#thisiswhywetravel

Monday 30 March 2015

Pattaya, Thailand 2014 Part 1

Salam dan hello semua..

This time I would like to share about our last minute and short trip to Pattaya, Thailand. Trip ni dibuat pada 16-19 Disember 2014 yang lepas. Sebelum luput dari ingatan baikla saya coretkan kat sini..haha. Trip ni saya n encik hubby je yang pegi.


Persediaan:



Macam dikatakan tadi, ni last minute punya plan, so tak layak dikategorikan sebagai bajet punya percutian...bukan sebab kitorang ni kaya tapi ni peluang n masa yang ada so pejam mata je la..sob sob..haha. Tiket flight dibooking 2 minggu sebelum tarikh berlepas. Sama la juga dengan hotel. Macam biasa saya survey guna Tripadvisor dan book guna Booking.com. Survey punya survey, saya pilih Page 10 Hotel. Nama macam x internasional tapi menengokkan review orang dan pics yang ohsem plus location pun kat central Pattaya, harga pun rasanya berpatutan. RM263 utk satu malam untuk bilik katil king dengan keluasan 44sqm, ada bath tub bagai. Kami book 2 malam. Untuk tempat-tempat attractions pula, pun survey guna Tripadvisor jugak. Dulu saya pernah ke Pattaya pada tahun 2010 sebab ikut kursus di Bangkok, tapi trip ke Pattaya dulu tu day trip je. Mungkin banyak lagi tempat2 menarik lain yang saya tak tau. Makanan dalam tin pun kami tak bawak sebab nak cari makanan halal tak sesusah nak cari macam kat Jepun. Terbayang tomyam Siam yang podeh je..hik hik. 

Day 1: Kota Kinabalu - Kuala Lumpur (13 Dec 2014)


Kami berlepas dari Kota Kinabalu, tempat kami tinggal  ke Kuala Lumpur naik MAS (encik hubby peminat setia MAS ahaha). Lepas tu drive pergi Damansara untuk ziarah makcik saya yang koma sebab stroke. Habis ziarah singgah Alamanda untuk tukar duit. Dapat rate tukar RM2000 untuk 17500 baht. Tak sempat nak pegi ke Kajang yang biasanya lagi murah rate dia. Dan lepas tu balik Bangi, rumah parents saya. Adik ipar saya yang jadi chef profesional masak spesel malam tu. Chicken roulade stuffed with spinach n ada lagi 2,3 menu pelik yang dah tak ingat nama dia hahah. 

Day 2: Kuala Lumpur - Bangkok - Pattaya (14 Dec 2014)


Kami bertolak ke Bangkok. Flight MAS juga, Tempoh dalam 2 jam tapi delayed sikit, sejam lewat daripada jadual asal. Landed di Suvarnabhumi Airport (disebut sebagai Suvarnabhum saje tanpa huruf 'i' kat blakang dia tu) pada jam 2.40 petang waktu Thailand. Waktu Thailand lewat sejam daripada Malaysia. Suvarnabhumi Airport nampak macam lagi besar daripada KLIA tapi cantik lagi KLIA kot. Queue di immigration sangatla panjang. Kami terserempak dengan orang ofis HQ yang tengah cuba nak catch connecting flight ke Vientiane Laos kul 4. Time tu dah kul 3.15. Tak tau apa ending dia. Good luck heheh.


Isi immigration card sblum boarding flight ke BKK
Selesai immigration check, ambik luggage dan book teksi untuk ke Pattaya. One way 2,700 baht (dalam RM280), teksi SUV. Mahal wooo tapi apa nak buat, tak berani nak cuba teksi sapu kat luar airport. Bedal je la dulu. Driver teksi tak berapa reti English, so kami tunjuk slip hotel booking yang dah di printed siap-siap sebelum ni kat dia, ada alamat dalam tulisan Thai kat situ baru la dia faham. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit. 


Keluar dari Suvarnabhumi Airport..sori kualiti gambar tak berapa nak ada...dan macam tahapa-hapa..janji ada tulisan Bangkok..hahahaha
Sampai di Page 10 Hotel, terus check in. Receptionists dia cantik tapi bila dengar suara diorang, baru dapat detect yang diorang ni lady boy hahaha. Diorang pandai juga bahasa Inggeris walaupun pelat Thai dia kelakar. “if u want breakfast (macam breakfart bunyi dia hahahaha) u can pay 200 baht”. Takpe la thank you, tak tau halal ke tak.

Bilik yang kami dapat sangat memuaskan. Ada wifi unlimited untuk 2 orang, setiap sorang dapat 1 username dan password.  Meh tengok sikit gambar:

Our bedroom

Bilik air..bertentang dengan ni ada bath tub dan shower area
Suis yang canggih
Incik hubby ambik kesempatan untuk jogging kat fitness center kecik yang ada kat rooftop hotel. Rupanya kecik je fitness center dia..dalam website nampak gah..haha. Saya pulak lepak kat tepi kolam renang yang terletak sebelah fitness center dia. 


