#thisiswhywetravel

Monday 2 March 2015

Bercuti ke Jepun Winter Trip 2015: Part 5



Day 7: Lake #Kawaguchiko, #Saiko Iyashi no sato NENBA/ Kampung Samurai, #Otsuki, #Shinjuku dan #Asakusa.

Esoknya, selepas solat Subuh saya menjenguk ke luar dan nampak bayang2 Mount Fuji…yeayyyyyyy..alhamdulillah. Bila cuaca dah mula cerah sikit, saya dan hubby pun pakai baju tebal2 dan terus bergambar di luar rumah sambil main salji. Subhanallah memang cantik sangat Mount Fuji. Tapi masa tu suhu -3, kami dapat tahan beberapa minit je kat luar. Sojuk amat eh.






Satu-satunya snowflakes yang dijumpai..now dah jumpa salji,snowfall dan snowflake...alhamdulillah..mission accomplished...haha


Dalam jam 9 pagi kami check out dan Miki-san hadiahkan saya boots yang dia dah tak pakai lagi tapi masih elok. Terharuuuu. Kami kemudiannya bersiar-siar kejap kat Lake Kawaguchiko yang tak jauh daripada Ururun Kawaguchiko tempat kami menginap. Pada masa ni cuaca terang dan background putih salji…sama seperti view yang saya angan-angankan sebelum ke sini. Ahamdulillah Allah mengabulkan hasrat saya..syukur sangat-sangat. 


Miki-san, owner Ururun Kawaguchiko yang sangat best



Parents in law dengan kereta comel yang kami sewa

View dari bilik kedua..amazing







Lake Kawaguchiko yang sedang cair daripada beku




Lepas tu kami ke Saiko Iyashi no sato NENBA, kampung kuno Jepun yang pernah ada Samurai. Dulu kampung ni pernah terbakar or musnah dalam tahun 50-an kalau tak silap. Kemudiannya dibangunkan semula dan kini rumah-rumah kat kampung ni adalah untuk pelancongan dan banyak jual cenderamata dan pertunjukan kraf. Perjalanan ke kampung ni melalui Lake Kawaguchiko dan Lake Saiko yang sangat cantik dan mengasyikkan bila tengok. 


Lake Kawaguchiko dengan Fuji-san lagi...can't help snapping..too gorgeous :D

Lake Saiko, jiran Lake Kawaguchiko



Kampung ni terletak dalam 14km daripada pekan Kawaguchiko. Tapi tujuan utama kami ke kampung ni selain daripada nak tengok contoh rumah tradisi, kami nak cuba pakai kimono n baju Samuraiiii hahahaha. Bayaran sewa baju dia agak murah, 500 yen dan boleh pakai selama mana dan nak bergaya keliling kampung pun boleh ahahah…selagi belum jam 4 petang.


Banyak pilihan kimono untuk dicuba

Tokey baju tolong pakaikan baju Samurai

Topi abah mertua saya ni asyik meleret ke bawah je..haha

Ohayo Gozaimasu! 

Abah tetap menten walaupun topi dia ke bawah..haha..sori abah, tak dapek dah kami nak nolong :p

Pekarangan kampung Saiko Iyashi no sato NENBA atau Kg Samurai..kawasan kampung pun tetap ada vending machine




Views Kg Samurai yang memang ohsemmm..I have seen pictures of this kampung in other seasons but personally I think winter is when this kampung is at its loveliest 



Tapi kami tak dapat spend masa yang lama kat situ sebab perlu pulangkan kereta sebelum jam 12.30. Masa tu dah jam 11 lebih. Planning nak singgah naik Kachikachi Ropeway nak tengok view Kawaguchiko dari atas pun tak jadi. Lain kali kena spend at least 2 malam kat sini. Isk. Setelah refuel tank kasi penuh dan drop parents in law saya di Stesen Kawaguchiko, saya n hubby pun pulangkan keta di cawangan Toyota yang tak jauh daripada stesen. Dari Stesen Kawaguchiko yang comel ni, kami naik tren Fujikyoku line yang comel juga sebab ada gambar-gambar animasi Mount Fuji..haha..ada juga tren di stesen tu yang saya nampak ada gambar kartun Thomas and Friends. Dari Kawaguchiko, kami turun di Otsuki Station dan tukar ke Chuo Rapid Line menuju ke Shinjuku. Semakin jauh salji semakin menghilang.

