#thisiswhywetravel

Sunday 5 April 2015

Pattaya, Thailand 2014: Part 2

OK..this is the second entry for Pattaya trip. Kalau nak baca first entry, boleh tengok Pattaya, Thailand Part 1

Day 3: Nong Nooch Botanical Garden, Pattaya Floating Market dan Mini Siam and Mini Europe

Sebelum kluar jalan-jalan, kami browse dulu kat Tripadvisor untuk pastikan route ke tempat-tempat yang nak dilawati. Kat luar hotel nanti dah takde wifi.

Kami sewa motor untuk jalan-jalan kat sorang pakcik yang beroperasi dekat area hotel je. 300 baht untuk sehari (jam 6 petang kena pulangkan). Deposit 1000 baht. Pakcik tu jual minyak motor juga, satu botol 40 baht. Dia suruh beli 4 botol tapi incik suami nak 1 botol je dulu. Pakcik tu pesan suruh isi minyak kat stesen minyak nanti, katanya minyak tu tak cukup. Tapi bila jalan, meter minyak motor tu macam makin full pulak. So dengan konfidennya kami pergi ke tempat pertama, Nong Nooch Botanical Garden yang terletak dalam 23km daripada hotel. Route dia agak mudah. Lagipun ada banyak signboard tunjuk arah Nong Nooch Botanical Garden.

Jom naik moto! 

Ni kali kedua saya sampai di sini. Tiket masuk berharga 500 baht seorang, mahal juga la. Macam-macam ada kat sini. Encik hubby dengan beraninya bergambar dengan rimau (yang dah dirantai lehernya...opkosss). Bayaran nak bergambar dengan rimau tu 100 baht untuk 3 jenis posing. Saya takde keberanian..keh keh. Ada juga sevice posing dengan burung kakak tua..sama jugak bayaran dia. We didn't try that. 

Lepas tu berposing-posing lagi kat beberapa kawasan menarik kat situ. Nak jadi cerita, kami mintak tolong sorang pelancong omputih ni untuk ambikkan gambar kitorang, tapi dengan sombongnya she said no. Agak terkejut dengan respon macam tu. Try plak kat kawan sebelah dia, sama gak. Memang sombong abis ni. Padahal tengah lepak je pun diorang tu. Takpe la, biarla diorang dengan kesombongan. heheh.






Lepas tu kami bawak motor masuk ke kawasan dalam Nong Nooch ni pulak. Kami terus pegi masuk ke area cultural show. Show ni dah termasuk dalam ticket price, cuma perlu cop saja pada tiket kat pintu masuk. Show dia biasa la, tarian-tarian semua tu. Ada la include tarian n persembahan pakai gajah skali. Penonton ramai sangat, kena berhimpit2 duduk..huhu. Ramai juga pelancong dari Indonesia. Selamat berwisata pak dan ibuuuu. Show ni dalam setengah jam gitu.


Abis cultural show, kami bergegas ke elephant show plak. Memang best layan elephant show nih. Comel je tengok mak-mak, bapak-bapak dan anak-anak gajah tunjuk bakat main bola, baling dart bla3. Sambil-sambil tu pekerja-pekerja akan bawak pisang keliling tempat show untuk penonton beli kalau minat dan bagi gajah makan. 








Acara last dalam show ni ialah penonton yg volunteer akan berbaring kat alas yang dah disediakan dan kemudian gajah-gajah tu akan lalu atas diorang. Eeeeee mak tak kuasa nak try..dibuatnya tiba-tiba gajah tu tersalah step ke, ternaik minyak ke..tak ke penyek dilanyak nanti..haha. Pelancong-pelancong omputih memang semangat, berebut2 diorang nak cuba. Abis show pulak, boleh bergambar dengan gajah-gajah ni dengan aksi spesel gajah tu angkat penonton dengan belalai diorang. Macam biasa, you have to pay 100 baht for photo session..everything is very touristy here...heheh. Saya dah pernah bergambar masa pegi first time dulu so saya tak berminat lagi nak bergambar. 

