#thisiswhywetravel

Tuesday 25 October 2016

Persediaan Trip to New Zealand Part 3: Makanan, Tiket Attractions dan Lain-lain

Salam dan helloooo..

Harap2 crita pasal persediaan trip NZ ni boleh abis kat entry ni. Tq juga pada anda semua yang sudi keep up sampai entry ni..hahaha.

6.    Makanan

Sebut pasal NZ, semua orang terbayang susu lembunya yang dikatakan paling fresh dan bersih tu kan. Atas sebab tu, pihak authority NZ sungguh-sungguh cuba maintain high standard dairy produk dan makanan diorang yang lain daripada tercemar dengan produk2 or bahan2 yang tak bersih atau 'berpenyakit' daripada negara luar. Diorang sebut ni sebagai 'biosecurity'.

Dalam flight ke Auckland pun, ada video special yang mengingatkan pengunjung ke NZ tentang makanan dan bahan-bahan yang tak boleh bawak ke NZ. Jadi sila ambik serius bab ni ye.

Tips tentang makanan:


  • Sediakan list lengkap makanan yg anda bawa. Kalau letak gambar makanan tu lagi bagus.
  • Letak semua makanan dalam satu beg untuk mudahkan pihak kastam NZ buat inspection jika diorang mahu.
  • Kalau anda terbawa makanan yang dilarang,isytihar dan buang di tempat2 yang dikhaskan. Jangan nak cuba2 nasib nak seludup. Diorang ada anjing pengesan kat airport. Kalau kantoi,denda NZD400.
  • Makanan mentah kering macam beras better beli je kat NZ. 
  • Pasaraya macam Pak n Save dan Foursquare ada jual ayam halal. Sebelum ni saya baca di blog2,banyak yang kata ayam jenama Brinks yang halal tapi kami tak jumpa pula hari tu. Tapi ada brand lain yang halal iaitu Tegel. 
  • Kalau nak makan di luar,kedai makanan halal yang banyak di seluruh NZ ialah Turkish Kebab. Di Auckland, kedai halal juga terdapat di International Food Court,Queen Street. Senarai kedai halal boleh rujuk https://www.zabihah.com/reg/uJt2QgpcxO
Makanan dan minuman yang biasanya boleh bawa ke NZ:

  • Rempah dalam bentuk serbuk
  • Serbuk teh or kopi
  • Makanan baby
  • Makanan dalam tin (kecuali ada daging ayam or lembu or kambing)
  • Mi segera
  • Paket nasik himpit (yang belum masak okeyyy)
  • Paket tepung cucur segera
  • Ikan bilis yang dipaketkan elok-elok
  • Sambal ikan bilis kering
  • Serbuk perasa makanan
  • Biskut
Makanan yang tak boleh bawa:
  • Makanan berasaskan susu dan produk susu macam cheese,coklat
  • Minuman milo or coklat 3-in-1
  • Makanan berasaskan ayam,daging (serunding pun tak boleh)
  • Rempah yang tak bentuk serbuk 
  • Buah2an
  • Sayur2an
  • Madu
  • Kekacang

Untuk makanan baby, saya bawak jenis serbuk2 je..serbuk beras perang, chicken stock for baby (alhamdulillah lepas sebab bentuk serbuk dan untuk baby kot hehehe) dan serbuk vege. Kat NZ kami beli baby food juga macam apple puree. 

Banyak lagi item makanan yang mungkin tak boleh lepas..ikut budi bicara pegawai kuarantin kat airport NZ tu juga la. Yang penting kena declare dalam arrival card. Untuk list n penerangan lengkap,bolehlah rujuk laman web Ministry Of Primary Industries NZ ni: recreation/arriving-in-new-zealand/items-to-declare/




              Makanan wajib n popular..hahaha

7.   Tiket tempat-tempat attractions


Hobbiton Movie Set: 



  • Untuk departure point daripada Matamata i-SITE atau The Shire's Rest Cafe, harga tiket sorang dewasa NZD79 (RM220)  (mahalll huhuhu), sorang kanak-kanak (9 - 16 tahun) NZD 39.50, bawah 5 tahun free with full paying adult
  • Untuk departure point daripada Rotorua, harga tiket sorang dewasa NZD114, sorang kanak-kanak umur 9 hingga 16 tahun NZD74.50 dan 0 hingga 8 tahun NZD35 untuk bayaran transportation.
  • Dinasihatkan beli online sebab khabarnya selalu penuh. Boleh beli di sini. Harga online sama dengan beli di kaunter.

Queenstown Skyline:

  • Kami beli on the spot je. Boleh book online tapi saya takut planning tak mengikut seperti yang dirancang. So beli masa kat sana je. Kami beli tiket gondola return with 2 luge rides NZD47 sorang. Ada yang tak naik luge, harga tiket NZD33 per person adult. 
  • Ada macam-macam pakej. Stargazing, Kiwi Haka, Dinner bla3..boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut dan pilihan :-D

Puzzling World:
  • Yang ni pun kami beli on the spot. Sebab yang sama, takut plan lari. Untuk Illusion room dan maze, harga dia NZD20 sorang dewasa. Kalau salah satu je, NZD16. 

Kalau nak dapatkan harga diskaun untuk tempat2 attractions di NZ, anda boleh cuba browse website Bookme. Macam ala-ala Groupon gitu. Diskaun dia memang menarik sampai ada 99%. Aktviti atau tempat2 yang popular termasukla pakej ski, Puzzling World, cruise di Milford Sound, skydive di Wanaka, bungy jumping, dan macam-macam lagi la. Tapi biasanya slot2 diskaun ni terhad dan ada syarat tertentu. Kalau kena dengan planning dan timing anda, jimat banyak :-).

