#thisiswhywetravel

Monday, 2 March 2015

Bercuti ke Jepun Winter Trip 2015: Part 5



Day 7: Lake #Kawaguchiko, #Saiko Iyashi no sato NENBA/ Kampung Samurai, #Otsuki, #Shinjuku dan #Asakusa.

Esoknya, selepas solat Subuh saya menjenguk ke luar dan nampak bayang2 Mount Fuji…yeayyyyyyy..alhamdulillah. Bila cuaca dah mula cerah sikit, saya dan hubby pun pakai baju tebal2 dan terus bergambar di luar rumah sambil main salji. Subhanallah memang cantik sangat Mount Fuji. Tapi masa tu suhu -3, kami dapat tahan beberapa minit je kat luar. Sojuk amat eh.






Satu-satunya snowflakes yang dijumpai..now dah jumpa salji,snowfall dan snowflake...alhamdulillah..mission accomplished...haha


Dalam jam 9 pagi kami check out dan Miki-san hadiahkan saya boots yang dia dah tak pakai lagi tapi masih elok. Terharuuuu. Kami kemudiannya bersiar-siar kejap kat Lake Kawaguchiko yang tak jauh daripada Ururun Kawaguchiko tempat kami menginap. Pada masa ni cuaca terang dan background putih salji…sama seperti view yang saya angan-angankan sebelum ke sini. Ahamdulillah Allah mengabulkan hasrat saya..syukur sangat-sangat. 


Miki-san, owner Ururun Kawaguchiko yang sangat best



Parents in law dengan kereta comel yang kami sewa

View dari bilik kedua..amazing







Lake Kawaguchiko yang sedang cair daripada beku




Lepas tu kami ke Saiko Iyashi no sato NENBA, kampung kuno Jepun yang pernah ada Samurai. Dulu kampung ni pernah terbakar or musnah dalam tahun 50-an kalau tak silap. Kemudiannya dibangunkan semula dan kini rumah-rumah kat kampung ni adalah untuk pelancongan dan banyak jual cenderamata dan pertunjukan kraf. Perjalanan ke kampung ni melalui Lake Kawaguchiko dan Lake Saiko yang sangat cantik dan mengasyikkan bila tengok. 


Lake Kawaguchiko dengan Fuji-san lagi...can't help snapping..too gorgeous :D

Lake Saiko, jiran Lake Kawaguchiko



Kampung ni terletak dalam 14km daripada pekan Kawaguchiko. Tapi tujuan utama kami ke kampung ni selain daripada nak tengok contoh rumah tradisi, kami nak cuba pakai kimono n baju Samuraiiii hahahaha. Bayaran sewa baju dia agak murah, 500 yen dan boleh pakai selama mana dan nak bergaya keliling kampung pun boleh ahahah…selagi belum jam 4 petang.


Banyak pilihan kimono untuk dicuba

Tokey baju tolong pakaikan baju Samurai

Topi abah mertua saya ni asyik meleret ke bawah je..haha

Ohayo Gozaimasu! 

Abah tetap menten walaupun topi dia ke bawah..haha..sori abah, tak dapek dah kami nak nolong :p

Pekarangan kampung Saiko Iyashi no sato NENBA atau Kg Samurai..kawasan kampung pun tetap ada vending machine




Views Kg Samurai yang memang ohsemmm..I have seen pictures of this kampung in other seasons but personally I think winter is when this kampung is at its loveliest 



Tapi kami tak dapat spend masa yang lama kat situ sebab perlu pulangkan kereta sebelum jam 12.30. Masa tu dah jam 11 lebih. Planning nak singgah naik Kachikachi Ropeway nak tengok view Kawaguchiko dari atas pun tak jadi. Lain kali kena spend at least 2 malam kat sini. Isk. Setelah refuel tank kasi penuh dan drop parents in law saya di Stesen Kawaguchiko, saya n hubby pun pulangkan keta di cawangan Toyota yang tak jauh daripada stesen. Dari Stesen Kawaguchiko yang comel ni, kami naik tren Fujikyoku line yang comel juga sebab ada gambar-gambar animasi Mount Fuji..haha..ada juga tren di stesen tu yang saya nampak ada gambar kartun Thomas and Friends. Dari Kawaguchiko, kami turun di Otsuki Station dan tukar ke Chuo Rapid Line menuju ke Shinjuku. Semakin jauh salji semakin menghilang.

