#thisiswhywetravel

Monday 16 November 2015

Bercuti ke London & Paris Winter Trip 2012: Day 8 & 9

16 Disember 2012

Arc De Triomphe - Disneyland - Eiffel Tower

Hari ni nak jadi kanak-kanak riang...going to Disneyland! Haha. D'ny n Chai kata diorang pun belum pernah pegi Disneyland lagi :p. D'ny was so kind to provide us with her homecooked nasik goreng. Takyah la susah-susah nak cari kedai makan halal nanti..heee. 

Disneyland terletak di Marne-La-Valle, kawasan sub-urban Paris dan agak jauh juga dari Paris, dalam sejam rasanya naik RER. Jadi kami kena beli tiket Paris Visite zon 1-6. Sebelum ke Disneyland, kami singgah di satu lagi landmark Paris, Arc De Triomphe. Ikut plan asal, lepas pergi Arc De Triomphe tu nak jalan-jalan menyusur Champ-De-Elysees yang terletak just kat belakang Arc De Triomphe tu, tapi masa dah agak suntuk masa tu jadi kami berpuas hati lawat Arc De Triomphe saja. 


Disebabkan Arc De Triomphe terletak di tengah-tengah bulatan yang besar dan sibuk, pelawat yang nak menghampirinya perlu guna laluan bawah tanah..sibuk tu bulatan ada 6 cabang jalan


Berlatarbelakangkan Champ-De-Elysees. Tak sempat nak berjalan ke sana, ambik gambar je la haha

Cuba teka ini side Arc De Triomphe yang mana?

Bye-bye Arc De Triomphe. Next, jom naik RER ke Disneyland. Untuk info, saya beli tiket secara online sebelum trip ke Europe ni untuk 2 parks, Disneyland Park dan Walt Disney Studios Park. Oleh kerana tahun tu adalah ulangtahun ke 20 Disneyland Paris, ada 20% diskaun harga tiket. Hari tu adalah hari Ahad so crowd memang lah ramai. Kena beratur lebih setengah jam untuk main satu game/ attraction. Kami spent masa seharian kat sana sampai masuk ke malam. 

Jangan expect ada surau kat sini, jadi kami solat kat tempat tersorok yang sesuai. Ambik wuduk pakai air botol mineral yang dibawa dan bentang sejadah kecik. Makanan halal juga takde masa ni, kecuali seafood based yang diyakini takde campur bahan haram dan juga makanan macam popcorn or minuman macam hot chocolate. 


Pemandangan sub urban Paris semasa dalam perjalanan ke Marne-La-Vallee, tempat di mana lokasi Disneyland berada
Area tempat masuk ke Disneyland

Macam real je salji tu kan..hahah..sodihh takde salji sepanjang trip kami ni..uhuk uhuk


Melawat satu lagi Disneyland Park, Walt Disney Studios yang terletak just bertentangan dengan Disneyland Park



Dekat sini la kami solat..tersorok sikit daripada orang ramai



Bergambar dulu sebelum main..eheheheh


Tak tau apa benda ni..main ambik gambar je haha




Excited nak tunggu perarakan/ parade bermula





Dah-dah..jom balik..cukup la tu haha

Dah puas berseronok dan membeli merchandise items di Disneyland, kami tersangat la letihnya..tapi ada hati lagi nak singgah ke Eiffel Tower lagi, just tengok dari jauh je hahaha. 


RER dua tingkat..jom jenguk Eiffel Tower lagi haha
Mampu menikmati keindahan Eiffel Tower dari sini ja..letih yang amat + hujan..hahaha

Bling-bling Eiffel Tower masa ni

17 Disember 2015

Paris Charles De Gaulle Airport - KLIA

Finally..our sweet vacation is coming to an end. We could never thank D'ny and Chai enough for their superb hospitality. Jugak si kecik Hariz yang comel dan tembam tu. Sebab ada duit balance sikit, kami naik teksi Mercedes ke Charles De Gaulle Airport...hahaha. 


