#thisiswhywetravel

Sunday 1 March 2015

Bercuti ke Jepun Winter Trip 2015: Part 3



Day 4: DisneySea


Hari ni merupakan hari yang ditunggu2 untuk orang yang berjiwa muda macam saya n hubby haha...parents-in-law terpaksa layankan je kih kih kih. Oh ye, untuk info, Disneyland kat Tokyo ada dua park, Disneyland sendiri dan Disneysea. Memandangkan satu tiket tak boleh digunakan untuk dua park sekali macam di Disneyland Paris, saya terpaksa pilih salah satu park je sebab ada satu hari je masa untuk Disney. Based on people's rating dalam internet dan forum macam Tripadvisor, ramai yang cadangkan Disneysea sebab katanya choice game and attractions lebih menarik dan sesuai untuk orang dewasa. Lagipun ada satu jer Disneysea dalam planet bumi ni. Okeylah, saya pun decided pilih Disneysea dan beli tiket online macam semasa nak pegi Disneyland Paris dulu sebab malas nak beratur panjang kat booth tiket. Harga rasanya sama je kot. Lupa pulak nak check.



Kami bertolak dari hotel menggunakan bas "Good Neighbor Hotel" yang buat free shuttle antara hotel2 terpilih dan Disneyland/ Disneysea. Nasib baik hotel kami pun antara dalam list..so setel dah hal transport Disneysea. Cuma bas ni kena book online awal2 dan ada slot timing tertentu. Nasib baik ada terbaca pasal ni kat komen pembaca review hotel kami sebelum ni. So this is one of the reason saya gigihkan nak taip cerita holiday ni supaya boleh share juga dengan orang2 lain yang berminat nak pergi ke Jepun dan tengah buat survey. Hehe.



Ramainya orang beratur kat ticket booth. Nasib baik beli tiket online
Bangunan di entrance Disneysea



Ok, setelah kami sampai di Disneysea, gembira campur kecewa pun ada. Gembira sebab macam biasa la siok tengok bangunan2 macam fairytale. Yang tak gumbiranya punya la ramai umatttt...padahal ni time winter n weekday pulak tu. Ye ye je susun itinerary pilih pegi Disneysea time weekday dengan harapan orang tak ramai sangat..tapi ni macam weekend kat Disneyland Paris jer. Hurm...kesudahannya kami naik satu ride je, tengok satu show dan banyak berjalan2 enjoying the scenery dan ragam orang. 






Bila tengahari, perut pun lapar. Bekalan nasik himpit yang dibawa dari hotel tadi dah habis dibedal masa tengok show. So kami pun cuba cari restoran halal (memang takda punya hahaha) dan restoran yang jual makanan berasaskan seafood. Tengah mencari tu terjumpa sepasang suami isteri yang pakai kopiah dan bertudung. Setelah bertegur sapa, diorang maklumkan yang diorang ni berasal dari Pakistan. Kami bertanya kat diorang kot-kot ada restoran yang ada jual makan yang orang Islam boleh makan. Diorang kata tak tau, dan sebaliknya diorang offer makanan yang sang isteri buat dari rumah. Disebabkan lapar dan menghormati diorang, kami makan juga kebab dan sejenis lagi kuih macam bergedil yang diorang offer tu. We are really grateful with them for being so kind and generous. Teringat sebelum ni ada juga berselisih dengan beberapa orang Malaysia tapi buat tak tau je walaupun senyum dah dihulur. Pelancong Indonesia pun lagi peramah rasanya. Takpe la, kita bersangka baik je la yang diorang tak nampak kita tuhhhh…setelah tu, kami pun makan di restoran yang jual makanan seafood di section Arabian Coast.






Kekecewaan tak naik banyak ride terubat sikit bila terjumpa satu taman yang dihiasi bunga2 tulips macam2 warna dan tengah kembang mekar..wahhhh time winter pun ada juga bunga..apalagi,..saya n mak mertua posing habis dengan bunga2 tu..Gadis(??hahaha) dan bunga memang tak dapat dipisahkan.


Pandai pakcik cleaner ni lukis Donald Duck dengan guna batang penyapu dia dan air saja :-D











Saya letak banyak-banyak gambar tulips sebab ramai yang suka tulips kan? ehehehe

Setelah puas pusing DisneySea dan beli sikit buah tangan untuk anak-anak buah, kami pun balik ke hotel dengan bas yang sama. Itu la saja aktiviti satu hari- abiskan masa kat DisneySea. Lepas ni maybe keinginan nak pegi Disneyland dah kurang, sebab memanjang ramai je orang…tak kira musim apa dan weekday or weekend. Tapi kalau tiba-tiba tersesat ke Florida USA satu hari nanti, Disneyland Florida akan cuba disinggahi juga sebagai melengkapkan kunjungan ke semua cawangan Disneyland...kih kih.






