#thisiswhywetravel

Friday, 13 November 2015

Bercuti ke London & Paris Winter Trip 2012: Day 6

14 Disember 2012

St. Pancras International - Gare Du Nord - Hard Rock Cafe - Galeries Lafayette

It's time to leave London. Tiba-tiba rasa sayu pula..haha. Terasa sekejapnya masa berlalu..rasa tak puas ronda-ronda bandaraya ni lagi..tapi takpe..kota cinta romantis pulak sedang menanti kami..ahaha..so, buck up!


Bye-bye Studios2Let, we will definitely miss you

Kami sampai di St Pancras International pukul 8.30 pagi. Train Eurostar kami ke Gare Du Nord, Paris akan bertolak pada jam 10.25 pagi. Saja sampai awal untuk selesaikan beberapa benda macam pulangkan balik kad Oyster dan perlu check in at least 30 minit sebelum train bertolak.


Husband saya suka sebut St. Pancras ni as St. Pancreas..hahaha
Tempat pulangkan Oyster Card dan claim lebihan kredit. 
Eksaited lepas check in :p



Dah abis semua urusan, kami tunggu pula kat boarding room train. Sebelum masuk boarding room kami kena melepasi kaunter imigresen dulu. Tapi simple je prosedur dia, pegawai dia tak banyak cakap, senyum je dan terus cop 'left Londres' dengan ada simbol keretapi.

Train bertolak sharp jam 10.25am dan dijangka sampai Paris jam 1.47 waktu Perancis. Perancis awal sejam daripada UK, so total waktu perjalanan ialah 2 jam 22 minit. Tak lama selepas train meninggalkan stesen St Pancras, dalam setengah jam kemudian train ini melalui terowong bawah dasar laut merentas Selat Inggeris. 

Keadaan dalam train agak selesa juga. Tapi yang tak bestnya ialah toiletnya yang sangat kotor. Ha, jangan ingat semua omputih ni pembersih hahaa. Suami saya sampai ke hari ni bila sebut pasal Eurostar dia akan kutuk habis. Haha.



Menghampiri Stesen Gare Du Nord. Dalam gambar ni RER, train 2 tingkat

Dah sampai..alhamdulillah..bye-bye Eurostar


Sesampainya di Gare Du Nord, kami cuba cari D'ny, kawan kami yang tinggal di Paris. Kami plan bermalam di rumahnya. Tapi D'ny x nampak di mana-mana. Nak contact pulak susah sebab takde wifi free..hehe..Alhamdulillah selepas lebih setengah jam, D'ny n husband dia Chai with their kid, Hariz sampai. Chai baru habis exam rupanya. Chsi sedang sambung pengajian Masters di Paris dan D'ny ambik cuti tanpa gaji untuk ikut Chai dan jadi fulltime housewife...*jelessss*. (Tahun ni diorang balik ke Malaysia and now D'ny pula yang akan bertugas di Paris bermula hujung tahun ni..Chai pulak yang jadi househusband jaga anak2...jelessss jugak hahaha).

Ok, balik ke cerita travel, kami tinggalkan luggage kami di tempat simpan luggage dan kemudiannya ikut D'ny n Chai naik metro. Sebelum naik, Chai bagi tutorial camne nak beli tiket metro dulu..haha..dia kata beli carnet lebih mudah. Carnet ialah satu set tiket yang terdiri daripada 10 keping tiket. Kalau harga biasa, 1 tiket berharga €1.70. Tiap2 kali naik metro, guna satu tiket. Tapi kalau beli Carnet, harga dia €12.70. Kiranya jimat sikit la. Kalau beli satu..satu..tiket, 10 tiket dah €17 kan. Tapi saya dah survey pasal Paris Visite sebelum ni, so nak jugak try Paris Visite nanti. Tapi takpe la hari ni ikut Chai punya kaedah dulu hahaha.

