#thisiswhywetravel

Monday 9 November 2015

Bercuti ke London & Paris Winter Trip 2012 : Day 4

12 Disember 2012


Hampton Court Palace - London Eye - Oxford Street



Hari ini kami akan berjalan ke luar sikit daripada kota London, iaitu di bandar East Molesey. Main target ialah Hampton Court Palace, salah satu daripada berpuluh-puluh istana yang terdapat di UK. Istana ni terletak lebih kurang 25km daripada central London. Saya tertarik nak melawatnya disebabkan rating dan review yang baik dalam Tripadvisor walaupun tak ramai rakyat Malaysia yang mengunjunginya. Sekali sekala ikut off the beaten path apa salahnya kan :-)


Breakfast dulu dengan nasik goreng masak sendiri dan roti :-D

Macam biasa kami beli travelcard di Kings Cross station dan naik tube ke Vauxhall Station. Sampai sana kami naik train South West untuk ke Hampton Court Station. Pemandangan luar train semakin jauh semakin menarik sebab memasuki kawasan sub bandar yang lebih lengang dan tenang. Lebih mengujakan lagi bila melihat kabus makin tebal dan kawasan sekeliling yang frosty. Mungkin ke salji akan turun kejap lagi?

Bila kami nampak signboard Hampton Station, kami terus turun. Tapi bila dah turun baru saya tersedar, kami tersalah stesen. Patutnya Hampton Court Station..iskkkkk..aisey..next train lambat lagi tu. Kami cuba cari alternatif pengangkutan lain dengan bertanya penjaga kedai coffee house kat area situ sambil beli hot chocolate dia yang sedap tu. Kata penjaga tu, boleh naik bas. Jadi kami pun tunggu bas di bus stop comel kat depan kedai tu sambil posing-posing kat situ. Pemandangan luar bandar London memang cantik. Bas yang kami naik kemudiannya pun dicover oleh Travelcard. Jadi tak perlu bayar pakai duit biasa.

Dalam South West train




View countryside yang cantik dan berkabus..excited dah masa ni

Tersalah turun stesen Hampton instead of Hampton Court..kat depan jalan ni la kedai kopi tempat kami tanya camana nak pergi Hampton Court

Snow takde..layan frost pun jadi la..hahaha

Posing jap kat view yang cantik ni sebelum naik bas route 411 ke Hampton Court Palace

Akhirnya kami sampai juga di Hampton Court Palace. Memang grand istana ni. Harga tiket dia saya dah lupa..kalau ikut website dia harga online sekarang ialah 18.20 pound untuk seorang dewasa. Kami guna offer 2for1 untuk tiket ni, sebab tu beli travelcard untuk hari tu. Promotion 2for1 valid kalau beli travelcard/ tiket National Rail untuk hari yang kita lawat tempàt/attractions tu.

Oleh kerana pada masa tu musim sejuk, kat perkarangan istana tu sedang berlangsung ice rink..tapi ice rink ni buka bermula dari waktu petang hingga ke malam. Kami tak kisah pun sebab bukannya nak main ice rink haha. Sebelum tour bermula, kami dibawa oleh staf kat sana ke tempat khas dan ada sedikit briefing mengenai istana diberikan. Istana ini dibina pada zaman King Henry VII. Info lain saya dah lupa hahaha. Selepas briefing, kami dan pengunjung-pengunjung lain dibekalkan dengan robe khas warna hijau/ merah..nak bagi  feeling macam king n queen gitu. Kami juga diberikan alat yang boleh bagi briefing tentang tempat-tempat yang akan kami lawat dalam istana tu nanti. Sambil-sambil round dalam kawasan istana yang luas tu, ada juga kawasan yang diberi briefing secara direct oleh staf di sana. 

Pintu masuk ke Hampton Court Palace. Sebelah kanan tu ice rink yang diadakan sementara musim sejuk




Ni posing apa? Menari sumazau ke? Hahah


Dewan makan yang besar..tapi kerusi n meja dia macam kat kantin skolah dulu-dulu je..hahaha...macam dalam filem Harry Potter pun ada 

Tinggi sungguh siling dia

Dengan 'King Henry VII'..'owner' of the palace

King Henry VII n Queen Carolina nak bersantap

Hampton Court Palace ni merupakan istana musim panas untuk King Henry VII dan Queen Carolina. Dibina pada tahun 1600-an..zaman Tudor era.

Fefeeling queen gituhhh

Cartoon Rooms yang menempatkan koleksi gambar-gambar lukisan family diraja 



Setelah puas pusing2 dalam istana tu, kami bersiar-siar pula di kawasan taman istana. Oleh kerana musim sejuk masa tu, takde la bunga-bungaan yang berwarna warni, tapi pokok-pokok besar yang unik bentuknya memberikan pemandangan yang sangat menarik. Tasik di situ juga sikit membeku di tepinya sebab suhu masa tu mencecah -2 darjah Celcius. Sejukkkkkk. Kemudiannya kami ke maze yang terdapat di perkarangan istana dan sempat la layan main. Tak terlalu mudah dan tak juga susah sangat..heheh. In overall, memang puas hati melawat istana ni dan kawasan sekitarnya. 


Wefie di halaman istana



Paksu ese kobar somak macam ni kek belakang rumah uwan ese pun ado...hahaha




Air terusan yang membeku dek suhu -2 darjah Celcius


Unik dan cantikkkk

Jumpa air beku lagi...jakun oiii kat Malaysia takde hahaha

Mana jalan kluar niiii

Syabas..hehee
Bila dah lewat tengahari dan masuk waktu petang kami pun beredar dari Hampton Court Palace dan bertolak balik ke kota London. Kali ni kami naik train South West dari stesen Hampton Court yang sepatutnya kami turun tadi. Train bertolak betul2 sharp mengikut jadual. 


Berposing di Sungai Thames sebelah Hampton Court Palace on the way ke Hampton Court Station. Ada juga ferry/ cruise service daripada kota London ke sini ikut sungai ni..tapi timingnya tak sesuai dengan timing kami

Tenang dan mendamaikan

Setelah makan tengahari (lewat petang dah masa tu huhu) dan solat di Malaysia Hall, kami sambung tour ke London Eye. Yang ni pun kami pakai 2for1 offer. 


View from London Eye..time ni baru jam 5 petang

House of Parliament, Big Ben in view


Habis naik London Eye, sambung pula berjalan-jalan di Oxford Street. Konon nak shopping, tapi tak berapa pandai hahaha. Kami cuma pergi ke Primark, Debenhams dan Selfridge dan beli beberapa helai baju dan sikit mainan untuk anak kawan n anak sedara. 


Christmas mood is in Oxford Street. Ni je sekeping gambar yang diambil di Oxford Street..blur pulak tu..dah letih sangat masa ni hahaah

Capekkkk...cukupla tour untuk hari tu...rasa nak tercabut lutut dah berjalan..hahaha.

No comments:

Post a Comment