#thisiswhywetravel

Wednesday 19 October 2016

Persediaan Trip ke New Zealand: Part 2: Tiket flight, Accommodation & Transportation

Salam dan hellooo..


Orait..lepas habis bab tempat2 best di entry yg pertama utk trip ke NZ ni, kita tengok bab2 lain pulak ye (rasa macam tengah mengajar sambil rujuk buku teks pulak :p).

3.  Tiket flight

KL - Auckland:

Mmmmm...yang ini pun sama macam trip ke London n Paris dulu, kami guna Enrich points dan oleh tu naik MAS. Kami bayar tax dan infants punya tiket je..(je?? Boleh tahan mahal gak sebenarnya huhuhu). Mama dan adik2 saya pula guna flight Air Asia sebab lebih sesuai dan diorang join terkemudian. Flight menggunakan MAS adalah direct dari KLIA ke Auckland. Manakala Air Asia ada singgah sekejap di Gold Coast,Australia dan tak la lama sangat.

Selain dua airline ni, ada juga airline lain yang ke Auckland or bandar-bandar lain di NZ. Search saja di Skyscanner atau Google Flight, tapi takde yang direct KL-NZ la. Semuanya akan singgah di bandar2 di Australia.

Tak kisah airline apa pun, kalau boleh dan mampu ambik la apa2 tambahan yang boleh menambah keselesaan anda sebelum atau semasa dalam flight. Flight direct KL-NZ ambil masa hampir 10 jam..apatah lagi yg transit pasti la akan ambil masa lebih lama. Macam Air Asia, ada pakej Premium Flex yang include all kind of hot seats, dua kali tukar masa/ tarikh flight jika mahu, 1 meal, baggage 20kg dan priority boarding. Harga pakej ni (on top of base ticket price ye bukan include harga base tiket tu) RM250 one way. For me, that's quite a good deal. Kalau tak ambik pakej ni pun bayar mahal gak utk add luggage dan hot seat secara berasingan. Hot seat yang best je dah harga RM220..huhu. Harga base pulak? Saya booking tiket lebih kurang sebulan sebelum tarikh fly dan dapat harga RM2100 seorang return.




Business class MAS dari Auckland ke KL



Hot seat yang ada extra legroom..memang membantu untuk lebih selesa


Auckland - Queenstown - Auckland

Disebabkan tak buat road trip jauh2..kami decide ambil flight domestik dari Auckland ke Queenstown dan return. Domestic flights in NZ are served by Air New Zealand dan Jetstar. Orang kata Jetstar ni macam Air Asia, no frill airlines. Air New Zealand ala2 MAS. Memandangkan kami bawak babies so kami pilih Air New Zealand. Beza harga pun tak banyak sangat. Base price Jetstar lagi murah tapi bila add luggage apa semua, murah skit je dpd Air New Zealand. Saya book lebih kurang 3 bulan sebelum fly. Untuk 2 dewasa with 2 infants, luggage 23kg sorang harga dia NZD530 (RM1600) return total.



Walaupun ada pramugari Air New Zealand yang tak berapa nak muda, tapi diorang semua peramah..haha



Takde proper meal untuk flight Auckland - Queenstown n return..just cikedis dan air je.



4.    Accommodation

Macam biasa saya survey guna Tripadvisor dan diikuti dengan Booking.com, Agoda, Expedia dan beberapa lagi. Trivago yang glamer iklan dia tu pun sy survey jugak hahaha tapi takde la murah sangat rate dia. Saya juga ada survey Airbnb, website yang offer homestay option from various owners di seluruh dunia. Rasanya ni la antara part persediaan yang saya paling pening sekali. Sebab ubah itinerary banyak kali dan ada beberapa tempat selain jumlah travel group yang berubah..hewhew. Lepas book, cancel..jumpa yang lain, cancel lagi..book yg tu pulak..lepas tu cancel lagi..book balik..kih kih kih.

Secara overall, rate sewa yang ditawarkan oleh owner-owner rumah homestay di NZ takde la murah sangat..lebih kurang dengan rate hotel or apartmen service. Bila survey penginapan..ini ialah tip2 yang saya praktikkan:


  • Apply filter bila buat search, contohnya range harga, kemudahan macam dapur, mesin basuh or laundry facilities kat kawasan hotel, internet or wifi free. Kalau hotel or tempat penginapan tu ada dapur pun, kena tengok betul2 dapur tu betul2 dapur yang ada stove top or just table top with microvawe n sink. Kang nanti dah beria2 beli barang nak masak sebelum check in, bila tengok bilik nanti menangis tak berlagu je kalau takde tempat masak..huhu. Wifi pulak kalau berbayar, tengok rate dia berapa. Kalau free pulak, tengok whether dia free unlimited or ada had. 

