#thisiswhywetravel

Tuesday 25 December 2018

Surabaya 2017 : Worcation Day 2, 3 and 4

27 Nov 2017 (Isnin)
Malang - Masjid Seribu Pintu
Jambatan Suramadu


Hari ni kami ke Malang, Jawa Timur yang terletak kira-kira 3 jam setengah perjalanan dari Surabaya. Nak pergi Malang ni satu je tujuan dia, nak tengok Masjid Seribu Pintu. Sekali lagi, ni atas saranan pak supir. Lepas dari Malang, balik semula ke Surabaya tapi singgah dulu di Madura. Gitu la plannya. Maka awal la kami gerak dari Surabaya, kira-kira jam 7.30 pagi. Dalam jam 11.00 pagi, sampai ke Malang. 


Nampak sodap pulak rambutan tepi jalan ni. Singgah jap beli la


1 kg 10,000 rupiah. Kira murah la

Makan bakso di gerai yang ada di kawasan Masjid Seribu Pintu

Nampak grand pintu masuk

Kat dalam lagi grand
Curam..jenuh gak mendaki

Seronok budak tecit ni naik turun curam ni

Kolam ikan di dalam masjid



Bahagian dalam masjid, belum siap lagi tapi dah digunakan



Tak seperti masjid di Malaysia yang biasanya hall solat luas, sini ruangnya terbahagi-bahagi

Mimbar


Akuarium dalam masjid



Halus ukiran seninya




Nampak lawa la pulak dalam gambar. Bila di sana rasa cepat bosan pula😂


Sekali pandang macam kuil pun ada. Senibina hindu masih ada pengaruh

Tinggi rupanya bangunan ni



Masjid Seribu Pintu ni takda la banyak sangat pintu-pintunya, tapi ukiran seninya memang banyak. Nak dekat sejam lebih juga la kami habiskan masa di situ. Dalam perjalanan pulang ke Surabaya, kami melalui satu perkampungan yang rumah-rumahnya berwarna warni. Tapi kami tak singgah. Dikhabarkan perkampungan tu memang salah satu tarikan pelancongan. Kami singgah juga di kedai Malang Strudel, sebuah kedai yang menjual strudel (kuih yang berasal dari Jerman kalau tak silap) dan diusahakan oleh seorang artis Indonesia. Apa nama dia entah saya lupa dah. Yang pastinya strudelnya enak yah. Hahaha.


Borong nak..borong

Amboi, dia pun pandai dah pilih barang

Tak dapat bergambar dengan owner artis, bergambar dengan gambar pun jadila kan Mala..ahaha



Koleksi souvenir berbentuk makanan..bosan juga kan asyik fridge magnet n keychain je haha. Tapi makanan macam strudel n kek ni tak tahan lama..kena makan dalam tempoh few days



Terjumpa satu kawasan perumahan yang semuanya beratap biru. Ada satu kawasan perkampungan yang berwarna warni dan jadi tarikan pelancongan tapi kami tak singgah. Gambar pun dah hilang..adui la ni la risiko kalau lambat update dalam blog lepas travel

Kami bergerak balik ke Surabaya dari Malang dalam jam 4 gitu. Dalam dua jam lepas bertolak, trafik bertentangan sangat macet dalam 10km rasanya. Tak bergerak owh. Ngeri2. Dalam highway pun macet sungguh. Macam jem kat PLUS masa musim perayaan. Kami tiba di area Surabaya dalam jam 8 malam, seperti dirancang kami melencong sikit ke Madura, pulau yang terletak bersebelahan dengan Surabaya. Nak ke Madura perlu melalui Jambatan Suramadu yang dikatakan popular di sana. Panjang juga jambatan ni dalam 1km kot. Tapi sebab budak-budak dah meragam sebab lama duduk dalam kereta dan dah kepenatan, kami tak singgah mana-mana pun di Madura. Ambil gambar pun terlupa. Habis je merentasi jambatan, kami patah balik ke Surabaya. Ahah

Dinner di Warung Sederhana berkonsepkan lauk Padang. Sedap juga

Warung Sederhana ni ada menawarkan service delivery juga

Pandangan luar Warung Sederhana. Maafla gambar main tangkap muat je


Day 3 
28 Nov 2017 (Selasa)
Kebun Haiwan (zoo)

Hari ni aktiviti untuk budak-budak..melawat Kebun Haiwan..ahaha. Zoo ni tak jauh dari replika mercu tanda bandaraya Surabaya iaitu Suro (Jerung) dan Boyo (buaya). Secara keseluruhan, okla zoo ni. Untuk bagi budak-budak belajar tentang binatang. Tapi twinnies ni tak minat pulak tengok binatang masa ni. Adeh la. Petangnya kami dah start kerja. Sempat hantar baju ke kedai (ke rumah?) dobi yang direkemen oleh pak supir. 


Di Indonesia, zoo dipanggil kebun binatang ya..aha
                             

Budak ni tantrum lagi

Kangaroo pun ada



Budak-budak tadika juga berseronok di sini. Harap-harap gajah tu dijaga dengan baik dan tak didera oleh penjaganya
Hai pak beruang

Menjenguk komodo
Supir ni bawak kami ke kedai dobi ni. Nampak macam kurang meyakinkan tapi sebab nak cepat punya pasal, cuba ja la😓


Dalam kedai. Macam rumah pun ada

Belakang kedai..hurm



 Day 4
29 Nov 2017 (Rabu)

Hari ni kojo. Jadi tak banyak nak diceritakan di sini. Selepas kerja, kami jalan-jalan di shopping complex dalam bandar untuk cari souvenir. Tak menarik sangat pun.




Ahaha...macam-macam jenis coklat ada hahaha

Kami balik ke KL pada 30 Nov.. so secara keseluruhannya, bandar Surabaya itself tu biasa-biasa ja. Kota Malang tu okla untuk mereka yang meminati senibina macam Masjid Seribu Pintu. Sebab tu la hampir semua travellers pegi ke Gunung Bromo, yang terletak jauh dari bandar Surabaya. Kalau family ada anak kecik macam kami ni mintak maap la nak pegi sana haha.

Happy traveling!






2 comments:

  1. Hi menarik content. lets blogwalking and click ads. done follow u, follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/ . thanks

    ReplyDelete
  2. Hi menarik content. lets blogwalking and click ads. done follow u, follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/ . thanks

    ReplyDelete