#thisiswhywetravel

Sunday 25 October 2015

Persediaan Bercuti ke London & Paris Winter Trip 2012

Salam dan hepi weekend..saya teruskan lagi dengan kenangan travel kami yang lepas-lepas..ye la nak tunggu travel akan datang macam lambat je lagi..ehehe..kali ni pasal travel ke London dan Paris pulak. Dah lama dah...tahun 2012 hari tu. Semuanya bermula bila syiok bercuti kat Perth tahun sebelumnya dan teringin pegi obersea lagi. Tapi duit pun macam suam-suam kuku je.

Tiba-tiba encik husband teringat Enrich miles MAS yang dia dah kumpul bertahun-tahun lamanya. Bila check dekat website MAS, owhhhh ada promotion redeem Enrich miles. Less 50% drpd rate biasa. Check balance miles pulak, wowwww enough miles untuk redeem tiket return to London. London??? Whewwww tak pernah terlintas nak pegi sampai jauh ke situ...ehehehe. Eh..alang-alang pegi London, nak jugak pergi negara Europe yang lain sekali. Macam orang selalu buat tu. Round sampai 6 negara sekali. Tapi kalau nak buat macam tu,kena ambik cuti panjang. Koman-koman 2 minggu. So kami decide untuk pergi London dan Paris je. Cukuplah tu. Akhirnya kami pilih untuk landing di London Heathrow dan balik ke Malaysia dari Paris CDG musim winter nanti. Konon nak rasa salji. Maka selesai la hal tiket.


A380 ialah plane yang digunakan untuk route London. Tak sabar nak naik masa tu hehe

Oleh kerana kali ni nak pergi berdua je dan tak pakai travel agent untuk jimat kos, saya pun bersungguh-sungguh planning trip kali ni. Tamau jadi macam di Perth dulu,macam rusa masuk kampung hahahaa.


                           Itinerary yang saya buat

Accomodation

Mula-mula saya cuba dapatkan info daripada kawan yang tengah study di UK tentang penginapan mana yang ok di sana, tapi katanya ada banyak sangat untuk dipilih dan dia suggest saya guna website Tripadvisor. 


                     Website Tripadvisor yang ohsem

Maka bermulalah perkenalan saya dengan encik Tripadvisor...keh keh. Survey punya survey,saya pun terberkenan dengan Studios2Let. Hotel style mini studio ni terletak dekat je dengan stesen St Pancras dan King's Cross yang merupakan antara stesen utama di London..kira-kira 300 meter. Harga 80 pound per night utk bilik double standard, ada attached bathroom dan mini kitchenette. Time tu convert ke RM dalam RM400. mid-range la..tak murah sangat..mahal pun tak kalau ikut standard harga accommodation kat London. Nak lagi murah kena la book bilik shared bathroom n kitchen ye. Kami stay 5 malam.


Bilik air yang kecik tapi selesa dan bersih sangat


Bilik standard yang muat-muat untuk 2 orang


Stesen St Pancras International, St Pancras Hotel dan Kings Cross Station..beautiful building

Kabinet dapur mini depan katil. Peralatan lengkap untuk main masak-masak.



Euston Station salah satu tube station yang terdekat dengan Studios2Let. Dalam 300m.



Pemandangan hotel dari luar. Bukan Studios2Let je yang di sini, terdapat juga beberapa hotel lain di sini. Peminat Harry Potter mesti perasan yang view sini macam view rumah Sirius Black kan..hahaha


Untuk accommodation di Paris pulak..tak kluar sesen pun sebab tido umah kawan...hahaha. Tq so much Dny n Chai,also to their cute little son Hariz. Rumah diorang terletak di suburban Paris. Kami stay 3 malam.


Transportation

London:

Seperti kebanyakan negara-negara maju,tren merupakan transport utama. Kat London ni kami bergantung hampir sepenuhnya kat tube underground dia. Selain tube underground, ada juga overground train, National Rail dan dua tiga jenis lagi tren. Teksi dan bas kami tak guna langsung haha.

Kami guna Oyster Card. Oyster Card ni macam kad touch n go dan boleh digunakan kat tube, overground, bas dan tren-tren lain. Selain Oyster Card ni, ada tiket2 pakej yang dipanggil Day Travelcard. Travelcard ni boleh digunakan seberapa banyak yang kita mau dalam tempoh sehari. Harga pula ikut zone. Makin banyak zone yang dicover, makin mahal le harganya. Jadi anda kena tentukan tempat2 yang anda nak pergi dalam tempoh sehari tu baru boleh determine jenis Travelcard yang anda perlu beli. Ada juga jenis-jenis tiket yang lain, sila la rujuk link ni ye. Saya beli Day Travelcard ni kat kaunter National Rail (ada kat Stesen King Cross/ St Pancras). Sebab apa? Haaa..sebab ada promotion 2For1 London.  Nanti saya cerita lebih lanjut kat tajuk Tempahan Tiket Attractions.

