#thisiswhywetravel

Wednesday 27 September 2017

Cuti-cuti Malaysia : Kudat, Sabah

Salam dan hello semua

Dah berbulan dah tak jenguk blog ni. Uhuuuu macam semakin banyak benda dan tugas2 lain yang kena ditengok. Tapi takpe, akan diusahakan juga update blog ni..sikit demi sikit pun jadi la kan..haha. Kali ni saya nak berkongsi tentang Kudat yang terletak di utara Sabah. Kudat antara destinasi favourite saya n family di Sabah. Kecik je pekannya dan tak banyak perubahan sejak parents saya kerja di Sabah pada tahun 2001 hingga la zaman saya pula bekerja di negeri yang sangat cantik ni sekarang. Dulu ada flight KK ke Kudat dan vice versa, tapi sekarang servis tu dah dihentikan sejak ada kemalangan kapal terbang di airport Kudat few years ago. Tapi tak kisah sangat la..perjalanan darat KK-Kudat makan masa cuma lebih kurang 3 jam. Tu pun sebab takda highway macam di Semenanjung. Kalau jalan lagi cantik maybe dua jam pun bulih ba.

Last visit kami ke Kudat ialah pada hujung Oktober 2016. Kali ni keluarga sebelah mama saya pun berkunjung sekali. Diorang singgah di Kudat selepas bermalam di Kundasang. Dari Kundasang ikut laluan Kota Belud dan terus ke Kudat tanpa perlu ke KK dahulu. Trip diorang ni adik saya Syafiq yang uruskan. Husband saya ada join running event di Kudat maka kami bejumpa family mama saya di Kudat je la. Ok la, mari la kita tengok tempat2 yg kami stay dan apa attractions yang ada di Kudat.


Accommodation

Saya, suami, maid dan our twinnies stay di Kudat Marina Golf & Resort. Dekat je dengan town Kudat. Satu malam RM450 untuk junior suite plus katil tambahan dan crib baby. Breakfast included. Bilik dia ok, ada 2 bilik air berasingan dan bilik tido pun properly separated from living room, which was very convenient for us yang bawa maid. Cuma furnishing dia a bit tired. Breakfast choice pun limited. Kemudahan macam swimming pool is good.

Nah gambar-gambar.





















Attractions/ Tempat-tempat menarik


Tanjung Simpang Mengayau

Kata orang, ini la tempat paling utara di Pulau Borneo ni. Oleh sebab tu, nama jolokan bagi tempat ni ialah "The Tip of Borneo". Kalau ke Kudat, memang wajib singgah sini. Ada dua jalan masuk utama ke Tanjung Simpang Mengayau dari jalan utama Kota Marudu - Kudat. Dari jalan utama ni, kena travel lebih kurang 20km lagi untuk sampai. Jalan masuknya pun banyak melalui kawasan hutan dan ada yang belum bertar..rasa macam salah jalan je..hua hua..tapi bila sampai ke tempatnya, rasa berbaloi sangat sebab pantai, kampung dan pemandangan sekitarnya sangat ohsem. Ada beberapa penginapan yang terdapat di tempat ni kalau rasa nak bermalam. Biasanya orang stay sini sampai sunset. Anda boleh pilih beberapa spot yang sesuai untuk enjoy sunset. 




Cantik kan..pic ni tak edit tau
















Esplanade Sidek

Esplanade ni tempat makan-makan. Selalunya orang cari makan seafood kat sini. Meriah waktu malam biasanya. Siang pun ada juga kedai makan yang buka, tapi kualiti makan dia so-so je la. Servis pun lambatttt. Plus point dia, tempat ni tepi laut dan view boleh tahan cantik juga la.


View dari kedai makan yang tak best tu




Kg. Sumangkap (Gong making factory)

Yang ini saya tak sempat singgah, tapi mama n family dari Gombak sempat. Basically kampung ni menjadikan pembuatan gong sebagai sumber pendapatan dan tarikan pelancongan. Kampung ni terletak lebih kurang 38km daripada Kudat. Kalau on the way ke Kudat dari Kota Kinabalu atau vice versa, boleh la singgah kampung ni. 









Kg. Bavanggazo (rumah panjang tradisonal kaum Rungus)

Selain Kg. Sumangkap, Kg. Bavanggazo pun boleh disinggahi untuk melawat rumah panjang di sana. Ada sikit bayaran dikenakan. 








Sepanjang perjalanan dari KK ke Kudat or vice versa, ada juga gerai-gerai kecil menjual hasil kebun macam pisang, jagung, or kraftangan tempatan. Kalau ada bajet dan berkesempatan, singgah la gerai-gerai ni..sama juga macam Kg, Sumangkap dan Kg. Bavanggazo. Boleh beli ole-ole untuk bantu penduduk sana survive. Kebanyakannya bukan orang senang. Masa beli pisang di sana, penjual tu kata "boleh la buat belanja sekolah anak-anak". Alahai kesian pula dengar.


OK la, semoga posting ni membantu uols yang tengah merancang percutian ke Sabah. Sabah baguss bahhhh

#kudat #sabah #malaysia #malaysiatrulyasia

2 comments:

  1. Hi. saya nak ajak cara buat dengan letak iklan je kat blog. boleh register di sini http://visondata.com.my/affiliates/ . boleh dapat 15% daripada jumlah jualan. hanya letak link iklan kat blog je

    ReplyDelete
  2. hello, salam sejahtera,
    perkongsian yang sangat menarik,
    Kami di sini menawarkan perkhidmatan kereta sewa dan juga pakej percutian yang berbaloi dan murah dan dipercayai ramai. Jika berminat bolehlah lawat website atau call kami ya
    website : www.bestborneocarrental.com
    Whatsapp : 01110570862
    email : bestborneocarrental.com

    Kami juga kongsikan panduan dan tips percutian di sabah untuk kemudahan anda.
    https://www.bestborneocarrental.com/blog-panduan-bercuti-dan-tempat-menarik-di-sabah/

    ReplyDelete