  • Tengok jenis katil yang ada. Mungkin bagi sesetengah orang, hal ni tak penting sangat tapi untuk kami it matters..kami perlukan katil double yang besar..sebab tido berempat dengan babies.

  • Pilih yg offer Polisi pembatalan percuma up to certain days before arrival. Biar mahal skit daripada yg non refundable polisi sebab boleh cancel kalau jumpa offer or tempat yang lagi better,or ada tambahan orang yang nak join. Kalau polisi 'syarat khusus' tu kena tengok details dia..biasanya jika dibatalkan or tukar up to beberapa hari sebelum tarikh menginap,admin fee akan dikenakan. Kalau fee dia tu sikit je dan rasa x regret kalau kena bayar bila cancel or amend booking, saya book. Kalau sampai 25% daripada harga booking memang tak la. Huhu. 

  • Tengok polisi kanak2 or baby dan extra persons. Kebanyakan hotel bagi percuma untuk kanak2 or baby yang menggunakan katil sedia ada, ada yang bagi crib percuma ( tak applied untuk saya sebab anak2 saya takmau tido kat crib..huhuhu)..ada yang charge sikit je..ada yang mahal..untuk extra persons pun banyak hotel yang charge atau tak benarkan. My advice, better nyatakan bilangan sebenar jumlah tetamu yang nak menginap untuk elak sebarang masalah nanti.

  • Tengok review dan ratings daripada guest yang dah menginap. Kalau banyak sangat review negatif, saya tak pilih tempat tu. Kadang-kadang ada tips dan komen yang buat kita boleh berubah fikiran. Contohnya saya dah book Vila Del Lago untuk penginapan di Queenstown, tapi lepas tu baru terbaca review-review dia. Banyak yang kata kena turun naik banyak anak tangga untuk vila yang kat area betul2 tepi tasik. Saya terus decide nak tukar dan survey penginapan2 lain. Kalau travel dengan husband je bole la tahan..ni dengan 2 baby..nanti ada yang jadi hulk hogan..har har har :p

  • Tengok polisi bayaran pendahuluan. Ada yang 'prapembayaran tidak diperlukan..bayar di tempat penginapan'. Ada yang '100% daripada malam pertama mungkin akan dikenakan'. Biasanya saya tak kisah sangat kalau syarat dia macam ni asalkan dia juga ada polisi 'pembatalan percuma'..means kalau kita batalkan kemudian, duit tu dia akan pulangkan balik ke akaun bank kita. Ikut pengalaman saya, tempoh duit dimasukkan balik ke akaun adalah lebih kurang 5-8 hari lepas pembatalan. 

  • Ambil kira jarak penginapan tu daripada tempat2 yang kita nak lawat/ pegi. Selain tu, ambil kira juga faktor lain contohnya ada traffic jam ke tak kat kawasan tu, banyak tol ke, susah nak parking or parking mahal sangat ke..etc.

  • Kalau survey di website macam Tripadvisor, Booking.com dan yang sewaktu dengannya tu, compare juga harga hotel yang berkenan di hati tu dengan website asal hotel tu. Kadang-kadang harga kat website asal lagi murah. 

  • Terus book bila dah rasa okey, especially polisi pembatalan percuma. Sebab kalau lambat nanti mungkin dah fully booked or harga akan berubah lagi mahal nanti. Lepas tu teruskan carian selagi rajin..hahaha..kadang2 saya book 3,4 hotel/motel/apartmen sekaligus pada satu-satu masa..kih kih..lepas tu pastikan decide yang paling memuaskan hati dan JANGAN LUPA cancelkan booking yang lain sebelum tempoh pembatalan percuma dia tamat. 

Untuk Airbnb, ini ialah perkara2 yang saya discover:

  • Polisi pembatalan dia takde yang benar2 full refund. Kat Airbnb ada 3 jenis cancellation policy, Strict, Moderate dan Flexible. Kalau strict, 50% refund if cancellation dibuat at least seminggu sebelum tarikh penginapan. Moderate pula katanya boleh full refund kalau cancel at least 5 hari sebelum. Flexible pulak, full refund at least 1 day prior to arrival. But term 'full refund' tu maknanya include accommodation dan other fees selain Airbnb service fee. Airbnb service fee will never be refunded. Kalau harga total penginapan tu x besar takpe la sebab Airbnb service fee tu pun kecik, tapi kalau besar..terasa jugak wei huhu. 

  • Ada homestay dalam Airbnb ni yang not really 'entire place' is for the guests walaupun owner tu kategorikan sebagai 'entire home/ apartment'. Contohnya tempat tu 2 tingkat..tingkat bawah je yang untuk guests, tingkat atas tu owner tinggal but u have your own private entrance n garden. 

