#thisiswhywetravel

Sunday 4 November 2018

Surabaya 2017 : Worcation Day 1

Salam n hi

Tahun 2017 ni dua kali ke Indonesia. Syukur ada rezeki. Trip ke Surabaya ni bukan la holiday per se tapi disebabkan kerja, maka kita ambil kesempatan cuti sebelum start kerja dan bawa family skali. Makanya jadilah 'worcation'..hahaha. Macam biasa, saya baca blog-blog orang dan website lain untuk survey tempat-tempat menarik untuk dimasukkan dalam list, tapi semuanya akan tertumpu pada mendaki Gunung Bromo yang terletak kira-kira dua jam dari Surabaya. Takda yang betul2 dalam Surabaya ja. Uh uh. So, memang tak banyak sangat pun tempat-tempat yang dilawati di Surabaya, rasanya cukup satu entry ni je kot untuk cerita the whole trip๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ. Takpa la, janji kenangan tetap dapat diabadikan. 


26 Nov 2017 (Ahad)
Kuala Lumpur - Surabaya, MonKasel, taman tema

Kami ambil flight Air Asia dari KL. Sehari sebelumnya kami fly dari tempat mastautin kami iaitu Kota Kinabalu. Kami ambik pakej Premium Flex untuk memudahkan kami, bukan sebab banyak duit ke apa๐Ÿ˜‚ Bawak budak-budak kecik yang tengah melasak memerlukan space yang luas, dan hot seat paling depan memberikan kami ruang itu. Selain tu, express boarding dan counter check in yang termasuk dalam pakej Premium Flex pun memudahkan kami juga. Akses ke Air Asia Premium Red Lounge pun dapat dengan pakej Premium Flex ni (untuk penerbangan antarabangsa saja). Walaupun tak setanding Business Lounge MAS, tapi okla dari langsung takde. 





Nak panjat tangga pulak dah. Nasib baik tak ramai orang, layankan je la 





View from upper level of the lounge
Ini budak tantrum pulak dah. Oh yea, dalam entry lepas di Lombok, Mala balik kampung kan. Now she's back..haha..lega ouhhhh

Ini budak pun sama

Tingkat atas lounge. Boleh lepak-lepak santai tengok kapal terbang

Ok..ready to board

Flight KL-Surabaya mengambil masa kira-kira 2 jam setengah, lebih kurang KL-KK jugak. Sampai di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya, kami terus ke hotel tempat kami menginap. Tapi bilik kami belum ready lagi. Sementara tunggu bilik siap, kami jamak kat surau hotel dulu. 



Hotel-hotel di Indonesia banyak yang ada security check macam ni. Ya la sebab Indonesia banyak kes letupkan hotel
                         
The kids had their own ways to keep themselves entertained while waiting for the check in process. Auntie Mala n mommy yang penat kejar uols nak oiiii


Apsal pakcik hitam ni duduk diam je dalam bilik ni? Itu agaknya dalam fikiran Airis

Lama jugak proses check in ni. 
Tempat ambil wuduk surau hotel..terletak di area balcony 



Solat dulu sementara tunggu bilik siap

Finally,bilik kami dah ready. Of course, Mala bukan tido skali dalam bilik ni. Bilik dia connecting room bilik ni

Dinding kaca yang memudahkan menengok budak2 mandi bath tub. 

View dari bilik. 

The bathroom amenities

Budak2 ni tak buang masa terus berendam hahaha


Untuk aktiviti malamnya, pak supir membawa kami dinner di kedai sup rawon yang dikatakan terkenal di Surabaya iaitu Rawon Setan. Fuh, nama pun dah gempak. Memang sedap sup rawonnya. Lawan pulak dengan es limau (air limau ais). Lepas dinner, kami jalan-jalan lagi. Oh ya lupa nak explain, trip ke Surabaya ni saya tak plan apa-apa sangat tempat untuk dilawat, just serahkan kepada pak supir di sini saja untuk bawa. Pak supir bilang, mau ke Mont Castle atau macam tu la yang kami dengar. Sampai je destinasi, baru laaa kami faham maksud sebenarnya. MonKaSel ataupun Monumen Kapal Selam ๐Ÿ˜ aih, baru jer terbayang memanjat tangga istana omputih yang grand..ahahahah. Kapal selam pun kapal selam la๐Ÿ˜‚. Bayaran tiket ialah 10,000 rupiah untuk seorang dewasa.

Lepas melawat MonKaSel, kami singgah ke taman tema. Tempatnya tak berapa mengujakan sangat, sebab fasiliti dalamnya agak berusia dan tak berapa terjaga. Kami cuma naik keretapi (terngiang-ngiang lagu Keretapi kanak-kanak Indonesia hahah). Bayaran masuk dia saya dah lupa, kalau tak silap dalam 10,000 rupiah juga seorang dewasa tak termasuk games di dalam. 


"Rawon Setan" Tidak Buka Cabang. maksudnya kedai ni ada satu je dan takde cawangan lain. 

Mommy, baca tu..Monumen Kapal Selam..bukan Mont Castle okehhh..ahahahah

Rupanya Indonesia dah ada kapal selam sejak 1962..Malaysia pulak?? yang di Sepanggar tu ka yang first? Ahah



Nakhoda-nakhoda kapal selam Indonesia


Sempit-sempit laluan antara bahagian-bahagian kapal ni

Serabut aih tengok peralatan-peralatan kapal ni. Rasanya saya memang tak boleh tahan kalau kena kerja dalam kapal selam







Yeay dah habis melawat. Jom balik tido..ahaha.


Eh, panjang juga rupanya cerita Day 1. Hari-hari lain next entry la ok? Muahaha. Till then, see you in next entry!