#thisiswhywetravel

Wednesday 10 January 2018

Lombok Mei 2017 : Day 1

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Ok kali ni saya gambate untuk entry Lombok pula. Kami pergi ke Lombok pada 21 hingga 25 Mei 2017. Trip kali ni melancong plus hantar maid (separuh jalan je hantar hahaha) kami untuk dia bercuti balik kampung dia sempena bulan Ramadhan dan Raya Aidilfitri. Dua bulan dia takde satu penyeksaan untuk kami sesuaikan diri hahaha. Ok kita fokus trip Lombok ok :p

Persediaan

Untuk tiket flight, kami book Air Asia sebab airline tu saja yang ada direct flight dari KL ke Lombok. Kami ambil pakej Premium Flex sebab boleh pilih mana-mana seat, ada 20kg baggage allowance, dapat lepak di Air Asia Lounge dan 2 kali boleh tukar tarikh dan masa. Kalau rajin, uols sila buat perbandingan kasar juga ya if book additional features ni berasingan jika dibandingkan dengan Premium Flex. Ada masanya Premium Flex ni tak la jimat sangat. Alhamdulillah dapat book seat paling depan untuk kedua-dua flight pergi dan balik.

Saya book penginapan di satu tempat saja iaitu di area Senggigi. Macam biasa, guna booking.com, agoda dan yang sewaktu dengannya. Tapi end up guna Rocketmiles sebab dapat offer first time booking guna website dia dapat bonus 50% extra Enrich miles. Saya book Two Bedroom Mangsit Family Suites yang membolehkan kami dapat 12,000 points plus 6,000 points bonus untuk first time booking. Banyakk kan hahah. Rate dia memang mahal sikit daripada yang biasa tapi sebab target nak much much extra miles, bedal ja la.

Untuk transport pula, saya ambil khidmat supir (pemandu) dan kereta sewa sepanjang trip. Nama orang yang berurusan dengan saya sebelum trip ialah Mas Aji. Dia bagi pakej 5 hari supir + kereta Avanza + minyak + parking + transfer airport + tambang bot private ke Gili Trawangan  utk 5 3 dewasa 2 baby. Semuanya kira-kira Rm900 atau lebih kurang 3 juta rupiah. Kira best deal dah bagi kami haha.

Itinerary? Kami tak masukkan daki Gunung Rinjani, air terjun, teres padi, Pink Beach dan lain-lain pulau kecil dan exotic untuk trip ni sebab bawak budak kecik maa.. ni trip yang simple dan easy je. Haha. Saya cuma susun sikit2 je tempat2 apa nak pegi ikut hari tertentu, dan selebihnya saya minta Mas Aji yang cadangkan. 


Day 0 : Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur (20 Mei 2017)

Kami terbang dari Kota Kinabalu ke KLIA2 sehari sebelum terbang ke Lombok. Sebab flight ke Lombok awal pagi jam 8.00am. Bermalam di rumah kakak ipar kat Bandar Enstek.


Day 1: KLIA2 ke Lombok (21 Mei 2017)

Subuh2 lagi adik ipar antar kami ke KLIA2. Airport KLIA2 ni semua sedia maklum memang besar dan selalu sesak. Nasib baik la ada lagi satu kelebihan Premium Flex Air Asia ni, boleh check in kat kaunter khas. Dan rezeki kami jugak dapat boarding gate P1, yang kira dekat juga la compare dengan gate2 lain haha. Lepak jap di Air Asia Premium Red Lounge sebelum boarding.

Luggage tu macam nak pindah rumah..hahaha..

Bye-Bye KK
Day 1: First time masuk lounge Air Asia



Dalam Air Asia Red Lounge

Pemandangan dari tingkap Air Asia Red Lounge


Sedapnya tido 





Flight ke Lombok berlepas on time dan alhamdulillah sampai Lombok pun on time. 3 jam dari KL. Ini la pertama kali saya dan anak-anak menjejakkan kaki ke Indonesia. Husband dah banyak kali ke Indonesia sebelum ni. Proses kastam dan imigresen di Lombok International Airport agak simple, cuma masa kat kastam orang ramai dan queue panjang. Twinnies dah meragam masa ni dan it was actually a blessing in disguise. Terus kami dipanggil oleh pegawai kastam utk potong queue hahaha. Keluar dari airport, Komang supir kami dah menunggu. Kami terus dibawa ke kedai makan yang berhampiran untuk lunch.