Kawaguchiko Station

Inside Fujikyoku train...alas kerusi pun ada gambar Mount Fuji

Haha...comel kan tren ni

Thomas and Friends! Hahaha. Apa kata orang tu...cuteness overload..:p

Bye-bye Kawaguchiko and Fuji-san..we had a great time with you



Apabila tiba di Shinjuku Station, kami pergi semula ke Nakamise Shopping Street di Asakusa untuk beli lagi souvenir yang tak cukup hari tu. Dah shopping kami dinner di Malay Asian Cuisine lagi di Shibuya. Setelah selesai kami check in semula di Grand Pacific Le Daiba. Alhamdulillah, kami dapat rezeki upgrade lagi dengan bilik-bilik kami diupgrade ke Club Rooms di tingkat 27. Kalau ikut survey kat internet, harga satu bilik ni dalam RM1,400 satu malam..wheewwww..we were so lucky sebab saya tempah 2 bilik biasa (bilik biasa pun cantik n besar untuk standard hotel Tokyo) dengan harga lebih kurang RM370 semalam satu bilik. Tapi view dia still sama macam bilik hari tu, sea view tak termasuk Rainbow Bridge yang jadi pujaan hati saya tu…ahahaha..takpe la dapat upgrade ni pun syukur sangat dah. Dapat juga la tumpang merasa mewah sikit..kih kih. 


Malam tu saya n hubby cuba tukar remaining duit yen yang kami ada di Divercity tapi dah tutup pula. Alang-alang dah sampai sana, kami pun bergambar lagi dengan si robot gergasi Gundam. Rainbow Bridge pun dijenguk tapi kaler dia masih putih..hurmmm bye-bye la Rainbow Bridge. Kuciwa ai. Haha. Terserempak juga dengan pelancong Malaysia yang stay di hotel kami, kata diorang Tokyo pun salji semalam. Tak sempat la nak tengok Tokyo dalam bersalji, tapi takpe salji kat Kawaguchiko lagi best hahaha. Esok nak balik dah..sayu pulak rasanya.



Day 8: Sayonara Japan

Akhirnya tiba la hari terakhir di bumi negara Matahari Terbit ni. Pagi-pagi kami check out dan naik Limousine Bus yang dah dibooking lebih awal. Bas ni direct sampai ke hotel pada jam 6.55am dan sharp jam 7.05am bertolak ke Narita. Tiba di airport pada jam 8.15am dan segala urusan pulangkan kad Pasmo, claim lebihan dan deposit, tukar duit yen ke RM (hubby kata tukar di negara asal matawang lagi untung) serta pulangkan portable wifi dibuat di airport. Kali ni tak dapat upgrade lagi ke Business Class..redha je la hik hik. Sempat lagi beli beberapa cenderamata di airport dan abiskan baki syiling yen yg ada. Rupanya harga souvenir kat Airport Narita tak la jauh sangat beza dengan harga kat Nakamise Street yang digembar-gemburkan paling murah tu. Contohnya satu item kat Nakamise harganya 500 yen, kat Narita 540 yen termasuk tax. Baju t Shirt kat Narita 2052 yen dank at Nakamise dalam 2000 yen. Ceh. So moralnya kalau korang nak beli souvenir atau nak top up souvenir yang tak cukup dalam kuantiti yang tak berapa banyak, baikla beli kat Airport je…huhuh.

Pukul 5.50 petang kami pun selamat mendarat di KLIA, dengan perasaan gembira bila pramugari menyatakan macam biasa dalam plane, kepada warga Malaysia, selamat pulang ke tanahair. Segala kenangan manis di Jepun pun dibawa pulang bersama. Sampai sekarang teringat-ingat. Hahaha.

Semoga ada peluang ketemu lagi wahai Jepun!


Sunday, 1 March 2015

Bercuti ke Jepun Winter Trip 2015: Part 4



Day 6: Odawara dan Kawaguchiko

Hari ni pun hari yang mengujakan sebab nak pegi tengok Mount Fuji secara dekat…yeayyyy (hari-hari pun teruja…kih kih). Cuaca hari ni mendung tak seperti hari-hari sebelum ni. Kami dimaklumkan yang mungkin salji akan turun di Tokyo hari ni. Tak dapat la merasa since kami akan bertolak ke Odawara dan seterusnya Kawaguchiko kejap lagi. Harap-harap salji akan turun juga di sana.