Lepas tu kami merayau sikit lagi dalam park ni..Sempat bergambar sikit2 je sementara keluar dari Nong Nooch ni. Sebenarnya ada banyakkk lagi benda menarik yang boleh tengok tapi sebab nak berkejar ke destinasi seterusnya iaitu Pattaya Floating Market, tak sempat nak tengok semua. 






Preng prengggg naik motor pegi market tu...haha. Sambil tu jeling lagi meter minyak motor, oh masih nak dekat full..heran gak kenapa owner motor tu suruh isi minyak banyak-banyak padahal penuh je tank motor ni. Saya kata kat hubby, meter minyak tu rosak kot. Sambil tu juga alas perut dengan makan balance kebab yang dibeli malam tadi..hahahaha. Still elok so bantai je la. Oh ye, kami pilih nak pergi floating market ini sebab tak sempat nak pergi yang original kat Bangkok. Er, nak pegi Bangkok itself pun tak sempat..huhu. Bayaran masuk dia tak berapa murah, 200 baht (kira-kira RM21) seorang. Mula-mula teringin juga nak cuba naik boat ride sekali tapi price dia kebaboom mahal..900 baht sorang termasuk entry fee. Dalam RM100 macam tu. So beli tiket entrance je. Tapi memang agak mengecewakan, sikit jer sampan yang ada, itu pun jual souvenir dan makanan. Yang banyak ialah kedai-kedai souvenir atas air (ala-ala floating la gitu) dan sikit kedai makan. Tu pun tak halal. Sambil tu nampak sampan yang bawak tourist pusing keliling market. Sampan kecik je rupanya dan takde bumbung. Nasib baik tak jadi naik sebab bukan saja kocik, takde bumbung plak tu n cuaca hari tu sangat panas. Kalau naik mau terbakar kulit selain daripada hati yang terbakar bayar mahal..haha. Kat situ ada juga la kami beli sikit souvenir. Walau macamanapun, tempat ni agak comel juga la. Boleh laaa if korang memang tak pegi Bangkok, tak pernah pegi floating market n boring takde tempat lain nak pergi..haha. Oh ye sebelum kami bertolak ke tempat seterusnya, sempat membeli pulut mangga yang disiram dengan santan..mmmmmm sedapnya.









OK..done with floating market. Destinasi seterusnya ialah Mini Siam and Mini Europe (dua-dua ni tempat yang sama). Tempat ni ada koleksi miniature tempat-tempat terkenal seluruh dunia..jadi kalau dah pergi sini ibarat round satu dunia dalam satu tempat yang sama..pasnih takyah dah nak melancong lagi..you wishhhhh...haha. Bila on the way ke sana, kami berhenti di persimpangan lampu isyarat. Tiba-tiba motor kami mati enjin. Ah sudahhhh,  buat hal pulak dia ni. Hubby pun godek-godek motor tu tapi takda hasil. Akhirnya baru sedar, rupanya minyak da abis..selama ni kami salah baca meter minyak motor tuh. Kalau motor or kereta kat Malaysia, kita biasa tengok jarum meter yang menunjuk ke sebelah kanan as 'full..simbol F pun kat situ. Tapi kat Thailand ni terbalik, mungkin sebab tulisan dia pun baca dari kanan. Adehhhh..kelakar pun ada, frust pun ye jugak. Tepaksa la menyorong motor mencarik stesen minyak/ kedai yang ada jual minyak motor. Serves us right sebab eksyen taknak dengar cakap pakcik owner motor tuh..hua hua. Setelah berpeluh-peluh hubby mencarik, akhirnya jumpa dan perjalanan diteruskan ke tempat yang dah dirancang awal tadi. Walaupun mulanya penat dan dah putus asa. 