Menambah kalori

Lihatlah kelasakan budak2 ni😂

Air asia xde skrin so kita buat skrin sendiri okay


Masa ni stroller masuk oversize compartment. Tak dapat nak collect kat pintu kluar kapal terbang.

Takda stroller, troli barang pun jadi..hahaha




Our first meal in Lombok

Daftar menu..hahaha
Mengisi masa lapang sementara tunggu makanan sampai

Our first stop in Lombok


Lepas lunch, kami ke tempat wisata yang pertama iaitu Desa Kerajinan Banyumulek, tempat pembuatan kain tenun songket. Kat situ kami diberitahu yang gadis2 suku kaum Sasak di sana kena pandai menenun kain sebelum kawin. X pandai tenun x boleh kawin. Di situ juga diorang jual hasil tenunan. Tapi kami belum ada mood nak shopping. Baru sangat sebab baru je sampai dari KL. Lagipun corak kainnya saya tak berapa berkenan. Lepas tu, Komang bawa kami ke satu lagi kedai souvenir. Kedai ni jual souvenir dari tanah liat dan kayu. Tapi saya masih belum terpikat dengan barang2 yg ada kat situ. Tapi beli jugak la dua tiga ketul. 




Banyak betul nama tempat ni..Desa Banyumulek la, Kerajinan Patuh la..hahah. Oh ya, bangunan dalam gambar ni surau atau musolla


Berposing di model rumah suku Sasak yang terdapat di Kerajinan Banyumulek

Ni kedai souvenir tanah liat tu



Ni la souvenir yang dibeli dari kedai ni



Antara souvenir yang terdapat di kedai ni

                                                   Pemandangan yang cantik sepanjang jalan



Perjalanan diteruskan ke tempat penginapan kami di  area Senggigi. Senggigi ni agak jauh juga daripada airport atau bandara Lombok, dalam 60km. Kami merentasi bandar Mataram, bandar terbesar di Lombok dan singgah di sebuah masjid besar. Lupa dah nama masjid tu hehe. Kami x masuk ke dalam ruang utama masjid, tapi melawat ke menara dia. Ada sikit bayaran masuk dikenakan. Pemandangan di atas menara tu boleh tahan cantik juga.







                 Bergambar dengan pelancong dari Bimasakti..eh..Pulau Bima Indonesia..hehe


                                      Kuat angin di sini. Boleh terobang tudung



Another wefie







Selesai melawat masjid, kami teruskan perjalanan. Sebenarnya sejak dari airport lagi, kami kerap nampak masjid2 di sepanjang perjalanan. Betul la kata orang, Lombok juga digelar Seribu Masjid. Kami singgah di satu kedai untuk beli simkad (lupa juga brand apa..sorrryyy hahahaha).

Kami sampai di resort tempat kami stay dalam jam 5 petang gitu. Proses check in lancar dan kami dapat bilik di level bawah..alhamdulillah.


   
                               Pemandangan pantai Senggigi yang mendamaikan



         My beloved hubby amik kesempatan posing. Actually view sebenar lagi cantik dari                dalam gambar



    Bilik2 Mangsit Family Suite. Each suite occupies 1 tingkat. Kami dapat level bawah which we preferred..bawak budak kecik la katakan

Holiday Resort ni ada 2 area utama. Mangsit suites terpisah dari main area oleh jalan utama. Tapi tak jauh pun..ok je. Nak lintas jalan pun senang sebab ada guard yg jaga lalulintas


            Kitchen area

 
                   Living room, dining area n kitchen..besar juga dan twinnies seronok berlari2



                           Main bedroom. 


Bilik kedua








                  Aktiviti santai petang..bestnya kalau rumah sendiri macam ni huhu



                             





Ok..abis cerita untuk Day 1. Next day, kita sambung next entry yeah.

#lombok #lombok2017 #tourismindonesia









No comments:

Post a Comment