Kami check out dari hotel kami dan tinggalkan kebanyakan luggage kami di situ, sebabnya keesokannya kami akan kembali ke Tokyo dan check in semula di hotel tu. Dengan cara ni kami tak perlu bawak luggage kami yang berlambak tu, bawak keperluan untuk satu malam je hahaha. Kami bertolak menggunakan Yurikamome line macam biasa untuk ke central Tokyo. 


Setelah sampai di Tokyo Station, kami mencari platform JR Tokaido line dan dari sini, boleh guna Kanto Area Pass sebab JR line kan. Ada juga shinkansen milik JR ke Odawara tapi shinkansen tak termasuk dalam Kanto Area Pass. Dan sebenarnya untuk ke Kawaguchiko, nak guna route train lain pun boleh dan boleh guna Kanto Area Pass juga tetapi disebabkan kami nak merasa memandu kereta jauh sikit dan ingin singgah di Hakone, maka saya telah pilih route Tokyo-Odawara-Hakone-Kawaguchiko. 

Semasa naik JR Tokaido line, tren ni ada juga stop di Simbashi Station. Ceh, kalau saya aware tentang ni lagi awal, tak perlu la kami tukar tren di Simbashi ke Tokyo Station tadi. Apsal pulak semalam bila saya check route train menggunakan app Hyperdia Japan Train, dia suggest stop di Tokyo Station eh. Maybe saya silap enter data kot sebab ngantuk malam semalam.


Tak kisah la, tren kami sampai di Odawara dalam sejam suku kemudian dan kami pun dapatkan info kat mana nak cari cawangan Toyota untuk sewa kereta daripada staf di information counter di Stesen Odawara. Macam kebanyakan orang Jepun yang lain, staf tu peramah dan senyuman dia ikhlas bukan macam terpaksa. Haiii la peramahnya la orang Jepun nih. Hait..hait…haha. Dia siap pesan hati2 bawa kereta nanti sebab salji tengah turun sangat lebat di area yang kami nak tuju. Wow..excited campur takut kami…haha. Sebelum cari cawangan Toyota tu, kami makan kat restoran Itali kat situ yang ada jual pasta seafood. Terjumpa dan berkenalan pula dengan dua orang wanita Jepun yang agak veteran. Sangatla peramahnya dan sempat bergambar dan diorang hadiahkan saya keychain teddy bear dari Disneyland. Terasa malu pula dengan diorang sebab takde apa-apa hadiah untuk dibalas. Dan diorang pun pesan hati2 sebab salji sedang turun.


Setelah kenyang kami pun pergi ke Cawangan Toyota yang terletak di hujung stesen Odawara. Kami sewa kereta sedan yang sederhana saiznya dan tayar dia pun khas boleh lalu snow. Dan harga sewa tersasar daripada bajet dan survey yang saya buat sebelum ni. Saya telah plan untuk sewa kereta dari Odawara dan pulangkan kereta di cawangan Toyota lain di Kawaguchiko sebab tak mau tergesa-gesa untuk pulang balik ke Odawara esoknya. Kami nak spend time banyak sikit di Kawaguchiko. Namun saya terlupa yang Kawaguchiko terletak dalam Prefecture lain dan oleh tu Toyota kenakan extra charge. Banyak jugak extranya dalam 5,000 yen..huaaaaa tapi takpe la nasib baik ada bawa extra cash dan setakat ni bajet kami masih cukup.


