#thisiswhywetravel

Sunday, 8 November 2015

Bercuti ke London & Paris Winter Trip 2012 : Day 3

11 Disember 2012

Kensington Gardens/ Hyde Park, Kensington Palace, Buckingham Palace, Arsenal/ Emirates Stadium, Winter Wonderland

Setelah breakfast nasi goreng yang dimasak sendiri dan roti yang dibeli, kami memulakan sesi jalan-jalan kami macam biasa dengan menaiki tube. Beli travelcard dulu kat Kings Cross Station (Kings Cross station ialah salah satu stesen National Rail) dengan harga £8.40 seorang. Kalau tak silap, harga tiket ni boleh cover Zon 1 & 2 London. 


Sebelum naik tube ke Hyde Park/ Kensington Gardens, kami cari Platform 9 3/4 yang popular dalam movie Harry Potter tu..hehe..confident je pegi bahagian tren National Rail  dan masuk ke Platform 9. Pak guard kat situ macam tau je kami tengah cari platform 9 3/4,dia berteriak, "Hey,platform 9 3/4 is not here...go there" sambil tunjuk ke ruang legar dalam bangunan. Haha..kat situ ada satu sudut yang ada troli yang seolah-olah separuh daripadanya dah masuk ke dinding dan atas dinding tu ada signboard 'Platform 9 3/4'. Hehehe..tercapai jugak cita-cita nak cari Platform 9 3/4. Tapi kawan saya yang melancong ke London beberapa bulan lepas tu ambil tour khas Harry Potter movie dan pakej tour tu nampak lagi seronok..siap dibekalkan shawl macam dalam movie tu lagi. Sekarang pun ada beberapa pakej Harry Potter movie tour. 


Nak pegi Hogwarts School..sape nak ikut? 

Dah seronok bergambar kat situ kami pun naik tube Victoria line dan turun di Oxford Circus station untuk tukar ke Central line. Dari situ kami turun di Lancaster Gate station. Jalan kaki nak ke Kensington Gardens tapi tersesat pula ke Italian Gardens. Suhu sangat sejuk masa tu dalam 1 Celcius dan ada spots tu kelihatan frosty......beli hot chocolate dan sangatla nikmatnya minuman tu masa sejuk-sejuk ni. 




Round Pond depan Kensington Palace

Round Pond yang besar...tapi besar lagi The Serpentine dan Long Water berhampiran

Setelah puas lepak, kami jalan kaki ke Kensington Palace pula. Tak masuk dalam sebab nak kejar masa pegi Buckingham Palace pula. Yang ni pun hubby saya membebel kat saya sebab dia peminat Princess Diana, Kensington Palace tu tempat mendiang tinggal dulu hahaha. 




Depan Kensington Palace

Depan Kensington Palace juga

Kami naik tube Central line dan turun di Oxford Circus, lepas tu tukar ke Victoria line dan turun di Victoria Station. Bergegas-gegas kami mencari jalan ke Buckingham Palace sebab acara Changing of Guard nak mula dalam beberapa minit je lagi. Tapi disebabkan ada construction jalan, kami jadi keliru sikit. Tak dapat nak ikut betul-betul peta yang saya dah download sebelum tu. Tiba-tiba ada sorang lady yang baik hati bertanya kami nak ke mana dan dia pun tunjukkan arah. Akhirnya sampai juga kami ke Buckingham Palace. Ramai sangat pelancong dan takde good spot dah untuk tengok acara yang berlangsung 3-4 kali je seminggu tu. Boleh laaa jugak tengok walaupun berhimpit dan terlindung sikit pandangan. 


Sempat lagi posing walaupun terkejar-kejar nak tengok acara Changing of Guard

Acara sedang berlangsung

Bendera berkibar menandakan Queen Elizabeth ada di dalam. Sampai hati dia taknak jumpa kami yang datang dari jauh ni..haha
Posing tetap posing..haha

Dah selesai kat Buckingham Palace, kami menuju ke destinasi seterusnya..Malaysia Hall untuk lunch dan solat. Turun kat Queensbay Station dan jalan kaki sikit ke sana. Malaysia Hall ni pun agak tersorok kafenya. Tapi puas hati dapat makan masakan Melayu..hik hik. Dah setel makan dan solat semua, kami sambung lagi tour ke Arsenal Stadium or Emirates Stadium. Kami bergambar je kat area stadium tu tak masuk dalam pun. Ada pakej tour dalam stadium yang disediakan kalau anda berminat tapi kena book dulu la. 


Nak pergi ke Arsenal Stadium

Depan Malaysia Hall office

Arsenal or Emirates Stadium



Tak dapat bergambar dngan Thierry Henry, berposing dengan patung dia pun jadikla..haha

Next, kami ke Hyde Park pula untuk visit Winter Wonderland. Winter Wonderland ni lebih kurang macam funfair, diadakan masa musim sejuk. Menarik juga suasana kat situ. Highlight lawatan kami ke situ ialah Magical Ice Kingdom di mana ada pameran ukiran ais di sana. Tiket masuk ke Magical Ice Kingdom saya telah beli online. Nak masuk sini sila pastikan anda memakai baju, glove, boots, stokin bla3 semua tu yang cukup warm ye. Sebab suhu dalam Magical Ice Kingdom ni -8 darjah Celcius. Kami dapat bertahan duduk dalam tu lebih kurang 15 minit saja. 



