#thisiswhywetravel

Sunday 17 March 2019

Perth 2018 : Day 3

13 Ogos 2018 (Isnin)Rottnest Island, Rainbow Container


Semalamnya pergi Fremantle, hari ni pun pergi juga. Tapi tak explore Fremantle juga pun, pegi sana sebab di situ ada port dia yang kami akan naik feri ke Rottnest Island. Tiket ke Rottnest Island ni saye beli awal secara online di sini semalamnya (12 Ogos 2018). Ketika buat persediaan trip ni dulu, memang saya nak beli awal tapi pihak Jutawan Tours nasihatkan beli just before pergi sebab keadaan cuaca tak menentu jadi ada kemungkinan trip feri dibatalkan. Harga tiket dalam AUD186 untuk tiket pergi balik 3 dewasa, budak-budak bawah umur 3 tahun percuma. Selain tiket, website yang saya beli tiket tu ada juga menawarkan pakej-pakej lain. Ada segway, cycling, snorkel, boat, train, bermalam  etc tapi kami tak pilih la semua tu. Just nak naik bas dia kat pulau tu je nanti untuk keliling pulau.

Kami tiba di Shed B, Fremantle dalam jam 8.50 pagi. Shed B takda parking available. Kat Shed E pulak nampak banyak parking available since Shed E yang menempatkan kedai-kedai souvenir masih belum buka. Jadi kami pun park situ la. Tapi rupanya kat situ cuma boleh parking beberapa jam je n tak cukup masa kalau kami park kat situ. So terpaksa la saya, Mala n budak-budak tunggu kat tepi B Shed sambil my husband pegi cari parking kat tempat lain. Masa dah start boarding feri baru la husband saya muncul. Rupanya dia ada masalah nak bayar parking sebab mesin parking situ cuma terima kredit kad, no coins. 


Ambil gambar bandar Perth dari dalam kereta, so please excuse the big fingers shadow ahaha

Berposing sebelum feri start berjalan



Perjalanan feri mengambil masa dalam 45 minit. Ombak besar sampai terlambung-lambung feri.

Mabuk laut

Alhamdulillah selamat sampai setelah dilambung-lambung ombak uhuhu

Walaupun weekday n penghujung musim sejuk, tetap ramai yang datang pulau ni. Tak dapat imagine kalau weekend.aha

Rottnest Island juga dipanggil Wadjemup dalam bahasa Aborigines

Lepak dulu kat pondok tepi jeti, kasi pulih dari rasa mabuk laut haha

Kelihatan bandaraya Perth
Setelah memasuki kawasan pulau, kami beli tiket explorer bus di kaunter pelancong yang ada di situ. Dah lupa exactly berapa harga dia, kalau tak silap AUD10 seorang dewasa. Budak kecik macam Airis dan Ariq free. Di situ juga kami ambil map pulau secara percuma. 

Sebelum naik explorer bus, kami lepak-lepak dulu untuk hilangkan rasa mabuk laut. Airis n Ariq makan bekal nasi goreng dan main kat taman permainan yang ada di pulau. Sambil bagi diorang makan, burung yang rupa ada iras burung gagak pun sibuk mengendeng. Orang kat sana pesan hati-hati, kalau terleka burung-burung ni boleh sambar barang kita n bawak lari. 

Lepas tu kami pun bergerak ke bus stop. Sementara tunggu explorer bus sampai, ternampak ada sorang lady dengan anak dia main n selfie dengan quokka, sejenis binatang yang dikatakan hanya ada kat Rottnest Island je, tempat lain tada. Quokka ni dikatakan ada di merata-rata tempat kat pulau ni dan boleh selfie sama-sama kalau pandai caranya. So saya pun excited tunggu peluang nak bergambar dengan quokka tu, yang dengan lady tu je la yang ada setakat ni. Tapi tak sempat sebab bas pun sampai lepas tu. 

Dalam bas, kami pun mengagak tempat yang kami nak turun berdasarkan map. Satu round bas ada lebih kurang 14 stop. Kami plan nak berhenti kat tempat yang sesuai untuk swimming. Akhirnya kami turun kat stop Green Island. Tak ramai pun orang kat situ, selain kami ada satu family mat saleh. Airis n Ariq kami tukarkan dengan baju tido (hahaha pemalas betul, pakai baju tido je 😂😂). Walaupun agak sejuk, tapi budak-budak ni seronok mandi haha. Family mat saleh tu pun berendam. Saya setakat rendam kaki je la keh keh. Kami buat solat jamak kat area berbatu landai kat tepi pantai tu jugak. Ambik je wuduk pakai air laut, pastu bentang sejadah n pakai telekung, siap. Jangan demand nak surau kah kah kah. 



Seronok main kat taman

Burung yang mengintai peluang untuk zasssss makanan

Mengekori kami dengan harapan dapat makanan. Memang betul advice authority sini, jangan bagi makanan. Sebab kawan-kawan dia akan datang dan jadi agresif. 

Beratur naik bas

Our stop named Green Island...breathtaking views kan

Cun warna air laut dia kan

Setelah dalam 30 minit spend masa kat Green Island stop, kami pun bergerak ke bus stop. Dalam 15 minit baru bas sampai. Mmm plan asal nak turun kat satu lagi stop, tapi lepas tengok timing, macam tak sempat je. Feri balik ke Fremantle akan bergerak dalam lebih kurang 40 minit lagi. Dalam bas, budak-budak terlena. Penat sangat la tu. 

Bila otw ke jeti, baru la terserempak dengan quokka lagi. Tu pun kena tunggu turn jugak sebab ada orang lain tengah bergambar. Beberapa attempt untuk wefie dengan quokka tak menjadi. Memandangkan masa dah suntuk, terpaksa berpuas hati dengan hasil yang ada. Takpa la syukur la dari langsung takde kan. 

Dalam perjalanan pulang ke Fremantle, alhamdulillah laut tak bergelora, so feri pun tak terlambung-lambung macam pagi tadi. Staf feri pulak bagi petua, kalau nak kurangkan rasa mabuk laut, duduk kat bahagian paling belakang feri n tingkat bawah. 



Aksi apakah ini? hahahah

Terlena dibuatnya ya

Dalam banyak-banyak cobaan, ni la yang dikira paling berjaya..uhuhuu

Memang cantik Wadjemup ni, sayang tak sempat nak explore lebih. 

Sesampai di Fremantle, kami singgah di Rainbow Container, salah sebuah landmark yang famous di sini. Habis bergambar di situ, kami pun drive pulang ke Perth. Tak singgah tempat lain dah sebab trip ke Rottnest Island pun dah cukup memenatkan hahah.

Signage ke Rainbow Container


Syok berlarian di padang rumput yang menghijau

Kemain posing haha


Bila sampai di apartment, baru perasan jiran depan ni ada pokok lemon. Jakun first time tengok pokok lemon haha

Our dinner alhamdulillah
Okay, selesailah untuk hari ketiga. Wish me luck for entry hari-hari seterusnya ya kih kih kih.

No comments:

Post a Comment