#thisiswhywetravel

Sunday 1 March 2015

Bercuti ke Jepun Winter Trip 2015: Part 2




Day 3: Tokyo Tower, Imperial Palace,Sensoji Temple, Nakamise Shopping Street, Shinjuku

Pada pagi ni, kami tak naik tren sebaliknya kami tunggu bas untuk pick up kami di hotel. Sebabnya, saya dah booking Tokyo Morning Tour melalui web Japanican...yiehaaa tak payah banyak2 berjalan kaki (yake?? kita tengok nanti haha). Tour ni adalah untuk setengah hari jer. Bas tiba jam 8 dan tepat jam 8.10 bas pun bergerak ke Hamamatsucho Bus Terminal. Dari situ, kami naik tour bus yang akan bawa kami round Tokyo. Tour Guide kami namanya Keiko dan nasib kami agak baik masa tu, jumlah tourist yang sama-sama ikut tour masa tu total cuma 11 orang so takla crowded sangat :-D. Keiko sorang yang sangat peramah dan banyak cakap (memang la tour guide kena macam tu kan :p). sempat la dia ajar kami beberapa patah perkataan bahasa Jepun masa dalam bas. Tapi hafal sekejap je. Yang paling saya ingat ialah "Hidari oraidessss"..hahaha..maksud dia "sebelah kiri clearrr"..sebabnya Keiko-san asyik cakap tu kat driver bas untuk bgtau yg sebelah kiri clear so bas bole turn ke kiri.



Lovely Tokyo Bay view (again hahaha) from bus

Keiko-san yang fasih berbahasa Inggeris dan amatla peramah


Tiket Tokyo Morning Tour ^_^


Kami dibawa melawat Tokyo Tower n naik sampai Observation Deck dia. Disebabkan cuaca clear, dapat tengok Mount Fuji dari jauh juga di sebalik pencakar-pencakar langit dan hutan batu Tokyo yang wow memang luas. Actually hari semalamnya pun masa jalan-jalan di Odaiba pun ada juga ternampak Mount Fuji. Orang kata masa winter di Tokyo biasanya cuaca lebih cerah dan oleh tu peluang nampak puncak Mount Fuji pun lagi tinggi. Malangnya tak sempat nak bergambar puas-puas kat Tokyo Tower ni sebab nak kejar masa ke tempat lain pulak. Haih..ni la kelemahan ikut tour, tak dapat ikut timing sendiri.
My hubby relax je berdiri atas viewing window tu..saya gayatttt


Tokyo Tower. Kalau waktu malam, lebih cantik kerana lighting dia warna emas. Ala-ala Eiffel Tower gitu

Tokyo Metropolitan seen from Tokyo Tower. Fuji-san yang comel pun enterprem hihi


Next, kami pegi Imperial Palace pulak. Memandangkan hari tu hari Isnin dan hari tu pulak merupakan hari yang ditutup kepada umum untuk melawat certain area Imperial Palace, kami dapat bergambar kat luar istana jer. Huhuh..luar pun luar la. Kata Keiko-san, Imperial Palace ni cuma Maharaja Akihito dan Maharani Michiko saje yang tinggal (of course dengan pegawai-pegawai diorang). Anak-anak diorang tinggal kat istana lain. Keiko-san juga bagitau, Jepun masih consider sama ada anak perempuan tunggal kepada Putera Mahkota Jepun sekarang, Aiko boleh mewarisi takhta ataupun akan diwarisi oleh cucu lelaki tunggal Maharaja dari anak lelakinya yang kedua.
A nice stroll in Imperial Palace ground. Depan tu boleh terus jalan ke Tokyo Station, stesen keretapi terbesar di Tokyo.


Salah satu pos pengawal yang terdapat di Imperial Palace. Ancient design beside modern ones :-)


Tengah ikut tour tu my beloved hubby tercari2 tong sampah untuk buang sampah makanan dia. Tapi memang susah nak jumpa macam tepi-tepi jalan kat Malaysia. Then Keiko-san explain yang kat Japan, kerajaan Jepun dah mengtiadakan tong sampah kat tempat-tempat public macam tepi-tepi jalan sejak kejadian gas beracun yang membunuh berpuluh orang jepun dalam 10 tahun lepas. Saya ingat lagi kisah tu, pembunuh yang sebarkan gas beracun tu orang jepun juga dan dah kena hukuman mati kalau tak silap.

Setelah itu kami ke Asakusa pulak dengan melalui bandar Ueno. Keiko-san beri kami option sama ada nak berhenti join tour di Asakusa atau turun di Tokyo Station nanti. Kami pilih turun kat Tokyo Station sebab merasakan cukup kot setengah jam untuk bershopping kat Nakamise Street di Asakusa tu nanti..keh keh. Di Asakusa, kami melawat Senso-ji Temple (lawat sajorkk takde buat benda lain hahaha). Kat Senso-ji temple tu saya dan mak mertua saya ternampak benda putih macam salji. Saya tanya Keiko, 'is this snow?" dia jawab, "Yes! This is the remaining of snow that came last Friday"...weeee...terujanya tengok salji. Ikutkan kejakunan saya ni nak jer pegi capai salji tu n pegang tapi disebabkan macam susah nak ambik dan nak cepat, hasrat tu dipendam saja, Takpe nanti inshaa Allah boleh main salji puas2 kat Gala Yuzawa nanti hik hik. 