Day 5: Naik Shinkansen ke Gala Yuzawa

Ini pun merupakan highlight yang ditunggu-tunggu..yeayyy. Jika sebelum ni kami hanya mendengar tentang kehebatan shinkansen atau bullet train, hari ni kami bukan saja dapat menengoknya, malah menaikinya juga. Sebelum ni saya dan suami tercinta pernah naik bullet train Eurostar di Europe, tapi saya lebih teruja untuk naik shinkansen yang dibuat oleh negara pengeluar terulung bullet train…hehehehe. Dan saya juga teruja sangat nak main salji. Trip ke London dan Paris pada tahun 2012 tak berhasil jumpa sebarang salji walaupun kami pergi time winter. Haha memang jakun sangat ni sebab i-City or Mines yang ada salji tu pun saya tak pernah rasa kih kih kih.


OKla, sedikit tentang Gala Yuzawa. Ianya merupakan sebuah resort ski yang dikatakan paling senang untuk diakses dari Tokyo. Terletak dalam Prefecture Niigata dan jarak kira-kira 200km dari Tokyo, biasanya resort ini dibuka semasa winter dari bulan Disember hingga musim bunga, Mei. Tapi untuk maklumat lanjut mengenai tarikh-tarikh dibuka, kena la rujuk website dia ye. http://www.galaresort.jp/winter/english/index.html.

Dan untuk ke Gala Yuzawa ni, transport utama ialah shinkansen Max Tanigawa/ Joetsu Shinkansen. Ikut apa yang saya survey, kos normal pergi balik ialah kira-kira 14,180 yen atau RM426 seorang. Boleh tahan mahalnya huhu. Tetapi ada special offer iaitu Gala Option Ticket di mana apabila kita membeli Kanto Area Pass (saya ada terangkan sikit pasal Kanto Area Pass di awal entry) yang berharga 8,300 yen, kita hanya perlu top up 1,000 yen semasa beli Kanto Area Pass tu untuk dapat one round trip shinkansen ke Gala Yuzawa. Maknanya jumlah bayaran ialah 9,300 yen seorang dan Kanto Area Pass tu pulak boleh digunakan untuk JR trains yang lain di dalam area Kanto selama 3 hari. Ditambah lagi pula dengan Gala Option Ticket ni, semasa di resort kita boleh dapat special offer. Untuk gondola round trip + glove + sled + boots, special offer ialah 950 yen seorang. Ada lagi 2 offer lain dengan menggunakan Gala Option ticket ni, kalau tak silap ada kaitan dengan ski rental dan locker. Sila rujuk website diorang :p. Jadi saya pun apa lagi..ambik option ni la dan telah uruskan pembelian kat Narita Airport siap-siap. Untuk trip shinkansen ni, saya book seating (free je dengan Kanto Area Pass ni) melalui pejabat JR East yang ada di Tokyo Station, iaitu stesen shinkansen ni nak bertolak ke Gala Yuzawa sebelum kami naik shinkansen.

Memandangkan masih ada setengah jam lagi sebelum shinkansen bertolak, kami pun bergambar sakan dengan shinkansen-shinkansen yang ada kat situ. Hahaha. Tepat jam 10.56 seperti dalam jadual, shinkansen pun bergerak. Ketika dalam kawasan central Tokyo, kelajuan tren ni biasa je dan sangat senyap. Bila dah masuk kawasan luar Bandar, baru terasa lajunya. Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam 32 minit. Kalau ikut website dia, perjalanan dia dalam 77 minit atau sejam 17 minit. Tak tau la kenapa kami punya tren ni lambat sikit. Sebab ada stop kot. Tak kisah la, yang penting bila tengok kawasan yang dah mula bersalji kami pun excited. Hehe.






Apabila tiba di stesen Gala Yuzawa, kami selesaikan urusan pakej offer untuk main salji. Kami ambil offer sled package, nak main ski tak pandai den. Resort ni ada juga offer ski lesson tapi agak mahal dan lagipun kami bawa parents, diorang memang tak minat main ski hahahaha. So we were fine with sled package. Macam budak-budak pun takpe la, belasah je…janji seronok..hahahah. Selain tu kami sewa juga locker simpan barang-barang. Setelah selesai semua, off we went dengan gondola/cable car. Pemandangan dia Masya Allah..Subhanallah teramatla cantiknya. Gunung ganang dengan salji memutih amat memukau pandangan. 