View from hotel rooftop
                                 
View from rooftop & swimming pool..kecik je swimming pool dia
Lepas mandi, lepak jap dan jamak siap2, kawan incik hubby yang kebetulan tengah outstation kat sana dah tunggu di lobi hotel untuk bawak kitorang pegi dinner. Jalan kaki je tak jauh dari situ. Nama restoran dah lupa tapi takde tanda halal. So, kami order lauk seafood je. Sedap juga la. Lepas la nak merasa tomyam seafood Siam...hik hik.


Cultural performance at the restaurant
Another view of the restaurant
Habis dinner kawan tu ada urusan lain, jadi kami pun jalan-jalan sendiri kat tengah Pattaya tu. Ada muzium Ripley's Believe It Or Not, tapi kitorang tak masuk. Tersesat masuk pulak ke Boys Town, lorong tu agak quiet dan suram, tiba-tiba ada lelaki tak pakai baju offer male show tiket kat incik hubby, siap tunjuk preview pakai tab. Ceh. kami patah balik ke jalan yang benar hahaha. Jalan pula ke Walking Street. Kat situ meriah gila, lagi meriah daripada yang saya penah pergi pada tahun 2010 dulu. Tapi sebenarnya tak berapa sesuai untuk orang muslim sebab penuh dengan show perempuan/ pelacur, arak dan sewaktu dengannyer. Lepas lepak kejap kat tepi pantai, kami pun balik ke hotel. 

Sejak kami sampai di Thailand ni, kami perasan yang notis dan iklan kat sana banyak juga dalam bahasa Russia. Kat Walking Street tu pun banyak perempuan dari Russia. Femes sungguh Thailand ni kat org Russia eh. Masa landed di Suvarnabhumi Airport pula ada ternampak plane besar dari Israel.Tak dinafikan, Thailand memang lagi popular dari Malaysia dari segi tourism. Ok dah cukup la melalut..haha..lepas lepak tepi pantai, kami singgah beli kebab (4 ketul, 240 baht). Alas perut malam tu dan buat breakfast untuk esok pagi hehe.

Entrance to Walking Street..korang tak payah masuk tempat ni pun takpe..rasa macam bersalah pun ada aritu masuk tempat camni..haha
Lepak di pantai Pattaya..lupa dah nama exact pantai nih
Beli kebab dpd orang Pattani yang pandai bahasa Melayu
OK stop sini dulu...tata!

#Pattaya
#Thailand






Thursday 26 March 2015

Persediaan ke Jepun: Part 2

Hello..dah lama part 1 dipublish..part 2 baru terhegeh-hegeh nak menyusul haha...ok..seterusnya:


5.    Tempat Penginapan

Ni antara benda yang ambik portion besar dalam bajet anda..huhuh..dan berbeza ikut keperluan anda ye. Saya dan suami buat survey tempat penginapan kira-kira 6 bulan sebelum fly. Kami banyak guna Tripadvisor untuk compare harga dan review terbaik daripada Booking.com, Agoda, Expedia dan beberapa lagi. Airbnb.com untuk survey homestay pun digunakan jugak. Setelah puas belek2..Grand Pacific Le Daiba yang terletak di Odaiba yang jadi pilihan hati..sebabnya:
  •  Harga yang kira OK utk standard hotel Tokyo. 12,100 yen satu malam atau RM370 satu bilik. Saiz bilik 30m persegi.  Kami ambik 2 bilik. Ni hotel 5 star tau..so OK la kan hihihi..
  •  Station tren, Daiba cuma sebelah hotel jer. Ni la faktor utama kenapa saya pilih hotel ni..takde la tercabut lutut parents in law nak berjalan nanti. 
  • Attractions macam Rainbow Bridge, Tokyo Bay, Statue of Liberty, AquaCity, Divercity smua tu kat area hotel jer.
  • Shuttle bus free ke Disneyland/ Disneysea. Kena book awal secara online dan ada slot   timing tertentu.
  • Antara hotel yang termasuk dalam senarai Airport Limousine Bus direct transfer. Jadual   dia pun ngam2 untuk kami catch flight ke KL pada 10.30 pagi
  • Hotel ni bagi free simpan luggage masa kitorang check out dan bermalam satu malam di Kawaguchiko sebelum kitorang kembali check in esoknya. So tak payah pening kepala nak angkut semua luggage.
Kami survey juga apartments or homestay tapi takde yang memenuhi kriteria paling penting yang kami nak: 2 bilik berasingan, harga bawah RM600 per night, stesen tren paling jauh pun 5 minit berjalan (Malaysian timing ye ahaha). A little bit downside bila pilih hotel ialah takde tempat untuk main masak2. Kami bawak travel cooker untuk overcome the problem, tapi my advice is if you need to make a proper meal, tak kisah dapat homestay jauh skit dari tren station dan tak kisah dapat satu bilik proper je, then sila la ambik homestay yang ada dapur kecik. Travel cooker lebih sesuai untuk masak benda2 rebus yang simple or panaskan makanan. 