Dalam lif comel nak turun ke bawah 
Thank you so much D'ny, Chai and little cutie Otoman Hariz


Pemeriksaan imigresen dan kastam kali ni ketat pula sampai saya kena tanggalkan kasut. Flight balik kami bertolak mengikut jadual iaitu 12pm. Plane kali ni ialah Boeing 777, business class dia tak secantik di A380..haha..takpe la janji tetap selesa dan makan banyak :p


Kat CDG Airport ni banyak escalator yang 'bertiub'
Leka lepak kat lounge sampai nak terlajak masa..hurry hurry
Sebelum take off ternampak Concorde ni..satu masa dulu kebanggaan France, now jadi pameran saja. Still, aircraft ni masih nampak 'angkuh' dan bangga..haha 

Kami selamat tiba di KLIA jam 6.30 pagi esoknya. Jetlag jangan cakapla. Dalam penat-penat jetlag tu, suami saya revealed yang dia dah tempah kek untuk flight CDG-KLIA ni sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 2 pada 18 Disember. Tapi requestnya tak dipenuhi. Bising dia kat MAS office..haha..tapi saya tak kisah sangat, it is the thought that counts kan ;-). 

Habis da cerita vacation kami di London & Paris kali ni. Doa-doakan kami ada rezeki lagi nak pergi tempat2 lain yang menarik lepas ni..hehehe. 

Saturday 14 November 2015

Bercuti ke London & Paris Winter Trip 2012: Day 7

15 Disember 2012

Eiffel Tower - Great Mosque of Paris - Musee de Lourve - Notre Dame Cathedral - Galeries Lafayette - Anvers

Heee...hari ni nak tengok landmark simbol cinta yang paling famous...Eiffel Tower! Dengan semangatnya awal pagi dah bersiap..hehe. Setelah dua kali tukar line metro, kami sampai ke Trochadero Station, stesen terdekat dengan Eiffel Tower. Nampak je bayang menara tu, dengan teruja kami terus ambil gambar..haha. Akhirnya nampak juga depan mata..menara yang tersohor kat planet bumi ni.

Dalam metro..kata paksu saya, seat dia macam dalam bas di Bahau zaman dulu..haha
The first sight of Eiffel Tower...yiehaa

Jarak dari stesen kami turun ke Eiffel Tower tu agak jauh juga la dalam 700m rasanya. Sambil berjalan kaki mendekati Eiffel Tower, kami disapa oleh mat-mat kulit hitam yang menjual keychain Eiffel Tower dan beberapa jenis souvenir lain. Saya teringat blog2 yang menceritakan tentang mat-mat kulit hitam ni semasa saya cari info-info sebagai persediaan bercuti kali ni. Mat-mat kulit hitam ni sebahagiannya illegal immigrants dan menjual souvenirs ni secara haram juga. Tapi pelancong boleh tawar menawar harganya,daripada 1 euro untuk sebiji keychain boleh dapat sehingga 1 euro untuk 6 biji. Tapi kena hati-hati juga, kalau tak beli mungkin diorang akan mendesak dan marah. Saya cuba menawar dan dapatla 6 biji untuk 1 euro..ehehe.

Menghampiri Eiffel Tower
Belek lagi itinerary untuk hari tu
Bienvenue!

Apabila kami sampai di Eiffel Tower, kaunter tiket tak ramai orang,jadi kami pun ambil keputusan untuk beli tiket naik sampai ke tingkat paling atas yang pelancong boleh pergi. Tapi bila nak beratur naik lif, lama juga la kena tunggu sebab ramai pulak pelancong. Bila kami dapat naik lif, kami dibawa ke tingkat 2 dulu. Kemudian ke tingkat atas. Lupa dah tingkat berapa haha. Pemandangan di atas sangat menarik. Kami spent masa lebih kurang 20 minit di atas..menikmati pemandangan kota metropolitan Paris.

