#thisiswhywetravel

Wednesday, 9 November 2016

Bercuti ke New Zealand: Day 2 11 Sept 2016

Untuk hari kedua trip kami, Hobbiton Movie Set adalah attraction utama untuk dikunjungi. Memandangkan jarak antara Auckland dengan Matamata di mana letaknya Hobbiton Movie Set tu lebih kurang 164km atau 2 jam setengah perjalanan, maka haruslah bergerak awal pagi. Malam tadi kami tido dalam jam 10 waktu NZ. Kalau ikut waktu Malaysia,baru jam 6 petang. Masa buat itinerary, saya risau body clock lambat adjust then lambat bangun..tapi smua orang penat naik flight berjam2 (walaupun timing flight tu dalam waktu tido jugak haha) maka senang jugak nak lena jam 10 tu. Si kembar jam 8 lebih dah belayar dah.

So alhamdulillah semua kiranya dapat bangun awal n adjust ikut waktu NZ. Mama masak spesel pagi tu..cucur udang Adabi n nasik arab. Tepung cucur n rencah lauk nasi arab bawak dari Malaysia,ayam dan bahan mentah lain beli kat Pak n Save. Saya jaga twinnies jer. Hihihi tq ma :p.


Cekodok udang yang tetap laku walaupun leper..haha

Sedap bangat nasik arab masakan mama๐Ÿ’•


Kul 9 pagi baru la kami gerak..lewat sejam daripada target. Tapi still ok dengan harapan takde sesat2..tiket Hobbiton dah di book online sebelum ni untuk sesi 11.45 pagi. Pakai GPS, mula2 try set The Shires Rest as destination sebab tour bermula dari situ tapi tak jumpa pulak. Yang ada Matamata i-site. Kira okeyla tu sebab ada jugak tour yang start dari situ. Alhamdulillah kami tak tempuh apa2 traffic jam sebelum keluar dari Auckland. Sepanjang perjalanan kami tak abis2 ooh sana waahh sini tengok view NZ yang ohsem..padang rumput luas di sana sini dengan lembu bersepah2. Tak banyak lak jumpa kambing biri2 compare dengan lembu. Memang padang rumput sajeee sampai la ke area Matamata tu. Cantik dan aman tapi tak berangan lak nak tinggal kat sini. Jangankan pekan kecik,kedai pun jarang2 sangat nampak..hahaha. Nah saya belanja gambar2 view sepanjang perjalanan kami ke Matamata:
















Kedai pertama yang disinggah 






Dalam jam 11.30,kami pun sampai ke Matamata i-site. Matamata i-site ni letaknya dlm pekan Matamata. Dengan excitednya kami masuk dlm i-site tu untuk tanya kat mana The Shires Rest. Rupanya dalam Hobbiton Movie Set sendiri dalam 20km daripada i-site tu. Aiyarkkk..macam tak sempat je nak sampai sana sebelum 11.45. Tak sempat nak bergambar2 kat area tu kami terus bergegas ke sana ikut map yang dibagi.

Kami sampai di The Shires Rest pada jam 11.50..tak sompek dah nak ikut tour yang 11.45. Nasib baik diorang bagi ikut next tour kul 12 tghari. Setiap 15 minit ada tour. Maka jam 12 kemudiannya kami pun start ikut tour yang ada dalam 20 orang. Kami semua naik bas ala2 bas ekspres dengan seorang tour guide pempuan yang saya dah lupa nama dia.












Sambil bas melalui kawasan padang rumput yang menghijau cantik,dia menerangkan tentang sejarah Hobbiton Movie Set. Asalnya tempat ni merupakan ladang ternakan milik keluarga Alexander seluas 500 hektar..besarnyaaaa. Beberapa tahun lepas pengarah filem NZ Peter Jackson nama dia mencari-cari lokasi yang sesuai untuk filem Lord Of The Rings dia. Daripada tinjauan aerial search dia,dia terberkenan la kat ladang family Alexander ni. Dipendekkan cerita, dengan bantuan tentera NZ membuat jalan masuk ke tempat ini,model perkampungan Hobbit or Middle Earth ni pun dibangunkan dan 3 siri filem LOTR dibuat. Tapi bukan sini je lokasi LOTR, ada beberapa lagi lokasi lain di South Island. Difahamkan shooting siri ketiga kat perkampungan Hobbit ni pun ambik masa 12 hari je...nak build kampung ni bertahun..hoho. Itu je la sikit sebanyak latar belakang kampung Hobbit ni yang saya ingat..saya bukan peminat filem LOTR..suami saya yang peminat tegar..saya just suka tengok rumah2 kecik comel dalam kampung tu je hahaha..mama,Syafiq n Nani pun jadi pak turut je๐Ÿ˜‚. 