Tube sememangnya pengangkutan utama di London. Time pegi dan balik keja, sila jangkakan stesen2 tube ni akan sangat sesak, oleh tu molek la kalau anda elakkan guna tube time2 macam ni. Kalau anda nak merancang route dan timing ke tempat-tempat yang anda berhajat nak pergi, website ni sangat membantu: https://tfl.gov.uk/plan-a-journey/. Selain tu, saya banyak juga guna Google Maps. Buat itinerary secara detail dengan memasukkan maklumat2 stesen mana nak naik tube,timing naik,duration,platform mana nak pergi,etc.


Website Journey Planner..sangat useful,alternatif kepada Google Maps


Oh ye selain tu jangan lupa download or print sekali map line tube ye. Ada lebih kurang 16 jenis line tube, kalau anda tiba2 berhajat nk pegi tempat lain yang tak termasuk dalam itinerary asal, boleh rujuk map untuk panduan pegi sana.


Option lain yang popular ialah Hop On Hop Off bus. Bas ni akan melalui hampir semua attractions di tengah London dan penumpang boleh turun kat mana2 stop yg dia suka. Lepas tu boleh naik next bus. Ada 3 route utama kalau tak silap. Untuk maklumat lanjut..sila jangan malas tanya pakcik google hahaha.

London ke Paris:

Untuk transportation dari London ke Paris, kami guna Eurostar or bullet train. Nak naik bas or feri rasa macam lama sangat pulak, sampai 8 jam. Tiket Eurostar saya book menggunakan application Eurostar Trains (Android, Google Play). Lagi awal book, lagi murah harganya macam tiket Air Asia jugak..heheh. Kalau tak silap saya, harga seorang one way ialah kira-kira 59 pound dan beli 4 bulan sebelum. Lepas beli, dia akan bagi barcode dan kena tukarkan ke real ticket kat office Eurostar sebelum naik tren. Kalau perlu nak tau info lanjut, sila la ke website ni.


Android application,Eurostar Trains yang saya guna untuk book tiket London - Paris


Tiket yang dibeli pakai app tadi tu akan diberi barcode. Kena pergi kaunter eurostar di stesen yang kita nak bertolak tu untuk convert ke tiket macam ni


Paris:

Kat Paris pun kami banyak guna tren, kat sana tren utama dia ialah Metro. Selain tu, kami guna juga RER untuk ke Disneyland. RER biasanya untuk perjalanan yang melibatkan kawasan luar metropolitan Paris.  Kat sini ada Paris Visite, iaitu tiket unlimited ride untuk metro, RER, bas n tram lain ikut zon macam konsep Day Travelcard kat London juga. Paris Visite ada untuk sehari,2, 3 n 5 hari. Hemmm, time kami dulu takde unlimited, rate dia sama je macam single fare cuma boleh guna kat transportation-transportation macam yang disebut tadi. Huntong laa siapa yang pegi sekarang hahaha. 

Untuk info juga, satu keping tiket dengan kadar tambang biasa untuk metro biasanya ialah 1.70 euro (rate tahun 2012). Tiket boleh dibeli sekeping atau 1 set yang mengandungi 10 keping. Nama tiket 10 keping ni Carnet, Kalau ikutkan, 10 keping harganya 17 euro kan tapi dengan 1 carnet, dapat harga 12.70 euro. Tapi ni rate tahun 2012 tau. 

Untuk ke airport Charles de Gaulle baru la kami guna teksi..sonang n ada sikit balance duit so bleh la naik teksi hahaha.


                                         Paris Visite


Tempahan Tiket Attractions

Untuk tempat-tempat attractions di London yang perlukan tiket masuk macam Madame Tussauds, London Eye, Hampton Court Palace, City Cruises..kitorang gunakan offer 2For1 London. Offer ni macam buy 1 free 1 la..kita dapat dua tiket dengan harga untuk 1. Ini promosi yang dibuat oleh National Rail. Syaratnya kena beli tiket National Rail dengan salah satu caranya macam saya sebut kat part transporation tadi. Pegi website ni untuk details senarai attractions dan info-info lanjut lain. Saya pilih tempat-tempat yang saya nak pergi then download offer 2For1 untuk tempat tu, dan print. Sila buat sebelum bertolak ye, jangan dah sampai London baru terkial-kial cari tempat print..haha. Semua benda yang diprint, tiket, itinerary yang dirancang saya letak dalam satu folder dan sumbatkan dalam beg galas yang dibawak ke mana-mana.


