#thisiswhywetravel

Saturday 5 November 2016

Bercuti ke New Zealand: Day 1 10 Sept 2016


Seawal pagi kami dah start siap2..flight KK ke KL pukul 2.35pm. Kawan hubby,Suharto hantar kami ke KKIA. Maid kami Mala pun ikut sekali. Sedih n rasa bersalah tul kat dia..dah excited betul dia sebelum ni..uhwaaa. Saspen nak jaga twinnies on our own pun ye jugak. Nasib baik ada pakngah,wanmama n cunk diorang sekali nanti. Flight syafiq a.k.a pakngah twinnies dari KK ke KL lewat sikit. 

Checklist pakai cermin almari je...hahah

Ada gaya nak pindah rumah tak?😂

Tq Suharto 

Lepak dulu sebelum boarding

Suka betul anak dara ni dengan cermin



Flight kami sampai di KLIA jam 5.30 petang. Sampai sana terus queue kat kaunter imigresen..pehhh panjang btul line. Airis my daughter elok diam tapi Ariq my boy jenis tak boleh diam..tepaksa la usung stroller dia pusing2 smentara tggu turn kami. Selesai imigresen kami lepak di lounge satelite. Tukar baju twinnies ke long john yg mcm baju tido tu. Tak sompek nak mandi dah. Dan akhirnya jam 10.30 malam flight kami ke Auckland take off. Masa ni mama n adik2 saya tengah tunggu flight diorg juga di KLIA2. 


Queue di imigresen yang panjang


Auckland kami datang!


Walaupun kelas bisnes,tak terasa mewah n excited sangat sbb sibuk melayan twinnies..somehow i managed to put both of them sleeping in my fully reclined seat. And slept between them. Well,lena dlm 2-3 jam je kot. Sakit badan huhu. Bila esoknya mmg pening2. Tak reti bersyukur btl kan,kalau duk ekonomi tak tau la camne😂. 


Kami selamat mendarat di Auckland jam 12.15 tghari waktu NZ setelah 10 jam dalam flight. NZ awal 4 jam daripada Malaysia. Orang kata kalau musim sejuk,beza 5 jam. Alhamdulillah kami tak menghadapi banyak masalah untuk lepas imigresen. Tapi tang kastam ni nervous sikit. Since dalam flight pihak NZ dah siap tayang video remind pasal biosecurity. Apa tu biosecurity? Sila la rujuk entry persediaan ke NZ saya yang ni ye. Kat airport Auckland tu pun bersepah reminder biosecurity. Anjing pengesan pun ada. Nasib baik officer kastam tu ok juga orangnya. Dia go through list makanan yang kami tunjuk kat dia,then tanya mana satu beg yang ada makanan, lepas tu bertanya tentang our twinnies. Katanya dia pun ada cucu sebaya twinnies. Lepas tu,kami pun lepas la. Eheh.



Kemudiannya kami beli simkad Spark dengan harga NZD49..5GB data. Lepas tu call company keta sewa untuk inform ketibaan kami. Masa buat booking di website, saya pilih pick up keta sewa di airport so saya assume company tu hantar keta sewa kami ke airport la. Tapi rupanya company tu sediakan shuttle van dari airport ke tempat company. So kami pun berurusan documentation sewa keta dan ambik Estima keta sewa jami di ofis company tu.



 Selesai semua urusan kami pun bertolak ke Epsom Motel, motel penginapan kami yang terletak kira-kira 13km daripada ofis company keta tu. Owner motel sendiri yang tolong check in,angkut beg2 ke bilik kami yang terletak di tingkat 1 dan tolong buka heater. Lepas rehat kejap n jamak zuhur n asar, husband saya pegi beli lunch cum dinner di kedai makan halal yang dekat je dengan motel kami, then pegi semula ke Auckland International Airport untuk pick up mama,Syafiq n Nani. 


Mama dan Nani transit di Gold Coast

Waiting outside Auckland International Airport


Malamnya mama,Syafiq n Nani pegi Pak n Save Royal Oak yang terletak 2km dpd motel untuk beli groceries sikit. Itu je la aktiviti untuk hari pertama di NZ. Planning itinerary nak jalan-jalan di One Tree Hill yang dekat dengan Epsom Motel ni tak kesampaian...haha. Oh ye,description tentang One Tree Hill ada di entry saya yang ni


Walaupun ada GPS dalam keta, Google Map juga yang dipakai..haha


Oklah..see you in next entry💕

Happy reading!

#newzealand
#vacation
#auckland




No comments:

Post a Comment