Kadang-kadang company kereta sewa dan hotel pun ada offer pakej tempat-tempat attractions dengan harga diskaun. Contohnya, kami dapat 1 lift pass for free untuk ski kat Treble Cone Wanaka bila sewa kereta dengan Jucy Rentals. Lift pass tu boleh share antara ahli group. 


8.   Visa & Passport


Untuk Malaysians, tiada visa diperlukan kalau nak melancong biasa-biasa dan tak lebih tiga bulan. Tapi kalau ada singgah di Australia yang lebih beberapa jam, then you need to obtain visa from Australia. Macam mama dan adik-adik saya hari tu, tak perlu visa sebab transit di Gold Coast dalam sejam lebih je. 

Untuk Indonesians, visa sememangnya perlu. Saya sibuk urus maid saya punya renewal passport dan visa pekerja tapi tak terfikir pasal visa ke NZ, Sehari sebelum baru la teringat. Terkocoh-kocoh browse internet dan naaa memang Indonesians kena mohon visa. Nak mohon dan proses biasanya seminggu ke tiga minggu katanye. Puas call sana sini untuk try alternatif lain termasuk la visa on arrival tapi tak berjaya. Sudahnya terpaksa tinggalkan maid kat Malaysia. Kami-kami je la yang jaga twinnies..huhu. Nasib baik travel group ramai. Expensiveee lesson for us. 

Passport pulak macam biasa la kena valid at least 6 bulan masa tarikh pergi. Sekarang bayaran untuk passport dah lebih murah, RM200 untuk tempoh 5 tahun.


9.    Pakaian

Kami travel ke sana ketika awal musim bunga (10-18 Sept 2016). Kalau ikutkan website Accuweather sebelum kami travel, suhu masa tarikh-tarikh tu around 15 Celcius di North Island dan 3 hingga 10 Celcius di South Island. Mengenangkan sejuk kat Jopun dulu, kami pun beria la beli thermal wear, muffler, sweater, gloves, stokin tebal, dan jaket tebal untuk suhu di South Island. Kalau North Island, cukup dengan sweater je. Bila sampai sana, suhu average rupa-rupanya dalam 18-23 Celcius kat North dan South Island. Sabar je la. muffler dan glove tak guna langsung, Tapi kat Queenstown Hill dan Treble Cone Wanaka memang sejuk. Time tu terlupa dah nak bawak glove dan muffler.

Untuk our twinnies, kami beli long johns untuk baby 2 pasang sorang. Macam ala-ala baju tidur, Beli kat Goin Places dengan harga RM50 sepasang. Kat Goin Places KK ni je yang ada pilihan untuk baju sejuk budak-budak. Universal Traveller, Travel for All di shopping-shopping mall kat KK ni takde baju sejuk budak-budak. Saya juga ada beli animal shaped sweaters for baby online kat Lazada. Shipped from China katanya. RM50 sepasang. Memang sangat puas hati. Selalu pakai masa travel di NZ dan sangattt cute..hehehe. Baby boy saya pakai baju rimau, baby girl saya pakai baju rabbit.



Aummmmm..hehe



Long john yang macam baju tido. Almost hari2 diorang pakai..haha


 10. Currency exchange

Macam entry saya tentang persediaan trip ke Jepun (refer sini), kena sentiasa perhatikan kadar naik turun rate RM dengan NZD kat internet. Tapi kali ni saya tak selalu monitor sebab sibuk dengan hal-hal lain. Bila dah dalam sebulan lagi nak pergi, baru perasan yang currency RM ni makin drop againsr NZ. Tapi takde masa pulak nak terus pegi tukar duit. By the time saya tukar, rate masa tu RM3 for 1 NZD. Sebelum ni Wisma Merdeka Kota Kinabalu dikatakan tempat paling murah nak tukar foreign currency,, tapi sekarang saya dapati rate diorang sekarang pun dah lebih kurang je dengan tempat lain. Paling murah saya pernah jumpa ialah di 1Borneo. Tapi selalu takde stok duit NZ. Huhuh. Sama juga keadaannya di Wisma Merdeka. Sudahnya, saya dan hubby tukar je duit kat tempat yang ada stok.


11.  Dokumen-dokumen

Tempahan accommodation, sewa kereta,tiket online etc sila simpan dalam satu folder. Senang nak cari n refer. Untuk tempahan accommodation menggunakan Booking.com dan Agoda,boleh juga simpan pengesahan tempahan kat email dan juga app.


12.  Adapter

NZ punya plug lain daripada Malaysia, jadi kena bawak adapter ye. Kalo lupa,kat airport Auckland ada banyak dijual. Sorang satu ye untuk mengelakkan rebut-rebutan..hahaha.


13.  Wifi dan simkad

Masa di airport, kami beli simkad NZ Spark dengan harga NZD49,data 5GB. 


14. Ubat-ubatan

Siapa yang tengah on medication tu jangan lupa ye bawa ubat2 anda sekali. Buat juga list ubat-ubatan yang dibawa.

15. Insurans/ takaful dan perbelanjaan perubatan

Untuk flight maybe anda dah masukkan sekali insurans dalam harga tiket flight. Tapi semasa di negara orang, perlu juga ada persediaan untuk kecemasan. Check dengan ejen insurans or takaful anda tentang polisi insurans anda di luar negara. Kos perubatan kat NZ mahal untuk foreigners..sob sob..so sediakan bajet atau readykan kad kredit untuk hal2 medical. 


Saya rasa cukup dah perkongsian persediaan trip ke NZ. Memang banyak benda nak kena fikir dan atur,kalau malas pakai je la travel agent hahaha. Tapi I can assure you,NZ is indeed a paradise on earth..berbaloi bersusah payah plan dan spend..haha. 

Happy planning :-)

#newzealand
#vacation












No comments:

Post a Comment