Dengan sikit bantuan daripada local Thai yang tunjuk arah, kami pun sampai ke Mini Siam n Mini Europe. Entrance ticket berharga 300 baht or kira-kira RM31 sorang. Puas hati dengan tempat ni, replika bangunan dan landmark ada banyak dan comel. Orang Siam memang pandai buat imitation..ingatkan barang-barang macam henbeg kat Bukit Kayu Hitam je yang diorang pandai tiru n buat..kih kih.  Dapat ler kami berposing depan Eiffel Tower lagi sekali. Siap boleh naik woo...OK yang tu saya tipu je..hahahha..Meh tengok gambar-gambar je la.



Don Mueang Airport..airport lama Bangkok..Air Asia guna airport ni untuk penerbangan diorang ke Bangkok

"Patung Firaun"..besar juga walaupun replika je


Arc de Triomphe n Eiffel Tower revisited..hehe

Sebelum jam 6 petang kami pulangkan balik motor yang kami sewa. Owner motor offer teksi untuk ke airport untuk pagi esok dengan harga 1000 baht, teksi Vios. Kami accept offer tu sebab sebelum ni kami ada survey teksi kat receptionist hotel kami, harga dia 1600 baht tapi teksi dia up skit la, Camry. Vios pun ok bah. Janji dapat sampai n selesa. Haha. Paling penting, dua-dua offer nih lagi murah daripada teksi SUV airport..huhu.

Lepas tu kami merayau sekitar situ untuk cari kedai urut yang ada Thai massage..memang bersepah dan murah, antara 200 baht sampai 400 baht tapi takde satu kedai pun yang ada tukang urut lelaki untuk urut hubby. Akhirnya kami balik hotel dan saya je yang berurut, saya ambik service yang tukang urut dia datang bilik hotel kami untuk urut. Harga dia 600 baht untuk sejam. Sementara berurut tu, en hubby tido..sian dia, dia yang nak berurut sebenarnya. 

Sambil berurut tu saya dan tukang urut tu sempat berborak sikit-skit. Lupa dah nama tukang urut tu. Tapi dia ni muda lagi la. Sambil mengurut dia berceloteh pasal diri dia n life dia. Katanya, kat sini ramai perempuan Russia datang sini nak bekerja. "Women here have to compete with lady boy, now Russian women come here as forty-two". Forty-two? Saya pun tak paham tapi diam je la. Bila dengar dia bercerita lagi, baru la saya dapat tangkap maksud dia, forty-two tu sebenarnya prostitute. Dia sebut dalam pelat Thai hahaha. Hmm, no wonder la banyak iklan n tulisan dalam bahasa Russia kat sini. 

Malam tu kami makan kat restoran berkonsep Arab kat Hilton Pattaya..eh takde la, shopping complex sebelah dia je hik hik. Tak jauh dari hotel kami, jalan kaki je. Sedap betul kambing panggang dia..mmmmmmm. Dari restoran tu boleh nampak view laut waktu malam yang cantik. Harga dalam 300-500 baht untuk satu meal dengan air. 

Dah kekenyangan, kami jalan2 lagi kat Pattaya Night Bazaar. Macam-macam ada jual kat situ..souvenir pun agak murah. Selain dari fridge magnet n keychain, kitorang beli juga body scrub made from mangosteen, mengkudu dan beberapa lagi. Ada juga sabun berbentuk buah-buahan yang comel, kat situ dapat dalam 30 baht satu. A nice change as souvenir from the usual fridge magnet/ keychain.  

Day 4: Balik ke tanahair

Esoknya dah sampai masa untuk balik..jam 7 pagi kami dah check out dan bertolak ke Suvarnabhumi Airport. In overall, trip kali ni best juga walaupun singkat. Inshaa Allah next time datang Thailand lagi mesti explore bandar Bangkok pulak dengan hubby.

OKla, tu jer..tata!

#Pattaya
#Thailand

No comments:

Post a Comment