack dalam Google Maps. Macam hairan juga bila Maps tunjuk location tu di antara the Pinnacle dan Perth. Kalau ikut survey saya sebelum ni, Lobster Shack tu ke arah utara lagi, dekat daerah Cervantes. Tapi takpe la ikut ja la. Masa on the way tadi pun memang macam ada nampak signboard The Lobster Shack. 

Nak dijadikan cerita, kami ter miss tempat tu. Cubaan patah balik pun tak jumpa walaupun google Maps tunjuk tempat yang sama. Akhirmya kami decide cari je mana-mana kedai di Lancelin untuk isi perut yang dah lapar n jamak solat. Kami beli seafood goreng dan muffin di kafe kecik di pekan Lancelin yang jugak kecik n comel. Kami solat jamak di area playground, tak jauh dari public toilet. Ada nampak pondok kecik tapi macam agak terbuka so saya segan nak guna. Abis je solat, nampak ada pelancong Malaysia pun solat kat pondok tu. Hubby pun membebel kat saya sebab segan tak bertempat hahahaha. 
Menghala ke Lancelin

Tak jumpa wildlife hidup, just terjumpa bangkai kanggaru


Setelah selesai urusan wajib, kami pun buat aktviti next iaitu meluncur di sand dunes Lancelin. Kami sewa surfing board dekat orang yang buat servis sewa di tepi sand dunes tu je, takda booking kat mana-mana kedai macam yang disuggest dalam travel blog haha. Sewa satu board AUD12 if tak silap. Sewa satu je sebab Mala taknak main dan kami pun bukan reti sangat kih kih kih. Anyway, it was fun. Airis sangat enjoy. Ariq pulak takut sebab bunyi angin menderu di puncak sand dunes tu pun agak kuat. Dia n Mala duduk lepak dalam keta je lepas tu. Kami bertiga la yang melantak main. Ada juga pelancong Malaysia yang main sama. 

Get ready..tengok betapa tingginya puncak ni. Nampak laut di belakang n keta pun nampak kecik

Ariq yang menangis ketakutan



Weeeeee 


Sejenis seksaan untuk memanjat bukit sambil pegang board n dukung budak..hahaha

Ada gaya dah tu sayang hehe

Father and daughter gigih panjat bukit berulang kali demi keseronokan meluncur haha


C'mon anak mommy and dedi..u can do it! hahaha

Dah puas main pasir, kami pun balik ke Perth. Alhamdulillah sempat sampai sebelum gelap. 


Bergolok gadai u turn semata-mata nak ambil gambar road sign ni. Osman ialah nama manja my nephew hahahaha

Our dinner. Alhamdulillah


Yeay, selesai Day 4. Day 5 menyusul..sooooonnn. 

Sunday 17 March 2019

Perth 2018 : Day 3

13 Ogos 2018 (Isnin)Rottnest Island, Rainbow Container


Semalamnya pergi Fremantle, hari ni pun pergi juga. Tapi tak explore Fremantle juga pun, pegi sana sebab di situ ada port dia yang kami akan naik feri ke Rottnest Island. Tiket ke Rottnest Island ni saye beli awal secara online di sini semalamnya (12 Ogos 2018). Ketika buat persediaan trip ni dulu, memang saya nak beli awal tapi pihak Jutawan Tours nasihatkan beli just before pergi sebab keadaan cuaca tak menentu jadi ada kemungkinan trip feri dibatalkan. Harga tiket dalam AUD186 untuk tiket pergi balik 3 dewasa, budak-budak bawah umur 3 tahun percuma. Selain tiket, website yang saya beli tiket tu ada juga menawarkan pakej-pakej lain. Ada segway, cycling, snorkel, boat, train, bermalam  etc tapi kami tak pilih la semua tu. Just nak naik bas dia kat pulau tu je nanti untuk keliling pulau.

Kami tiba di Shed B, Fremantle dalam jam 8.50 pagi. Shed B takda parking available. Kat Shed E pulak nampak banyak parking available since Shed E yang menempatkan kedai-kedai souvenir masih belum buka. Jadi kami pun park situ la. Tapi rupanya kat situ cuma boleh parking beberapa jam je n tak cukup masa kalau kami park kat situ. So terpaksa la saya, Mala n budak-budak tunggu kat tepi B Shed sambil my husband pegi cari parking kat tempat lain. Masa dah start boarding feri baru la husband saya muncul. Rupanya dia ada masalah nak bayar parking sebab mesin parking situ cuma terima kredit kad, no coins. 


Ambil gambar bandar Perth dari dalam kereta, so please excuse the big fingers shadow ahaha

Berposing sebelum feri start berjalan



Perjalanan feri mengambil masa dalam 45 minit. Ombak besar sampai terlambung-lambung feri.