  • Ada homestay yang serupa juga dengan penginapan lain under company lain yang harga lagi murah. Eh, paham ke ni? Hehe. Macam ni, kat Airbnb saya jumpa ada satu apartmen 2 bilik di Queenstown dengan harga NZD360 (RM1,100) per night..untuk 3 malam campur fees lain yang mengarut2 tu total dia NZD1250 (RM3800). Pada masa yang sama, Luxury Lake Suites pun offer apartmen 3 bilik dengan harga yang sama dan total dalam NZD1131 (RM3,400) je. Mula2 saya tak perasan, tapi bila compare gambar2 dia, baru notice yang kedua2 jenis apartmen ni dalam bangunan yang sama. Apartmen 2 bilik yang dalam Airbnb tu private owner, yang nama Luxury Lake Suites yang saya jumpa dalam Booking.com tu company yang punya. 
So, setakat ni saya belum betul2 guna service Airbnb..just pernah book n cancel je. Dan apa nama motel/apartmen yang finally saya pilih n stayed? Here they are:

Auckland 11-13 Sept: Epsom Motel

  • Lebih kurang 5km daripada central Auckland..tak jauh yet tak termasuk dalam highly congested traffic area
  • Tak perlu lalu central Auckland untuk ke Hobbiton Movie Set yang terletak di arah selatan
  • Free parking tak macam di central Auckland
  • Harga paling murah (untuk kategori setara dengannya la..jgn compare dengan backpackers type pulak haha) lebih kurang RM1400 untuk 2 malam untuk 5 dewasa 2 baby
  • Ada proper kitchen, 2 bilik dengan extra bed di ruang tamu, ada laundry facilities. Bayar pakai coin.
  • Ni saya book 3 minggu sebelum tarikh stay. Kalau book lagi awal mungkin lebih banyak choice dan harga lagi murah huhuhu. 

Pekarangan Epsom Motel, Auckland.



Lupa nak snap gambar-gambar dalam bilik Epsom Motel ni..sempat ambik yg ni je


Wanaka 13 Sept: Alpine Motel
  • Harga lebih kurang RM700 untuk satu malam, 5 dewasa 2 baby
  • Dua bilik dengan extra bed di ruang tamu, proper kitchenette, free parking, free wifi
  • Ada laundry facilities. Bayar pakai coin. Tapi bila kat sana baru dapat tau, laundry dia cuma boleh guna start dari jam 10am. 
  • Dalam area pekan Wanaka. Wanaka ni kecik je heheheh.





Queenstown 14 - 17 Sept: Luxury Lake Suites
  • Kasi can la nak stay tempat lawa sikit..haha..
  • 3km daripada bandar Queenstown.
  • RM3,400 untuk 3 malam..3 bilik..5 orang dewasa 2 baby..free cancellation at least seminggu sebelum tarikh stay. Harga ni kira paling murah dalam kategori yang sama dengannya. Oaks Shores dan pivate owners lain pun dalam bangunan yang sama tapi harga lebih mahal. 
  • 3 bilik. Master bedroom sangat besar, ada own balcony menghadap Tasik Wakatipu, fridge and tea coffe choc making facilities. Each room ada bilik air sendiri. Second bedroom ada bath tub
  • Very spacious and deco sangat cantik
  • Balcony luas dan menghadap Tasik Wakatipu dan gunung The Remarkables
  • Remote control fireplace, kitchen yang sangat2 cantik dan lengkap siap ada island..lengkap dengan mesin cuci pinggan. 
  • Mesin basuh dan dryer disediakan sekali. Senang keje weh.
  • Daily cleaning service. 
  • Free parking, free wifi
  • A little drawback is that tempat check in dia bukan kat situ tapi kat Mantra Marina yang lebih kurang 3km. For us, not a problem.











Auckland 17 - 18 Sept: Tetra Waldorf Apartment
  • Dalam central Auckland
  • 17km daripada Airport 
  • Boleh jalan kaki ke Queen Street. Nak drive dalam central Auckland orang kata parking susah dan mahal
  • Parking NZD 35 per day. Tu pun bukan dalam bangunan yang sama tapi seberang jalan.  Need to reserve first. Amekaw.
  • Rate NZD310 (RM950) per night untuk 2 apartmen. Satu apartmen 1 bedroom, satu apartmen lagi 2 bedroom. Each apartmen ada proper kitchenette. 
  • Wifi free tapi limited 1GB je per stay. 