Untuk di Kawaguchiko pula, kami bermalam satu malam sebab rasa tak cukup kalau day trip je. Sebenarnya bila dah pergi, satu malam pun tak cukup huuuhuhuu. Saya nak rasa duduk bilik/ tempat yang ala-ala Jepun dan terjumpa beberapa pilihan. Setelah shortlisted dan finalize, saya pilih Ururun Kawaguchiko. Sebabnya:

  • Harga yang kira OK la. 21,600 yen (RM650) untuk seluruh cottage dua tingkat. Ada ruang tamu, dua bilik berasingan gaya Jepun, toilet dua, bathtub, dapur lengkap, balcony   etc. 
  • Rating dia tinggi ooo dalam Tripadvisor. Accomodation jenis speciality lodging kedua tertinggi dalam ranking untuk area Kawaguchiko. Review dan komen pun semua best2. Kat Booking.com rate hotel ni 9.6 daripada skor 10. 
  • Cantik. Wooden design. Cantik dalam gambar dan juga realiti.
  • WiFi pun included.
  • Tak jauh dari Lake Kawaguchiko dan view direct ke Gunung Fuji (untuk jenis terpilih je dan kami bernasib baik dapat)
Kami book guna Booking.com untuk dua-dua tempat penginapan ni. Book guna credit card as required untuk cagaran dan bayar cash masa check in nanti. Setakat ni saya memang slalu guna Booking.com sebab smooth dan takde banyak songeh or hidden charges. Comparison harga dengan website hotel tu sendiri pun takde beza. 

Daripada pembacaan saya, ramai pelancong Malaysia suka stay di Asakusa...katanya murah skit kat area tu.

6.  Transportation

Haaa yang ni pun boleh serabut kepala...

Airport to hotel dan sebaliknya:

Untuk pengangkutan dari Narita ke hotel, saya book keta daripada website syarikat limousine Airport Transfer Narita. Tapi takde la naik keta limousine..Alphard je haha.Untuk anda rujuk price dan jenis kenderaan yang dia ada sila pegi kat website ni: http://www.airporttransfer.jp/narita/fare-narita.html

Bunyi macam mewah je kan naik Alphard, tapi itu pilihan terbaik bagi saya since:

  • Harga lebih kurang dengan kadar teksi tapi kenderaan lebih besar untuk kasi sumbat luggage yang melambak tu. Untuk jarak kira-kira 65km, direct ke hotel dan ada 5 seater (tak masuk 2 seater belakang diubahsuai untuk letak   extra luggage), harga dia 22,500 yen untuk satu keta.
  • Airport Limousine Bus yang ada service direct ke hotel juga  dah takde. Bas terakhir ialah pada jam 6.50 petang. Kami  landed pun jam 6.30 petang. 
  • Driver dia tunggu kami kat pintu arrival siap2 tak macam teksi biasa.
  • Nak naik tren tak kira apa jenis pun kena tukar tren juga kat mana-mana. Tak bole bayang nak angkut luggage yang banyak dengan parents yang keletihan lepas 7 jam dalam flight.
Untuk transport dari hotel ke Narita Airport pulak, baru kitorang dapat naik Airport Limousine Bus. Tambang ialah 2,800 yen sorang dan book lebih awal kat hotel. Untuk details jadual dan harga, klik sini

Yang atas ni pilihan kitorang mengikut situasi kitorang. Kat bawah ni ada beberapa choice untuk anda consider dan pilih jugak, hehe. Kena ambik kira bajet, keadaan fizikal travel group, kul berapa flight sampai/ take off, masa dan jarak antara airport dan tempat penginapan anda.

Teksi - mahal jugak ooo..rate dia akan lagi mahal kalau tengah malam/ pagi buta. Untuk calculate rate dia, boleh guna website Taxi Fare Finder di sini

Train 

a.  Japan Rail (JR) Narita Express or short dia NEX. 
  • Main stop ialah di Tokyo Station. 
  • Harus ingat, Tokyo Station ialah antara station tersibuk kat Tokyo hehe..sila imagine kemahiran anda untuk mengangkut luggage anda di celah2 lautan  manusia :p
  • Tren ni juga stop di Shinjuku dan Yokohama.
  • Kekerapan ialah setiap 30 minit 
  • Tempoh masa ke Tokyo Station ialah 53 minit.
  • Starting from 7.47am (Terminal 2) sampai jam 9.46pm.
  • Regular price ialah kira-kira 3,020 yen per adult. Untuk details price, pakej harga dan jadual, sila la tengok ni
b. Keiser Skyliner Express
  • Tren ni berhenti di Ueno dan Nippori sajo, iaitu downtown Tokyo.
  • untuk details klik sini
Untuk plan route anda, boleh guna website Hyperdia ni. Ada estimated fare sekali. Tapi kena eja dengan betul nama stesen. Saya banyak guna juga Google Maps untuk rancang perjalanan sebab lengkap dengan map hotel dengan stesen terdekat. 

Sekitar Tokyo dan tempat-tempat attractions

Rasanya semua dah tau, pengangkutan terbaik ialah tren. Kebanyakan tren adalah overground. Macam saya cakap tadi, saya banyak guna Hyperdia dan Google Maps untuk plan itinerary perjalanan. Saya sediakan secara detail termasuk platform berapa nak turun or naik, berapa kos dan timing untuk mengurangkan tergagau-gagau masa berjalan nanti haha. Ni antara itinerary saya:



Tentang pass pula, kalau setakat banyak berjalan area Tokyo dan area Mount Fuji memang tak berapa berbaloi bli JR Pass. Tu lebih menjimatkan kalau anda banyak travel guna shinkansen antara kawasan-kawasan macam Osaka-Nagoya-Tokyo contohnya. If anda nak beli JR Pass, anda kena beli kat office Japan Tourism Board kat Malaysia dan redeem masa sampai di Jepun nanti. Saya cuma beli Kanto Area Pass untuk pakej Gala Yuzawa. Baca entry saya yang ni untuk details.