Bila sampai di stesen seterusnya, dengan jakunnya kami kecuali abah mertua saya main sled dan pegang salji puas-puas. Sempat juga berkenalan dengan empat orang isteri pegawai-pegawai kerajaan Indonesia yang bertugas di Jepun. Kata diorang, suami cari uang,tugas kami abiskan uang…hahahaha…seronok tengok gelagat diorang bergambar. Kami pun buat macam-macam aksi tapi diorang punya aksi lagi hebat..siap berbaring atas salji…kehkeh.







Akhirnya bila nak balik, abah mertua saya pun berkenan main sled buat kali pertama dan terakhir. Hahaha. Terasa bersalah pula sebab suruh dia berjalan ke hujung tempat bermula main sled yang bercerun sikit tu. Nasib baik dia takde apa-apa sangat. Mak mertua saya pula memang sangat enjoy macam kami…hahaha. Setelah tu, kami turun semula ke resort yang bersekali dengan stesen Gala Yuzawa untuk cari tempat yang sesuai untuk solat. Dengan bantuan pekerja di situ, kami diberi tempat yang tersorok yang asalnya untuk ibu menyusu. Pekerja tersebut pernah kerja di Singapura dan oleh tu dia fasih berbahasa Inggeris. Dia siap tanya kami tentang keperluan solat orang Islam, supaya dia boleh cadangkan pada management resort untuk sediakan kemudahan solat untuk masa depan. Siapa yang pergi ke Gala Yuzawa lepas ni bolehla check sama ada kemudahan tu dah ada ke belum :-D.





Kami pulang ke Tokyo dengan naik shinkansen 2 tingkat pula. Setelah sampai di Tokyo, kami makan malam di restoran Malay Kampung di Ginza milik rakyat Malaysia. Restoran ni lebih kurang sama je dari segi menu dengan Malay Asian Cuisine. Di restoran ni kami berjumpa dengan seorang rakyat Malaysia yang peramah dan kebetulan kat sana sebab outstation. Ha, position dia tinggi dan bekerja dengan syarikat minyak yang established tapi tak sombong.



Kawasan skiing...next trip pergi tempat lain nanti inshaa Allah saya n suami nak cuba ski pula :-)
Mencari restoran Malay Kampung di Ginza setelah tiba di Tokyo. Punya la payah nak kasi pakcik teksi tu paham walaupun dah guna Google Translate..nasib baik last-last sampai juga
Restoran Malay Kampung. Menu dia lebih kurang je dengan Malay Asian Cuisine di Shibuya, tapi rasanya Malay Asian Cuisine lagi best 


 
Semasa naik tren Yurikamome line untuk pulang ke hotel di Odaiba, macam biasa dia akan lalu Rainbow Bridge dan setiap kali lalu waktu malam juga saya teruja nak tengok sama ada jambatan tu dah bewarna warni ke atau masih putih. Hurm…sama je putih warna dia..bowrinnkkkkk. Malam tu juga kami perlu berkemas-kemas untuk check out pada esok harinya sebab kami akan bertolak ke area Mount Fuji dan bermalam di sana.

End of Part 3...nantikan Part 4 menyusul..hehe










8 comments:

  1. hamboi...bestyna dapat main salji

    ReplyDelete
  2. Berbaloi tak pi Disneysea ? Sesak dengan lautan manusia.

    ReplyDelete
  3. Entah la..for me macam tak je kalau satu hari..tak sempat nak cover semua..tapi kalau lebih satu hari, berganda la pulak kos tiketnya haha..cuma kalau belum pernah pegi, elok la juga pegi just untuk rasa suasana fairyland dia dan main tiga,empat game

    ReplyDelete
  4. salam arlin, bila tarikh arlin pergi tokyo nie.. sbb plan nk pergi awal bulan 12, berangan nk bawak anak anak main salji di gala yuzawa tu, suspend pulak dia tak bukak that time

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam e.ve. kakjie, saya pergi 31 jan - 7 feb last year. Kalau ikut website dia http://www.galaresort.jp/winter/english/index.html macam dia belum update lagi. Sis kena check website tu from time to time utk confirmkan tarikh dia buka

      Delete
  5. salam sis, sy ada tgk website gala yuzawa tu. kalo kita nk main salji mcm sis kan,kita kena amik gondola jgk ke? atau amik sled set je.(skrg pakej gondola+sled set 2000 yen) & ski pass tu utk yg nk main ski kan. sori byk tyn mcm pening tgk website tu.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam sis..ya..nak main ski or sled kena naik gondola dulu..n sapa nak main ski juga kena ada lift pass.

      Delete