#thisiswhywetravel

Saturday 27 October 2018

Lombok 2017 : Day 3


Salam dan hi semua

Goshhhh lamanya tak update blog ni. Stop lepas Day 2 Lombok untuk bagi perhatian pada study. Now dah submit disertasi, baru la rasa selamat nak usik balik blog ni haha. Terima kasih pada yang masih baca. Blog biasa je untuk abadikan memori sendiri. :-)

Ok, here is Day 3 Lombok. Harap2 masih ingat lagi hahahah.

23 Mei 2017
Kuta Lombok : Pantai Mawun, Pantai Selong Belanak, Tanjung Aan, Bukit Merese, Bukit Teletubbies


Hari ni sesi melawat pantai-pantai di Kuta Lombok iaitu bahagian selatan Pulau Lombok.Kalau diikutkan citarasa dan citahati, nak tengok pantai yang unik macam Pink Beach, tapi dengarnya laluan ke sana agak sukar, jadi cukup la tengok pantai2 yang senang 'dicapai', maklumla ada anak2 kecik.

Jarak dari Senggigi ke Kuta Lombok ni dalam 65km. Sebelum bertolak, macam biasa kami breakfast dulu di hotel. Sempat la juga bergambar di persekitaran hotel.









Pantai Mawun, Selong Belanak dan Tanjung Aan memang cantik sangat. Nak masuk ke tempat-tempat ni penduduk tempatan kenakan bayaran masuk Rp10,000 per entry setiap kereta. Bukit Merese pula terletak di sebelah pantai Tanjung Aan. Jenuh juga la nak panjat bukit tu. Husband saya tak dapat join naik Bukit Merese sebab Airis tido, so dia mengorbankan dirinya tunggu Airis tido dalam kereta. Love u dedi..huhu. Komang dukung Ariq sepanjang mendaki bukit, tu pun dia lagi pantas mendaki dari saya dan Mala hahah. View di puncak Merese memang sangat rewarding. 


Lalu pasar sebelum sampai ke Kuta 

Pantai Mawun..rasanya pantai yang paling cantik yang saya jumpa kat Lombok

Pantai Mawun lagi

Mawun Mawun

Nak duduk bawah payung tu kena bayar. Eh, anak kaki sapo tu? hehe


Macam asam pedas


Makan tengahari


View awesome dari Bukit Merese

Bukit Merese

Bukit Merese

Bukit Merese overlooking Pantai Tanjung Aan di sebelah kiri


Kami berkunjung juga ke Mandalika, tempat di mana terdapat kisah dongeng Putri Mandalika. Mengikut Komang, Putri Mandalika ialah puteri raja yang sangat jelita dan menjadi igauan ramai jejaka. Disebabkan tak tau nak pilih jejaka mana satu, akhirnya dia menghilangkan diri ke dalam laut dan menjelma menjadi ribuan ekor cacing. Jadi cacing-cacing supaya semua orang dapat merasa keenakannya. Ahaha. Harap2 tak double meaning. Tak reti nak cerita macamana lagi kihkihkih. Kata Komang, memang terjadi di pantai Mandalika ni cacing-cacing special akan muncul dari dalam laut setahun sekali dan masa tu semua penduduk berpesta mengutip dan memakan cacing-cacing tu. Sedap katanya. Errrr.. hahahah. 


Bukit yang digelar Bukit Teletubbies berhampiran Mandalika. Kata Komang, sekarang musim kering so tak berapa hijau rumputnya. 

Mandalika



Masa ni, Ariq pulak yang tido. Saya pulak yang kena stay dalam kereta dengan dia..haha

Husband berangan nak jadi salah sorang jejaka yang mendambakan Puteri Mandalika...hahaha



Antara semua pantai yang dikunjungi, hanya di Tanjung Aan yang kami mandi. Sebab tempat last yang disinggahi sebelum balik ke Senggigi. Sumpah cantik bersih tempatnya. Di tempat-tempat macam ni juga, ramai peniaga menjual macam-macam. Komang tak menggalakkan kami beli barang daripada peniaga-peniaga tu. Barang tak berkualiti katanya. Tentang kemudahan public toilet pulak, memang pihak berkuasa sana tak ada sediakan, cuma di Tanjung Aan ada penduduk yang sediakan dengan sikit bayaran. 


Syok betul mandi laut bersih..gambar2 ni semua tak edit tau kecuali muka2 tertentu je hahaha


So, end of Day 3. Yiehaaa.


No comments:

Post a Comment