Anyhow, saya dan hubby tak dapat nak enjoy sepenuhnya tour ni since si kembar asyik meragam..tak tau la sebab sejuk or napa. Stokin yang dipakaikan pun asyik diorang tanggalkan. Tiap2 kali bila dorang nangis terpaksa la kami duk jauh daripada tour group kami untuk elakkan ganggu member lain dalam grup tu. 

Okla.layan gambar lagi best kan :p


Amboi syoknya Airis layan view

Signage di permulaan entrance ke perkampungan Hobbiton









Sedap ke biskut n kek tu? ๐Ÿ˜‚







Posing di rumah Bilbo Baggins..rumah yang paling besar antara semua rumah Hobbit. Atasnya ialah pokok tiruan yang dibuat di Taiwan







Bukan kejam x pakaikan stokin tapi tak larat dah nak pakaikan..si kenit ni asyik tanggalkan

Our tour guide sedang briefing..atas tu pokok tiruan

Ini pun ikan2 plastik jer









Di hujung tour,kami lepak di Dragon Inn Cafe dan dapat free ginger drink. 

Kaunter menjual makanan n minuman untuk tourist group dalam Dragon Inn






Habis tour,kami kembali sampai di The Shires Rest dalam jam 2 petang. Di sana ada kedai cenderamata dan kafe..typical facilities macam tempat2 pelancongan lain. Harga souvenir di sana kebanyakannya agak mahal,kami just beli beg kain bertulis 'Hobbiton' je buat kenangan. Kami lunch bekal yang kami bawa di kawasan lapang brsebelahan car park. Tapi saya lunch dalam keta je sebab si kembar dah tertidur.


Jamban ke tu??? hahah






Overall tour ni? Hemmmm bagi saya memang harga tiketnya sangat mahal berbanding tour yang ditawarkan. NZD79 (RM240) per adult dengan naik bas lebih kurang 4km,guided tour dan free simple drink at the end in 2 hours total time. Harga tiket lebih kurang sama dengan tiket Disneyland ๐Ÿ˜‚. Tapi ya la teringin nak tengok rumah orang kenit punya pasal yg takde kat tempat lain katanye..huhu.

Selesai tour dan lunch, nak cari tempat solat pulak. Asalnya saya plan solat je kat mana2 tempat yang sesuai..bentang sejadah n solat je. Tapi Syafiq n hubby try2 cari masjid guna GPS n dapat jumpa satu masjid kat Hamilton, dalam 60km daripada Hobbiton. Since Hamilton pun boleh kira otw balik ke Auckland dan saya pernah try masukkan dalam itinerary, so kami pun ke sana. Selesa juga Masjid Jame' Hamilton ni. Toilet dia ada 'teko' muncung panjang yang berfungsi macam gayung..heyyyy it was a privilege to find gayung in oversea toilet okehh ๐Ÿ˜‚..ruang solat wanita yang selesa. 









Selesai menunaikan solat, kami singgah Hamilton Gardens..ada macam2 jenis garden yang ada di situ, English, Japanese, Tudor, Futuristik la bla3 tapi sayangnya banyak bunga yang belum mekar..masih awal spring kan..sob..sob. 























Sedar-sedar je dah jam5 lebih..maka bergegas la kami pulang ke Auckland. Tak sempat lagi nak ronda2 bandar Auckland. Malam tu mama masak lagi untuk dinner kami..hihihi. Hubby pula basuh baju2 guna coin laundry motel. Sekali basuh dalam NZD3. Malam tu juga kami packing2 sebab esok paginya nak check out dan fly ke South Island.

Yeaaa Queenstown..we are coming!






