Assalamualaikum wbt dan morningggg...tak berapa nak morning dah pun hihihi. Kali ni punya cerita adalah tentang travel saya dan hubby yang pertama ke oversea sejak kami kawin..hehe. Bila terkenang balik memang lucu n sweet. Percutian ni tak dirancang awal-awal juga dan nak kata honeymoon pun tak jugak. Keh keh. Kami pergi berempat dengan rakan ofis, Hanif dan Kak Fidah. Asalnya berenam tapi yang lagi dua orang tu banyak ikut plan sendiri..akhirnya yang stay together kami berempat je.
Semuanya bermula dengan offer tiket Air Asia. Suami saya bagitau Air Asia offer pakej tiket return plus penginapan hotel 3 bintang 5 hari 4 malam dengan harga RM1700/pax. Saya masa tu belum pernah pergi bercuti oversea dan tak pernah planning or teringin pun. And I've got no idea murah ke tak pakej tu...tapi since kawan-kawan opis ni pun kata murah, so beli je la. Time tu sekitar bulan April 2011..tarikh ke Perth dalam Mei 2011..so ada sebulan lebih je nak prepare. Tapi apa je yang kami prepare?? Tak penah melancong ke oversea saya ni..hahaah..dulu pun mana kenal Tripadvisor smua tu. Ada la google sikit-sikit apa tempat yang best kat Perth dan tanya sikit-sikit camne cuaca n musim kat sana. Diorang kata nak masuk winter, so sejuk skit la dengan suhu antara 10-20 celcius. Okey, so saya pun beli sweater biasa,stokin tebal n bawak la jugak cardigan yang biasa-biasa tu without any exact idea how cold 10-20 Celcius would be..kih kih. Bawak jugak sikit-sikit makanan dalam tin.
Flight kami berlepas ke Perth pada jam 12.40 malam macam tu. Perjalanan mengambil masa 5 jam dan suami saya yang berketinggian ala-ala orang Europe tu (katanyaaaa) tak selesa sebab legroom tak cukup luas untuk dia. Cian. Bila akhirnya plane mendarat di airport Perth dan pintu plane dibuka, baru terasa sejuk mencucuk-cucuk..katanya masa tu suhu 16 Celcius..waaaa macam ni ke sejuknya. Rasa takmo turun dari plane..hahahah.
Pemeriksaan imigresen agak lancar, cuma part kastam tu leceh sikit. Macam-macam ditanya dan beg Kak Fidah n Hanif kena geledah. Tapi nasib baik takde apa-apa dan akhirnya kami ke kawasan utama airport. Percaya tak, kami semua memang tak book or plan apa-apa transport pun masa tu dan memang expect nak cari teksi or apa-apa transport yang sesuai untuk ke hotel kami, Criterion Hotel. Tapi semua macam blur-blur je nak cari..sorang ke hulu sorang ke hilir...adoiiii lawak betul bila ingat balik...hahaha. Tengah mencari tu tiba-tiba ada sorang ni approach kami dan tanya ke mana nak pegi. Obviously dia ni orang Malaysia sebab cakap Melayu slang kita. Rupanya dia ni penduduk tetap di Perth dan mengusahakan travel tours..dia offer kami ikut satu group family 3 orang ni, transport n bawak pusing-pusing Perth selama 4 hari tu dengan harga AUD900 untuk satu van tu. Kira okla tu kot..bahagi 7 sorang dalam AUD100++.
So kami pun setuju dan bertolak la kami ke hotel. Sebelum tu singgah masjid untuk Qada Subuh..dalam plane bole solat hormat waktu je kan. Bila sampai di hotel, kami drop dulu luggage sebab masih agak awal pagi. Lepas tu kami pun start jalan-jalan di Perth.
Oh ye, tour guide cum driver cum owner tour company ni nama dia Rizal. Dia dah menetap di Aussie ni dah berbelas tahun katanya. Wife dia Melayu tapi dah jadi warganegara Aussie. Family wife dia dah lama berhijrah ke sini. Anak-anak diorang ada 7 orang. Walaupun dah lama duduk negeri omputih, pegangan agama Islam diorang tetap kukuh dan semua anak dia bersekolah kat sekolah swasta Islam. Selepas trip kami dengan dia hari tu, dia ada juga handle trip untuk Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah masa tu (la ni YDP Agong kita). Kalau berminat ke Perth dan nak ambik khidmat tour guide/ transport, boleh la contact dia di FB beliau,M Rizal Abdul Rahman.
Group family 3 orang yang satu tour dengan kami pun orang Malaysia jugak, sepasang suami isteri yang dah agak berumur dan sorang anak perempuan diorang, namanya Fitreel. Fitreel juga merupakan sorang tour agent dan sekali sekala bawak parents dia bercuti kat oversea (anak baik ni hehehe). Diorang memang sporting dan bestttt..rasa macam satu family masa kat Perth.
Oleh kerana percutian ni dah 4 tahun berlalu, saya pun dah kabur-kabur ingatan tentang turutan tempat-tempat yang kami pegi dan hari apa. So, saya ceritakan ikut nama tempat yang saya ingat je la ek kih kih kih.
![]() |
Masa ni baru sampai di Perth |
Caversham Wildlife Park
Kat sini antara tempat popular nak tengok kangaroo, koala dan pertunjukan biri-biri. Ada jugak binatang lain kat situ. Kebetulan masa ni Chef Wan (now dah bergelar Datuk) dan rombongan dia pun ada kat sini untuk shooting dokumentari traveling. Lupa dah nama program tu. Nak cerita banyak pun saya dah lupa details keh keh keh.*nyesal tak buat blog dari dulu hahaha*. Ni la antara gambar-gambar yang ada di tempat ni:
![]() |
Di pintu masuk Caversham Wildlife Park..suhu tak berapa sejuk sangat dah time ni |
![]() |
Anak kamben yang comellll...gerammmm |
![]() |
Kambing camni kat Malaysia buat tak heran je..kat sini baru jakun nak pegang hahaha |
![]() |
Apa tah nama binatang ni..lupa dah |
![]() |
Haa yang ni baru kambing yg takde kat Mesia..hehe |
![]() |
Try skil perah susu lembu..hik hik |
![]() |
Jinak-jinak kangaroo kat sini |
![]() |
Koala ni dalam sehari mau berbelas jam dia tido... |