Whewww..panjangnya crita pasal accommodation..hahaha


5.  Transportation

Asalnya, motorhome atau caravan turut diconsider as mode of transportation. Ye lah, kaedah ini kan popular untuk pelancong di NZ. Tapi bila dah ada babies ni kami tak plan dah nak buat road trip jauh-jauh. Sikit-sikit je dah la sebab diorang bukan mau duduk lama2 dalam carseat...huhu. Nanti penat campur tension, dah tak enjoy travel. So kami sewa Estima je yang muat untuk 8 orang. Tapi untuk perjalanan dari Queenstown ke Wanaka dan dua hari selepasnya, saya tambah satu keta sedan kecik. Sebab kena bawak sekali luggage yang banyak..tak muat satu Estima. Rombongan kami 7 orang (asalnya 8 orang termasuk maid tapi last minute dia tak dapat ikut). Untuk kereta sewa, saya search for best quote menggunakan skyscanner. Based on experience, here are the tips and things to note:


  • Biasanya pakej harga basic ada Collision Damage Waiver, maksudnya kalau ada eksiden or damage kat kereta yang disewa, sebahagian kos akan ditanggung company kereta, sebahagian lagi ditanggung orang yang sewa kereta tu. Jumlah dia berbeza-beza. Contohnya if dia kata excess reduction NZD1500, maksudnya kita kena tanggung sampai NZD 1500 if berlaku eksiden or damage. Ada juga pakej yang offer zero excess maksudnya kalau ada eksiden yang bukan berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri or bukan orang lain yang drive, kos damage ditanggung sepenuhnya oleh company. Memang kena bayar lebih sikit tapi saya sangat recommend ambikla pakej yang zero excess ni. Kat negara orang ni kalau boleh tak payah la pening-pening kepala kalau jadi apa-apa. Ada juga pakej yang bagi kurang lagi excess dengan bayaran tertentu. 

  • Teliti semua syarat, harga dan apa yang included dalam tawaran or quotation sewa kereta. Kadang-kadang bila guna skyscanner ni memang la dia akan tunjuk harga paling murah tapi harga tu rupanya banyak tak include itu ini..bila total up jadi lagi mahal daripada harga company lain. Antara perkara yang nak kena tengok ialah:
          * Unlimited kilometers or not?
          * Cancellation policy
          *Surcharge location
          *Emergency roadside assistance included or 
            not? 
          *Local taxes
          *Kadar sewa aksesori or alat tambahan                      macam GPS, child carseat, snow chain etc

  • Kalau kita pilih pick up dan drop off kereta sewa kat airport, sebaik-baiknya pastikan company tu ada cawangan or kiosk kat airport. Macam yang saya terkena, saya pilih Atlaschoice, company international. Company ni sub kat local company iaitu Lucky Rentals di Auckland. Saya dah pilih untuk pick up and drop off kereta kat Auckland Airport. What happened is Lucky Rentals sediakan shuttle daripada airport ke office kereta sewa diorang dalam 10 minit daripada airport. Macam tu juga yang terjadi di Queenstown. Syarikat yang sama juga dipilih iaitu Atlaschoice. Kat Queenstown dia sub kat Scotties Car Rental. Leceh juga bila kena pegi office yang lain daripada airport ni. Kereta kecik yang saya book sebagai tambahan macam saya cakap awal tadi tu saya book kemudian daripada Atlaschoice. Saya book dengan company Jucy Rental under nama adik saya. Company ni ada kiosk kat Queenstown Airport, so adik saya uruskan borang booking kat sana je dan terus ambik keta.

  • Cara bayaran dengan Jucy Rental pun lagi senang compare dengan Atlaschoice. Atlashcoice punya proses payment macam renyah sikit compare dgn Jucy.

  • Lagi satu, saya book pakej gold which include zero excess tapi bila berurusan kat ofis Lucky Rental, diorang still minta extra payment utk dot zero excess ni. Kata diorang payment yg sy buat online sblm ni ialah utk Atlaschoice punya side. Cehhh mcm2 btul company2 ni..serius mmg kena ban lepas ni. Nasib baik staff Lucky Rental jenis sangat helpful.

  • Malaysian driving licence yang jenis baru,ada dwibahasa boleh pakai utk driving di NZ. 

Tentang driving di NZ pula,ni perlu diambil tahu ye:
♢ Penggunaan carseat untuk baby n kanak2 adalah wajib. 
♢ Patuhi hadlaju dan peraturan parking. Driving slow sangat pun tak boleh
♢Lorong memandu adalah sebelah kiri jalan macam kat Malaysia jugak.



Bila dapat keta,check siap2 body dia..kalau ada calar camni ambik gmbr siap2 as bukti kita mmg terima dlm keadaan mcm ni






How about public transportation? Kami takde guna public transport sepanjang di NZ. Based apa yang saya survey, teksi di NZ sangat mahal..jarak dekat2 pun minimum dalam 20NZD mcm tu. Bas dikatakan ok dari segi harga, kekerapan dan route yang dicover. Tren tak cover banyak tempat. 

Okeyyy..ingatkan boleh abiskan crita persediaan trip kat entry ni je..tapi yang ni pun dah berjela hahaha..ok,hadam yg ni dulu ye nanti hakak sambung episod 3..kih kih





No comments:

Post a Comment