Setelah selesai semua kami pun bertolak ke Hakone dan destinasi spesifiknya ialah Owakudani Valley. Kat situ ialah kawasan sulphur gunung berapi. Terkial-kial nak gunakan aplikasi GPS dalam keta tu. Ada dalam bahasa omputih tapi agak mengelirukan juga mula2nya. Kami then pakai app waze dalam fon kami dan waze pulak dalam bahasa Jepun..lagi bengong. So balik ke GPS keta hahaha dan lepas tu kami pun dah bole faham sikit. Tak lama lepas bertolak, kami mula lihat salji turun…cantik macam dalam crita fairy tale…waaaahhhh…excited sungguh. Makin lama makin lebat salji dan kawasan sekitar semakin memutih. Teringat cerita Korea Winter Sonata. Kamera fon jangan cakap la memang tak henti2 ambik gambar. Tapi semakin lama jalan yang menuju ke Owakudani Valley semakin dilitupi salji dan sunyi. Dengan jalan dia sekali penuh salji menandakan takde kereta pernah lalu sejak salji turun. Daripada seronok kami jadi takut dan akhirnya kami decide untuk patah balik ke jalan utama. Tak jadi la ke Owakudani, lagipun saya pasti yang Owakudani Valley pun ditutup masa tu sebab salji tebal dan lebat. Kami singgah sekejap di FamilyMart tepi jalan dan ambik kesempatan buang air, beli barang makanan dan apa lagi, merasa sendiri salji turun kena ke badan…hahahah…lembut dan ringan salji ni tak macam air hujan.









Kira-kira jam 3.30 petang atau dalam 2 jam kemudian, kami akhirnya sampai ke Kawaguchiko dan terus ke tempat penginapan kami di Ururun Kawaguchiko. Jalan ke tempat tu pun dah tak berapa nampak, putihhh je semua. Jadi my beloved hubby terpaksa berhati2 lebih sikit. 








Bila sampai di tempat penginapan, terkial-kial pula nak cari area reception dia. Sebab rumah penginapan ni sebiji2, takde orang kat luar masa tu dan takde signboard reception area. Puas la meredah salji masa tu. Saya n hubby tak pakai winter boots, konon dah comfortable dengan kasut masing2 dan decided tak nak beli winter boots masa di Tokyo..kasut hubby ok lagi, dia pakai kasut sports. Kasut saya la yang basah kuyup kena salji hahah. Akhirnya kami decide telefon owner rumah penginapan/cottage menggunakan portable wifi yang kami sewa tu. Laaa…tak jauh rupanya reception area dia. Miki-san, anak kepada owner cottage ni pun mesra sangat orangnya dan bagi kami upgraded cottage yang menghadap direct ke Mount Fuji. 


Perkarangan Ururun Kawaguchiko yang penuh dengan salji tebal semasa kami tiba. Gambar ni diambil oleh mak mertua saya semasa saya n hubby mencari reception area


Malangnya masa tu cuaca masih mendung dan salji masih turun dengan lebatnya, jadi memang tak nampak Mount Fuji atau lebih mesra dipanggil Fuji-san. Biasanya ‘san’ ialah panggilan hormat untuk orang, tetapi disebabkan Mount Fuji ni ikon negara Jepun yang terhormat, Mount Fuji ni pun dipanggil “Fuji-San”.

Cottage yang kami dapat ni memang sangat selesa dan cantik macam dalam iklan internet. Design daripada wooden, dua tingkat, ada dua toilet lengkap dengan bidet dan butang2 canggih, dua bilik tido dengan tikar tatami jepun, tilam futon macam crita doraemon hahaha…ada juga bathtub yang best dengan amenities. Ruang tamu, dapur dan bathtub ni terletak di tingkat dua. 





Tatami room

Ruang tamu-gambar petikan daripada Google

Bath tub dia- gambar petikan daripada Google



Setelah selesai proses check in,saya n hubby pegi ke supermarket Ogino di pekan Kawaguchiko untuk beli barang dapur untuk makan malam n breakfast kami. Dan malam tu kami dapat masak dan makan dengan puasnya..hahaha. Cuma hubby saya rasa heater rumah tu tak cukup panas untuk cuaca yang sangat sojuk masa tu. Suhu malam tu dalam -5 Celsius...huhuh. Melalui berita dari TV dan sedara di Malaysia, rupa-rupanya kebanyakan tempat di Jepun dilanda salji tebal masa ni sampai ada bumbung rumah yang runtuh. Erk. 
Bentang tilam futon siap-siap..ala-ala Nobita dalam kartun Doraemon gitewwww

Beli barang basah di Ogino Supermarket
Baru la rasa macam kat umah sendiri...masak sendiri...yeayyy..alhamdulillah



Dalam sejuk-sejuk tu saya curi-curi keluar rumah untuk menikmati view dan melepaskan gian main salji...macam budak kecik...padahal kat balcony cottage tu pun bertimbun salji..hahaha...kat Malaysia takde salji..jadi sila maafkan kejakunan saya..:p




OK, kita tunggu Part 5 pula :D