#thisiswhywetravel

Monday 16 November 2015

Bercuti ke London & Paris Winter Trip 2012: Day 8 & 9

16 Disember 2012

Arc De Triomphe - Disneyland - Eiffel Tower

Hari ni nak jadi kanak-kanak riang...going to Disneyland! Haha. D'ny n Chai kata diorang pun belum pernah pegi Disneyland lagi :p. D'ny was so kind to provide us with her homecooked nasik goreng. Takyah la susah-susah nak cari kedai makan halal nanti..heee. 

Disneyland terletak di Marne-La-Valle, kawasan sub-urban Paris dan agak jauh juga dari Paris, dalam sejam rasanya naik RER. Jadi kami kena beli tiket Paris Visite zon 1-6. Sebelum ke Disneyland, kami singgah di satu lagi landmark Paris, Arc De Triomphe. Ikut plan asal, lepas pergi Arc De Triomphe tu nak jalan-jalan menyusur Champ-De-Elysees yang terletak just kat belakang Arc De Triomphe tu, tapi masa dah agak suntuk masa tu jadi kami berpuas hati lawat Arc De Triomphe saja. 


Disebabkan Arc De Triomphe terletak di tengah-tengah bulatan yang besar dan sibuk, pelawat yang nak menghampirinya perlu guna laluan bawah tanah..sibuk tu bulatan ada 6 cabang jalan


Berlatarbelakangkan Champ-De-Elysees. Tak sempat nak berjalan ke sana, ambik gambar je la haha

Cuba teka ini side Arc De Triomphe yang mana?

Bye-bye Arc De Triomphe. Next, jom naik RER ke Disneyland. Untuk info, saya beli tiket secara online sebelum trip ke Europe ni untuk 2 parks, Disneyland Park dan Walt Disney Studios Park. Oleh kerana tahun tu adalah ulangtahun ke 20 Disneyland Paris, ada 20% diskaun harga tiket. Hari tu adalah hari Ahad so crowd memang lah ramai. Kena beratur lebih setengah jam untuk main satu game/ attraction. Kami spent masa seharian kat sana sampai masuk ke malam. 

Jangan expect ada surau kat sini, jadi kami solat kat tempat tersorok yang sesuai. Ambik wuduk pakai air botol mineral yang dibawa dan bentang sejadah kecik. Makanan halal juga takde masa ni, kecuali seafood based yang diyakini takde campur bahan haram dan juga makanan macam popcorn or minuman macam hot chocolate. 


Pemandangan sub urban Paris semasa dalam perjalanan ke Marne-La-Vallee, tempat di mana lokasi Disneyland berada
Area tempat masuk ke Disneyland

Macam real je salji tu kan..hahah..sodihh takde salji sepanjang trip kami ni..uhuk uhuk


Melawat satu lagi Disneyland Park, Walt Disney Studios yang terletak just bertentangan dengan Disneyland Park



Dekat sini la kami solat..tersorok sikit daripada orang ramai



Bergambar dulu sebelum main..eheheheh


Tak tau apa benda ni..main ambik gambar je haha




Excited nak tunggu perarakan/ parade bermula





Dah-dah..jom balik..cukup la tu haha

Dah puas berseronok dan membeli merchandise items di Disneyland, kami tersangat la letihnya..tapi ada hati lagi nak singgah ke Eiffel Tower lagi, just tengok dari jauh je hahaha. 


RER dua tingkat..jom jenguk Eiffel Tower lagi haha
Mampu menikmati keindahan Eiffel Tower dari sini ja..letih yang amat + hujan..hahaha

Bling-bling Eiffel Tower masa ni

17 Disember 2015

Paris Charles De Gaulle Airport - KLIA

Finally..our sweet vacation is coming to an end. We could never thank D'ny and Chai enough for their superb hospitality. Jugak si kecik Hariz yang comel dan tembam tu. Sebab ada duit balance sikit, kami naik teksi Mercedes ke Charles De Gaulle Airport...hahaha. 


Dalam lif comel nak turun ke bawah 
Thank you so much D'ny, Chai and little cutie Otoman Hariz


Pemeriksaan imigresen dan kastam kali ni ketat pula sampai saya kena tanggalkan kasut. Flight balik kami bertolak mengikut jadual iaitu 12pm. Plane kali ni ialah Boeing 777, business class dia tak secantik di A380..haha..takpe la janji tetap selesa dan makan banyak :p


Kat CDG Airport ni banyak escalator yang 'bertiub'
Leka lepak kat lounge sampai nak terlajak masa..hurry hurry
Sebelum take off ternampak Concorde ni..satu masa dulu kebanggaan France, now jadi pameran saja. Still, aircraft ni masih nampak 'angkuh' dan bangga..haha 

Kami selamat tiba di KLIA jam 6.30 pagi esoknya. Jetlag jangan cakapla. Dalam penat-penat jetlag tu, suami saya revealed yang dia dah tempah kek untuk flight CDG-KLIA ni sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 2 pada 18 Disember. Tapi requestnya tak dipenuhi. Bising dia kat MAS office..haha..tapi saya tak kisah sangat, it is the thought that counts kan ;-). 

Habis da cerita vacation kami di London & Paris kali ni. Doa-doakan kami ada rezeki lagi nak pergi tempat2 lain yang menarik lepas ni..hehehe. 

2 comments:

  1. Assalammualaikum Arlin,

    im one of your reader. helloooo!! =D

    actually sekarang i tgh buat research untuk my future trip to japan next feb2016.
    right now im referring a lot to your previous Japan posts and they are very helpful! thank youuuuu for sharing!!!

    but, do you do mind to share with me your detailed itenary? and i also would like to ask bout the gala yuzawa package. it gonna be much appreciated if you could email me here: eint.intan@gmail.com

    will be waiting for your email soon!

    thank you so much Arlin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt :-D

      Hehe..terima kasih visit blog saya. Ok. Tentang Gala Yuzawa package tu, saya ada ceritakan kat entry Jepun Part 3. Kalau ada soalan lagi spesifik boleh la tanya saya haha.

      Delete