#thisiswhywetravel

Sunday 9 October 2016

Persediaan Trip ke New Zealand: An intro

Haloo...

Dah berapa lama takde entry baru dalam blog ni. Now kami baru selesai trip ke New Zealand,there is so much to share and update here. Honestly this was the most challenging trip ever..dari segi merancang sampai la bila dah travel. Hewhew. Tapi takpa akan saya gigihkn jua nak mencerita sikit demi sikit dlm blog ni. 😅

Preparation ke NZ ni bermula lebih kurang setahun lebih sebelum pergi,soon after selesai trip ke Jepun. Masa tu saya masih berdua dengan husband..then bila saya disahkan mengandung,planning tu masih on tapi bila minggu ke 10 preggy,disahkan kembar,terus batal plan..hahaha..kau mampu nak bawak dua baby travel jauh2? 😂 tapi lepas si kembar lahir, bila difikir2 dan ditimbang2...why not give it a try. Dan along the preparation, my mom,brother, n sister pun join. Juga kami plan dan prepare juga untuk bawa maid kami untuk tolong urus si kembar,tapi last minute dia tak dapat ikut. Apa dah jadi? Nanti la saya crita dalam entry lain..hua hua.


1.  Bila masa sesuai?

Untuk yg belum tau, New Zealand adalah sebuah negara 4 musim, cumanya disebabkan kedudukannya di Hemisfera Selatan, waktu musim2 dia terbalik dengan negara di Hemisfera Utara seperti United Kingdom, US, Jepun, Korea dll. Waktu musim2 di NZ:

Panas/ Summer: Disember - Februari
Luruh/ Autumn: Mac - Mei
Sejuk/ Winter: Jun - Ogos
Bunga/ Spring: Sept - Nov

Musim panas adalah peak season di NZ..jadi sila expect rate sewa accomodation, motorhome/ kereta akan lebih mahal sikit. Dan masa ni kebanyakan rakyat NZ pun akan bercuti, jadi kalau plan nak bercuti masa ni, kena book awal2. Julat suhu antara 21-32°C macam tu. Waktu siang lebih panjang daripada waktu malam so lebih banyak tempat2 boleh pegi dalam satu hari. Selain tu, anda mungkin masih ada peluang untuk enjoy kecantikan bunga lupin yang berkembang kalau melawat NZ pada bulan Disember.

Musim luruh pula antara musim yang paling cantik kata orang. Masa ni pokok2 jadi warna kuning, oren n merah. Suhu antara 18 - 25°C, just nice n cosy untuk jalan2. Waktu ni pun dikatakan kurang sibuk berbanding musim panas.


Musim sejuk..even less crowd except in Queenstown sebab Queenstown terkenal dengan aktiviti snow macam skiing n snowboarding. Suhu antara 0 - 10 kat South Island dan 10 - 15 kat North Island. Kalau waktu malam mungkin boleh cecah negatif di South Island. Salji or snow hampir takde di North Island kecuali di kawasan pergunungan..so kalau anda nak merasai winter wonderland yang berlatar salji memutih sila la datang ke South Island.



                                                Winter wonderlandddd...
                                               Pictures taken from Pixabay



Musim bunga, anda boleh enjoy cherry blossom or sakura blossom in early spring.iaitu timing yg saya n husband pilih utk ke NZ hari tu..kat Jepun hari tu tak dapat tengok sakura..so tengok kat NZ la hehe. Tapi sakura blossom cuma dalam tempoh 2 minggu je..start lebih awal di utara then menganjur ke selatan. Jadi jika anda nak tengok sakura, waktu sesuai ialah mid to end of Sept. Early spring (bulan Sept) juga boleh ski di kawasan pergunungan tertentu. Tapi early spring masih tak banyak bunga2 yang dah mekar..kalau nak tengok bunga lupin yang famous tu kena la plan datang masa bulan November. Tapi bulan Oktober pun dah banyak bunga-bunga cinta..haha. oh ye, suhu antara 7 - 16°C kat South Island dan 14 - 18° C kat North Island.
Sakura blosssoming..again in Arrowtown..haha


Bunga lupins melatari Church of Good Shepherd di Lake Tekapo. Bunga ni takde masa awal spring..ada daripada November hingga Disember/ Januari. Picture taken from Pixabay


So, tiap2 masa tu ada advantage dan disadvantage masing2..terpulang kat anda apa yang anda nak tengok..bajet, masa dan berapa orang yg akan join.


