#thisiswhywetravel

Sunday 8 March 2015

Persediaan ke Jepun: Part 1

Salam dan hai semua..setelah habis cerita tentang perjalanan percutian ke Jepun, baru la saya nak share pula tentang persediaan yang dibuat..patutnya terbalik kan..hehe..excited punya pasal. Saya dan suami telah buat persediaan ke Jepun ni 6 bulan sebelum terbang. Secara amnya, persediaan, planning dan budgeting yang dibuat ni adalah mengambilkira faktor macam abah mertua yang dah berumur, keselesaan tempat tinggal dan minat masing-masing nak tengok apa. Lain orang, lain keperluan, minat dan kehendak dia kan so ini adalah sebagai antara guideline anda saja. Saya cuba share sikit sebanyak apa yang saya buat dan saya tau ye...kami pun baru sekali pernah jejakkan kaki ke Jepun hehe


1.   Sumber rujukan 

Untuk buat planning dan budgeting yang paling sesuai dengan anda, elok juga rujuk blog or website lain yang banyak ada kat internet ni..orang Melayu Malaysia ada, omputih ada...haha. Ni antara blog yang banyak berikan panduan:

Touchdown Tokyo:
 
Safiyya Ulfah:

Melancong ke Jepun: (website persatuan pelajar Malaysia di Jepun)

Ariff Shah: Berapa banyak perbelanjaan ke Jepun?

Nova Leeza:

Travelog: Trip murah ke Jepun

Japan Guide: Japan-based website yang bg info terkini dan komprehensif pasal Jepun

Tripadvisor: klik sini


Banyak lagi website dan blog yang boleh jadi panduan, hanya gunakan pakcik Google dan taiplah keywords info yang ingin anda cari hehehe.

2.  Musim bila yang sesuai?

Memang tak dapat dinafikan lagi musim bunga adalah musim paling popular untuk pegi Jepun. Bunga sakura yang mekar dengan banyaknya memang heaven...tapi biasanya cuma 2 minggu saja bunga ni betul2 banyak dan mekar dan tempoh musim bunga berbeza sikit ikut kawasan. Musim bunga bermula awal Mac di kawasan selatan Jepun macam Fukuoka, kemudian Hiroshima,Osaka, dan naik lagi ke Tokyo dan seterusnya kawasan utara Jepun macam Sendai hinggalah ke Sapporo. Musim bunga adalah musim paling ramai pelancong dan masa 2 minggu bunga sakura paling mekar tu, orang2 Jepun akan berkumpul bawah pokok-pokok sakura untuk menikmati keindahannya. Dikatakan tradisi ni dah berzaman dan dipanggil 'hanami'. In general, musim bunga berakhir pada hujung bulan Mei.


Lovely cherry blossom : Credit picture to japaninspring.blogspot.com


Musim panas pulak daripada Jun sampai Ogos. Time ni pun ramai pelancong dan ada satu minggu yang rakyat Jepun pun bercuti. Masa ni waktu siang lebih panjang daripada malam dan oleh tu, banyak skit masa untuk travel dan explore Jepun. Tapi crowd pun ramai jugak la hehe. Bulan Julai dan Ogos juga adalah bulan paling kerap hujan turun. Climbing season Mount Fuji jugak adalah dalam dua bulan ni.

Musim luruh atau autumn pun musim yang sangat cantik kata orang. Ni antara September sampai November. Time ni daun-daun pokok berwarna keemasan,merah,oren..colourful. time ni antara time terbaik kalau nk lawat taman-taman or parks yang banyak di Jepun.