Kami singgah di Hard Rock Cafe sebab Chai n D'ny nak beli souvenirs yang kawan2 diorang pesan. Saya n hubby yang bukan peminat Hard Rock ni pun duduk relax dalam kedai sementara diorang beli souvenirs. Selesai shopping di Hard Rock, kami singgah pula ke Galeries Lafayette, tempat shopping mewah kat Paris. D'ny skali lagi menggunakan kepakaran shopping dia beli beg-beg LV yang luxury tu. Tu pun untuk kawan2 dia yg kirim. D'ny promote juga kat saya, tapi saya tak berapa minat design LV yang bagi saya tak menarik dan lebih kurang je corak dia hahaha..lagipun mahal ooo..kemudian kami ke bahagian yang jual handbag Longchamp pula..D'ny tak putus asa promote handbag Longchamp pulak..this time I was a bit interested. Tapi saya tak beli masa tu. Ingat nak pilih2 n beli esoknya. Hehe. 





Lepas tu saya, Dny n Hariz pun balik ke apartment D'ny n Chai naik bas manakala hubby saya n Chai pegi ke Gare Du Nord untuk collect luggage kami. Apartment D'ny n Chai comel je..dan diorang sangat baik hati bagi kami bilik untuk tido..D'ny siap masak dinner lagi. Saya dan hubby la tetamu paling bertuah..haha.


Hariz pandang auntie ye..terpegun tengok auntie cun ke..hahaha..perasan sekali sekala :p

Ok..dah settle makan, mandi dan borak2..time to rest untuk explore Paris esoknya!

Thursday, 12 November 2015

Bercuti ke London & Paris Winter Trip 2012: Day 5

13 Disember 2012


Madame Tussauds - Harrods - Camden Town

Jadual untuk hari ni tak padat sangat sebab nak luangkan masa berjumpa dengan public-public figure popular seluruh dunia..hehe. Cayo je la. Stakat tengok patung-patung je huhu.


So as usual, the tour started with buying Travelcard for Zone 1&2 at Kings Cross Station...station Harry Potter yang famous itu. Promotion 2for1 yang akan digunakan bersama Travelcard ni of course la Madame Tussauds..memang jimat sebab harga biasa tiket untuk seorang ialah £60...wuuwuuu..sekarang ni tahun 2015 tak tau la berapa harganya.

Walaupun hari yang kami pergi ni hari biasa, tapi tetap juga ramai orang..ya la attraction yang famous seantero dunia memang akan sentiasa penuh. Okla memandangkan semua orang dah tau apa tu Madame Tussauds, saya tepek gambar-gambar je la malas nak bebel panjang haha.















































Kemain lagi husband saya posing dengan retis2 barat yang seksi tu...nasib baikla patung je hahaha. Selepas puas posing dengan patung-patung tu, kami tonton movie 4D pula..temanya Superhero..best la jugak sebab effect 4D tu, rasa macam terkena air hujan, bergoyang-goyang etc.

Habis layan Madame Tussauds, kami buat sikit penambahan dalam itinerary asal kami..singgah ke Harrods! Siapa tak tau pasal Harrods kan..shopping complex paling glamour dan eksklusif. Tapi kami jangankan nak beli barang kat situ, nak lalu dalam tu pun macam segan-segan..very underdressed..staf kat sana pun pakai suit lengkap ala-ala James Bond woo..haha.







Orait, setelah hajat nak mengunjungi Harrods tercapai, kami pun meneruskan tour ke Camden Town. Camden Town ni dikatakan tempat yang menjual macam-macam barangan dengan harga yang berpatutan, jadi kami pun tertarik nak masukkan dalam itinerary. Ala-ala pasar malam gitu. Tapi bila sampai sana, sebenarnya baju-baju funky yang banyak dijual..hmmmm...ada juga la deretan kedai yang jual souvenir dengan harga yang agak murah, jadi kami pun tambahkan stok souvenir kami, kebanyakannya fridge magnet dan key chain la hihihi..top up souvenirs yang dah dibeli di kedai souvenir orang Pakistan dekat dengan Queensway station hari tu. Oh ya, kat Camden Town juga ada tempat khas stalls makanan yang banyak...banyak juga pilihan makanan halal kat situ.
Tak banyak rupanya gambar kat Camden..huhuhu

Bila dah selesai, hari pun dah gelap. Maka balikla kami ke hotel. Packing barang-barang malam tu juga sebab esoknya kami akan check out dan bertolak ke negara jiran UK pula..yiehaaa.


Dah malam..jom balikkkk

Antara souvenir yang dibeli