2.  Tempat2 best

New Zealand terbahagi kpd dua pulau utama, North Island dan South Island. Dua2 pulau ni memang best untuk dikunjungi, tapi macam ramai orang kata, South Island is the more gojes one..whewwww. MAS dan Air Asia pada masa ni cuma ada service ke Auckland yang terletak di North Island. Jadi kalau anda pilih airline2 ni, memang North Island kena masuk dalam itinerary la. North Island banyak padang2 rumput yang luas dan hijau..lembu2 bersepah di mana2..kambing biri2 pun banyak tapi pengalaman saya aritu, lembu lg banyak..haha. South Island pula banyak kawasan bergunung ganang dan tasik2 yang tersangat cantik. Secara general, ni tempat2 yang popular untuk dilawati di North n South Island. 


New Zealand yang terbahagi kepada North dan South Island. New Zealand ialah negara paling terpencil di dunia dari segi geografi. Jiran Australia pun 2000km jarak.



Tempat2 popular di North Island


North Island:

      Auckland

Bandar tepi laut dan paling besar n paling ramai penduduk di NZ. Tapi bukan ibu negara. Bagi saya, Auckland ialah just another typical bandar omputih. Antara tempat2 popular kat sini (just to name a few) saya listkan di bawah ni ye. Tak semua tempat ni kami pegi..saya just listkan je.


Sky Tower: Menara paling tinggi kat Hemisfera Selatan. Terletak kat tengah2 bandaraya. Tiket masuk dalam NZD32 or RM100.

Wyndyard Quarter/ Viaduct Basin: Kapal-kapal layar or yacht berlabuh kat sini. Juga dalam kawasan tengah2 bandaraya.

One Tree Hill: lookout point yang terletak dalam Cornwall Park. From here u can see the whole Auckland. Kira macam alternatif untuk Sky Tower tapi free..keh3..but of course view kat Sky Tower lagi ohsem. Tempat ni dalam kawasan suburb.

Mission Bay: kawasan pantai yang ada orang kata cantik, ada juga blogger kita yg kutuk x cantik..haha..saya xtau, tak sempat pegi. Dalam 15 min je drive dpd tengah2 Auckland.

Auckland Domain: Taman paling tua dan antara yang terbesar di Auckland.

Auckland War Memorial: terletak dalam kawasan Auckland Domain.

Kelly Tarlton Sealife Aquarium: terletak dalam area Mission Bay. Tiket masuk walk in dalam 39NZD utk dewasa dan 22NZD utk kanak2. Online special prices ada..refer Sini je la untuk details tiket n pakej..penat nak taip sebijik2 :p.

Queen Street: Jalan paling famous kat Auckland. Juga dikatakan tempat paling murah kalau nak cari souvenir kat sini. My experience: hampehhhhhh..murah lagi kat Arrowtown. My advice: kalau jumpa souvenir key chain NZD10 utk 10 key chain anywhere, just take it.

Waiheke Island: Pulau yang terletak berhampiran dengan Auckland. Naik feri daripada Wynyard Quarter atau Half Moon Bay. Duration naik feri lebih kurang 45 minit sehala. Berdasarkan gambar-gambar dari internet, pulau ni nampak gorgeous. Wine tours pun popular kat sini..untuk makluman non-muslim saje ye hehe.


One Tree Hill di Cornwall Park. Lookout point untuk melihat Auckland view 360 darjah.

Auckland City Center at night with Sky Tower in background

Viaduct Harbour
Picture taken from Pixabay

Waiheke Island
Picture taken from Pixabay

    Hobbiton Movie Set, Matamata

Salah satu tempat di mana penggambaran filem Lord of The Rings dibuat. Ini memang tempat wajib kalau ke North Island. Walaupun anda bukan peminat Lord of The Rings (saya pun bukan..keh keh keh), tempat ni seriously sangat cantik dan unik, cuma harga tiket dia boleh tahan mahal..NZD79 untuk sorang dewasa. Setau saya takde offer online price..huhu..dan elok booking awal online..tempat dia selalu fully booked. Oh ya, tempat ni terletak kira-kira 2 jam lebih atau 164km daripada Auckland.


