#thisiswhywetravel

Wednesday 13 February 2019

Perth 2018 : Day 2


12 Ogos 2018 (Ahad)
Caversham Wildlife Park dan Fremantle


Hari ni planning tak jalan jauh-jauh, just pegi Caversham Wildlife dan Fremantle. Kami breakfast makanan yang kami bawa dan ada tambahan makanan yang dibagi oleh wife tuan rumah. Terkejut pagi2 dah ada orang ketuk pintu. Ingatkan tuan rumah takda kat rumah dia. Haha.

Owner homestay Jutawan Tours duduk sebelah apartmen kami ja. Pagi2 lagi wife dia bagi surprise ni. Lupa dah apa nama kuih ni tapi sedap. Tq byk2 tuan rumah


Dalam pukul 8.30, saya n husband keluar jalan kaki ambil kereta sewa. Kami sewa kereta dengan Aries Car Rental, syarikat yang dimiliki orang Malaysia. Berdasarkan feedback daripada travellers lain, syarikat ni antara yang offer rate termurah. Kami dapat kereta 4WD baru bau kedai lagi. Kata staf syarikat tu, kami customer first yang guna. Fuh. Takut jugak kot2 tercalarkan keta ni nanti.



Tempat kami sewa kereta..350 meter ja dari apartment kami

Inspecting the rental car that we've got




Mileage baru 37km...neves campur excited nak pakai keta ni haha. 6 days for about RM1,100 (including excess damage waived). Berbaloi2


Setelah selesai urusan ambil kereta sewa, kami pun pick up Mala dan budak-budak, n terus ke Caversham Wildlife Park yang terletak dalam 25 kilometer dari apartmen kami. Pakai google Maps di henfon je, kami ambil pakej data kan. Tak sewa GPS dah. Waze pun tak pakai.

Disebabkan hari tu weekend, orang agak ramai. Bayaran masuk ialah AUD28 untuk seorang dewasa. Untuk budak2 umur bawah 3 tahun, free.

Layan bergayut dulu sementara tunggu queue ambil gambar dengan koala
Sebelum tiba giliran bergambar dengan koala betul, kita bergambar dengan koala tipu dulu haha

                 


Pasrah je kangaroo putih ni haha


Hampir semua kangaroo sini melepak kemalasan..berbeza dengan kunjungan kami 7 tahun dulu



Okay, dah usik2 kangaroo kita sanitize tangan ye


Ngappp jari tu baru tau



Merengek tak mau bergambar haha

Muffin yang lazat 
Berposing macam first time datang dulu keh keh

Berlarian di halaman depan pintu masuk ke Caversham Wildlife Park sebelum meneruskan perjalanan ke Fremantle



Jarak dari Caversham ke Fremantle dalam 45km. Kami lunch di Kailis Fish Market yang famous tu. Ramai sungguh orang masa tu. Yang dari Malaysia pun ramai. 

View dari Kailis Fish Market

Kailis sediakan device no giliran sementara tunggu order siap

Suasana di Kailis


Alhamdulillah..selambak makanan..tak la sedap kebabomm seperti diwar-warkan tapi ok la jugak

Nasi untuk budak2..tapi tak habis jugak



Bersiar-siar di area Kailis




Bangunan-bangunan di Fremantle yang berkonsepkan Eropah tradisional

Balik dari Fremantle, singgah lagi di kedai ni yang dekat area apartmen. Hari-hari pegi kedai ni haha

Susu kotak untuk budak-budak. Kalau yang berperisa, mahal jugak..ni AUD3 satu kotak

Ariq cranky dan tak mau makan sangat sepanjang siang tadi. Bila masakkan dia nasik goreng telur kicap ni, almost sepinggan besar dia habiskan...alalala sorry la mommy tak sangka Ariq mmg tegar minat nasik macam ni hua hua

Our dinner..alhamdulillah


Inilah saja cerita untuk Day 2. Tunggu entry untuk Day 3 menyusul yeaaaa. 

No comments:

Post a Comment