Tak ramai sangat lagi masa ni



Wuuu tinggi lagi nak naik tu
Beromantis di tingkat 2..hehe

Ohsem view from tingkat 2
View tingkat 2 lagi..kat tengah-tengah antara 2 bangunan yang macam melengkung tu la letaknya stesen metro Trochadero, tempat kami turun nak pegi Eiffel Tower ni
Tingkat atas..281m yawww..sejuk sangat dan berangin
Cubaan buat simbol love yang tak berapa jadi haha
Hutan batu kota Paris


Dah turun daripada menara..mestila posing romantis lagi di icon cinta ni..sila jangan muntah hahaha
Pejam mata pulak dia..time ni cuaca dah mula cerah sikit
Lepas turun je, punya ramai yang beratur nak beli tiket..nasib baik kami awal sikit
Sg Seine yang indah berhampiran dengan Eiffel Tower

Selesai spent masa di Eiffel Tower, kami bergerak ke destinasi seterusnya, Great Mosque of Paris untuk solat jamak. Kami tersesat sikit tapi dengan bantuan penduduk local kat sana, dapat juga jumpa. Penduduk Paris ni ramai juga yang helpful dan cuba bercakap dalam bahasa Inggeris untuk bantu kami bila bertanya. Ada juga yang agak sombong sikit..macam di Gare Du Nord semalamnya, kami cuba bertanya pintu exit kat sorang mamat kulit hitam ni tapi dia just jawab 'no english' dan terus berlalu. Dikatakan rakyat Perancis sangat bangga dengan bahasa diorang dan tak berapa suka orang lain terlalu ramai gunakan bahasa Inggeris. So ada yang kata lebih baik kita guna bahasa Melayu (kalau tau speaking French lagi bagus hahaha) bila minta tolong dan diorang akan lebih nampak berminat untuk tolong.

Great Mosque yang kami singgah ni besar juga dan banyak aktiviti dijalankan di situ pada masa tu. Selesai jamak, kami sambung lagi perjalanan ke Musee De Lourve pulak. Masa kami sampai, ramai sangat orang tengah beratur nak masuk so kami tak jadi nak masuk..just bergambar dan lepak-lepak kat luar museum je..janji dah sampai kan..hehe.

Place Monge..stesen metro yang kami turun untuk ke GreatMosque...belum jumpa lagi masjid tu masa ni
Lobi masjid
Tempat2 yang kami pergi hari ni kebanyakkannya terletak dalam line metro ni..tak payah tukar2 line. Stesen metro boleh tahan kotor n baunya huhu. Kena hati2 juga di dalam metro takut ada penyeluk saku







Next destination, Notre-Dame Cathedral. Perjalanan ke sana melalui Sg. Seine yang cantik dan kami pun ambik kesempatan berposing kat jambatan dia yang famous tu.












Macam kanak-kanak riang dapat jalan-jalan..haha
Mula-mula ingatkan ni patung..rupanya orang betul..haha..ni cara pakcik ni cari rezeki dengan dress n make up macam ni so orang bergambar dan bagi duit kat dia
Sg Seine yang cantik
Lepas tu pergi Galeries Lafayette lagi sekali...ngeee..kali ni saya dan hubby pusing satu shopping complex tu konon-konon nak cari handbag or souvenir yang sesuai untuk saya n mak serta mak mertua. Tapi last-last pergi jugak ke kedai Longchamp..haha. saya pun beli 3 bijik handbag kat situ. Kami beli juga sikit buah tangan untuk our fathers. Rasa lapar dah masa tu tapi kafe yang ada kat Lafayette tu tak meyakinkan halal. Lapar pun lepak sampai malam haha.

Suasana krismas dalam Lafayette
View daripada rooftop Lafayette..nampak Eiffel Tower       
Lepas puas habiskan masa kat Lafayette, kami pergi ke Anvers pulak. Kat sini D'ny kata tempat menjual souvenirs dengan harga yang murah compare dengan tempat lain. Selain borong souvenirs, kami makan malam juga di kedai makan yang halal kat situ. Lupa dah nama kedai tu. Selesai semua tu, kami pun balik ke apartmen D'ny dan Chai. Kecapekan yang amat tapi seronok.