#thisiswhywetravel

Tuesday 12 February 2019

Perth 2018 : Day 1

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Akhirnya tiba la giliran Perth untuk dicoretkan dalam blog ni selepas empat bulan lebih berlalu. Harap-harap dapat dihabiskan dengan jayanya. Merangkak pun merangkak la..sikit-sikit lama jadi bukit kan haha. Ini kali kedua kami ke Perth selepas trip pertama masa masih berdua dan baru kawin pada Mei 2011. Kali ni dengan si kembar lasak dan sorang maid. Trip kali ni 8 hari 7 malam dengan flight direct dari Kota Kinabalu ke Perth. Bukan suka-suka nak berjalan sampai 8 hari tapi itu ja flight direct BKI-PER-BKI yang ada iaitu setiap Sabtu. Asalnya trip ni pada bulan 1, tapi disebabkan kerja yang mendesak, trip ni ditangguhkan ke bulan 8. Dari musim panas beralih ke musim sejuk. Hajat nak tangguh ke bulan 9 atau 10 iaitu waktu musim bunga tapi tak boleh sebab tiket hanya boleh drag tarikh paling lambat sehingga bulan 8 ja, sebab tarikh beli tiket tu pun bulan 8 2017 (boleh guna sampai setahun saja). 

Disebabkan tukar tarikh tu, penalti bayaran tiket pun dikenakan dan lebih sadis lagi ialah urusan visa maid saya terpaksa dibuat lagi skali from square one..square one!!. Maid saya berasal dari Indonesia dan visa application dan requirement untuk rakyat Indonesia memasuki Australia berbeza daripada rakyat Malaysia. Kalau kita, just mohon online dan nak lagi senang, melalui travel agent dengan bayaran antara 20 hingga 30 ringgit seorang. Keperluan dokumen dan maklumat pun tak terlalu banyak. Tapi untuk rakyat Indonesia, tak boleh secara online n dapat kelulusan gitu je. Register, download borang secara online, lepas tu kena buat appointment untuk hantar permohonan ke pejabat syarikat yang kerajaan Australia lantik untuk permohonan visa. VFS Global kalau tak silap. Pejabatnya di KL dan pemohon perlu datang sendiri sebab nak ambil cap jari. Bayaran yuran permohonan visa pulak ialah kira-kira RM600 dan kalau gagal/ tak lulus permohonan, tak dikembalikan. Bayangkan la susahnya untuk kami sebab kami tinggal di KK. Permohonan visa maid saya kali pertama, diuruskan pada bulan 11. Dia bagi notification keputusan melalui emel dalam seminggu selepas tu. Alhamdulillah lulus, tapi tak lama lepas tu yang kami decide kami terpaksa tukar tarikh pergi Perth atas sebab kerja (yang kemudiannya tak perlu pun actually...arrrrrr). Visa maid saya tu hanya valid selama 3 bulan dari tarikh kelulusan dan single entry sahaja, tak macam visa untuk rakyat Malaysia yang valid setahun dan multiple entry. Saya bertanya kepada kedutaan Australia jika visa maid saya tu boleh dilanjutkan, jawapannya negatif. Dengan hati yang sebek, permohonan visa maid dibuat lagi sekali termasuk turun KL lagi, Nasib baik boleh uruskan sekali kebetulan kami balik bercuti raya pada bulan Jun. Ada lagi tu drama, boleh pulak tertinggal passport asal maid di rumah parents di Bangi, terpaksa pecut patah balik ke Bangi dan rush balik ke KL. Adui la. Apa pun syukur visa kali ni diluluskan juga dan takda masalah visa kami di Australia (seram dengar macam2 kisah orang lain yang tak lulus, dibatalkan visa etc).