Untuk mudahkan perjalanan dan tak perlu asyik beli tiket, boleh la beli Suica Card atau Pasmo Card. Fungsi dia ni macam Touch n Go, boleh guna untuk semua jenis line tren dan kebanyakan bas. Kami guna Pasmo. Deposit 500 yen dan top up ikut pilihan anda dalam jumlah tertentu. Tak abis guna nanti boleh claim balik lebihan dan deposit bila pulangkan kad tu. 

Kami jarang guna teksi kecuali untuk jarak yang dekat je, contohnya dari Stesen Shibuya ke Malay Asian Cuisine. Kalau jalan kaki dalam 15 minit juga, (tak kira kalau sesat nanti haha). Untuk jarak yang macam ni biasanya tambang dalam 730 yen ~ 900 yen. 

7.   Pakaian

Yang ni ikut ketahanan badan anda dengan kesejukan. Biasanya untuk suhu sampai 10 celcius, wajib ada thermal wear/ long johns, sweater wool, jaket kat luar dan selapis baju biasa. Sarung tangan, muffler dan beanie hat pun sangat recommended. Untuk tempat-tempat yang tidak bersalji atau salji dia ciput je, boleh pakai boots yang biasa. Tapi kalau tempat bersalji, sila la pakai winter boots yang kalis air. Jangan jadi macam saya n hubby yang berlagak cukup je pakai kasut biasa n sport shoes keh keh keh. 

Kami banyak beli kat Malaysia jer. Ramai yang kata lagi murah kalau bli kat tempat yang ada musim sejuk ni. Tapi at least elok ada sepasang siap2 dari Malaysia. Pinjam sedara mara or kawan punya pun takpe. Kalau kat sana baru nak beli, tak gigil ke sementara nak beli tu? :p. 
                                  
Thermal wear jenis Heattech extra warm yang saya beli dari Uniqlo online. RM59.90 dan sedap pakai. Gambar petikan daripada website Uniqlo

                                 

Thermal wear jenis Heattech legging yang saya bli online jugak. RM49.90 harga sekarang. Gambar petikan daripada website Uniqlo 


Baju sejuk saya pakai yang jenis material ultra light down punya, juga keluaran Uniqlo. Ringan, tahan sejuk macam baju sejuk biasa yang tebal dan berat tu juga. Selain tu bole lipat or gulung kecik2 haha. Senang. Harga sekarang bole dapat dalam RM130 untuk woman.


                                 

                                        Gambar petikan dari website Uniqlo

8.    Makanan

Memang tak dinafikan, makanan halal agak susah nak cari kat Jepun. Jadi seperti traveler Malaysia yang lain, kami bawak banyak makanan dalam tin macam kari ayam Yeo's, ketupat Nona, Kuah kacang instant Brahims, rendang ayam, sambal udang bla3.  Mak mertua saya juga prepare siap-siap serunding, sambal ikan bilis dan tempe. Disebabkan kami stay kat hotel yang takde sediakan peralatan masak, kami bawak juga travel cooker, tupperware untuk tapau makan bila berjalan, sudu garpu dan cawan plastik. Semua sekali penuh satu beg haha. Ada juga traveler Malaysia yang siap bawak beras, serai, bawang, rempah ratus segala. Hahaha. Kalau ikutkan kena declare masa kat airport Tokyo. Ada yang declare ada yang tak. Ikut masing-masing la. Kastam sana kadang2 check juga beg. Kalau nasib baik, lepas la.

Untuk panduan makanan halal kat Tokyo, boleh try rujuk website-website nih:

Untuk bajet makan di restoran, biasanya RM40 - RM100 sorang untuk meal biasa. Memang mahal..tapi tu la standard Jepun. Sebab tu digalakkan bawak makan dari Malaysia atau masak sendiri.
Makanan halal yang paling senang nak jumpa kat Jepun ialah onigiri, nasik kepal bentuk segitiga, berbalut seaweed dan berinti yang senang dijumpai kat 7 Eleven atau Family Mart. Murah je  harga dia starting from 105 yen. Sila pilih yang inti seafood ye baru yakin halal

9.   Persediaan lain:

Passport sila pastikan valid at least 6 bulan semasa tarikh balik ke Malaysia

Tempahan2 online: Sila print siap-siap tempahan online anda macam tempat penginapan, tiket Disneyland, teksi airport dan letak dalam satu folder untuk memudahkan mencari. Print dalam 2 bahasa kalau boleh-1 English dan 1 Bahasa Jepun. 

Status blacklist Imigresen: Sapa yang belum bayar pinjaman PTPTN perlu semak status ni di website Jabatan Imigresen hahaha. Bunyi macam lawak tapi pernah juga ada kes orang tak dapat terbang last minit sebab kena blacklist*saya dah abis bayar ehehehe*. Kalau tersenarai, cepat2 la runding dengan pihak PTPTN untuk cara pembayaran supaya dapat keluar dari blacklist.