Kawaguchiko Station

Inside Fujikyoku train...alas kerusi pun ada gambar Mount Fuji

Haha...comel kan tren ni

Thomas and Friends! Hahaha. Apa kata orang tu...cuteness overload..:p

Bye-bye Kawaguchiko and Fuji-san..we had a great time with you



Apabila tiba di Shinjuku Station, kami pergi semula ke Nakamise Shopping Street di Asakusa untuk beli lagi souvenir yang tak cukup hari tu. Dah shopping kami dinner di Malay Asian Cuisine lagi di Shibuya. Setelah selesai kami check in semula di Grand Pacific Le Daiba. Alhamdulillah, kami dapat rezeki upgrade lagi dengan bilik-bilik kami diupgrade ke Club Rooms di tingkat 27. Kalau ikut survey kat internet, harga satu bilik ni dalam RM1,400 satu malam..wheewwww..we were so lucky sebab saya tempah 2 bilik biasa (bilik biasa pun cantik n besar untuk standard hotel Tokyo) dengan harga lebih kurang RM370 semalam satu bilik. Tapi view dia still sama macam bilik hari tu, sea view tak termasuk Rainbow Bridge yang jadi pujaan hati saya tu…ahahaha..takpe la dapat upgrade ni pun syukur sangat dah. Dapat juga la tumpang merasa mewah sikit..kih kih. 


Malam tu saya n hubby cuba tukar remaining duit yen yang kami ada di Divercity tapi dah tutup pula. Alang-alang dah sampai sana, kami pun bergambar lagi dengan si robot gergasi Gundam. Rainbow Bridge pun dijenguk tapi kaler dia masih putih..hurmmm bye-bye la Rainbow Bridge. Kuciwa ai. Haha. Terserempak juga dengan pelancong Malaysia yang stay di hotel kami, kata diorang Tokyo pun salji semalam. Tak sempat la nak tengok Tokyo dalam bersalji, tapi takpe salji kat Kawaguchiko lagi best hahaha. Esok nak balik dah..sayu pulak rasanya.



Day 8: Sayonara Japan

Akhirnya tiba la hari terakhir di bumi negara Matahari Terbit ni. Pagi-pagi kami check out dan naik Limousine Bus yang dah dibooking lebih awal. Bas ni direct sampai ke hotel pada jam 6.55am dan sharp jam 7.05am bertolak ke Narita. Tiba di airport pada jam 8.15am dan segala urusan pulangkan kad Pasmo, claim lebihan dan deposit, tukar duit yen ke RM (hubby kata tukar di negara asal matawang lagi untung) serta pulangkan portable wifi dibuat di airport. Kali ni tak dapat upgrade lagi ke Business Class..redha je la hik hik. Sempat lagi beli beberapa cenderamata di airport dan abiskan baki syiling yen yg ada. Rupanya harga souvenir kat Airport Narita tak la jauh sangat beza dengan harga kat Nakamise Street yang digembar-gemburkan paling murah tu. Contohnya satu item kat Nakamise harganya 500 yen, kat Narita 540 yen termasuk tax. Baju t Shirt kat Narita 2052 yen dank at Nakamise dalam 2000 yen. Ceh. So moralnya kalau korang nak beli souvenir atau nak top up souvenir yang tak cukup dalam kuantiti yang tak berapa banyak, baikla beli kat Airport je…huhuh.

Pukul 5.50 petang kami pun selamat mendarat di KLIA, dengan perasaan gembira bila pramugari menyatakan macam biasa dalam plane, kepada warga Malaysia, selamat pulang ke tanahair. Segala kenangan manis di Jepun pun dibawa pulang bersama. Sampai sekarang teringat-ingat. Hahaha.

Semoga ada peluang ketemu lagi wahai Jepun!


22 comments:

  1. haaaa kann...paling tacing bila pilot cakap " To Malaysian, welcome home" ..fuh...rasa nk nanges pon ada...walopon seminggu je pon pi jepun...ikikiki .....to arlin: nice blog...teruskan menulis utk rujukan kengkwn lain, jgn ikut akak yg malehh nihh...ikiki :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..blog ni still kategori newborn...harap-harap istiqomah...kikiki

      Delete
  2. subhanaAllah...dlm gambar cukup indah apatah ;agi kalau bediri depan2 Mt Fuji tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea memang sangat cantik :-D alhamdulilah ada rezeki tengok Mount Fuji tanpa diselubungi kabus n cuaca cerah

      Delete
  3. As salam

    Kak wiz seronok baca your Japan trip. Kak wiz nk pergi bulan satu 2016. Harap2 snow juga.