            Tiket unlimited day cruise yang dibeli menggunakan 2for1 promotion



Oleh sebab kami melawat London masa musim winter, kat Hyde Park ada berlangsung Winter Wonderland masa tu. Macam funfair la. Ada juga Magical Ice Kingdom dalam tu, saya beli online tiket masuk ke Magical Ice Kingdom tu untuk tengok ukiran2 ais kat dalam tu.

Untuk attractions di Paris, saya cuma book tiket Disneyland je. Eiffel Tower saya beli tiket masa sampai kat sana je..tak berani nak booking online sebab ada slot timing dia..takut tak sampai sana on time seperti yang dah dibooking nanti. 

Tiket Disneyland boleh bli online kat sini. Based on website Disneyland tu, sekarang punya konsep kalau beli lagi awal, lagi murah rate dia. Time saya dulu takde konsep macam tu tapi masa tu ulangtahun Disneyland Paris yang ke 20, jadi ada 20% diskaun. Terdapat macam-macam option dan pakej. Ada yang untuk 1 park, ada 2 parks, ada yang dengan pakej hotel dan transportation daripada Paris. Saya beli untuk 2 parks je sebab takde masa nak spend berhari-hari kat Disneyland dan timing transportation pun macam tak sesuai. 

Lepas beli, saya print tiket siap-siap dan masuk dlm folder macam saya ceritakan awal tadi. Memang sangat recommended beli online..kecuali kalau anda jenis suka beratur panjang2 kat kaunter hahaa.


Baju & lain-lain


Erm, sebab kami pergi time winter, harusla bawak baju2 yang sesuai untuk winter..haha..kena semak dulu berapa jangkaan suhu masa kita pergi sana (semak kat internet,guna je pakcik google jgn malas haha). Jenis baju winter yang sesuai bergantung pada julat suhu masa tu. Macam kami, suhu antara 1 -9 degree Celcius so kena la ada thermal wear yang sesuai untuk suhu tu (bleh tanya bila pegi kedai yang jual winter apparel macam Uniqlo,Universal Traveler).


Visa? Kalau stakat melancong dalam jangka masa pendek takyah visa.


Tempat solat: kami google tempat2 yang boleh solat siap2 dan masukkan dalam itinerary. Banyak juga tempat yang boleh solat. Kalau anda tak jumpa tmpt solat,solat je kat mana2 tempat yang sesuai dan bersih. Bawak sejadah kecik dan botol air mineral/ botol spray siap2. Takde alasan utk tak solat. Kih kih.



 East London Mosque, Whitechapel..antara masjid yang kami singgah untuk solat

Makanan: macam travelers yang lain, barang2 makanan macam megi,beras,perencah instant, makanan dalam tin tu dibawa dari Malaysia. Bahan mentah macam telur, bawang smua tu boleh bli kat kedai grocery kat London.





                               Our food stock..heheh


Tukaran matawang: lebih kurang sama macam tips di entry saya persediaan ke jepun. Saya tukarkan duit euro dan pound sterling kat kajang.




Rasanya dah cukup pasal persediaan..hahaha dah 3 tahun punya cerita. Harap2 sempat update lagi entry tentang London n Paris sebelum saya bersalin nanti..hehe



#london #paris #europe #studios2let #londonholidaytips #bercutidilondon  #MAS  #enrich  #bercutidiparis



35 comments:

  1. Helpful tips. Thanks!
    Some pics would make it nicer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum sempat lagi upload..nanti akan dimasukkan hehe

      Delete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. wow..best tips..ciku insyaAllah akan backpack ke london dan paris minggu depan.tgh studi stado trip gak ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq jenguk ke blog saya..so ni tengah berada kat london & paris la ni? Enjoy ur trip!

      Delete
  4. Salam, mohon laluan

    Menjemput rakan2 like page kami, mohon sebarkan kepada rakan-rakan dan saudara mara di seluruh dunia. Jasa baik sahabat semua, kami sekeluarga amat menghargai nya.

    Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK ) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    https://www.facebook.com/makananginlondon
    Instagram: makananginlondon
    Website: http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
  5. Salam.. boleh tahu berapa hari awak pergi? tengah plan nk winter ni jgk dgn husband..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..dalam 9 hari mcm tu..nak rasa salji sekali ke? Make sure pergi utara UK mcm Scotland if nak rasa salji. London n Paris almost xde salji dah

      Delete
    2. Wsalam..dalam 9 hari mcm tu..nak rasa salji sekali ke? Make sure pergi utara UK mcm Scotland if nak rasa salji. London n Paris almost xde salji dah

      Delete
  6. Perkhidmatan pos antarabangsa paling murah!
    Gunalah Viabox. Antara kelebihan Viabox adalah 100% keahlian percuma, tiada caj pemprosesan dan tia caj tersembunyi. Barangan anda dijamin selamat dan penghantaran dijamin laju. Maklumat lanjut boleh di dapati di www.viabox.com.