Adapter: power voltage di Jepun lain dari Malaysia, jadi perlu la bawak adaptor ye. Boleh dapat kat kedai letrik atau lagi senang kat kedai macam Uniqlo, Universal Traveller atau Travel For All. Sapa yang jenis selalu pi oversea biasanya dah beli universal adapter. Setiap sorang bawak satu adapter. Kalau kongsi nanti masalah sebab fon masing-masing slalu habis bateri kan..berebut pulak nanti. 

Suhu dan cuaca: Penting untuk sentiasa check ramalan cuaca kat internet terutamanya seminggu sebelum berlepas. 

Kadar tukaran matawang: Sentiasa check kadar tukaran matawang. Tengok pattern tukaran tu. Saya selalu gunakan yang ni: http://www.xe.com/currencycharts/?from=JPY&to=MYR. Bila agak-agak nilai matawang Yen tu menurun skit daripada biasa, pegi la buat tukaran. Tak semestinya dah dekat nak terbang baru tukar. Right now Yen masih berada pada tahap rendah compare dengan tahun 2011-2013. Dan untuk dapat rate tukaran yang murah skit, jangan la tukar kat airport. Biasanya mahal. Kalau kat Semenanjung biasanya murah skit kat area Kajang dan Midvalley. Saya duduk di Sabah, paling murah rate boleh didapati kat Wisma Merdeka Kota Kinabalu. Lagi murah dari Midvalley eheheh. 

Ubat-ubatan: Panadol, minyak angin, dan lain-lain ubat ikut keperluan anda jangan lupa ye. 

Portable Wifi: Kadang-kadang homestay di Jepun ada include portable WiFi percuma. Untuk yang nan hado, boleh la sewa. Elok sewa sebab tak banyak kemudahan WiFi free kat Jepun. Saya buat sikit kesilapan bila part ni, kat airport baru nak cari portable WiFi. Konon-konon rate sama dan senang nak cari. Tapi bila kat sana disebabkan driver teksi dah sampai dan banyak urusan lain nak buat, kelam kabut juga jadinya. Main ambik je bila jumpa, rate 1,200+ yen sehari. Sehari tu bukan maksudnya lengkap 24 hours tapi ikut hari. Kalau anda start sewa pada jam 7 malam hari Isnin dan pulangkan hari Selasa jam 11 pagi, ianya tetap dikira sebagai 2 hari. Jadi elok la anda research dan book online. Ada syarikat yang tawarkan hantar portable WiFi ke tempat penginapan anda siap-siap. Saya pernah baca ada traveler Malaysia dapat rate RM105 untuk 4 hari. 

Application fon yang berguna: Saya install application Google Translate Android untuk membantu berkomunikasi dalam bahasa Jepun. Berguna jugak la App ni. Selain tu, saya install juga App Hyperdia untuk check train route. Namun, dua2 App ni perlu ada internet.

Lesen memandu antarabangsa: Memandangkan kami nak memandu, kena la ambik lesen memandu antarabangsa sebab Jepun antara negara yang require benda ni. Camne nak buat? Pegi je kat JPJ, bawak lesen memandu asal dan fotostat, IC asal dan fotostat serta 2 keping gambar passport terkini. Bayaran RM150 dan valid untuk setahun.

Belajar adab dan bahasa Jepun (2,3 patah pun takpe): Rasanya smua dah tau orang Jepun ni sangat sopan, pembersih dan menepati masa. Jadi kita yang nak pergi tempat diorang ni perlu la bersedia untuk praktikkan sikit-sikit..haha..jangan buang sampah merata, jangan cakap kuat2 dalam train, dan berusahalah on time bila berjanji dengan orang haha. Jaga la nama negara. Jangan jadi macam pelancong China yang sekarang dah terkenal dengan sikap kasar dan kurang pembersih sebab kat negara asal diorang dah memang camtu. Now orang Jepun pun dah pandang select semacam dengan pelancong China. Bahasa Jepun pun belajar jugak sikit, tau perkataan Konichiwa dan arigato gozaimas pun ok dah..kui kui. Selain tu, kalau nak mintak tolong or tumpang tanya, cakap la "sumimasen"..memang diorang ready nak tolong punya :-)

Tour: yang ni optional. Saya pilih half day tour sebab nak kurangkan sikit berjalan kaki turun naik tren dan ke tempat-tempat attractions, maklumla bawak orang berumur :-). Tour yang saya pilih ni nama dia Tokyo Morning Tour dan harga dia ialah 5,500 yen (kira-kira RM165) sorang. Tour ni cover 3 tempat utama iaitu Tokyo Tower, Imperial Palace ground dan Sensoji Temple. Selain tu, ada transport bas from hotel dan semasa tour, tiket Tokyo Tower, tour guide bahasa Inggeris. Saya book melalui Japanican.com. Anda pun boleh pilih tour yang anda berkenan kat situ. 

Bajet keseluruhan kami? Er part ni yang takut skit...haha...roughly sorang dalam RM4.5k camtu..not too budget, not very luxury also..




So, ini la sikit sebanyak tips yang saya dapat share. Harapnya berguna untuk anda yang nak plan percutian ke Jepun. Happy holiday n enjoy Nihon!