Picture credit to Google: Cantiknyaaa kan 

Last but not least, musim salji/sejuk or winter. Bermula Disember dan kemuncaknya pada Februari. Time ni dianggap low season (kecuali time Krismas, New Year dan Chinese New Year) sebab suhu yang amat sejuk lebih2 lagi kat utara Jepun macam Sapporo. In fact, bandar ni ialah bandar kedua di dunia yang paling banyak terima salji. Bandar pertama pun kat Jepun jugak hahaha. Tapi bandar2 di selatan Jepun jarang bersalji termasuk Tokyo. Winter juga merupakan musim di mana Gunung Fuji paling jelas untuk dilihat. 
Winter pun lovelyyyy...this is my favourite..haha

Untuk maklumat yg lagi detail, sila lawat website Japan Guide: www.japan-guide.com/e/e2273.html

So, terpulang kat selera dan minat anda nak pilih musim apa. Macam kami, kami pilih winter sebab kurang skit pelancong (takde la kurang sangat,ramai jugak la ahaha especially kat Disneysea) dan saya n hubby nk merasa salji kih kih kih. Walaupun sikit terseksa dengan kesejukan (suhu antara 1-9°C,paling low -5°C kat Kawaguchiko), tapi pemandangan serba putih di tempat bersalji memang lovely..bak kata omputih, winter wonderland. Takpe la, sakura or cherry blossom bole tengok kat New Zealand lain kali..ehh..tiberrrr :p

3.   Tiket penerbangan

Suami saya lebih selesa menggunakan MAS sebab katanya seat dia luas skit compare dengan Air Asia. Oleh tu kami tunggu ada sales MAS dan dapatla grab tiket return ke Narita Tokyo untuk 4 orang dalam RM7000 jumlahnya. Maknanya harga untuk sorang ialah RM1700+ return. Mahal ke? Kalau compare dengan sales Air Asia memang tak boleh beat la..saya dengar boleh dapat sampai RM699 return (tak masuk luggage,meals dan add-ons yang lain)..tapi untuk MAS, kira murah juga tu...hehe. Tiket ni dibooking kira-kira 4 bulan sebelum fly.

Kami pilih penerbangan MH88 sebab flight ni akan sampai di Narita Tokyo pada waktu malam yang tak lewat sangat dalam jam 6.30 gitu. Bila sampai malam, boleh terus ke bilik untuk rehat dan tido dulu, baru la segar untuk mulakan explore Tokyo keesokannya.

4.   Tempat-tempat untuk dilawati

Selain Tokyo, tempat-tempat popular lain kat Jepun ialah Osaka, Nara, Nagoya, Kyoto dan beberapa lagi. Dan Sapporo serta tempat2 lain di Pulau Hokkaido iaitu pulau di utara Jepun lebih popular pada musim winter disebabkan keadaannya yang sentiasa bersalji masa musim tu. Kami pilih Tokyo memandangkan ni first time pegi Jepun. Selain tu, tempat yang jauh sikit tapi boleh pergi by day trip   macam Gala Yuzawa pun kami masuk dalam itinerary. Area Mount Fuji pun tak dilupakan. Nak pergi tempat2 macam Sapporo, Osaka, perkampungan Shirakawago di Takayama semua tu amat jauh dan memakan masa, tak muat nak masuk dalam itinerary. Lagipun kami bawa parents, mau pengsan abah mertua dalam shinkansen nanti sebab jauh sangat hahaha..Sapporo pun terlalu sejuk dan ini adalah pengalaman pertama parents in law saya dalam musim sejuk, so better jangan pergi tempat yang terlebih sejuk. Untuk peminat ski dan winter lover memang disarankan pegi Sapporo, Hokkaido dan tempat macam Snow Monkey Park di Nagano.

OK, kat Tokyo pun ada banyak attractions yang boleh dijenguk ikut pengalaman saya dan apa yang saya baca:

Shibuya Crossings - tempat pejalan kaki tersibuk di dunia, lokasinya kat sebelah Stesen Shibuya je


Macam semut manusia melintas di Shibuya Crossing

Patung Hachiko, anjing yang setia - Ini pun kat Stesen Shibuya. Untuk yang belum tau, Hachiko ialah anjing yang tunggu tuan dia, seorang pensyarah balik daripada mengajar tiap2 hari. Dia tunggu tuan dia tu kat Stesen Shibuya tu la. Satu hari tuan dia meninggal dan tak balik-balik. Hachiko tak putus asa dan tetap tunggu tuan dia tiap2 hari kat tempat yang sama sampai dia pun mati 9 tahun kemudian. Sigh...kisah kesetiaan yang tacing...