Rasanya ni la salji pertama yang saya jumpa seumur hidup saya..haha..



Keiko-san semasa briefingnya di Sensoji Temple menjelaskan bahawa agama terbesar di Jepun ialah Shinto diikuti Buddha. Tetapi zaman sekarang ini anak-anak muda Jepun dah semakin ramai yang tak lagi amalkan agama Shinto. Dia tak cakap pula tentang agama Buddha. Alangkah bagusnya kalau diorang ni dapat terima Islam. Mudah-mudahan la kan..sebab sekarang ni pun kerajaan Jepun mula membanyakkan kemudahan untuk pelancong Muslim yang semakin ramai ke Jepun. Mana tau terbuka pula hati diorang nak terima Islam. Attitude diorang pun dah macam ajaran Islam (kecuali bab-bab lucah la :p).


Kami pun terus ke Nakamise Shopping Street untuk shopping souvenir dan betulla kata orang n bloggers, Nakamise ni penuh dengan orang, Dan masa yang ada rupanya tak cukup, sempat grab fridge magnet jer. Dan betul juga kata orang, mahal dowhhh souvenir kat Jepun...hua hua.fridge magnet kecik yang kitorang jumpa tu la yang dikira paling murah..so borong abis yang tu. T Shirt cikai pun dalam 2000 yen or RM62. Babai T Shirt...haha.



Di Sensoji Temple. Bergambar sajeee
Nakamise shopping street yang penuh orang

Tokyo Skytree can be seen from this area. Tak pegi pun Skytree sebab dah pegi Tokyo Tower, cukup la :p

Tour kami berakhir di Tokyo Station, antara Station tersibuk kat Tokyo nih. Oleh kerana ada insan baik hati yang hadiahkan abah mertua saya baucer beli belah kat Takashimaya Shinjuku, kami pun pegi la ke sana walaupun tak termasuk dalam itinerary asal kami. Sebelum pegi Takashimaya, kami singgah Siddique Restoran di Shinjuku. Naik teksi je daripada Shinjuku Station macam semalam di Shibuya untuk memudahkan parents in law saya. Tapi not recommended la Siddique Restoran ni, choice tak banyak dan paling tak menyenangkan, dia tak bagi tapau lebihan makanan kami yang tak abis. Hurm, terus kena ban dpd list kami lepas ni. Kemudian apa lagi, mengabihkan baucar tu la di Takashimaya. Funny sebab kitorang semua bukan kaki shopping, macam kena paksa je nak abiskan baucar tu sebab sayang ooo banyak kot nilai dia hahaha..korang yang kaki shopping ni mesti bengang hahahha..mak mertua saya pun macam saya jugak, tak reti nak shopping barang2 mewah bagai ni..so baucar tu digunakan untuk beli baju cucu2 parents in law dan ada la sikit untuk pak mertua sendiri.

Sambil shopping tu, saya dan hubby cari spot yang sesuai untuk solat. Kami memang bawa sejadah kecik dan botol spray siap2 untuk senang ambik wuduk dan solat kat mana2. Daripada tips pelancong Malaysia yang lain,solat la kat mana2 yang sesuai dan antara tempat yang boleh dicuba ialah fitting room shopping complex. Saya n hubby ternampak fitting room kat kids department, nak terus terjah pegi sana macam pelik pulak kan, takkan orang dewasa nak cuba baju kat tempat budak2, so nak tak nak kami mintak permission daripada staff kat situ untuk bersolat. Tapi to our pleasant surprise, dia (dengan bersungguh2 cuba bercakap BI) kata ada prayer room kat level 11. Dia siap bawak kami tunjuk arah tempat tu lagi. Dengan gumbiranya kami menunaikan solat jamak kat prayer room tu yang bukan terletak kat carpark, bersih, selesa, ada tempat wuduk, arah kiblat dan dikawal menggunakan intercom. Kalah surau kat shopping complex Malaysia. Sila malu sikit. hahaha.





Prayer room yang sangat selesa, bersih, lengkap (cuma takde telekung n sejadah je haha) dan lokasi yang baik. 


Kami selesai bershopping dalam jam 4 macam tu. Oleh kerana waktu dah beransur nak magrib dan dah keletihan,cubaan kali kedua untuk naik cruise Symphony Moderna nampaknya tak berjaye juge walaupun tak jauh dari hotel kami, dan kami terus naik tren sampai ke Daiba Station. Takpe la. Nasib baik takde booking. 


Tejumpa patung Ultraman kat Simbashi Station

Shimbashi Station, stesen yang selalu kitorang guna untuk pertukaran ke line tren yang lain. Shimbashi Station ialah stesen paling hujung untuk Yurikamome line yang ada stop di Daiba Station, stesen sebelah hotel kami


Let's go straight to Daiba Station without stopping at Hinode Station, the way to Hinode Pier 

End of Part 2 :-D

3 comments:

  1. tingin gak nak pegang salji...hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi..jom la ke Jepun time winter..ahaha

      Delete
  2. Tq..just jotting my memories here dan juga sebagai panduan kat orang lain :-)

    ReplyDelete