#thisiswhywetravel

Sunday 14 January 2018

Lombok Mei 2017 : Day 2

22 Mei 2017
Vila Hantu, Malaka, Pulau Gili Trawangan



Hari ni agenda utama ialah Pulau Gili Trawangan..wehoo. Kami breakfast dulu di hotel. Ajak si Komang supir kami join sekali tapi dia takmau. Bila selesai semua, kami pun memulakan perjalanan.

 Sebelum sampai ke Teluk Nara, tempat untuk naik bot ke Gili Trawangan, kami singgah dulu di Vila Hantu untuk enjoy the nice view there. Vila Hantu? Yeaaa nama vila ni memang scary..ingatkan memang berhantu. Tapi Komang dan penjual2 kat vila tu cerita, vila ni dibina tanpa kebenaran local authority. Bila dah 60% siap, local authority arahkan stop pembinaan. Tinggallah vila tu macam tu je. Sebab kosong dan tak lengkap, abandoned, orang panggil Vila Hantu. Emmmmhhh macam tu je rupanya. Tapi serius view dari Vila Hantu ni sangat2 cantik. Ruginya la owner terpaksa tinggalkan mcm tu je. Sambil berposing2 kat situ, sempatla membeli topi sorang satu untuk melengkapkan gaya ala2 tourist kami. Keh keh.




                   Bergambar dari dalam Vila Hantu - Ariq x suka sebab windy


Dari bumbung Vila Hantu - Ariq nangis sebab angin kuat. Airis relax je





Lepas Vila Hantu, stop juga sekejap di kawasan viewpoint bernama Malaka. Dekat sama dengan nama Melaka. Kat sini my hubby je yang bergambar kejap. Kami tunggu dlm keta ja. Selepas tu, sampailah kami ke Teluk Nara. Kat sini private2 bot yang menggunakan tempat ni untuk ke Gili Trawangan. Bot awam pun ada di Jeti Bangsal. Kami pilih private bot sebab lebih selesa, bawak baby 2 orang kot. Kalau ikut pembacaan, bot2 awam ni jalan bila dah penuh dan macam2 barang orang angkut sekali dalam bot..haha. Perjalanan dari Teluk Nara ke Gili Trawangan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Ombak laut dia besar tak macam dari Kota Kinabalu ke Pulau Manukan. Uhhh nasib baik kami ada bawak jaket pelampung Airis n Ariq siap2.  Takde jaket untuk baby macam diorang yang disediakan oleh bot ni.
















Sampai di jeti Gili Trawangan, kami naik cidomo atau kereta kuda (bukan kuda, tapi keldai yang bawak). Target nak sampai terus ke Ombak Sunset, tempat buaian yang famous itu. Mahal juga rate cidomo ni, sekali naik 150,000 rupiah atau dalam RM45. Dulu saya baca blog2, rate dia 100,000 rupiah. Perjalanan ada la dalam 2km kot. Memang tak larat la kalo jalan kaki, kalau takde budak bole la juga try. Oh ya lupa nak bagitau, Gili Trawangan ni takda kereta atau motor, just cidomo dan basikal saja yang dibenarkan sebagai usaha nak menjaga alam sekitar. Sini meriah dengan orang putih or 'bule' yang berjemuran di sana sini. Baru la terasa macam Bali sikit kata hubby saya..keh keh.
Di Ombak sunset, kami bernasib baik sebab tak ramai orang..sebab tengahari buta kot haha. Kami bergambar dengan kamera henpon dan juga Ombak Sunset Resort punya professional cameraman.





Cidomo




Akhirnya main target datang ke Lombok tercapai - berposing di buaian Ombak Sunset..haha

View cantik walaupun panas terik

Fuh..awek Timor berwisata di Lombok




Menunggu staf hotel ombak sunset print gambar

 Berbuai di hammock sementara tunggu gambar siap diprint


Ariq tak happy naik hammock



Dah puas berada di Ombak Sunset, naik lagi cidomo untuk ke tempat lain di Gili Trawangan ni. Bayar lagi 150,000 rupiah. Bila dah sampai tempat makan yang direkomen oleh Komang, baru perasan yang selipar Ariq tercicir..ergghhhh kena cari jugak selipar tu, mahal kowttt huhu. Tepaksa la hubby saya sewa basikal pegi cari selipar tu balik. Tak sanggup dah nak spend lagi naik cidomo uhwaaa. Nasib baik jumpa jugak.



Selepas perut kenyang setelah lunch, kami pun bersuka2 di pantai. Seronok sangat Airis n Ariq main ombak. Ariq agak takut2 juga tapi Airis kental, jatuh berkali2 ombak bantai pun dia bangun balik main ombak..hahaha. Kami jamak di masjid di pulau tu yang baru siap dibina. Dalam kul 4 petang macam tu baru kami bertolak balik ke Teluk Nara.




Makan di tingkat atas kedai..lebih tenang, cantik dan takde orang..tingkat tu kami punya hahaha

Lauk tengahari kami..alhamdulillah


 Ambik gambar signboard masjid je. Lupa pulak nak snap gambar masjidnya


Kedai sewa basikal





                                 Airis yang tak kenal erti kalah dgn ombak..haha




 Yg atas tu memang pisang goreng..yang bawah tu nanas goreng! Sedap juga


 Bye-bye Trawangan


Meredah perjalanan balik ke Teluk Nara

Komang bawa kami terus ke kedai makan untuk dinner. Kali ni, kedai yang dikatakan milik bos dia jugak, Mas Aji. Tapi Mas Ajinya takda di situ masa tu. Mas Komang tunjukkan kami gambar yang tergantung di kedai tu dan kata ni la Mas Aji. Eh, tua pulak Mas Aji ni, bisik hati saya. Kalo tak silap, masa deal dengan Mas Aji dalam whatsapp dulu, profile pic dia nampak macam muda je. Apa-apa je la hai. Kami merasa makan ayam Taliwang yang popular di Lombok. Sedap juga la tapi takda la sampai teringat2..hahaha.

Okay, habis cerita Day 2. Day 3..next entry!

No comments:

Post a Comment