    Maaf gsnggu, if I may ask, Kanto Pass tu boleh beli walk in jebket dkt airport n top up 1000 yen for the snow trip tu. And for the WiFi yg amik kt airport tu dlm brp ringgit kira sehari.
    Tq so much for your reply.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...hehe..harap2 snow time tu. Kalau kawasan utara Jepun macam Sapporo tu chances untuk snow jauh lagi tinggi. Kanto Pass yes boleh beli kat kaunter tiket dia kat airport dan top up untuk Gala Yuzawa trip kat situ juga. Tapi sebelum naik tren shinkansen untuk ke Gala Yuzawa tu nanti kena verify and book seat juga di kaunter khas kat stesen kita nak naik tu nanti. Portable wifi saya sewa 1,200 yen sehari. Saya ada cerita pasal ni kat entry Persediaan ke Jepun Part 2

      Delete
  4. Hi nk tanya nama cottage kat ururun kawaguchiko tu apa ye? Sebab search tak jumpa pun 😂 ingat nk pergi February 2016 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama dia memang Ururun Kawaguchiko..haha..ada dalam hotel website macam Tripadvisor, Booking.com, Agoda etc. https://www.tripadvisor.com.my/Hotel_Review-g1165976-d1917731-Reviews-Ururun_Kawaguchiko-Fujikawaguchiko_machi_Minamitsuru_gun_Yamanashi_Prefecture_Chubu.html

      Delete
  5. wah..best penceritaan anda. Ada masa sila lawat blog saya...Thank you. banyak malumat yang berguna.

    ReplyDelete
  6. Hehe...tq2..apa nama blog?

    ReplyDelete
  7. Ni Antara blog yg best sy baca utk trip ke jepun..atleast sy dh blh decide untuk pergi waktu winter.. Tp still dlm dilemma mana tempat yg harus dilawati

    ReplyDelete
    Replies
    1. trima kasih..haha..bab-bab tempat menarik ni memang kena tanya selera masing2..kalau minat soping gajet, memang kena ke Akihabara, kalau minat mount fuji memang elok ke Kawaguchiko or Hakone or both..kalau betul2 nak rasa salji yang memang banyak n merata2..Sapporo yang terletak di utara jepun la yang paling ngam (takde termasuk dalam trip saya hari tu..saya pun baca pengalaman orang je hahaha)

      Delete
  8. kak, bulan feb dkt lake kawaguchiko memang ada salji ke? hehe tgh merancang nak pegi next year..

    ReplyDelete
  9. Hi Ranmauri...kalau yg saya pergi hari tu, alhamdulillah ada..tak hari2 ada salji..cuba tengok ramalan cuaca di internet. Disember - Februari ialah musim sejuk di Jepun, jadi kebarangkalian nak jumpa salji masa ni lagi tinggi daripada bulan2 lain

    ReplyDelete
  10. thanks kak, saya pergi CNY feb lepas..Ya Allah best sangat kan kak..memang xpuas..cadang nak kesana lagi hujung tahun depan..nak explorer tempat lain sekitar tokyo jugakk. apapon thanks pada akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe mmg best.. Tapi saya nak explore negara2 lain juga haha

      Delete
  11. terima kasih kepada penulis atas macam2 tips dan knowledge sharing..tgh cari2 info pasal trip ke NZ, terjumpa pula posting ke Jepun...rasa teringin nak kembali semula ke Jepun setelah hampir 15 tahun tak ke sana..saya belajar sana dulu, bila baca tulisan nih, teringat zaman study di sana...nice one..teruskan menulis..

    ReplyDelete
  12. waaahhhh terima kasih banyak juga sudi jenguk blog saya dan tinggalkan komen best. Dah lama tu 15 tahun tak ke sana. Encik pergi la ke Jepun lagi, banyak offer tiket kapal terbang yang mampu rasanya. Harap2 saya terus semangat dan pandai curi masa menulis, ada lagi 2 trip belum update lagi adeiii.

    ReplyDelete
  13. Hai, nak tanya.. ok tak drive ke lake kawagichi? Dr segi tol, minyak worth it tak?bole pm detail kat saya? nurhapizah.nasruddin@gamil.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..maaf sangat2 lambat reply. Kalau dari Odawara ke Kawaguchi, ok je :). sebab odawara dan tempat2 sehingga kawaguchi bukan bandar besar, jalan dia simple je. erm bagi kami memang worth it la sebab bawak orang tua, much easier haha. detail apa yang nak pm tu ya?

      Delete
  14. Hai, nak tanya.. ok tak drive ke lake kawagichi? Dr segi tol, minyak worth it tak?bole pm detail kat saya? nurhapizah.nasruddin@gamil.com

    ReplyDelete