Sunday 8 March 2015

Persediaan ke Jepun: Part 1

Salam dan hai semua..setelah habis cerita tentang perjalanan percutian ke Jepun, baru la saya nak share pula tentang persediaan yang dibuat..patutnya terbalik kan..hehe..excited punya pasal. Saya dan suami telah buat persediaan ke Jepun ni 6 bulan sebelum terbang. Secara amnya, persediaan, planning dan budgeting yang dibuat ni adalah mengambilkira faktor macam abah mertua yang dah berumur, keselesaan tempat tinggal dan minat masing-masing nak tengok apa. Lain orang, lain keperluan, minat dan kehendak dia kan so ini adalah sebagai antara guideline anda saja. Saya cuba share sikit sebanyak apa yang saya buat dan saya tau ye...kami pun baru sekali pernah jejakkan kaki ke Jepun hehe


1.   Sumber rujukan 

Untuk buat planning dan budgeting yang paling sesuai dengan anda, elok juga rujuk blog or website lain yang banyak ada kat internet ni..orang Melayu Malaysia ada, omputih ada...haha. Ni antara blog yang banyak berikan panduan:

Touchdown Tokyo:
 
Safiyya Ulfah:

Melancong ke Jepun: (website persatuan pelajar Malaysia di Jepun)

Ariff Shah: Berapa banyak perbelanjaan ke Jepun?

Nova Leeza:

Travelog: Trip murah ke Jepun

Japan Guide: Japan-based website yang bg info terkini dan komprehensif pasal Jepun

Tripadvisor: klik sini


Banyak lagi website dan blog yang boleh jadi panduan, hanya gunakan pakcik Google dan taiplah keywords info yang ingin anda cari hehehe.

2.  Musim bila yang sesuai?

Memang tak dapat dinafikan lagi musim bunga adalah musim paling popular untuk pegi Jepun. Bunga sakura yang mekar dengan banyaknya memang heaven...tapi biasanya cuma 2 minggu saja bunga ni betul2 banyak dan mekar dan tempoh musim bunga berbeza sikit ikut kawasan. Musim bunga bermula awal Mac di kawasan selatan Jepun macam Fukuoka, kemudian Hiroshima,Osaka, dan naik lagi ke Tokyo dan seterusnya kawasan utara Jepun macam Sendai hinggalah ke Sapporo. Musim bunga adalah musim paling ramai pelancong dan masa 2 minggu bunga sakura paling mekar tu, orang2 Jepun akan berkumpul bawah pokok-pokok sakura untuk menikmati keindahannya. Dikatakan tradisi ni dah berzaman dan dipanggil 'hanami'. In general, musim bunga berakhir pada hujung bulan Mei.


Lovely cherry blossom : Credit picture to japaninspring.blogspot.com


Musim panas pulak daripada Jun sampai Ogos. Time ni pun ramai pelancong dan ada satu minggu yang rakyat Jepun pun bercuti. Masa ni waktu siang lebih panjang daripada malam dan oleh tu, banyak skit masa untuk travel dan explore Jepun. Tapi crowd pun ramai jugak la hehe. Bulan Julai dan Ogos juga adalah bulan paling kerap hujan turun. Climbing season Mount Fuji jugak adalah dalam dua bulan ni.

Musim luruh atau autumn pun musim yang sangat cantik kata orang. Ni antara September sampai November. Time ni daun-daun pokok berwarna keemasan,merah,oren..colourful. time ni antara time terbaik kalau nk lawat taman-taman or parks yang banyak di Jepun.


Picture credit to Google: Cantiknyaaa kan 

Last but not least, musim salji/sejuk or winter. Bermula Disember dan kemuncaknya pada Februari. Time ni dianggap low season (kecuali time Krismas, New Year dan Chinese New Year) sebab suhu yang amat sejuk lebih2 lagi kat utara Jepun macam Sapporo. In fact, bandar ni ialah bandar kedua di dunia yang paling banyak terima salji. Bandar pertama pun kat Jepun jugak hahaha. Tapi bandar2 di selatan Jepun jarang bersalji termasuk Tokyo. Winter juga merupakan musim di mana Gunung Fuji paling jelas untuk dilihat. 
Winter pun lovelyyyy...this is my favourite..haha

Untuk maklumat yg lagi detail, sila lawat website Japan Guide: www.japan-guide.com/e/e2273.html

So, terpulang kat selera dan minat anda nak pilih musim apa. Macam kami, kami pilih winter sebab kurang skit pelancong (takde la kurang sangat,ramai jugak la ahaha especially kat Disneysea) dan saya n hubby nk merasa salji kih kih kih. Walaupun sikit terseksa dengan kesejukan (suhu antara 1-9°C,paling low -5°C kat Kawaguchiko), tapi pemandangan serba putih di tempat bersalji memang lovely..bak kata omputih, winter wonderland. Takpe la, sakura or cherry blossom bole tengok kat New Zealand lain kali..ehh..tiberrrr :p

3.   Tiket penerbangan

Suami saya lebih selesa menggunakan MAS sebab katanya seat dia luas skit compare dengan Air Asia. Oleh tu kami tunggu ada sales MAS dan dapatla grab tiket return ke Narita Tokyo untuk 4 orang dalam RM7000 jumlahnya. Maknanya harga untuk sorang ialah RM1700+ return. Mahal ke? Kalau compare dengan sales Air Asia memang tak boleh beat la..saya dengar boleh dapat sampai RM699 return (tak masuk luggage,meals dan add-ons yang lain)..tapi untuk MAS, kira murah juga tu...hehe. Tiket ni dibooking kira-kira 4 bulan sebelum fly.