Mabuk laut

Alhamdulillah selamat sampai setelah dilambung-lambung ombak uhuhu

Walaupun weekday n penghujung musim sejuk, tetap ramai yang datang pulau ni. Tak dapat imagine kalau weekend.aha

Rottnest Island juga dipanggil Wadjemup dalam bahasa Aborigines

Lepak dulu kat pondok tepi jeti, kasi pulih dari rasa mabuk laut haha

Kelihatan bandaraya Perth
Setelah memasuki kawasan pulau, kami beli tiket explorer bus di kaunter pelancong yang ada di situ. Dah lupa exactly berapa harga dia, kalau tak silap AUD10 seorang dewasa. Budak kecik macam Airis dan Ariq free. Di situ juga kami ambil map pulau secara percuma. 

Sebelum naik explorer bus, kami lepak-lepak dulu untuk hilangkan rasa mabuk laut. Airis n Ariq makan bekal nasi goreng dan main kat taman permainan yang ada di pulau. Sambil bagi diorang makan, burung yang rupa ada iras burung gagak pun sibuk mengendeng. Orang kat sana pesan hati-hati, kalau terleka burung-burung ni boleh sambar barang kita n bawak lari. 

Lepas tu kami pun bergerak ke bus stop. Sementara tunggu explorer bus sampai, ternampak ada sorang lady dengan anak dia main n selfie dengan quokka, sejenis binatang yang dikatakan hanya ada kat Rottnest Island je, tempat lain tada. Quokka ni dikatakan ada di merata-rata tempat kat pulau ni dan boleh selfie sama-sama kalau pandai caranya. So saya pun excited tunggu peluang nak bergambar dengan quokka tu, yang dengan lady tu je la yang ada setakat ni. Tapi tak sempat sebab bas pun sampai lepas tu. 

Dalam bas, kami pun mengagak tempat yang kami nak turun berdasarkan map. Satu round bas ada lebih kurang 14 stop. Kami plan nak berhenti kat tempat yang sesuai untuk swimming. Akhirnya kami turun kat stop Green Island. Tak ramai pun orang kat situ, selain kami ada satu family mat saleh. Airis n Ariq kami tukarkan dengan baju tido (hahaha pemalas betul, pakai baju tido je πŸ˜‚πŸ˜‚). Walaupun agak sejuk, tapi budak-budak ni seronok mandi haha. Family mat saleh tu pun berendam. Saya setakat rendam kaki je la keh keh. Kami buat solat jamak kat area berbatu landai kat tepi pantai tu jugak. Ambik je wuduk pakai air laut, pastu bentang sejadah n pakai telekung, siap. Jangan demand nak surau kah kah kah. 



Seronok main kat taman

Burung yang mengintai peluang untuk zasssss makanan

Mengekori kami dengan harapan dapat makanan. Memang betul advice authority sini, jangan bagi makanan. Sebab kawan-kawan dia akan datang dan jadi agresif. 

Beratur naik bas

Our stop named Green Island...breathtaking views kan

Cun warna air laut dia kan

Setelah dalam 30 minit spend masa kat Green Island stop, kami pun bergerak ke bus stop. Dalam 15 minit baru bas sampai. Mmm plan asal nak turun kat satu lagi stop, tapi lepas tengok timing, macam tak sempat je. Feri balik ke Fremantle akan bergerak dalam lebih kurang 40 minit lagi. Dalam bas, budak-budak terlena. Penat sangat la tu. 

Bila otw ke jeti, baru la terserempak dengan quokka lagi. Tu pun kena tunggu turn jugak sebab ada orang lain tengah bergambar. Beberapa attempt untuk wefie dengan quokka tak menjadi. Memandangkan masa dah suntuk, terpaksa berpuas hati dengan hasil yang ada. Takpa la syukur la dari langsung takde kan. 

Dalam perjalanan pulang ke Fremantle, alhamdulillah laut tak bergelora, so feri pun tak terlambung-lambung macam pagi tadi. Staf feri pulak bagi petua, kalau nak kurangkan rasa mabuk laut, duduk kat bahagian paling belakang feri n tingkat bawah. 



Aksi apakah ini? hahahah

Terlena dibuatnya ya

Dalam banyak-banyak cobaan, ni la yang dikira paling berjaya..uhuhuu

Memang cantik Wadjemup ni, sayang tak sempat nak explore lebih. 

Sesampai di Fremantle, kami singgah di Rainbow Container, salah sebuah landmark yang famous di sini. Habis bergambar di situ, kami pun drive pulang ke Perth. Tak singgah tempat lain dah sebab trip ke Rottnest Island pun dah cukup memenatkan hahah.

Signage ke Rainbow Container


Syok berlarian di padang rumput yang menghijau

Kemain posing haha


Bila sampai di apartment, baru perasan jiran depan ni ada pokok lemon. Jakun first time tengok pokok lemon haha

Our dinner alhamdulillah
Okay, selesailah untuk hari ketiga. Wish me luck for entry hari-hari seterusnya ya kih kih kih.