#thisiswhywetravel

Thursday 12 November 2015

Bercuti ke London & Paris Winter Trip 2012: Day 5

13 Disember 2012


Madame Tussauds - Harrods - Camden Town

Jadual untuk hari ni tak padat sangat sebab nak luangkan masa berjumpa dengan public-public figure popular seluruh dunia..hehe. Cayo je la. Stakat tengok patung-patung je huhu.


So as usual, the tour started with buying Travelcard for Zone 1&2 at Kings Cross Station...station Harry Potter yang famous itu. Promotion 2for1 yang akan digunakan bersama Travelcard ni of course la Madame Tussauds..memang jimat sebab harga biasa tiket untuk seorang ialah £60...wuuwuuu..sekarang ni tahun 2015 tak tau la berapa harganya.

Walaupun hari yang kami pergi ni hari biasa, tapi tetap juga ramai orang..ya la attraction yang famous seantero dunia memang akan sentiasa penuh. Okla memandangkan semua orang dah tau apa tu Madame Tussauds, saya tepek gambar-gambar je la malas nak bebel panjang haha.















































Kemain lagi husband saya posing dengan retis2 barat yang seksi tu...nasib baikla patung je hahaha. Selepas puas posing dengan patung-patung tu, kami tonton movie 4D pula..temanya Superhero..best la jugak sebab effect 4D tu, rasa macam terkena air hujan, bergoyang-goyang etc.

Habis layan Madame Tussauds, kami buat sikit penambahan dalam itinerary asal kami..singgah ke Harrods! Siapa tak tau pasal Harrods kan..shopping complex paling glamour dan eksklusif. Tapi kami jangankan nak beli barang kat situ, nak lalu dalam tu pun macam segan-segan..very underdressed..staf kat sana pun pakai suit lengkap ala-ala James Bond woo..haha.







Orait, setelah hajat nak mengunjungi Harrods tercapai, kami pun meneruskan tour ke Camden Town. Camden Town ni dikatakan tempat yang menjual macam-macam barangan dengan harga yang berpatutan, jadi kami pun tertarik nak masukkan dalam itinerary. Ala-ala pasar malam gitu. Tapi bila sampai sana, sebenarnya baju-baju funky yang banyak dijual..hmmmm...ada juga la deretan kedai yang jual souvenir dengan harga yang agak murah, jadi kami pun tambahkan stok souvenir kami, kebanyakannya fridge magnet dan key chain la hihihi..top up souvenirs yang dah dibeli di kedai souvenir orang Pakistan dekat dengan Queensway station hari tu. Oh ya, kat Camden Town juga ada tempat khas stalls makanan yang banyak...banyak juga pilihan makanan halal kat situ.
Tak banyak rupanya gambar kat Camden..huhuhu

Bila dah selesai, hari pun dah gelap. Maka balikla kami ke hotel. Packing barang-barang malam tu juga sebab esoknya kami akan check out dan bertolak ke negara jiran UK pula..yiehaaa.


Dah malam..jom balikkkk

Antara souvenir yang dibeli





No comments:

Post a Comment