    ReplyDelete
  7. salam. blh dptkan ws awak? sy nak tanya byk lg ni 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..hehe..boleh emel ke linnmf83@gmail.com

      Delete
    2. Wsalam..hehe..boleh emel ke linnmf83@gmail.com

      Delete
  8. Personal Shopper: Saiful Bahar Salim
    Bole share maklumat pasal Sy pd rakan2 bank Utk beli barangan di UK
    Let's be friends on Facebook! Here's where to find me: https://m.facebook.com/c/kw-nE/BXZRvQ

    Dan maklumat page
    Makan Angin London :
    https://m.facebook.com/makananginlondon/
    Makananginshopper
    https://m.facebook.com/ukpersonalshopper/
    WhatsApp: +44 7478684277
    Makeup harga Pembelian,
    < £50 - 50%
    £ 50 - £100 -£40
    > £100 - 30%

    Harga termasuk upah personal shopper (transportation & lodging), harga tersebut amat memadai kerana menjimatkan kos customer yg mana tidak perlu beli ticket flight, Hotel, Lodging

    ReplyDelete
  9. boleh tolong emelkan itinerary keoada saya..norhayatisd74@gmail.com..planning to go during winter next year.tq!

    ReplyDelete
  10. salam sis

    bole emai iternary paris dan juga london during winter this year 2016
    elyshuhaila42@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam sis

      Maksud sis, sis nak pegi london dan paris during winter this year ke? saya takde itinerary this year..saya pegi time 2012. If sis maksudkan itinerary 2012 then saya boleh bagi..haha

      Delete
    2. bole sis sb rasa sama je sis..

      email saya : elyshuhaila42@gmail.com

      Delete
  11. tlg emel itinarery yg mana ada la, utk kt paris
    xjukie@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  12. salam sis

    saya ely. saya nak ke paris dan juga london this december 2016 .. bole sis share kan iternary utk rujukan kami tak sis.

    tq so much ...

    email saya : elyshuhaila42@gmail.com

    ReplyDelete
  13. agak2 total bape ribu kne bawak ye sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi ikki..bajet nak bawak tu termasuk duit penginapan sekali ke dan berapa lama? haha susah sikit nak jawab soalan ni. Kalau untuk transportation, makan dan sikit2 tempat menarik tu dalam 200 pound sorang cukup utk 4-5 hari. shopping, hotel tak termasuk haha

      Delete
  14. Salam
    Saya pun nak mintak tolong if boleh emailkan itinerary. Untuk rujukan... email saya hazieqhasief@yahoo.com Thank you in advance..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam zuhaira

      Saya ada letak itinerary tu di entry saya yang baru. Kalau perlukan soft copy,bagitau ye

      Tq sebab sudi jenguk ke blog ni🤗

      Delete
  15. salam sis.. masih simpan tak ittenary yg sis wat? leh tak kongsi ngn saya? nk p london bln 10 nnt.. plisssss...
    fenddy_mohd@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.bro

      Boleh rujuk entry saya yang baru ya..saya ada letak itinerary di situ😀

      Delete
  16. salam sis
    Nice to read ur blog, boleh share soft copy itinerary dgn sy?
    ni email sy, meemihan6@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..maaf lambat sangat reply. terima kasih sudi baca blog saya

      Delete
  17. Salam sis,

    sis..nak jugak itinerary pi London nie. InsyaAllah ada rezeki bulan 12 nie..
    email sy nurulaizanhusin@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam sis..maaf lambat sangat reply. sis masih perlu itinerary tu?

      Delete
  18. Salam
    Saya nak tanya mengenai 2FOR1 days,
    saya tak berapa faham kena beli tiket train apa
    yg boleh dapat tawaran ni.boleh tlong terang sikit
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..sorry lambat sangat reply. Seingat saya, kena download tawaran beli 2 tiket dengan harga untuk seorang sahaja di website. Lepas tu beli travelcard di tube station untuk 1 day trip..lepas tu bila tiba di tempat2 yang kita nak lawat tu, tunjukkan travelcard tu dan tawaran yang kita download sebelum tu di kaunter tiket.

      Delete
  19. Assalam Sis,

    Jika tak keberatan, boleh share soft copy itinerary sis.

    Email: norazlindamdnoh@gmail.com

    Thank you sis =]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, sori saya dah lama tak jenguk blog sendiri :p masih perlu itinerary tu?

      Delete