Saturday, 5 November 2016

Bercuti ke New Zealand: Day 1 10 Sept 2016


Seawal pagi kami dah start siap2..flight KK ke KL pukul 2.35pm. Kawan hubby,Suharto hantar kami ke KKIA. Maid kami Mala pun ikut sekali. Sedih n rasa bersalah tul kat dia..dah excited betul dia sebelum ni..uhwaaa. Saspen nak jaga twinnies on our own pun ye jugak. Nasib baik ada pakngah,wanmama n cunk diorang sekali nanti. Flight syafiq a.k.a pakngah twinnies dari KK ke KL lewat sikit. 

Checklist pakai cermin almari je...hahah

Ada gaya nak pindah rumah tak?๐Ÿ˜‚

Tq Suharto 

Lepak dulu sebelum boarding

Suka betul anak dara ni dengan cermin



Flight kami sampai di KLIA jam 5.30 petang. Sampai sana terus queue kat kaunter imigresen..pehhh panjang btul line. Airis my daughter elok diam tapi Ariq my boy jenis tak boleh diam..tepaksa la usung stroller dia pusing2 smentara tggu turn kami. Selesai imigresen kami lepak di lounge satelite. Tukar baju twinnies ke long john yg mcm baju tido tu. Tak sompek nak mandi dah. Dan akhirnya jam 10.30 malam flight kami ke Auckland take off. Masa ni mama n adik2 saya tengah tunggu flight diorg juga di KLIA2. 


Queue di imigresen yang panjang


Auckland kami datang!


Walaupun kelas bisnes,tak terasa mewah n excited sangat sbb sibuk melayan twinnies..somehow i managed to put both of them sleeping in my fully reclined seat. And slept between them. Well,lena dlm 2-3 jam je kot. Sakit badan huhu. Bila esoknya mmg pening2. Tak reti bersyukur btl kan,kalau duk ekonomi tak tau la camne๐Ÿ˜‚. 


Kami selamat mendarat di Auckland jam 12.15 tghari waktu NZ setelah 10 jam dalam flight. NZ awal 4 jam daripada Malaysia. Orang kata kalau musim sejuk,beza 5 jam. Alhamdulillah kami tak menghadapi banyak masalah untuk lepas imigresen. Tapi tang kastam ni nervous sikit. Since dalam flight pihak NZ dah siap tayang video remind pasal biosecurity. Apa tu biosecurity? Sila la rujuk entry persediaan ke NZ saya yang ni ye. Kat airport Auckland tu pun bersepah reminder biosecurity. Anjing pengesan pun ada. Nasib baik officer kastam tu ok juga orangnya. Dia go through list makanan yang kami tunjuk kat dia,then tanya mana satu beg yang ada makanan, lepas tu bertanya tentang our twinnies. Katanya dia pun ada cucu sebaya twinnies. Lepas tu,kami pun lepas la. Eheh.



Kemudiannya kami beli simkad Spark dengan harga NZD49..5GB data. Lepas tu call company keta sewa untuk inform ketibaan kami. Masa buat booking di website, saya pilih pick up keta sewa di airport so saya assume company tu hantar keta sewa kami ke airport la. Tapi rupanya company tu sediakan shuttle van dari airport ke tempat company. So kami pun berurusan documentation sewa keta dan ambik Estima keta sewa jami di ofis company tu.



 Selesai semua urusan kami pun bertolak ke Epsom Motel, motel penginapan kami yang terletak kira-kira 13km daripada ofis company keta tu. Owner motel sendiri yang tolong check in,angkut beg2 ke bilik kami yang terletak di tingkat 1 dan tolong buka heater. Lepas rehat kejap n jamak zuhur n asar, husband saya pegi beli lunch cum dinner di kedai makan halal yang dekat je dengan motel kami, then pegi semula ke Auckland International Airport untuk pick up mama,Syafiq n Nani. 


Mama dan Nani transit di Gold Coast

Waiting outside Auckland International Airport


Malamnya mama,Syafiq n Nani pegi Pak n Save Royal Oak yang terletak 2km dpd motel untuk beli groceries sikit. Itu je la aktiviti untuk hari pertama di NZ. Planning itinerary nak jalan-jalan di One Tree Hill yang dekat dengan Epsom Motel ni tak kesampaian...haha. Oh ye,description tentang One Tree Hill ada di entry saya yang ni


Walaupun ada GPS dalam keta, Google Map juga yang dipakai..haha


Oklah..see you in next entry๐Ÿ’•

Happy reading!

#newzealand
#vacation
#auckland