Kami pilih penerbangan MH88 sebab flight ni akan sampai di Narita Tokyo pada waktu malam yang tak lewat sangat dalam jam 6.30 gitu. Bila sampai malam, boleh terus ke bilik untuk rehat dan tido dulu, baru la segar untuk mulakan explore Tokyo keesokannya.

4.   Tempat-tempat untuk dilawati

Selain Tokyo, tempat-tempat popular lain kat Jepun ialah Osaka, Nara, Nagoya, Kyoto dan beberapa lagi. Dan Sapporo serta tempat2 lain di Pulau Hokkaido iaitu pulau di utara Jepun lebih popular pada musim winter disebabkan keadaannya yang sentiasa bersalji masa musim tu. Kami pilih Tokyo memandangkan ni first time pegi Jepun. Selain tu, tempat yang jauh sikit tapi boleh pergi by day trip   macam Gala Yuzawa pun kami masuk dalam itinerary. Area Mount Fuji pun tak dilupakan. Nak pergi tempat2 macam Sapporo, Osaka, perkampungan Shirakawago di Takayama semua tu amat jauh dan memakan masa, tak muat nak masuk dalam itinerary. Lagipun kami bawa parents, mau pengsan abah mertua dalam shinkansen nanti sebab jauh sangat hahaha..Sapporo pun terlalu sejuk dan ini adalah pengalaman pertama parents in law saya dalam musim sejuk, so better jangan pergi tempat yang terlebih sejuk. Untuk peminat ski dan winter lover memang disarankan pegi Sapporo, Hokkaido dan tempat macam Snow Monkey Park di Nagano.

OK, kat Tokyo pun ada banyak attractions yang boleh dijenguk ikut pengalaman saya dan apa yang saya baca:

Shibuya Crossings - tempat pejalan kaki tersibuk di dunia, lokasinya kat sebelah Stesen Shibuya je


Macam semut manusia melintas di Shibuya Crossing

Patung Hachiko, anjing yang setia - Ini pun kat Stesen Shibuya. Untuk yang belum tau, Hachiko ialah anjing yang tunggu tuan dia, seorang pensyarah balik daripada mengajar tiap2 hari. Dia tunggu tuan dia tu kat Stesen Shibuya tu la. Satu hari tuan dia meninggal dan tak balik-balik. Hachiko tak putus asa dan tetap tunggu tuan dia tiap2 hari kat tempat yang sama sampai dia pun mati 9 tahun kemudian. Sigh...kisah kesetiaan yang tacing...

Ueno - dengarnya Ueno ni ada zoo yang best dan taman yang cantik untuk dilawati. Nak beli fresh seafood pun kat sini.

Ginza - Ni untuk kaki shopping dan mampooo untuk beli barang mewah. Jugak sesuai untuk yang nak cuci mata je haha.


Credit picture to Wikipedia. Wako Department Store in Ginza

Odaiba - Ni bukan kat Central Tokyo, tapi tak juga jauh dari Central Tokyo. Pulau buatan manusia yang asalnya untuk tujuan pertahanan. Now ada banyak shopping center dan entertainment. Tokyo Big Sight, bangunan Fuji TV, Mega Web, Venus Port ada di sini. Tokyo DECKS Beach pula ada Muzium Madam Tussauds, Hello Kitty, Legoland, Takoyaki Museum, Trick Arts Museum dan beberapa lagi. Kat Odaiba ni juga boleh tengok Tokyo Bay yang cantik dengan adanya Rainbow Bridge dan Statue of Liberty yang macam kat New York tu. oh ye, kat Aqua City pula ada robot besar Gundam.


Odaiba at night

Asakusa - Tempat terletaknya kuil Shinto yang bernama Sensoji Temple yang popular. Kaminarimon pulak ialah pintu masuk yang ada Tanglung besar tu dan menghala ke Sensoji Temple. Kat tengah2 tu la letaknya Nakamise Shopping Street yang popular untuk shopping souvenir. Asakusa jugak dikenali sebagai tempat dalam Tokyo yang masih banyak bangunan lama. Tokyo Skytree, menara telekomunikasi Jepun yang tertinggi di Tokyo pun terletak dalam area Asakusa. Mahal juga nak masuk ke Tokyo Skytree tu, tiket dalam 2000 yen dan tu pun x naik sampai paling atas. Dari Asakusa juga boleh naik waterbus  Himiko merentasi Sumida River dan turun di Odaiba.

Roppongi - Ni tempat untuk berhibur-hibur..haha..nak cuci mata pun boleh jer. Hard Rock Cafe ada kat sini kalau tak silap.

Tokyo Tower - Menara ala-ala Eiffel Tower gitu. Lebih cantik pada waktu malam. Tiket naik ialah kira-kira 820 yen.