Trip kali ni pun secara sendiri saja takda tour guide. Tempat2 attractions yang nak dilawati pun tak terlalu jauh daripada Perth, disebabkan kami pilih stay di Perth jer dan tak bermalam tempat lain. Nak drive jauh malam-malam pun tak digalakkan sebab dikatakan banyak kangaroo liar berkeliaran dan banyak kes accident terlanggar kangaroo. Kami ambil homestay kepunyaan Jutawan Tours Ptd Ltd milik rakyat Malaysia yang menetap di Perth. Disebabkan kami ambil 7 hari stay, kami dapat complimentary return airport transfer. Visa online kami pun syarikat ni uruskan. Sebelum terbang ke Perth, syarikat ni dah wujudkan whatsapp group antara saya, husband dan staf2 dia untuk memudahkan komunikasi dan planning.


11 Ogos 2018

Flight KK-Perth dijadualkan pada jam 8.20 pagi, maka right after solat Subuh kami terus bergerak ke airport. Macam biasa Ariq sangat excited tengok airport dan kapal terbang. Alhamdulillah flight kami on time, naik Boeing 737 jer. Sepanjang perjalanan, si kembar banyak jugak ragamnya sampai kacau flight attendant..bagi tengok tab, henpon n few toys pun tak berapa berkesan. Bosan agaknya 5 jam setengah dalam flight. Bila dah landed, omak abah eh dah separuh masak..huhu. Alhamdulillah urusan imigresen dan kastam tak lama sangat walaupun dia cek beg n list makanan yang kami bawak. Bila dia tengok list makanan, dia kata "this is the most organized list I've ever seen". Thank you biras Aya Mastura yang bagi soft copy list tu, tinggal edit sikit2 ja hahaha. Rasanya tak perlu saya nak crita detail pasal apa makanan yang boleh bawak dan tak boleh ke Aussie, semua dah terer kan hahaha.

Seronok tengok kapal terbang

Beg kapal terbang, mainan kapal terbang, peminat kapal terbang..semua di dalam kapal terbang


Macam biasa juga, beli simkad di airport sebelum keluar. Kali ni langkah kami penuh confident dan tersusun tak macam first time datang Perth dulu kah3. Korang boleh refer entry Perth 2011 saya dulu kalau nak tau cerita hahah. Kami keluar dari airport dalam jam 3 petang waktu Perth (waktu Perth dan Malaysia sama! haha. Refer peta bumi, longitud KK dan Perth lebih kurang sama). Suhu masa tu sedap2 jer, dalam 18-23 Celcius, which was quite a relief since it was reported that the weather in Perth was very cold at that time). Pihak Jutawan Tours jemput kami dan hantar terus ke homestay. Kami dapat homestay apartment ground floor di Mont Clare Hay Street. 2 bilik, ada bath tub laundry dryer, full kitchen dan very comfortable. Dikatakan juga kami stay just sebelah rumah owner Jutawan Tours. Rate AUD150 or RM450 lebih kurang pada masa tu, yang pada saya murah sebab Hay Street tu dikira tengah2 bandaraya Perth.


Pemandangan gurun Australia bahagian utara dari plane


Imagine macamana la agaknya kalau tinggal kat kawasan macam ni

Arrived at Perth International Airport





Halu haluuu anybody home?

Nama apartmen kami

Bilik utama



Bilik air kedua

Bilik air utama

Bilik kedua




Ni yang best..washer and dryer..senang nak basuh baju n terus keringkan







Tak banyak aktiviti kami pada petang tu since tak sewa kereta untuk day 1 (rugi kalau sewa, sebab dah petang dan ada complimentary airport transfer). Kami cuma jalan kaki ke kedai runcit di kawasan perumahan kami. Lengkap gila kedai tu, barang-barang asia semua ada, ayam n daging halal pun ada. Malam, masak makanan sendiri. 


Jalan ke kedai.. Sunyi je area ni walaupunn central Perth. Ada orang tu ingat dia boleh tahan sejuk.. Lps tu hmmmmm meroyan nak cepat balik haha


Mala beraksi di dapur yg serba lengkap

Segala asas rencah dah disediakan. Beras sepaket pun ado. Terbaikkk tuan rumah

Alhamdulillah..Hasil masakan malam ni..nyum2




OK, sekian untuk Day 1. 




No comments:

Post a Comment