15 Ogos 2018
Mandurah and Rockingham
Sepatutnya pelan asal hari ni ialah pergi sejauh ke Busselton Jetty, tapi disebabkan husband ada kerja urgent nak kena siapkan, maka pagi tu kami lepak2 dulu kat rumah dan lewat paginya kami jalan-jalan sekitar Mandurah dan Rockingham City ja. Mandurah terletak lebih kurang 70km dari Perth dan Rockingham City antara Mandurah dan Perth. Tak banyak tempat yang kami lawat di sana, dan takde apa sangat pun tempat ni bagi kami, kecuali Cape Peron di Rockingham yang cantik juga. Ada pakej ke Penguin Island dan dolphin watching tapi dah puas rasanya naik feri ke Rottnest Island hari tu kahkahkah.
Trip hari ni lebih kepada menghiburkan twinnies, especially si Ariq yang asyik nak meragam ja. Main dari satu taman ke taman lain. Agak pelik juga ramai parents bawa anak-anak main masa ni padahal tengahari weekday. Maybe diorang semua kerja sendiri flexi hours kot.
 |
Tersipu-sipu Ariq ya awek-awek tumpang bot sama-sama haha |
 |
Mandurah |
 |
Cape Peron..gigih nak meredah batu |
 |
Budak pakai sweater tu sibuk nak main ombak...ombak tu bukan ombak lemah lembut nak oiii..masa ni berangin dan nak hujan. Kalau tak, mesti lebih cantik warna laut |
 |
Last pic sebelum terpaksa bergerak balik..Ariq dah meraung-raung nak main ombak |
 |
Singgah taman ni kejap..nampak lawa pulak |
 |
Tuan rumah bagi ni pulak...nyum2...terima kasih banyak2 |
No comments:
Post a Comment