Tokyo Camii Mosque - Masjid utama yang ada di Central Tokyo. Dibina dengan sumbangan dari Kerajaan Turki.


Picture credit to Wiiii in Wikipedia- Tokyo Camii Mosque

Akihabara - syurga untuk kaki gadget

Nippori - sapa suka borong Japanese cotton elok la gi sini

Yokohama - ni pun terkeluar skit je daripada central Tokyo. Bandar pelabuhan

Muzium Fujio F.Fujiko - Terletak di area Kawasaki, kalau naik tren dari Central Tokyo dalam 30 minit. Muzium ni lebih kepada mengabadikan kehidupan Fujio F. Fujiko, pelukis komik Doraemon tapi ada jugak patung-patung Doraemon, Nobita smua tu untuk bergambar2. Nak bli tiket dia kena bli kat mesin di cawangan2 Lawson (ada merata sekitar Tokyo). Nampak menarik tapi tak muat nak masuk itinerary kami :-(


Picture credit to Stealth3327 in Wikipedia: Bas shuttle antara Stesen Kawasaki dan Fujio F Fujiko Museum
Picture credit to Christian Lee in Qiito- Hiasan makanan yang kreatif, tapi tak tau la halal ke tak..ahaha..dan queue di kafe museum ni sangat panjang khabarnya. Kalau nak merasa juga, beli la air dia or seafood based food. 
Imperial Palace ground - Nak masuk dalam istana betul2 memang takleh la haha..boleh melawat kawasan ground sajo.

Disneyland/ Disneysea - yang ni rasanya tak perlu describe lagi...haha..cuma bersedia dengan crowd yang ramai.


Kat area berdekatan Mount Fuji pun ada dua tempat utama yang femes, iaitu Hakone dan Kawaguchiko. Hakone ada beberapa attractions, antaranya:

Lake Ashi. Boleh naik cruise Pirate Ship kat sini dan menikmati view Gunung Fuji kalau cuaca clear. 

Hakone Ropeway. Ini ialah cable car merentasi Lake Ashi, kawasan bukit bukau yang cantik, kawasan berasap dan bersulfur di Owakudani dan Gunung Fuji (kalau hari clear). Berhenti kat beberapa stesen dan boleh pilih nak naik dan turun di mana. Klik sini untuk details. 

Owakudani Valley. Macam diterangkan tadi, ni kawasan yang ada asap sulfur volcano. So bau tengik sikit. Ada juga kawasan berair yang menggelegak kesan daripada aktiviti volcanic. Kat sini juga ada dijual telur ayam yang dimasak menggunakan air panas menggelegak tu dan menjadi hitam sebab kesan sulfur. Kononnya boleh panjang umur 7 tahun kalau makan sebijik..heheh. Selain daripada Hakone Ropeway, bole pegi sini dengan driving tapi kena menapak 1km jugak la untuk sampai destinasi. Kalau tak larat, tengok dari jauh pun ok gak kot.  

Hot Springs. Juga dipanggil onsen dalam bahasa Jepun. Terdapat banyak onsen kat sini. Tapi peraturan onsen ni kena mandi tanpa seurat benang pun. Biasanya asing lelaki pempuan tapi tak sanggup youuu nak berbogel sesama jantina pun..huhu..lagipun dengan pempuan bukan muslim pun aurat jugek. Kalau teringin sangat dan ada bajet lebih, boleh book bilik hotel/ ryokan yang ada private onsen dalam bilik. 

Gotemba. Haa yang ni pun untuk kaki shopping. Katanya branded item dengan harga diskaun macam kat Johor Premium Outlet tu.

Mount Fuji 5th Station. Point terdekat sebelum starting mendaki Gunung Fuji if i'm not mistaken. Tapi selalunya tutup time winter.  

Untuk lebih detail, sila klik website ni

Kat Kawaguchiko pulak, tempat ni ada Lake Kawaguchiko yang mana merupakan tasik terbesar antara Fuji Five Lakes. Dikatakan juga view dari tasik ni adalah yang paling cantik skali kalau nak tengok Mount Fuji sebab takde halangan oleh bukit-bukit lain seperti di Lake Ashi. Sebab tu saya pilih bermalam di Kawaguchiko instead of Hakone..hehe..selain Lake Kawaguchiko, kat Kawaguchiko jugak ada beberapa attractions, antaranya:

Fujiten Snow Resort: Dibuka dalam bulan Disember - Mac cenggitu. 

Fuji-Q Highland: Taman tema

Saiko iyashi no sato NENBA: Ni kampung samurai. Details ada dalam entry saya yang ni

Kachikachi Ropeway: ni pun cable car, menghala ke atas Mount Kachikachi. 

Itchiku Kubota Art Museum: Muzium yang menyimpan koleksi kimono dari pelbagai zaman. ada juga koleksi lukisan. Dikatakan di sini juga ada taman yang cantik berlatarbelakangkan Mount Fuji. 

Untuk senarai lebih panjang, boleh klik sini ye haha.


So ni antara tempat2 yang dicadangkan. Pilih la ikut minat, masa dan pitis yang anda ada..heheheh.

Panjang dah entry ni..nak sambung sampai habis kang tido pulak..bersambung part 2 OK..ehe