Perkampungan Hobbiton yg comel n aman..ikan2 yg bergantung tu freshly caught from the pond..ok tipu je..hahaha..tu plastik je

Laman depan Hobbiton Movie Set ni pun dah cantik...huhu

    Hamilton

Daerah yang terletak dalam 150km daripada Auckland. Kalau balik ke Auckland daripada Matamata boleh la singgah sini. Ada masjid yang selesa untuk solat jamak selepas melawat Hobbiton Movie Set. Kalau nak melawat Hamilton Gardens masa early spring macam saya hari tu ok jugak la tapi rasa regret tu tetap ada..bunga-bunga banyak yang belum bloom lagi.


Tudor Garden, salah satu daripada banyak garden yang terdapat di Hamilton Garden

Hamilton yang tenang dan cantik

    Rotorua

Daerah yang terletak dalam 230km atau 3 jam dari Auckland. Tempat ni terkenal dengan aktiviti geothermal (kolam air panas menggelegak, geyser, kolam lumpur menggelegak etc..) dan budaya kaum Maori. Tempat-tempat tarikan utama ialah Lake Rotorua (free jer), Government Garden (free jer), Tamaki Maori Village (berbayar), Te Puia Whakarewarewa Valley (berbayar). Dalam Te Puia ni juga ada Pohutu Geyser yang meletus lebih kurang 20 kali sehari. Details tentang Te Puia ni boleh refer http://www.tepuia.com/. Kalau nak enjoy geothermal thingy ni kat tempat-tempat yang free pun ada. Rujuk sini untuk list natural kolam air panas yang free dan sini untuk aktiviti-aktiviti free yang lain.


Kolam menggelegak di Rotorua..tak pasti pula exact location.
Picture taken from Pixabay



     Lake Taupo

Terletak 80km ke selatan Rotorua. Tasik ni merupakan tasik terbesar di NZ. Banyak aktiviti boleh buat kat sini including skiing di Mount Ruapehu yang berhampiran. Water activities dan skydive pun ada.




     Waitomo Glowworm Cave

Kalau kita kat Malaysia ada kelip2..kat Waitomo Glowworm Cave ni pulak ada cacing yang bercahaya dalam gelap. Tempat ni lebih kurang 150km ke timur Rotorua.





     Wellington

Ni la ibu negara NZ. Tempat2 tourist kat sini termasuk Kelburn Hill, Museum of New Zealand, Zoo dan Botanic Garden.

Okey, sekarang kita jenguk ke South Island pulak. I strongly recommend sapa yang nak melancong ke NZ mesti includekan South Island. 



South Island:


     Christchurch

Walaupun pernah dilanda gempa bumi tahun 2011 dan bandar ni belum pulih akibat gempa tu, pelancong masih ramai berkunjung. Christchurch juga antara bandar yang jadi international landing place terutamanya dari Australia. Banyak trip motorhome or campervan di South Island bermula or berakhir di sini.


Beautiful landscape of Christchurch
Picture taken from Pixabay


     Lake Tekapo

Tasik ni sangat cantikkk kata orang. Warna turquoise. Sini juga merupakan a good spot untuk stargazing atau tengok ribuan bintang bergemerlapan di waktu malam..kalau takde awan la. Tepi tasik ni juga antara tempat kat mana boleh tengok bunga lupin tumbuh dengan banyaknya. Tapi takde bandar di tepi tasik ni. Ada penginapan je la kalau nak bermalam.
Lake Tekapo berlatarbelakangkan Mount Cook
Picture taken from Pixabay

Lake Tekapo dengan bunga lupins dan Church Of Good Shepherd..ruginya tak dapat singgah hari tu..takpa la next trip inshaa Allah :p
Picture taken from Pixabay
     Lake Pukaki


Tasik ni pun warna turquoise juga disebabkan lantainya berasal daripada glacier. Dalam 45km ja daripada Lake Tekapo


Subhanallah..cantik sungguh kan warna turquoise dia?
Picture taken from Pixabay


    Mount Cook/ Aoraki

Gunung tertinggi di NZ. Ada yang buat day trip je ke kaki gunung ni dan ada juga yang bermalam. Ada beberapa accommodation terdapat di situ.


