#thisiswhywetravel

Monday 16 December 2019

Perth 2018 : Day 6

16 Ogos 2018
King's Park, Blue Boat House dan Perth City Center


Hari ni berjalan-jalan dalam Perth City Center ja. Konsep kali ni ialah jalan santai-santai dan tak rushing sana sini :p. Kali ni, tempat wajib dan popular iaitu King's Park menjadi destinasi pertama dikunjungi. Memang cantik dan sedap mata memandang tempat ni. Free pulak lagi. Kami ambil masa sampai tengahari di sini. 

Tengaharinya, kami lunch di Charcoal Chicken yang famous antara pelancong Malaysia. Memang tak menghampakan taste makanannya. Bila dah kenyang, sambung lagi berjalan ke Blue Boat House yang menjadi landmark popular di Perth. Disebabkan susah nak parking, husband and kids tunggu dalam kereta dan saya dan Mala yang turun untuk bergambar. Tapi punya la ramai orang yang beratur nak ambil gambar. Ada dua orang photographer yang conquer lama2 area tu macam diorang saja yang punya. Malas nak tunggu lama-lama, saya selfie dari jauh ja la. Lepas tu,kami sambung berjalan kat area yang ada arca bujur tu. Elizabeth Quay kalau tak silap. 



















Bergambar kejapp je kat sini. Budak-budak dah meragam


Turun dari King's Park lalu sini..tunggu ye Blue Boat House nanti kami datang lagi 

Charcoal Chicken milik orang muslim 

Beraturrrr







Malamnya, kami shopping di K-Mart. Best ooo tempat ni. Barang-barang toys dia kira murah la. Barang mainan jenama Vtech ialah antara yang memang murah kalau dibandingkan dengan Malaysia, sampai lebih separuh bezanya walaupun bila dah tukar ke RM. Sebab tu ada antara pelancong Malaysia yang jadi tukang ambik order or personal shopper juga di sini haha. Saya tak buat la, takde masa dan malas nak angkut barang banyak-banyak kih kih kih. 






Kat sini kena layan diri bayar kat kaunter, Takda cashier


OK itu saja untuk Day 6. Till then :D


No comments:

Post a Comment