Gerai yang jual macam-macam benda termasukla makanan yang nampak sodap..tapi pilih yg rasa yakin takde bahan haram je la huhu

Depan pintu masuk Magical Ice Kingdom




Nak bawak balik Malaysia ke sayang? hehe

Welcome to my castle..ingat Elsa Frozen je yang ada ice castle? hehe



King and queen sedang bersemayam...5 minit je..sojukkk..hahha

Last posing sebelum balik kepenatan..haha

Dah puas round Winter Wonderland dan kepenatan sangat, kami pun naik tube balik ke hotel penginapan kami. Selesai la tour untuk hari tu. Rindunya nak ke London lagi...hehe.

Sunday, 1 November 2015

Bercuti di London & Paris Winter Trip 2012: Day 2

10 Disember 2012

Trafalgar Square - Big Ben, House of Parliament - Westminster Abbey - City Cruise - Tower of London - Tower Bridge - Greenwich - Wembley Stadium

Bangun pagi je kami terus jenguk ke tingkap bilik dengan harapan salji dah turun. Masa tu sejuk sangat, around 2 degree Celcius. Tapi takde tanda salji turun. Takpe la, agenda jalan-jalan boleh diteruskan seperti disusun dalam itinerary.


                        No snow...view from our room

Our first stop ialah Trafalgar Square. Spend masa kat situ sekejap je sebab bagi saya takde apa sangat nak tengok kat situ, janji sampai sana cukup la sebab landmark popular..sampai hari ni bila cerita balik pasal percutian kami ni incik husband akan membebel kat saya sebab kejap sangat kat situ hahahaha.

 Bersiap-siap nak bersiar2..sebelum tu posing jap kat mini garden hotel



  Spent lebih kurang 10 minit saja kat Trafalgar Square ni..hehe

Lepas tu kami teruskan dengan naik tube ke Westminster Station. Kat situ pusing-pusing tengok Big Ben, House of Parliament dan Westminster Abbey. Semua tu dekat-dekat je so jalan kaki saja. Then dari Westminster Pier kami naik River Red Rover untuk river cruise menyusuri Sungai Thames dan turun di Tower Pier. Dari situ kami pergi Tower Bridge dan Tower of London. Semua attractions ni kami tak masuk ke dalam sebab tak cukup masa. Lagipun panjang juga queue di sesetengah tempat macam Westminster Abbey. 



House of Parliament dan Big Ben

                               

   Westminster Abbey
                              


Sempat posing lagi sebelum cruise bermula

                       



 Ni la London Bridge yang slalu ada dalam nursery rhymes tu agaknya

      HMS Belfast...kapal perang British yang kini jadi muzium


London Eye in the background





     Tower Bridge is in the view...lovely








 Bawah Tower Bridge pulak
                                         
 Tower of London
                                                           


Tower of London lagi...ambil gambar dari luar je tak masuk dalam
                          


Habis round area tu kami naik tube ke Whitechapel pula untuk cari lunch dan solat. Kami makan kat restoran Pakistan dan order kebab. Sedap juga tapi dah lupa pulak nama restoran tu. Setelah tu solat di East London Mosque..masjid yang diurus oleh komuniti Bangladesh kat situ. 




Selesai solat, kami naik Overground tren pula ke Greenwich. Istimewanya Greenwich ni seperti yang kebanyakan kita tau, ialah tempat di mana letaknya garis meridian. Dengan kata lain ianya membahagikan Timur dan Barat bumi. Bayaran masuk ke Royal Observatory masa tu ialah 7 pound sorang (takde promo 2for1 untuk tempat ni masa tu..sekarang tak tau la). Jauh juga la nak menapak masuk ke Royal Observatory tu..daripada stesen tube terdekat kena berjalan kaki lebih kurang 1km jugak la. Tapi nice view sepanjang perjalanan dan Royal Observatory tu terletak kat kawasan berbukit sikit, jadi view kat situ pun nice. Ada banyak juga pameran dan info mengenai sains kat situ tapi kami cuma minat nak pijak Prime Meridian Line je hehe. 

Menunggu Overground tren untuk ke Greenwich Station

Bergambar dengan Cutty Sark, on the way ke Royal Observatory

Bersiar-siar di Greenwich yang cantik

Bergambar je tak masuk pun

Lepas penat mendaki, menikmati view yang cantik ni di area masuk ke Royal Observatory


Prime Meridien Line..sebelah kaki di Timur dan sebelah kaki lagi di Barat


Next destination is Stadium Wembley. Kami tak masuk juga ke dalam stadium tu, just bergambar dari luar je. Padahal nak pergi sana tu jauh jugak hehe.



Dengan habisnya tour di sini, habis la jugak tour kami di London untuk hari kedua. Hari ketiga next entry pulak ye...tata!


#London  #Trafalgarsquare  #Westminsterabbey  #Houseofparliament   #Bigben   #Eastlondonmosque   #Toweroflondon  #Londonbridge  #Towerbridge   #Cuttysark  #Greenwich   #Royalobservatorytower   #primemeridienline  #bercutidilondon   #londonwintertrip