#thisiswhywetravel

Monday 25 March 2019

Perth 2018 : Day 4



14 Ogos 2018 (Selasa)
The Pinnacles Desert, Lancelin Sand Dunes


Hari ni kami keluar dari apartmen awal sikit sebab tempat yang nak dilawat hari ni jauh dalam 200km, iaitu The Pinnacles Desert n Lancelin Sand Dunes (about halfway antara the Pinnacles dan Perth). Pagi-pagi lagi Mala dah masak nasi goreng kicap telur untuk budak-budak sebagai bekal makan tengahari. Untuk orang dewasa, kami takde bekal sebab planning nak makan kat the Lobster Shack yang dikatakan popular antara pelancong Malaysia. 

Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam dan dalam jam 11.00am, sampai la kami di the Pinnacles Desert. The Pinnacles Desert  terletak dalam Nambung National Park, Cervantes,Western Australia. Perjalanan yang menggunakan Indian Ocean Drive banyak view yang cantik. Sekali sekala especially bila masuk daerah Nambung, nampak Lautan Hindi yang biru. Sand dunes dan kincir angin (yang moden punya bukan yang kayu macam kat Belanda haha) pun ada nampak juga sekali sekala. Tapi saya tak sempat nak snap gambar.


Antara gambar view yang diambil sepanjang perjalanan ke The Pinnacles Desert. Cuaca agak mendung masa ni

Tiba di the Pinnacles. Tengok Visitor Centre dulu

Kangaroo tipu pun jadi la ye. Haha. Belakang tu pelancong dari Malaysia, ramah diorang ni especially the wife

Fitri, pelancong dari Malaysia yang kami terjumpa tu bagitau yang diorang baru selesai tengok pinnacles dan advice kami supaya cepat-cepat pegi tengok sebab hari macam dah nak hujan. Tapi staf di Visitor Centre tu pulak bagitau kami, don't worry, from my experience, the weather will be better. True enough, the weather did get better after that. Yang tak berapa nice weather ialah wallet kami ๐Ÿ˜‚. Dalam visitor center tu ada kedai souvenir, sambil cari air untuk kasi basah tekak, kami beli juga souvenir dalam tu. My hubby beli snowball. Sekali bila nak bayar kat kaunter, harga dia 30AUD. nak kata tak jadi nak beli segan pulak. Haa tu la main pilih je tak tengok harga dulu hua hua. Harga dia mahal sikit sebab dalam snowball tu ada kepingan emas or gold flakes. Takpe la, mari la kita pi tengok batu-batu yang femes itu pulak. Otw ke tempat batu-batu or the pinnacles tu, sempat bergambar dengan Fitri n family. Dan jadi jakun bila ternampak kangaroo liar celah2 semak. Nak bergambar, tak dapek sebab malu2 kangaroo tu dan menghilang di sebalik semak.

Mala pun mala la jadi model. Budak-budak n hubby duduk dalam keta je diorang malas nak turun. Mommy je yang siok tengok batu๐Ÿ˜‚

Batu-batu kecik bersusun tu ialah sempadan kereta boleh lalu


Batu ni besar actually, almost 4 meter

One of my best try 


Gambar ni diambil dari viewpoint yang disediakan

Pemandangan dari sebelah satu lagi. Nampak Lautan Hindi di kawasan .

Okay, cukup la tengok batu-batu kapur di gurun. Next stop ialah Lobster Shack untuk makan tengahari. Saya mencari location the Lobster Shack dalam Google Maps. Macam hairan juga bila Maps tunjuk location tu di antara the Pinnacle dan Perth. Kalau ikut survey saya sebelum ni, Lobster Shack tu ke arah utara lagi, dekat daerah Cervantes. Tapi takpe la ikut ja la. Masa on the way tadi pun memang macam ada nampak signboard The Lobster Shack. 

Nak dijadikan cerita, kami ter miss tempat tu. Cubaan patah balik pun tak jumpa walaupun google Maps tunjuk tempat yang sama. Akhirmya kami decide cari je mana-mana kedai di Lancelin untuk isi perut yang dah lapar n jamak solat. Kami beli seafood goreng dan muffin di kafe kecik di pekan Lancelin yang jugak kecik n comel. Kami solat jamak di area playground, tak jauh dari public toilet. Ada nampak pondok kecik tapi macam agak terbuka so saya segan nak guna. Abis je solat, nampak ada pelancong Malaysia pun solat kat pondok tu. Hubby pun membebel kat saya sebab segan tak bertempat hahahaha. 
Menghala ke Lancelin

Tak jumpa wildlife hidup, just terjumpa bangkai kanggaru


Setelah selesai urusan wajib, kami pun buat aktviti next iaitu meluncur di sand dunes Lancelin. Kami sewa surfing board dekat orang yang buat servis sewa di tepi sand dunes tu je, takda booking kat mana-mana kedai macam yang disuggest dalam travel blog haha. Sewa satu board AUD12 if tak silap. Sewa satu je sebab Mala taknak main dan kami pun bukan reti sangat kih kih kih. Anyway, it was fun. Airis sangat enjoy. Ariq pulak takut sebab bunyi angin menderu di puncak sand dunes tu pun agak kuat. Dia n Mala duduk lepak dalam keta je lepas tu. Kami bertiga la yang melantak main. Ada juga pelancong Malaysia yang main sama. 

Get ready..tengok betapa tingginya puncak ni. Nampak laut di belakang n keta pun nampak kecik

Ariq yang menangis ketakutan



Weeeeee 


Sejenis seksaan untuk memanjat bukit sambil pegang board n dukung budak..hahaha

Ada gaya dah tu sayang hehe

Father and daughter gigih panjat bukit berulang kali demi keseronokan meluncur haha


C'mon anak mommy and dedi..u can do it! hahaha

Dah puas main pasir, kami pun balik ke Perth. Alhamdulillah sempat sampai sebelum gelap. 


Bergolok gadai u turn semata-mata nak ambil gambar road sign ni. Osman ialah nama manja my nephew hahahaha

Our dinner. Alhamdulillah


Yeay, selesai Day 4. Day 5 menyusul..sooooonnn. 

No comments:

Post a Comment