Macam lukisan kan?
Picture taken from Pixabay

    Queenstown

Loveee this place. Kecantikan yang tak terungkap dengan kata-kata. Terletak di tepi Tasik Wakatipu yang wa sumpah tak tipu cantiknya..hahaahah..gunung The Remarkables yang melatari tasik ni juga menjadikan pemandangannya picture perfect. Banyak tempat attractions kat sini, skiing masa winter n early spring, bungy jumping, rafting kat Shotover River, the list goes on. Oleh sebab tu ramai pelancong yang stay lama sikit kat sini. 


Lovely Queenstown viewed from Queenstown Hill




    Arrowtown

Bandar kecik yang ada deret kedai ala2 zaman koboi. Lebih kurang 20km je daripada Queenstown. Tempat ni terkenal dengan perlombongan emas masa dulu. Sekarang pun di kedai souvenir sana ada jual souvenir yang berasaskan emas..rugi lak rasanya bila tak beli aritu..kih kih..kat tempat lain takde jual. 






     Glenorchy

Pekan yang sangat kecik je dan 45km daripada Queenstown. Perjalanan dari Queenstown ke Glenorchy menyusuri tepi Tasik Wakatipu dan sepanjang-panjang perjalanan pemandangannya superb..kata orang antara most scenic drive in the world. Glenorchy juga antara lokasi penggambaran filem Lord of the Rings. Atas sikit daripada Glenorchy ada tempat nama Paradise yang juga merupakan sebahagian daripada lokasi penggambaran filem LOTR. Tapi takde jalan proper ke tempat ni.






Pemandangan ohsem macam ni ada kat hampir sepanjang perjalanan Queenstown-Glenorchy


    Te Anau

Tasik dan pekan kecik yang sering jadi persinggahan on the way ke Milford Sound. Nak isi minyak pun di sini sebab kat Milford Sound takda stesen minyak.


     Milford Sound

Fiordland atau kawasan pinggir laut yang dikelilingi gunung ganang..gitu la lebih kurang..keh keh. Untuk menikmati keindahannya kena naik cruise. Ada beberapa company yang offer this service antaranya Jucy Cruise dan Southern Discoveries. Harga tiket untuk waktu pagi biasanya lagi murah daripada waktu tengahari. Kalau dari Queenstown akan ambil masa 3-4 jam untuk sampai, jadi anda kena arrange timing la. Kalau nak ambil cruise waktu pagi kena la bermalam kat Milford Sound atau Te Anau. Selain tu, ada juga day tour naik bas dari Queenstown dan return. Kalau nak drive sendiri, take note that anda akan lalu terowong single lane yang bernama Homer Tunnel. Kata orang, driving dalam tunnel tu dan sebahagian jalan lain ke Milford Sound ni mencabar. 




     Dunedin

Bandar yang cantik dan rich in nature too. Tarikan utama kat sini ialah Kilang Cadbury dan Dunedin Railway Station.



     Invercargill

Bandar kecik, tetapi lokasinya antara yang paling selatan di NZ. Jadi ada juga yang masukkan tempat ni dalam itinerary..kiranya dah jelajah sampai ke selatan NZ la.


     Wanaka

Bandar kecik yang terletak dalam 70km daripada Queenstown. Kat sini ada Tasik Wanaka yang cantik juga..hurm pendek kata almost semua tasik kat NZ ni lawa-lawa. Kat sini juga ada attraction Puzzling World yang menarik..anda boleh main dan experience macam2 bentuk puzzling things kat sini. Berhampiran Wanaka juga ada Lake Hawea yang selalu juga jadi tarikan pelancong, dalam 12 km daripada Wanaka.




Puzzling World Wanaka

Glendhu Bay,Wanaka..otw ke Treble Cone. Ambik gambar ni dalam moving car..tapi view tetal ohsem


     Cromwell

Tempat ni popular dengan hasil buah-buahan. Dalam 50km daripada Queenstown. Real fruit ice cream adalah item must try.