Ueno - dengarnya Ueno ni ada zoo yang best dan taman yang cantik untuk dilawati. Nak beli fresh seafood pun kat sini.

Ginza - Ni untuk kaki shopping dan mampooo untuk beli barang mewah. Jugak sesuai untuk yang nak cuci mata je haha.


Credit picture to Wikipedia. Wako Department Store in Ginza

Odaiba - Ni bukan kat Central Tokyo, tapi tak juga jauh dari Central Tokyo. Pulau buatan manusia yang asalnya untuk tujuan pertahanan. Now ada banyak shopping center dan entertainment. Tokyo Big Sight, bangunan Fuji TV, Mega Web, Venus Port ada di sini. Tokyo DECKS Beach pula ada Muzium Madam Tussauds, Hello Kitty, Legoland, Takoyaki Museum, Trick Arts Museum dan beberapa lagi. Kat Odaiba ni juga boleh tengok Tokyo Bay yang cantik dengan adanya Rainbow Bridge dan Statue of Liberty yang macam kat New York tu. oh ye, kat Aqua City pula ada robot besar Gundam.


Odaiba at night

Asakusa - Tempat terletaknya kuil Shinto yang bernama Sensoji Temple yang popular. Kaminarimon pulak ialah pintu masuk yang ada Tanglung besar tu dan menghala ke Sensoji Temple. Kat tengah2 tu la letaknya Nakamise Shopping Street yang popular untuk shopping souvenir. Asakusa jugak dikenali sebagai tempat dalam Tokyo yang masih banyak bangunan lama. Tokyo Skytree, menara telekomunikasi Jepun yang tertinggi di Tokyo pun terletak dalam area Asakusa. Mahal juga nak masuk ke Tokyo Skytree tu, tiket dalam 2000 yen dan tu pun x naik sampai paling atas. Dari Asakusa juga boleh naik waterbus  Himiko merentasi Sumida River dan turun di Odaiba.

Roppongi - Ni tempat untuk berhibur-hibur..haha..nak cuci mata pun boleh jer. Hard Rock Cafe ada kat sini kalau tak silap.

Tokyo Tower - Menara ala-ala Eiffel Tower gitu. Lebih cantik pada waktu malam. Tiket naik ialah kira-kira 820 yen.




Tokyo Camii Mosque - Masjid utama yang ada di Central Tokyo. Dibina dengan sumbangan dari Kerajaan Turki.


Picture credit to Wiiii in Wikipedia- Tokyo Camii Mosque

Akihabara - syurga untuk kaki gadget

Nippori - sapa suka borong Japanese cotton elok la gi sini

Yokohama - ni pun terkeluar skit je daripada central Tokyo. Bandar pelabuhan

Muzium Fujio F.Fujiko - Terletak di area Kawasaki, kalau naik tren dari Central Tokyo dalam 30 minit. Muzium ni lebih kepada mengabadikan kehidupan Fujio F. Fujiko, pelukis komik Doraemon tapi ada jugak patung-patung Doraemon, Nobita smua tu untuk bergambar2. Nak bli tiket dia kena bli kat mesin di cawangan2 Lawson (ada merata sekitar Tokyo). Nampak menarik tapi tak muat nak masuk itinerary kami :-(


Picture credit to Stealth3327 in Wikipedia: Bas shuttle antara Stesen Kawasaki dan Fujio F Fujiko Museum
Picture credit to Christian Lee in Qiito- Hiasan makanan yang kreatif, tapi tak tau la halal ke tak..ahaha..dan queue di kafe museum ni sangat panjang khabarnya. Kalau nak merasa juga, beli la air dia or seafood based food. 
Imperial Palace ground - Nak masuk dalam istana betul2 memang takleh la haha..boleh melawat kawasan ground sajo.