     Franz Josef

Berbanding dengan kebanyakan tempat yang dilistkan tadi, Franz Josef terletak kat Pantai Timur Pulau Selatan. Selain daripada pemandangan cantik, tempat ni popular untuk tengok glacier. 



Again, list ni cumalah sebahagian jer tempat-tempat yang menarik dan sering disinggahi pelancong. Kalau nak senaraikan semua memang boleh jadi ensaiklopedia..hahaha.

Macam saya mention tadi, tak semua tempat ni kami cover. Dulu sebelum pregnant saya plan buat road trip daripada Christchurch sampai ke Milford Sound dan berakhir di Queenstown then naik flight ke Auckland. Lepas tu bila ada 2 baby, road trip jauh2 dibatalkan dan oleh itu banyak le tempat yang digugurkan dari senarai untuk takmau padat sangat..sob sob..latest itinerary kami sebelum berlepas ialah:

Day 1:
KL - Auckland

Day 2:
Hobbiton Movie Set

Day 3:
Auckland - Queenstown - Wanaka

Day 4:
Wanaka - Arrowtown - Queenstown

Day 5:
Queenstown Skyline
Queenstown - Glenorchy - Queenstown

Day 6:
The Remarkables/ Coronet Peak

Day 7:
Queenstown - Auckland

Day 8:
Auckland - KL

Bila hari kejadian pun ada perubahan skit pada itinerary ni..haha. 

Erk...panjang dah entry nih..belum lagi masuk bab accommodation, transportation bla3..haha..next entry la saya sambung oke..semoga diriku berjaya abiskan semua entry untuk NZ ni..hahaha


















24 comments:

  1. thanks for sharing. Membuak2 rasa mnk jejak kaki. sis boleh minta shre iti @ nishaeiman@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. trima kasih juga sudi jenguk ke blog saya. ok nanti saya emailkan

      Delete
    2. boleh minta share iti juga @ thurayamj@gmail.com

      Delete
  2. share iti juga @ intanzirwani@ggmail.com

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing.. xsbar nk pegi.. nk tya.. brapa hari ckup utk cover north & south island. NZ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga sudi jenguk blog saya. Wah susah nak jawab soalan tu sebab bergantung kepada tempat2 tarikan yang ingin dilawat. Huhu. Biasa orang pegi dalam 10-14 hari untuk cover tempat2 menarik utama di north n south. Kalau mat saleh, 2 3 bulan pun hado hahah

      Delete
    2. Nk iti jugak pleaseee .. suhaidasadiran@gmail.com .. tqqq

      Delete
    3. Nk iti jugak pleaseee .. suhaidasadiran@gmail.com .. tqqq

      Delete
  4. thanks for sharing. sis boleh minta shre iti dan budget (banos_82@yahoo.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. terima kasih juga sebab sudi jenguk blog saya. dah emel dah. sorry lambat..baru buka blog ni haha

      Delete
  5. Salam sis. Sy plan nak ke NZ next year. Mohon sis emailkan itinery boleh? nurasma85@yahoo.com

    Thanks in advance ye sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. terima kasih juga sebab sudi jenguk blog saya. dah emel dah. sorry lambat..baru buka blog ni haha

      Delete
  6. Sis..thanks share byk info..boleh x nak minx emailkan itinery untuk rujukan?n.ezyanijasni90@gmail.com..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sangat2 lambat. baru je emelkan. harap2 belum basi lagi hahaha

      Delete
  7. Share pada saya juga ye sis (sitihilda@yahoo.com). Tq so much��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sangat2 lambat. baru je emelkan. harap2 belum basi lagi hahahha

      Delete
  8. salam sis. boleh email iti untuk rujukan saya? fatiniismail463@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt..dah emel. harap membantu ya

      Delete
  9. Salam sis, bole share info itinerari noramins@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt..dah email. harap membantu ya

      Delete
  10. Hai.. best baca blog sis.. nak itinerari n bajet boleh tak? tqvm

    ReplyDelete
  11. Hi sis, best baca and info nice sgt senang faham dan tersusun elok hehe. blh share itinerari ke email sy? shuhadahrazak.sr@gmail.com

    ReplyDelete