Disneyland/ Disneysea - yang ni rasanya tak perlu describe lagi...haha..cuma bersedia dengan crowd yang ramai.


Kat area berdekatan Mount Fuji pun ada dua tempat utama yang femes, iaitu Hakone dan Kawaguchiko. Hakone ada beberapa attractions, antaranya:

Lake Ashi. Boleh naik cruise Pirate Ship kat sini dan menikmati view Gunung Fuji kalau cuaca clear. 

Hakone Ropeway. Ini ialah cable car merentasi Lake Ashi, kawasan bukit bukau yang cantik, kawasan berasap dan bersulfur di Owakudani dan Gunung Fuji (kalau hari clear). Berhenti kat beberapa stesen dan boleh pilih nak naik dan turun di mana. Klik sini untuk details. 

Owakudani Valley. Macam diterangkan tadi, ni kawasan yang ada asap sulfur volcano. So bau tengik sikit. Ada juga kawasan berair yang menggelegak kesan daripada aktiviti volcanic. Kat sini juga ada dijual telur ayam yang dimasak menggunakan air panas menggelegak tu dan menjadi hitam sebab kesan sulfur. Kononnya boleh panjang umur 7 tahun kalau makan sebijik..heheh. Selain daripada Hakone Ropeway, bole pegi sini dengan driving tapi kena menapak 1km jugak la untuk sampai destinasi. Kalau tak larat, tengok dari jauh pun ok gak kot.  

Hot Springs. Juga dipanggil onsen dalam bahasa Jepun. Terdapat banyak onsen kat sini. Tapi peraturan onsen ni kena mandi tanpa seurat benang pun. Biasanya asing lelaki pempuan tapi tak sanggup youuu nak berbogel sesama jantina pun..huhu..lagipun dengan pempuan bukan muslim pun aurat jugek. Kalau teringin sangat dan ada bajet lebih, boleh book bilik hotel/ ryokan yang ada private onsen dalam bilik. 

Gotemba. Haa yang ni pun untuk kaki shopping. Katanya branded item dengan harga diskaun macam kat Johor Premium Outlet tu.

Mount Fuji 5th Station. Point terdekat sebelum starting mendaki Gunung Fuji if i'm not mistaken. Tapi selalunya tutup time winter.  

Untuk lebih detail, sila klik website ni

Kat Kawaguchiko pulak, tempat ni ada Lake Kawaguchiko yang mana merupakan tasik terbesar antara Fuji Five Lakes. Dikatakan juga view dari tasik ni adalah yang paling cantik skali kalau nak tengok Mount Fuji sebab takde halangan oleh bukit-bukit lain seperti di Lake Ashi. Sebab tu saya pilih bermalam di Kawaguchiko instead of Hakone..hehe..selain Lake Kawaguchiko, kat Kawaguchiko jugak ada beberapa attractions, antaranya:

Fujiten Snow Resort: Dibuka dalam bulan Disember - Mac cenggitu. 

Fuji-Q Highland: Taman tema

Saiko iyashi no sato NENBA: Ni kampung samurai. Details ada dalam entry saya yang ni

Kachikachi Ropeway: ni pun cable car, menghala ke atas Mount Kachikachi. 

Itchiku Kubota Art Museum: Muzium yang menyimpan koleksi kimono dari pelbagai zaman. ada juga koleksi lukisan. Dikatakan di sini juga ada taman yang cantik berlatarbelakangkan Mount Fuji. 

Untuk senarai lebih panjang, boleh klik sini ye haha.


So ni antara tempat2 yang dicadangkan. Pilih la ikut minat, masa dan pitis yang anda ada..heheheh.

Panjang dah entry ni..nak sambung sampai habis kang tido pulak..bersambung part 2 OK..ehe

24 comments:

  1. salam singgah salam perkenalan.. Nova tengok ada backlink ke blog, thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam nova..hehe..tq juga atas perkongsian trip ke Jepun...jadi rujukan saya juga hari tu :-D

      Delete
  2. Salam perkenalan...rasa tidak sabar pulak nak kesana disember nanti ...insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Mrs Little Voice..hehe..pejam celik tak lama tu Disember

      Delete
  3. Salam perkenalan...rasa tidak sabar pulak nak kesana disember nanti ...insyaAllah

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas maklumat. Nak buat persediaan bulan nov ni.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum....nak tumpang tanya...sy in shaa Allah akan ke Jepun bulan Dec ni....jadual mana nak pergi x susun betul2 lg...tgh dok cari info....sy pergi 8 org family...any suggestion mana nak tinggal?...guest house ke?...tqvm

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam wbt..biasanya kalau travel dalam jumlah macam tu elok stay kat homestay/holiday rental..cuba browse holiday rentals in tokyo kat website tripadvisor and u can choose homestay mana hg berkenan di mata n poket..haha..boleh juga browse airbnb.com

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam

    ReplyDelete
  8. BESTNYA..MACAM TAK SABA DAH NAK TUNGGU FEB NEXT YEAR... LAMBAT JE NAK TUNGGU TAHUN DPN. HATI DAH SAMPAI JEPUN DAH NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kejap je tu..pejam celik dah tahun dpn..haha

      Delete
  9. Salam. Sy first time nak gi tokyo. Kalau bawa anak ( 4 dan 6 tahun) sesuai ke tidak dengan keadaan pengangkutan yang agak pening. Takut spoil dgn perangai bdk2 yang mmg susah nak dijangka. Sbb kita pergi nak tgok nature and culture di jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..kalau sis boleh handle budak2 bila naik lrt kat KL,rasanya kat tokyo pun boleh kot. Jangan plan itinerary padat sangat,maybe satu hari pegi lawat 2 tempat je so tak tergesa2.

      Delete
  10. as salam

    nak tanya pergi japan free and easy or pakai ground arrangement lagi murah untuk 5 orang

    ReplyDelete
  11. Wsalam Ruslina,

    Generally sendiri arrange or free and easy lagi murah tapi bergantung pada tempat-tempat dan berapa lama tempoh. Saya suggest sis buat calculation anggaran kos kalau arrange sendiri dan lepas tu cari pakej2 ground yang offer pakej yang lebih kurang sama dengan apa yang sis arrange..dari situ baru boleh tengok mana yang lagi murah

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum nak tnya.pertgahan march tu perlu ke bawa baju sejuk??kat sana suhu berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt..perlu lagi..kalau ikutkan kebiasaan..antara 10-15 celcius gitu kot

      Delete
  13. Terima kasih atas perkongsian info jepun..Insha Allah akan kesana tahun dpn..Hehe..Tak Sabar pulak😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. Sorry terlambat reply. Dah pegi sana ke? hehe

      Delete
  14. Terima kasih atas perkongsian info jepun..Insha Allah akan kesana tahun dpn..Hehe..Tak Sabar pulak😁

    ReplyDelete
  15. Mcm mana pengangkutan? Susah tak ye? Sbb nak kesana.. Nak merialisasikn impian anak2 nak jumpa doraemon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ellard Herwit,

      Kami banyak guna train je kat sana. Boleh rujuk entry persediaan jepun part 2. Kat situ saya ada cerita pasal pengangkutan

      Delete
  16. Wahh ruginya kalau buat blog tapi tak dapat komisen. Boleh buat iklan dan dapat komisen pocket wifi >>> http://visondata.com.my/affiliates/

    ReplyDelete